Friday 26 February 2010

MuJaHiDiN CyBeR : Pasca Pertama.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.

BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam sejahtera, Salam Ukhuwah, Salam Muhibah, memohon kepada Allah s.w.t agar saudara dan saudari, di mana pun berada senantiasa di dalam pemiliharan dan rahmat Allah s.w.t.



Maha suci Allah dan pujian itu bagi Allah tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar.”





“Maha suci Tuhan (Allah) Tiada kuasa

makhluk mengatasi kudrat kekuasaan-Nya,

Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana

Arash dengan kerana Esa dan Tunggal,

memiliki segala di atas Arash langit dengan

senang dan mudah demi kerana kemuliaan-

Nya, semua wajah-wajah sujud dan tunduk

kepada Nya.”





“Cukuplah perhitungan ku dengan Tuhan ku

yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain

dihatiku selain daripada Allah, nur

Muhammad S.A.W.”





“Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang

memiliki,Tuhan yang haq. Tuhan yang

benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah,

benar segala janjinya lagi dipercayai.”





“Hamba memohon keampunan kepada Mu

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Ya Allah

Maha Penerima taubat.”





“Ya Allah, selawat dan salam ke atas

penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan

penghulu rahsia bagi segala rahsia,

pembuka (kunci) bagi segala pintu

kemudahan iaitu penghulu kami dan Tuan

kami Nabi Muhammad, Nabi yang

teristimewa dan keluarganya yang suci dan

sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat

Allah dan semua pejuang Nya.”





“Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad.

Selawat Allah ke atasnya beserta salam.”




Alhamdulillah. Syukur kehadrat-Nya. Segala puji hanyalah semata bagi Allah s.w.t. Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahi kepada utusan-Nya Muhammad s.a.w, pembawa risalah Islam yang unggul.


Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan kecuali hanya Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi, bahawa Muhammad s.a.w adalah hamba dan Rasul-Nya.


Waba’du!.


Kini genap setahun (12 Rabiul Awwal 1431H bersamaan 26 Februari 2010 - Jumaat) saya menulis demi Islam yang Ad-Deen. Masa yang terlalu singkat untuk diungkapkan, berlalu begitu pantas meninggalkan apa yang dihadapan dan dibelakangnya, tanpa menoleh lagi ia seolah-olah satu putaran waktu yang terlalu relatif.


Justeru itu, penghasilan dan penerbitan blog ini telah dapat sekurang-kurangnya memenuhi salah satu hasrat yang telah lama mengugah kalbu saya. Segala penyusunan artikel di blog kelolaan saya ini juga mengharapkan dengan sepenuh hati, bahawa ia akan menjadi suatu yang dapat membina inspirasi hakiki, dan menjadi bahan bacaan serta kajian yang bermanfaat bagi generasi kini dan akan datang.


Sesungguhnya, ketika memulai mengarang dan menyusun artikel ini, saya menghadapi beberapa kesukaran, tetapi ia tidaklah mematahkan semangat saya untuk terus berjihad dalam melebarkan lagi dakwah Islam. Kekadangnya pula timbul pula kekusutan buah fikiran untuk mencari dan mentafsirkan Ayat-ayat Allah serta Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat-Nya jika saya tidak mampu untuk menyempurnakan dan membuktikannya, maka saya akan bersandarkan kepada kekuasaan Allah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana yang telah menciptakan makhluk-makhluk-Nya. Begitulah betapa besarnya nikmat dan rahmat Allah s.w.t terhadap sekelian makhluk dan alam jagadraya ini.


Sepertimana yang telah kita semua ketahui, bahawa setiap yang terhasil itu ada khilafnya, maka khilafnya itu perlulah diperbetulkan malahan dipersandarkan kepada yang Haq. Begitu juga dengan penulisan artikel saya ini, kekadangnya dipenuhi dengan emosi tanpa pencaturan yang sempurna sehingga mungkin ada sesetengah pihak yang tidak menyukainya, walaupun pada hakikatnya bahawa kebenaran itu adalah berpihak. Ketidakupayaan itulah juga mengambarkan bahawa saya ini hanyalah makhluk dan hamba-Nya yang penuh dengan khilaf disetiap genap penjuru ruang kehidupan ini.


Terlebih dahulu saya memohon ampun dan taubat saya kepada Allah SWT.


“Tuhan, aku tidak layak masuk syurga-Mu, namun tidak upaya jika Kau campak ke dalam api neraka-Mu. Terima taubatku ya Allah. Ampunkan dosa-dosaku. Hanya Kau Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar” Amin Ya Rabbal Alamin.


Mohon kemaafan ini juga saya panjangkan lagi kepada sekelian para Alim Ulama’, Para Ilmuan Islam, Para Sarjana Islam, Para cerdik pandai Islam, Pihak individu-individu dan Pihak yang berkumpulan di dalam Negara Malaysia ini mahupun yang berada di luar Negara, jika sekiranya segala penulisan saya ini mengandungi sebarang khilaf dalam saya mentafsir atau mengolah ayat-ayat Allah s.w.t serta Hadith-hadith Rasulullah s.a.w.


Ucap terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua yang telah hadir ke laman blog ini samaada saya kenali mahupun yang tidak saya kenali. Malahan ucap terima kasih juga saya panjangkan lagi kepada semua sahabat dan sahabiah saya yang berada di dalam dan luar Negara kerana sudi menghadirkan diri untuk menjamu artikel di blog kelolaan saya ini. Semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua, dan tempatkan kalian semua di kalangan orang-orang yang beriman serta bertaqwa kepada-Nya. Amin.


Akhirkata dari saya, Semoga saudara dan saudari semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dan berguna di dalam laman blog kelolaan saya ini. InsyaAllah.




“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada keresahan dan kesedihan. Kami berlindung kepada-Mu ya Allah dari sifat lemah dan malas. Kami berlindung kepada-Mu ya Allah daripada sifat penakut dan kedekut. Kami berlindung kepada-Mu ya Allah dari beban hutang dan juga tekanan perasaan”


“Ya Allah ya Tuhan kami, akhirnya kami mohon kepada-Mu, jangan Kau bebankan kami dengan dosa-dosa kami ya Allah. Ampunkan dosa ayah dan ibu kami ya Allah. Itulah ayah yang telah banyak berkorban untuk kami. Itulah ibu yang telah mengandung, melahirkan kami dengan penuh penderitaan. Ampunkanlah dosa ayah dan ibu kami yang masih hidup, apatah lagi yang telah pergi.”


“Ampunkan dosa kami sebagai anak, ya Allah. Kiranya selama ini kami pernah menyakiti hati mereka, kami pernah mengguris perasaan mereka, kami pernah menghina mereka, kami pernah mengkhianati mereka, kami pernah mengecewakan mereka. Ya Allah, jangan Kau jadikan dosa itu belenggu di hati kami, penyebab kedukakan kami ya Allah. Lapangkanlah hati ini dengan Kau ampunkan segala dosa-dosa kami.”


“Ampunkan dosa isteri dan anak-anak kami ya Allah. Ampunkan dosa seluruh keluarga kami, abang, kakak, adik, makcik, pakcik kami. Ampunkan sahabat-sahabat kami. Ampunkan jiran tetangga kami. Ampunkan seluruh Muslimin dan Muslimat, ya Allah.”


“Angkatlah kedudukan ummat ini ya Allah. Angkatlah kesedihan ummat ini ya Allah. Jadikan kesedihan ini suatu kebahagiaan. Menangkanlah ummat Muhammad. Hentikanlah segala musibah. Hentikanlah segala bencana menimpa Ummat Muhammad. Menangkanlah Ummat ini ya Allah, atas musuh-musuh kami. Hancurkan musyrikin kuffar. Hancurkan siapa saja ya Allah yang ingin menghancurkan agama-Mu.”


“Ya Allah, menangkan kami di dunia, menangkan kami di akhirat dengan syurga-Mu ya Allah. Muliakan kami di dunia, muliakan kami di akhirat ya Allah.”


“Rabbanaa Aatinaa Firdunyaa Hasanaa Wafir Aahiroti Hasanaa Wakinaa Azabannar, WasallAllah Hualaa Syaidinaa Muhammadin Waalaa Aalihi Wasohbihi Ajmaein. Walhamdulillah Hirrobbal A’lamin.”








Ikhlas dari:

Muhammad Ibnu Nazir.

12 Rabiul Awwal 1431H

www.mujahidincyber@yahoo.com


8 comments:

  1. Salam
    Semoga Allah memberkati dan meredhoi perjuangan anta dalam bidang penulisan dan dalam usaha menyampaikan dakwah dalam dunia yang penuh dengan cabaran.Sejahtera kepada anta dan keluarga. Amin.
    wassalam

    ReplyDelete
  2. salam alaik...
    semoga setiap apa yg kamu tulis menjadi iktibar dan pengajaran bagi sekalian manusia..truskan perjuangan dalam usaha menegakkan dan memperjuangkan agama Allah.jangan sesekali mengalah sebelum menempuhnya...

    ReplyDelete
  3. pendamba kasih Allah...03/03/2010, 22:50

    Assalamualaikum...kan ku sokong perjuangan mu walau tiada aku disisi mu....hilang tidak bererti tiada, wujud tidak bererti ada...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam, Maazah.

    BismillahirRahmanirRahim

    Ketika tadi saya baru membaca posting di laman blog saudari, penuh info yang bermanfaat untuk perkongsian.

    Semoga Allah SWT memberkati saudari dan seluruh keluarga saudari, dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa. Amin.

    Terima kasih sekali lagi, kerana saudari kerap di sini, memberi seribu satu makna dalam penulisan saya ini.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam, Izzah.

    BismillahirRahmanirRahim.

    Terima kasih kerana mendambakan seribu makna nasihat ibrah yang berguna untuk saya. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati saudari serta seluruh keluarga saudari di dunia dan di akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam, pendamba kasih Allah.

    BismillahirRahmanirRahim.

    Sewaktu menerima komentar dari tuan/puan, saya begitu terharu. Mungkinkah dia atau sidia. satu persoalan yang bermain dalam minda saya.

    Semoga saudara/saudari dilindungi dan dikasihi oleh-Nya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

    "Teruskan berjuang mendidik anak bangsa!!!"

    Allahu Akhbar!!!.

    ReplyDelete
  7. ASSALAMMUALAIKUM

    Tahniah diatas bolg & penulisan ini ya akhi

    maaf kerana ada sedikit komenter yg telah terlajak tahun 2011

    1)“Cukuplah perhitungan ku dengan Tuhan ku
    yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain
    dihatiku selain daripada Allah, nur
    Muhammad S.A.W.”
    **Coment ana:..penyambungan kalimah "daripada Allah, nur Muhammad S.A.W." adalah sangat mengelirukan & perlu pada pembetulan.....

    2)“Ya Allah, selawat dan salam ke atas
    penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan
    penghulu rahsia bagi segala rahsia,
    pembuka (kunci) bagi segala pintu
    kemudahan iaitu penghulu kami dan Tuan
    kami Nabi Muhammad, Nabi yang
    teristimewa dan keluarganya yang suci dan
    sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat
    Allah dan semua pejuang Nya.”

    **coment ana:Mengangap Rasulullah SAW sebagai penghulu cahaya bagi segala cahaya,penghulu rahsia bagi segala rahsia & kunci bagi segala kemudahan adalah keterlaluan kerana hak itu hanya milik Allah SWA......

    semoga komenter ana dapat diterima dgn sikap terbuka agar akidah kita akan sentiasa terpelihara

    wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Anonymous.

    Terima kasih dgn teguran membina.

    Tapi kenapa perlu ber Anonymous???

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails