BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan selamat sejahtera.
Dekad kini, semakin deras kemodenan adaptasi rekaan manusia merubah segalanya. Dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar teknologi. Jika Allah s.w.t membangkitkan nenek moyang kita dari kubur, lantas mereka-mereka ini menyatakan bahawa dunia ini bukan seperti dahulu, dunia sekarang ini adalah jelmaan alam ghaib. Begitulah kiasannya yang harus kita kongsikan bersama akan hakikat modennya dunia ini. Sehinggakan manusia itu hanyut lantar lalai dibuai mimpi indah seakan-akan dunia ini sesuatu yang mengasyikkan.
Kecanggihan teknologi manusia itu juga meliputi segenap bidang. Sebagai contoh yang boleh kita lihat dalam bidang perubatan amnya. Kalau dahulunya manusia tidak mengunakan alatan membius, tetapi kali ini, pesakit hanya boleh bernafas lega apabila mereka boleh melihat ketika pembedahan tersebut dijalankan terhadap mereka. Pengunaan ‘Pinisilin’ dekad ini merubah segala-galanya menunjukkan betapa majunya bidang perubatan dekad kini.
Tidak terlepas juga dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Lihat saja kecanggihan alat telekomunikasi terkini. Begitu hebat, semakin hari semakin hebatnya manusia untuk menghasilkan sesuatu rekaan yang baru untuk kepuasan hati masing-masing. Di aliran kemodenan alatan perang pula, tidak kurang hebatnya. Kalau dahulu kita hanya menguna pengintip untuk melihat musuh dari jauh, tetapi dekad kini, kita ditemukan pula dengan sistem pengintip yang sukar di kesan oleh radar yang hanya boleh dikawal dari jauh malah kepantasannya mencakupi kelajuan cahaya dan bunyi. Begitu juga dalam bidang Robotik, saban hari ada sahaja kedengaran ciptaan yang boleh menyerupai seakan-akan manusia yang berkonsepkan gelombang elektromegnatik dan elektrostatik. Begitulah pesatnya teknologi manusia dekad kini.
Malahan tidak ketinggalan pula dalam bidang agro, saban hari ada sahaja klon-klon terbaru ciptaan manusia untuk memenuhi keperluan hidup kita. Kalau dahulunya susu lembu itu hanya diperah seminggu sekali, tetapi tika ini, ia boleh diperah setiap hari. Malahan itu juga untuk mengantikan susu ternakan ini, manusia menciptakan susu-susu tersebut dari tumbuh-tumbuhan. Sungguh menakjubkan!.
Segala kecanggihan dan kemodenan manusia ini, membuatkan manusia itu semakin lalai, dan angkuh sehinggakan sanggup menafikan-Nya. Ia menunjukkan seolah-olah manusia berasa bangga, seakan-akan manusia telah dapat menundukkan dan menakluki alam ini. Tetapi! Sejauhmana dan sehebatnya sarjana ini dapat menciptakan apa yang mereka kehendaki, namun mereka tidak dapat menandingi ciptaan Allah s.w.t iaitu “NYAWA”.
Dapatkah mereka menjawab apakah itu ‘Nyawa’?.
Dari manakah ‘Nyawa’ itu datang?.
Dan bagaimanakah kesudahan ‘Nyawa’ tersebut?.
Satu persoalan akal. yang wajib kita cari. Lantas mereka-mereka ini menjawab, Nyawa itu adalah benda-benda hidup yang mempunyai ‘Atom’, dan Atom tersebut mencakupi sesuatu yang lain yang dinamakan ‘Sel’. Maka setiap sel-sel tersebut meliputi susunatur kimianya tersendiri seperti ‘Karbon’, ‘Hidrogen’, ‘Oksigen’ dan ‘Nitrogen’. Baiklah, jika itu jawapan mereka-mereka ini, ajukan lagi soalan sedemikian.
Bolehkah kita menghidupkan sel-sel tersebut?.
Lantas terdiam!.
Kaku seketika.
Terkeluar pula perkataan ‘Allah’ dari mulut-mulut mereka meliputi apa yang dia fikirkan itu. Maka hadirlah mereka-mereka ini untuk mengetahui, menyelidik dan mencari ‘Siapa Dia’?. Maka datanglah 124,000 Nabi dan Rasul-Nya, Utusan dari yang memegang dan menciptakan segala rahsia pencarian itu dengan mengajar lidah-lidah mereka ini dengan :
“Akulah Allah! Tiada Tuhan, melainkan Daku”.
Namun. kini tetap juga berubah!, seperti berubahnya dataran dan lautan. Pengkajian Geologi juga mentafsirkan bahawa saban hari, kian berubah struktur permukaan bumi ini yang di selaputi dengan cecair, pepejal, gas, serta molekul-molekul yang lain. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa gunung
Kesombongan mereka-mereka ini akhirnya ditelan kepayauan kata-katanya sendiri. Apabila dicabar oleh Allah s.w.t di dalam Kalam-Nya :
“Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).” (Surah Al-Hajj – Ayat 73).
Hanya seekor lalat!
Haiwan yang kerdil!
Dapatkah manusia menciptanya?
Namun akhirnya dari perjalanan mengumpul ‘sebab’ dan ‘akibat’, mesti tertumpu kepada persoalan yang tidak dapat dijawab lagi.
Lalu ia berdiri di tepi pantai, dan melihat ombak-ombak megah bergulung-gulung, lantas ia bertanya :
‘Mengapa ombak itu bergulung-gulung?’
‘Kerana udara!’
‘Mengapa udara bergerak?’
‘Kerana hawa panas!’
‘Dari mana datangnya panas itu?’
‘Dari matahari?’
‘Siapa yang meletakkan panas pada Matahari?’
‘Allahu Akhbar!’
Salam...ulasan yang menarik untuk diri yang ingin mengenal diri...saya minta izin nota ni dicopy untuk bacaan bagi menambah ilmu TERIMA KASIH.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Anonymous.
ReplyDeleteIn The Name Of Allah.
Terima kasih kerana di sini.
Tiada halangan untuk meng'copy' mana-mana artikel di blog ini. Semoga perkongsian ini diberkati Allah SWT. Amin.