Tuesday, 15 February 2011

MuJaHiDiN CyBeR : Pasca Kedua.






Salam Ukhwah Dan Perkenalan.

MuJaHiDiN CyBeR : Pasca Pertama.







BismillahirRahmanirRahim.
“Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Perjuangan, Salam Persahabatan, dan Salam Sejahtera buat semua yang berkunjung di





WWW.MUJAHIDINCYBER.BLOGSPOT.COM




Alhamdulillah, sekali lagi, syukur kehadrat Ilahi, segala puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan sekelian alam, salam dan selawat ke atas penghulu para Rasul dan seluruh kaum keluarganya serta para sahabat dan sahabiah, para Imam-iman mujahid dan salafus soleh dan para penegak agama Allah SWT samaada yang hidup mahupun yang telah pergi.



Amma ba'du.



Hari ini genap 12 Rabiulawwal 1432H bersamaan dengan 15 Februari 2011 (Selasa), saya menulis demi mencari redha Allah. Masa begitu pantas, begitu cepat dan begitu cemburu meninggalkan kita. Malah tanpa disedari hari ini juga merupakan hari kelahiran junjungan besar iaitu Nabi Muhammad SAW, iaitu penghulu segala Nabi yang membawa risalah Allah SWT bagi sekelian alam. Justeru dengan itu marilah kita bersama-sama mengucapkan Salam dan Selawat ke atas Rasulullah SAW serta ahli keluarganya bagi menyempurnakan ketaatan kita terhadap Rukun-rukun Iman yang wajib kita semua percayai dan patuhi.



Sebagaimana yang telah kita semua fahami, setiap yang terhasil yang datangnya dari manusia itu pasti mempunyai kesilapan dan kekhilafannya yang berlaku samaada sengaja mahupun tidak sengaja. Begitulah terjadinya ketika saya menulis di ruang ini. Maka ini juga menunjukkan bahawa saya adalah manusia yang lemah dan perlu ‘bertongkat’ ketika berada di bumi Allah ini.



Terlebih dahulu saya mohon ampun dan taubat saya pada Allah SWT terhadap apa jua dosa dan kesilapan saya samaada kecil ataupun besar, terlihat mahupun yang tidak dapat dilihat dan dosa-dosa terdahulu mahupun yang terkini.



“Ya Allah, Ya Tuhanku, Aku begitu lemah, aku begitu fakir dan aku begitu daif. Ya Allah, aku tidak layak masuk syurga-Mu, namun tidak upaya jika Kau campak ke dalam api neraka-Mu. Terima taubatku ya Allah. Ampunkan dosa-dosaku. Hanya Kau Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar” Amin Ya Rabbal Alamin.”



Mohon kemaafan ini juga saya panjangkan lagi kepada kedua orang tua saya, serta keluarga saya, seluruh Alim Ulama’, para sarjana Islam yang ulung, para Ilmuan Islam yang hadir secara berkumpulan mahupun secara individu, para sahabat-sahabat saya yang berada di dalam mahupun di luar negara dan mereka-mereka yang terus berjuang di ruang siber ini, jika terdapat penulisan saya yang bercanggah dengan pendapat Imam-Imam Salafus soleh ketika memberi dan mentafsirkan Kalimah-kalimah suci Allah SWT dan Hadith-hadith Rasulullah SAW.



Justeru dengan itu juga, saya ucapkan jutaan terima kasih saya kepada seluruh rakan-rakan yang saya anggap sebagai pejuang-pejuang yang hadir dari dalam Malaysia mahupun yang berada luar dari cakupan negara ini. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita semua di dunia mahupun ketika ‘di sana’ kelak, serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang berjaya di sisi Allah SWT. Amin!



Saya doakan semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat ketika melayari blog ini. Segala artikel dan penulisan yang tertera di ruang tersebut, adalah dialu-alukan untuk disebarkan kepada mana-mana sekalipun ruang ilmu dan dinasihatkan juga agar dikreditkan kepada blog ini agar mudah untuk mereka-mereka yang mengetahuinya merujuk kembali dengan ertikata sebenar. InsyaAllah.



Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-Asr : Ayat 1-3)



AllahuAkbar!



AllahuAkbar!



AllahuAkbar!






Ikhlas dari.

Muhammad Ibnu Nazir.

12 Rabiulawwal 1432H.


2 comments:

  1. salam maulidurrasul....sama2 la kita menghayati sejarah perjuangan rasulullah saw dalam memperjuangkan agama Allah daripad baginda hidup hinggalah ke saat2 terakhir hayat Baginda..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Izza, Sejarah perjuangan dan pengorbanan Baginda SAW merupakan pemangkin buat umat Islam sehinggalah ke hari kiamat. Maka, kita sebagai umat Baginda SAW, mestilah mematuhi dan mengikuti segala Sunnahnya agar kita terselamat dari segala fitnah-fitnah yang malata.InsyaAllah.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails