BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Segala puji hanyalah semata bagi Allah SWT. Selawat serta Salam Sejahtera semoga dilimpahkan kepada utusan-Nya Muhammad SAW, pembawa risalah Islam yang paling sempurna. Aku bersaksi, bahawa tiada tuhan kecuali hanya Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi, bahawa Muhammad SAW adalah hamba dan Rasul-Nya.
Sebagaimana yang telah saya nyatakan pada artikel “Fisabilillah – Khaibar”, bahawa saat itu saya telah berjanji kepada anda untuk menceritakan koordinasi berkenaan dengan “Perjanjian Hudaibiyah” yang telah dimeterai oleh Baginda SAW dan pihak Quraisy Mekah. Namun yang demikian, setelah saya berpuas hati dengan apa yang telah saya nyatakan nanti, diharap ia akan menjadi satu renungan dan pedoman hidup kepada kita semua, walaupun Perjanjian Hudaibiyah tersebut tidak lagi dilakukan ketika dan saat kini. Maka dengan itu, isi kandungan perjanjian tersebut merupakan satu pegangan yang masih utuh serta digunapakai oleh seluruh para pemimpin Negara Islam dekad ini.
Sebagaimana yang telah diriwayatkan iaitu selepas perang Ahzab berlalu, Nabi SAW mengumumkan kepada semua Muslimin supaya berangkat ke

Setelah melakukan perjalanan selama beberapa hari akhirnya sampailah mereka di suatu tempat yang bernama “Hudaibiyah”, iaitu beberapa kilometer dari
Biarpun rombongan kaum Muslimin yang segera memasuki
Sementara mereka sedang berusaha untuk mencapai perdamaian dengan jalan tukar-menukar utusan, datanglah pasukan bersenjata musuh yang mengintai kaum Muslimin, tetapi pasukan tersebut segera ditangkap. Oleh kerana kaum Muslimin datang tidak untuk berperang, maka pasukan tersebut segera dibebaskan oleh kaum Muslimin, sebagai tanda jalan damai serta ingin menghormati bulan suci serta mengelakkan adanya pertumpahan darah di Hudaibiyah yang juga daerah suci

Nabi SAW sekali lagi berusaha hendak menguji kesabaran kaum quraisy dengan mengirimkan seorang utusan yang akan mengadakan perundingan dengan mereka. Nabi SAW mengutuskan Utsman bin Affan r.a untuk berangkat menemui pemimpin-pemimpin kaum quraisy tersebut. Maka pembicaraan Utsman dengan kaum quraisy terjadi dalam kadar masa yang agak lama. Kaum Muslimin ternanti-nanti kembalinya Utsman bin Affan r.a, tetapi tidak juga datang kerana ketika itu beliau telah ditahan oleh kaum quraisy. Maka timbullah pula berita menyatakan bahawa Utsman r.a telah dihukum bunuh oleh kaum quraisy. Nabi SAW telah mengadakan perbincangan dengan para Sahabat r.a berkenaan dengan pekara itu, lalu Baginda SAW telah juga melakukan janji setia kepada kaum Muslimin agar terus menyokong perjuangan Baginda SAW. Kaum Muslimin mengadakan janji taat setia kepada Nabi SAW, bahawa mereka akan memerangi kaum quraisy bersama-sama Nabi SAW sampai memperolehi kemenangan. Perjanjian setia tersebut telah mendapat redha Allah SWT sebagaimana dalam Firman-Nya :
“Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya” (Surah Al-Fath – Ayat 18).
Baitul Ridhwan ini menggetarkan hati kaum quraisy sehingga mereka melepaskan semula Utsman bin Affan r.a yang telah mereka tangkap serta mengutuskan Suhail bin Amr pergi untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum Muslimin. Perjanjian tersebut telah diriwayatkan berlaku di Hudaibiyah,maka perjanjian itu terkenal dengan pangilan “Perjanjian Hudaibiyah”. Perjanjian ini terjadi selama 10 tahun dan di antara isi kandungannya adalah seperti berikut :
1) Kaum Muslimin tidak dibenarkan untuk berziarah pada tahun tersebut, tetapi ditangguhkan hingga ke tahun hadapan.
2) Pada tahun hadapan, kaum Muslimin diperbolehkan berziarah, tetapi tidak boleh tinggal di
3) Kaum Muslimin Madinah tidak boleh mengajak orang-orang yang tinggal di
4) Apabila di antara orang-orang Islam Mekah ada yang melarikan diri ke
5) Seluruh suku bangsa Arab, bebas menjalin hubungan dengan sesiapa sahaja.
Maka demikianlah isi kandungan perjanjian tersebut yang pada hakikatnya merupakan suatu kemenangan yang besar bagi kaum Muslimin. Pada mulanya perjanjian tersebut tampak seperti berat sebelah, diikuti pula dengan ketidak setujuan dari para Sahabat r.a mengatakan bahawa ia akan melemahkan lagi kaum Muslimin. Tetapi dengan kebijaksanaan Nabi SAW itulah membuatkan Baginda SAW yakin dan percaya akan kebenaran Allah SWT. Baginda SAW menganggap bahawa ia satu kemenangan bagi pihak Islam, malahan dengan itu juga Islam akan tersebar ke serata tanah Jazirah Arab.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).” (Surah Al-Fath – Ayat 1 & 2).
Jika kita mengkaji akan isi kandungan perjanjian tersebut, malah Nabi SAW bersetuju dengan perjanjian tersebut merupakan bukti yang nyata bahawa Baginda SAW adalah seorang yang amat cinta kepada perdamaian dan membenci akan peperangan. Demikian juga memperlihatkan kecerdikan dan keunggulan Nabi SAW.
Selama 2 tahun pertama, jumlah mereka yang memeluk agama Islam telah melebihi jumlah kaum Muslimin ketika itu. Ketika di Hudaibiyah jumlah mereka sebanyak 1400 orang, tetapi 2 tahun kemudian sewaktu mendatangi
Oleh yang demikian, ini adalah peristiwa yang patut kita semua ingati dan ambil tahu akannya serta menjagai segala amanat yang telah Baginda SAW amanahkan kepada kita semua. Islam itu bukan tersebar dengan cara keganansan yang apa telah kaum kafir fitnahkan kepada kita selama ini. Islam itu agama toleransi, melaluinya juga Islam itu berkembang ke seluruh pelusok dunia dengan begitu cepat dan berkesan sekali berbanding dengan agama-agama lain. Walaupun Islam itu dihina, dicaci, dikeji dan ditomah dengan pelbagai dakyah dari musuh-musuh Islam, tetapi ia tidak mematahkannya. Islam itu berdiri dengan teguhnya bersama-sama orang yang faham akan kalimah-kalimah Allah SWT. Orang-orang yang faham akan ayat-ayat Allah SWT, bererti juga ia faham akan hidupnya sebagai hamba kepada Allah SWT di dunia ini.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah minoriti di kalangan kita yang sering bersolat, berpuasa, dan membaca Al-Quran tetapi melakukan pekara-pekara maksiat. Orang yang sedemikian adalah orang yang boleh membaca dan mengamal tetapi tidak faham membaca dan mengamalkan apa yang sepatutnya di baca dan amalkan. Orang yang sedemikian juga adalah orang yang tidak faham langsung akan makna ayat-ayat Allah SWT yang terkandung di dalam kalam-Nya. Maka tidak mustahillah dekad ini kes pembuangan bayi dan keruntuhan moral akhlaq kian berleluasa malahan yang lebih menyedihkan kita ia datangnya dari golongan yang mengakui dirinya Islam. Jika hal-hal yang sedemikian kita semua tidak ambil peduli dan membiarkan ia terusan berlaku, maka tunggulah hari dan saat yang lebih dahsyat lagi akan berlaku, ketika itu tiada suatupun yang dijangka, tiada suatupun yang menduga dan tiada suatu yang merasai akan azab yang menimpa kepada kita semua, kecuali Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan cepat akan seksaan-Nya terhadap manusia yang melakukan dosa. Setiap perbuatan dosa itu tempiasnya kepada kita yang leka dan ambil mudah terhadap dosa tersebut. Maka dengan itu, ambillah penekanan baru dari apa yang telah kita semua bincangkan ini, Nabi SAW serta para Sahabat ra. telah bersusah payah melalui liku hidup yang sukar untuk menyebarkan Islam, tetapi kita di sini masih tegar melakukan pekara-pekara kemungkaran dan kebathilan. Beringat-ingatlah saudara-saudaraku sekelian, kita semua akan diperhitungkan segenap amalan-amalan kita kelak di hadapan Allah SWT, walaupun ia sebesar debu.
Mampukah kita berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan kita sekarang ini?.
Mampukah Saudara-saudara sekelian!.
Saya berpesan kepada diri saya yang kerdil ini serta saudara yang membaca artikel di laman blog saya ini, agar mempertingkatkan lagi amalan-amalan kita kepada Allah SWT serta bertaubatlah kepada Allah SWT terhadap segala perbuatan dosa-dosa kita selama ini. Ingatlah! bahawa Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang kepada sekelian makhluk-Nya. Allahu Akbar!.
No comments:
Post a Comment