BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah syukur kehadrat-Nya kita bertemu kembali melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan muslihat dan fitnah duniawi yang mencabar keimanan dan ketaqwaan kita. Berbekalkan Iman dan Taqwa itu juga menjadikan diri kita lebih hampir kepada Allah s.w.t. Dekad kini, ramai yang terlupa malahan sengaja melupakan bahawa kita sebenarnya pasti akan menuju ke sesuatu tempat yang abadi yang hadir mengikut kehendak dan ketentuan dari-Nya. Dunia yang hampir uzur, dihuni gelagat manusia berlumba-lumba mencari kepuasan hidup bagi memenuhi nafsu yang tiada penghujungnya. Setiap saat roh kita merintih, meraung dan mendesak agar ia dilepaskan untuk mengelakkannya lebih lama terjerumus dalam jasad yang tidak henti-henti melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t. Sedarkah kita akan hakikat ini?.
Kita berbangga dengan koordinasi sistem pendidikan yang menarik dan ulung meliputi dengan universiti, kolej, sekolah pendidikan menengah, sekolah pendidikan rendah dan pendidikan asas bimbingan kanak-kanak yang memuaskan dan yang terbaik dikalangan Negara membanggun. Sehinggakan setiap negeri di Negara kita mempunyai pelbagai pusat pendidikan yang mengajak manusia agar menimba ilmu untuk menjadikan manusia itu lebih berpengetahuan dan bertamadun. Tetapi pada hakikatnya kita terlupa dan semakin melupakan bahawa koordinasi sistem pendidikan itu kekurangan pendidikan rohaniah bagi mendidik hati-hati manusia yang telah dan akan rosak akibat dari perbuatannya sendiri. Kita terlupa bahawa sistem pendidikan pembaikpulihan pengurusan rohaniah itu perlu ada bagi melancarkan atau meneutralkan kembali sistem kehidupan kita yang semakin hari semakin membimbangkan. Begitu juga halnya dalam soal pembanggunan koordinasi sistem kesihatan. Kita bangga mempunyai hospital yang bertaraf moden dan maju, dengan sistem terkini yang diambil dari Negara barat yang membolehkan setiap pesakit itu dirawat dengan cara yang amat mudah dan cepat. Tetapi pada hakikatnya juga, kita terlupa untuk merawati pesakit hati manusia yang semakin hari semakin membinggungkan. Walaupun banyaknya pusat rawatan jasad manusia seperti ‘tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan’, namun penyakit hati seperti sombong, bongkak, takabur, dengki, dan seribu satu penyakit iblis ini sukar untuk kita rawat dan ubati. Ini adalah realiti yang patut kita kongsikan bersama. Realiti sebuah sketsa kehidupan manusia di alam fana ini.
Sebagaimana yang telah kita perbincangkan sebelum ini, bahawa mempercayai alam-alam ghaib itu adalah wajib kita sematkan dalam diri kita. Di samping itu juga, keyakinan kita terhadap alam kubur dan hari kiamat itu memperlihatkan bertapa teguh dan mantapnya iman seseorang itu tentang apa yang telah Allah s.w.t nyatakan dalam Kalam-Nya. Sebagaimana juga yang kita ketahui umum, ketika di padang mahsyar kelak, keadaannya cukup berbeza sekali jika hendak digambarkan ketika berada di dunia ini. Seluruh makhluk yang berada di
Dari Umar Al-khatab r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya matahari itu dekat pada hari kiamat, sehingga keringat (peluh) seseorang itu hampir paras setengah telinganya”
(HR Imam Bukhari dan Muslim r.a)
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda :
“Akan berpeluh orang-orang di hari kiamat hingga mengalir peluh mereka di atas tanah tujuh puluh hasta, dan tenggelam mereka dalam peluhnya sampai kemelut dan telingganya” (HR Imam Bukhari dan Muslim r.a)
Ia juga bergantung kepada amalan kita ketika di dunia dahulu, jika kita kufur dan ingkar atas arahan-Nya, maka ketika itu kita diazabkan dengan peluh yang melemaskan. Sabda Nabi s.a.w dari Al-Miqdad r.a :
“Maka ketika itu manusia akan mandi peluh menurut amal perbuatannya, maka di antara mereka ada yang peluhnya hanya sampai ke kaki, dan ada yang sampai ke lututnya serta sebahagian dari mereka tenggelam dalam peluh sampai ke mulutnya. Rasulullah s.a.w sambil berisyarat dengan tangannya ke mulutnya” (HR Imam Muslim r.a).
Ketika itu manusia kian gelisah, takut dan resah dengan apa yang berlaku, kalau dahulu ketika di dunia, saat getir itu kita boleh melarikan diri darinya melalui undang-undang, rasuah dan sebagainya, tetapi ketika di padang mahsyar kelak, manusia tidak boleh dan tidak akan dapat melarikan diri walaupun usaha tersebut dilakukan berkali-kali ketika itu. Inilah gambaran yang hendak Allah s.w.t perlihatkan kepada kita tentang kekuasaan-Nya terhadap apa yang telah dijanjikan oleh-Nya.
Firman Allah s.w.t :
“(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?. Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!” (Surah Al-Qiyaamah – Ayat 10 & 11).
Walaupun demikian, tidak semua manusia itu menerima azab dari Allah s.w.t, ia bergantung kepada amalan-amalan kita ketika di dunia dahulu. Jika kita patuh akan perintahnya, maka Allah s.w.t akan memberi rahmat yang tidak disangka-sangka ketika itu. Allah s.w.t akan memberi naungan-Nya terhadap hamba-hamba-Nya ketika di
“Tujuh orang yang akan berada di naungan Allah s.w.t dengan rahmat-Nya pada hari yang tiada naungan selain dari naungan-Nya”
1) Pemimpin, Penguasa dan Imam yang adil.
2) Orang yang ketika zaman remajanya kuat melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.
3) Orang yang hatinya sering bertaut kepada rumah Allah.
4) Orang yang saling berkasih, bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t
5) Orang yang digoda oleh wanita untuk melakukan maksiat tetapi ia menolaknya kerana takutnya ia pada Allah s.w.t
6) Orang yang suka bersedekah kemudian disembunyikan, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.
7) Orang yang selalu mengigati Allah s.w.t dengan berzikir sehingga kedua matanya menitiskan air mata.
(HR Imam Bukhari dan Muslim r.a).
Oleh yang demikian, ketujuh golongan manusia itu akan mendapat naungan Allah s.w.t ketika di
Maka dengan itu, setelah apa yang telah digambarkan sebentar tadi, renungilah diri kita amnya, adakah kita tergolong di dalam golongan yang dimurkai Allah s.w.t atau adakah kita adalah golongan yang berada di naungan dan rahmat-Nya. Kalau dahulu undang-undang adalah tempat kita berlindung dan berselimut untuk menyelamatkan diri kita ketika di dunia, tetapi apabila di hari Kiamat nanti, tiada satupun undang-undang tersebut dapat menyelamatkan kita kecuali undang-undang Allah s.w.t. Segala perbuatan kita kelak akan diperlihatkan dengan adil di hadapan Allah s.w.t. Setiap pancaindera dan seluruh anggota badan kita kelak adalah saksi utama dalam perbicaraan kita di hadapan Allah s.w.t sambil disaksikan oleh para malaikat, Nabi dan Rasul-Nya. Pada ketika itu juga, tiada istilah pangkat dan kedudukan yang dapat menolong kita, hanya Iman dan Taqwa sahaja dapat menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah s.w.t. Padang mahsyar adalah tempat pengadilan manusia, saat itu kita hanya memikirkan tentang diri sendiri, tiada sesiapa yang dapat membantu kita kelak kecuali amalan-amalan pahala kita ketika di dunia dahulu. Ini adalah realiti, satu peristiwa yang wajib kita percayai dengan semaksimanya. Tiada hujah-hujah yang konkrit yang menyatakan bahawa setelah matinya seseorang, maka berakhirnya episod sebuah riwayat hidup.
Ingatlah, kita adalah umat yang terakhir yang akan menuju ke alam akhirat. Kita adalah umat sebaik-baik umat dari kalangan umat terdahulu. Tetapi kita adalah umat yang di dahulukan oleh Allah s.w.t untuk di adili berbanding dengan umat-umat terdahulu. Nabi s.a.w sepanjang hidupnya senantiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar umatnya dilindungi dan dirahmati. Tetapi kita masih lagi tidak segan silu melakukan pengkhianatan terhadap Baginda s.a.w. Pernahkah kita terfikir, kenapakah Allah s.w.t menghantarkan Nabi dan Rasul-Nya untuk manusia?. Manusia itu punyai jasad dan roh (pekara ini telah kita bincangkan dalam posting saya yang lalu, “Hati itu…bahagian satu dan dua) jasad itu sebenarnya kita yang kelolakan untuk memacukan kehidupan kita mengikut keizinan dari-Nya, tetapi roh itu merupakan satu jisim yang sukar untuk kita menjaganya. Maka Allah s.w.t menghantarkan Nabi dan Rasul-Nya untuk memberi rahmat kepada roh-roh kita agar kembali kepada landasan yang betul mengikut syariat-Nya. Jika kita kianati Nabi dan Rasul Allah s.w.t ini, maka sebenarnya kita telah menuju satu jalan yang amat sempit dan sukar iaitu jalan menuju kemurkaan Allah s.w.t.
Ambillah masa untuk kita bertafakur dan merenungi diri kita akan hakikat ini. Renungilah sedalam-dalamnya tentang apa yang telah kita lakukan hari ini, semalam, seminggu lepas, sebulan lepas, setahun lepas dan seabad lepas. Ingatlah dunia ini adalah tempat untuk ujian. ujian keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t. Ujian untuk meletakkan diri kita berada di neraka atau syurga Allah kelak. Maka dengan itu bangkitlah wahai saudara, saudari sekelian. Mantapkanlah lagi Iman dan Taqwa kita terhadap-Nya. Jangan biarkan diri kita, keluarga kita dimamah dan dijilat api neraka. Perbaharuilah lagi Iman kita agar ‘di
salam alaik...1 kupasan yang menarik dan sewajarnya dibaca oleh semua lapisan.sama2 lah kita menghayatinya...insyaAllah sama2 la kita berdoa semoga kita tergolongan dalam golongan yang 7 itu...amin....
ReplyDeleteWaalaikumsalam, BismillahirRahmanirRahim.
ReplyDeleteTerima kasih saudari Izza, kerana kerap di sini, semoga Allah s.w.t memberkati dengan hidayah dan rahmat-Nya kepada saudari dan seluruh umat Islam.
Ironinya setiap langkah menuju ke arah keredhaan-Nya adalah hidayah, setiap niat ke arah kebaikan itu adalah rahmat. Semoga Allah s.w.t memberi keselesaan dan kemurahan Ilmu-Nya kepada insan-insan yang cintakan-Nya. Amin.
Assalammualaikum...
ReplyDeleteAlhamdulillah..... posting yg sgt memberi pengajaran pd akal n hati2 manusia supaya segera kembali kepada ajaran dariNYA insyaALLAH...
Wa'alaikumsalam, Bunga larangan,
ReplyDeleteTerima kasih, kerana saudari kerap di sini, semoga Allah s.w.t merahmati saudari dan seluruh Umat Islam. Allahu Akhbar!