Wednesday, 9 February 2011

Detik Kesyahidan Syeikh Ahmad Yaasin.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.




BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seketika yang lalu iaitu pada 22 Mac 2004 (Pada waktu pagi hari Isnin) kelihatan pesawat-pesawat penjajah Israel telah melancarkan serangan dan membunuh secara kejam seorang tokoh Mujahidin Palestin yang disegani seluruh dunia iaitu Syeikh Ahmad Yaasin, yang merupakan juga pengasas dan juga pemimpin tertinggi Hamas. Mereka (Israel) melancarkan 3 peluru berpandu ke arah Syeikh Ahmad Yaasin dan dua orang pengawal beliau di semenanjung Gaza ketika beliau baru saja pulang dari masjid Ja’ma Islami, sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh.



Serangan tersebut juga telah menyebabkan beberapa mangsa lain cedera parah termasuk anak kepada Syeikh Ahmad Yaasin yang mengalami kecederaan yang kritikal. Sejurus itu juga Syeikh Ahmad Yaasin dan kedua-dua orang pengawal peribadinya dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di perkarangan Hospital El-Shifa, Gaza. Dalam kejadian tersebut angka korban kemudiannya dilaporkan meningkat dengan serius. Di antara mereka yang terkorban tersebut adalah Syeikh Ahmad Yaasin (66 tahun), Mukmin Al-Yazori (28 tahun), Amer Ahmad Abdul ‘Al (25 tahun), Rateb Abdurrahman Al’-Alon (52 tahun), Khumaes Sami Mushtahi (32 tahun) dan Rabe Abdul Hayyi Abdul Al (15 tahun) serta empat yang lain. Manakala mangsa yang cedera parah pula seramai 16 orang, termasuk 2 orang anak Syeikh Ahmad Yaasin iaitu Abdul Hamed dan Abdul Ghani serta seorang pemuda dari keluarga Zaqut.


Pada ketika kejadian tersebut, kehadiran helikopter-helikopter tempur Zionis-Israel mengejutkan ketiga-tiga pejuang tersebut yang baru selesai menunaikan solat berjamaah di masjid. Pada masa yang sama helicopter-helikopter tempur Israel melepaskan 3 peluru berpandu tepat ke arah Syeikah Ahmad Yaasin dan dua orang pengawalnya sehingga kedengaran tiga ledakan besar yang mengegarkan kota Gaza. Setelah berita ini tersebar, ribuan warga palestin keluar beramai-ramai ke rumah Syeikah Ahmad Yaasin dan Hospital el-Shifa sambil melaungkan penentangan mereka terhadap kekejaman tentera Zionis-Israel tersebut.


Keadaan ketika itu di kota Ramallah kelihatan ribuan warga Palestin telah keluar beramai-ramai ke jalan-jalanraya di selubungi kesedihan bercampur marah dengan kekejaman tersebut. Keadaan yang sama juga dilaporkan di Al-Bierah dan kampung-kampung yang bersebelahan dengannya. Sememangnya semenjak awal pagi lagi ketika itu setelah mendengar berita pembunuhan kejam tentera Zionis-Israel terhadap Syeikh Ahmad Yaasin yang merupakan tokoh pengasas gerakan Hamas dan seorang pejuang Palestin yang sejati, seluruh warga Ramallah amat marah serta berdukacita di atas pemergian seorang pahlawan mujahid yang sukar dicari ganti.


Keadaan hampir serupa di semua masjid-masjid di seluruh Palestin yang dipenuhi dengan tangisan, air mata dan laungan takbir, malah di kota Ramallah menyaksikan suatu suasana yang cukup tragis pada hari itu. Manakala sebahagian lagi penduduk Palestin mengikuti perkembangan pembunuhan Syeikah Ahmad Yaasin melalui televisyen yang menyiarkan secara langsung peristiwa pembunuhan dan pengkebumian para syuhadah tersebut.



“Kami tidak takut mati, yang sebenarnya takut kematian adalah kaum Zionis Yahudi. Kami pasti akan membalas kepada mereka dengan bahasa yang sama yang mereka fahami, iaitu bahasa darah…” (Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi : 2004).


Kini hampir 7 tahun Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin meninggalkan kita dan warga Palestin. Segala jasa dan perjuangan beliau kini diteruskan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya sehinggalah tercapai dan tertegaknya Islam di bumi Palestin berdaulat. Tidak kiralah apa cara sekalipun, warga Islam Palestin masih berdiri dengan panji-panji Islam demi memertabatkan Islam di Palestin malahan sebagai mercu kegemilangannya di seluruh dunia. Saban hari kelihatan berita mengenai kematian rakyat Palestin yagn tragis dan pilu, namun usaha-usaha untuk membebaskan Negara mereka dari cengkaman Zionis-Israel tidak pernah luntur dan kabur, malahan semakin hari, semakin ramai pejuang-pejuang Mujahidin yang bersemangat waja bagi memastikan bendera daulah Islam bersinar di bumi Palestin. AllahuAkbar!!!




No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails