Wednesday, 6 January 2010

Kita Adalah Hamba-Nya.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir


Buat insan yang mengenal diri,

Mengenal erti gelombang kehidupan,

Mengharungi badai bergelora mendatang,

Cabaran disapa buat pedoman,

Insafilah jua berbekalkan Iman,

Bekalan hidup menuju keredhaan.


Ada yang berkata,

Akulah Firaun,

Ada yang berteriak,

Akulah Qarun,

Ada yang mengelar,

Akulah Abu Lahab,

Adakah ia cukup untuk berdepan dengan-Nya?,

Adakah ia cukup untuk menghadapi tentera-tentera-Nya?,

Adakah ia cukup untuk mengharungi neraka-Nya?,

Kelak tunduk meratap kekesalan,

Kekesalan berpanjangan dengan larut hiba,

Meminta, meraung, merayu dan mendamba,

Agar di kembalikan semula,

Agar dapat bersujud menyembah-Nya,

Agar dapat mentauhidkan Rasul-Nya,

Namun itu semua sudah terlewat,

Terlewat buat selama-lamanya,

Ingatlah…

Siapakah kita disamping-Nya?,

Kita adalah hamba-Nya,

Kita adalah hamba-Nya,


Anak-anak muda memperaga,

Tiada rasa kekesalan diri,

Tiada rasa maruah diri,

Membiarkan diri diperkuda,

Mengikut nafsu selamanya,

Membuang zuriat merata-rata,

Menjadi insan jahil noda,

Membiarkan hati kelam dosa,

Adakah kita makhluk yang terbiar?,

Adakah kita lupa syariat-Nya?,

Kianati Rasul-Nya,

Memperhujahkan Kalam-Nya,

Ragam manusia melupai diri,

Nikmat dunia disalah erti,

Kelak kamu diperhitungkan,

Bersama-sama saksi Allah,

Bersama-sama janji Allah,

Ketika itu barulah terhantuk,

Menyesal sudah tiada bererti,

Wahai insan…Insaflah..

Wahai Insan…Ingatlah..

Wahai Insan…Kembalilah..

Kerana...

Kita adalah Hamba-Nya,

Kita adalah Hamba-Nya.


Pangkat sudah,

Kedudukan sudah,

Kemewahan sudah,

Cukupkah wahai Insan?,

Cukupkah wahai maulana hadhari?,

Cukupkah wahai Ulama’ gerbang neraka?,

Cukupkah wahai Ullul Amri berselimutkan dosa?,

Cukupkah?…

Ingatlah..,

Bumi ini milik Allah,

Langit ini milik Allah,

Air ini milik Allah,

Batu ini milik Allah,

Dirimu jua milik Allah,

Apakah yang kita ada?,

Katakan...

Dimanakah destinasi terakhir kita?,

Katakan...

Wahai insan...

Renungilah diri,

Setitikpun kita tiada,

Sedebupun kita tidak terdaya,

Sesaatpun kita tidak boleh menahannya,

Lupakah kita akan semua itu?,

Lupakah kita tentang janji itu?,

Lupakah...

Lupakah...

Ingatlah wahai insan,

Kita akan dipertanggungjawabkan kelak,

Kita akan dipertanyakan kelak,

Kita akan dipersaksikan kelak,

Apakah jawapan di hadapan Maha Esa?,

Apakah cukup dengan kedudukan?,

Apakah cukup dengan kemewahan duniawi?,

Apakah cukup dengan pengikut materialisme?,

Apakah cukup dengan kroni-kroni?,

Katakanlah…

Allah Maha Besar,

Hukumlah daku atas pembohongan dan pengkhianatanku,

Aku malu berdepan dengan-Mu,

Adakah kemahsyuran duniawi dapat membantu?,

Katakanlah...

Allah Maha Besar,

Allah jualah tempatku kembali,

Allah jualah tempatku berlindung,

Allah jualah tempatku merayu,

Lupakah kita,

Sabda Rasul-Nya,

Siapakah insan yang terakhir yang dimasukkan ke dalam syurga?,

Adakah kita insan itu?,

Adakah kita punyai ciri-ciri itu?,

Katakanlah...

Allah Maha Besar,

Wahai insan…

Kita akan diperhitungkan kelak,

Diadili dengan seadilnya,

Pergunakanlah ruang waktu mentauhidkan-Nya,

Agar kita diredhai-Nya,

Kerana...

Kita adalah hamba-Nya,

Kita adalah hamba-Nya,

Allahu Akhbar!.


8 comments:

  1. salam alaka...best la kata2 ni..ana copy boleh? oh ya..bila nk masuk entri isu semasa..penggunaan perkataan Allah oleh katolik...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam, In The Name Of Allah.

    No Problem...Untuk tujuan dakwah 'copylah'...saya sudah muatkan komentar saya berkenaan dengan penggunaan perkataan Allah oleh majalah Herald di 'Propaganda Golongan Triniti', semoga saudari dan seluruh umat Islam dapat sesuatu darinya, InsyaAllah. Semoga usaha-usaha dakwah dari saudari mendapat keredhaan dari-Nya dunia dan akhirat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam...Alhamdulillah penuh dgn maksud yang tersurat dan tersirat...moga setiap insan yang membacanya ada kesedaran dalam diri bahawa dunia ini bukanlah kekal selamanya...Allahu Akhbar!!

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam, semoga Allah merahmati dirimu (bungalarangan) dan seluruh umat Islam dilindungi dari kemaksiatan duniawi. Amin.

    ReplyDelete
  5. salam alaik...tahniah sy ucapkan di atas semua karya2 n tulisan saudara yg penuh dengan keinsafan.pabila membacanya membuatkan sy lebih mengenali apa itu kehidupan.semoga terus sukses dalam menegakkan agama Allah...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam, Anonymous. Terima kasih kerana di sini..Semoga kita menjadi umat yang teguh keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Ayuh bangkit demi Islam yang Ad-Deen..Allahu Akhbar!

    ReplyDelete
  7. salam alaik....sy merupakan salah seorang peminat anda...semua penulisan anda sangat memberi kesan yg mendalam.nak tanya xberminat ke untuk melebarkan sayap dalam menyampaikan seruan dakwah di dalam facebook.klu kita lihat arini kebanyakkan orang lebih berminat untuk melayarinya.apa salahnya kalau anda menyelitkan sesuatu sebagai langkah dalam menyeru umat islam yg semakin ari semakin jauh dari landasan Islam.

    ReplyDelete
  8. Waalikumsalam saudari izza, BismillahirRahmanirRahim. Terima kasih kerana sudi melawati di sini, semoga saudari dilimpahi hidayah dari-Nya. Terima kasih sekali lagi dengan cadangan yang bermanfaat, InsyaAllah jika ada kelapangan masa dan waktu serta keizinan dari Allah s.w.t, pekara itu akan dibawa ke hadapan.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails