BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, ucap syukur terhadap-Nya, menghidupkan dan memberi rahmat serta hidayah kepada kita semua bagi mengharungi kehidupan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini mengikut segala ajaran yang dibawa oleh junjungan besar kita iaitu Nabi s.a.w. kehidupan kini penuh dengan fitnah, tidak kiralah dipersekitaran kita mahupun di laman-laman siber yang pada amnya kian membimbangkan. Fitnah itu kalau kita semua tahu, dosanya lebih dahsyat dari dosa seseorang yang membunuh saudaranya sendiri. Fitnah itu tidak mengenal akan siapa mangsanya. Dengan fitnah itu juga, kadangkalanya persahabatan akan terputus, keluarga akan cerai berai, masyarakat akan berkelahi, Negara akan kacau-bilau dan berpuak-puak serta masyarakat dunia amnya akan menjadi kusut dan diselubungi dengan perasaan saling dengki mendengki, hasut menghasut dan seribu satu macam penyakit iblis yang akan muncul.
Sebagaimana juga yang telah kita semua ketahui, melalui fitnah itu juga, umat Islam akan menjadi berpecah, berpuak-puak, bersengketa walaupun hanya melibatkan pekara-pekara yang kecil. Lihat sahaja contohnya dua belas tahun yang terdahulu, kerana fitnah umat Islam Negara kita terbahagi kepada beberapa puak dan fahaman, satu berfahaman taghut, satu berfahaman firaun, satu berfahaman Qarun. Inilah realitinya masyarakat yang masih tidak kenal akan propaganda yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk memecah belahkan umat Islam di Negara kita khasnya. Prinsip ‘Pecah dan ‘Tadbir’ itu adalah propaganda yang sering dimainkan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan Negara umat Islam itu mundur dari segi, kefahaman pengetahuannya, aqidahnya, pentadbirannya, sistem pertahanannya, dan sebagainya. Kini!, bencana fitnah itu bermain lagi, dan perpecahan itu tetap akan berlaku selagimana sentimen-sentimen fitnah itu dimainkan oleh pihak tertentu untuk memperlihatkan bahawa masyarakat kita kini akan menuju lagi perpecahan yang amat dahsyat dari apa yang sebelum ini terjadi.
Kalau kita lihat, Andalusia jatuh adalah kerana ketaksuban pemimpinnya terhadap duniawi, maka apabila ia lemah, mereka dipecahbelahkan kepada beberapa wilayahnya menjadi satu wilayah yang begitu banyak pemimpin. Setelah perpecahan berlaku, maka hadirlah ideologi baru untuk memperbaharui sistem yang telah ada. Timbullah pula Ideologi Sekularisme barat mengantikan sistem pentadbiran Islam yang telah sedia ada. Ia berlaku bukan jangka masa yang singkat, tetapi perancangannya mengambil masa beratus-ratus tahun lamanya. Maka apa yang sedang kita lihat pada Negara Andalusia itu ketika ini?. Begitu juga terjadinya pada Negara
Kalau kita semua perhatikan Holy water bukan lagi satu isu perkataan asing bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia. Walaupun jarang dilihat oleh orang ramai, namanya memang pernah didengar oleh orang ramai. Cerita mengenai holy water sudah tersebar di kalangan orang-orang Melayu sejak lebih 50 tahun yang lalu, setelah berlakunya kes murtad pertama dalam sejarah tanah air pada tahun 1950, melibatkan seorang gadis bernama Natrah.
Apabila berlakunya kes murtad kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, cerita-cerita mengenai holy water semakin tersebar luas dengan pelbagai versi. Akibatnya holy water menjadi sesuatu yang amat ditakuti oleh orang-orang Islam, sehingga kadangkala menjadi tidak berasas. Pada hal, apalah sangat dengan holy water?. Jika benar holy water itu begitu hebat, di dalam Islam pastilah ada penawarnya. Ini sejajar dengan kemuliaan Al-Quran dan kesempurnaan Islam itu sendiri.
Jika benar holy water itu begitu hebat, orang-orang Kristian tidak perlu bersusah payah hendak memurtadkan orang Islam, sehingga terpaksa mengunakan pelbagai taktik licik lain?. Mereka boleh memasukkan holy water ke dalam minuman dan makanan yang datang dari Negara mereka dan dijual dikedai-kedai di tanah air kita dan Negara-negara umat Islam lain, habis episod orang Islam di dunia ini akan murtad.
Ternyata, realiti sebenar tidaklah begitu. Begitupun, umat Islam janganlah pula mengambil sikap terlalu mudah dengan holy water ini sehingga sanggup
Namun, mengaitkan holy water dengan mudahnya orang menjadi murtad tentunya Tidak Wajar. Orang murtad kerana dia sendiri yang mahu keluar Islam, bukan kerana holy water. Selaku umat Islam, kita perlu bersikap rasional dalam hal-hal sedemikian. Dengan itu barulah kita boleh melakukan langkah-langkah wajar yang lebih konkrit bagi mengatasi masaalah murtad di kalangan umat Islam.
Justeru, orang ramai terutamanya umat Islam perlu faham dengan pekara ini. Umat Islam tidak sewajarnya mudah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan tanpa asas mengenai holy water. Sebaliknya, setiap umat Islam perlu memantapkan Ilmu, Iman dan mempertingkatkan amalan masing-masing dari hari ke hari. Dengan itu barulah umat Islam tidak berjaya digoyahkan Iman dan Takwanya oleh golongan anti Islam, dan menjadi umat yang benar-benar berjaya di dunia dan di akhirat serta disegani kawan dan lawan. Sama-samalah kita renunginya dengan lebih mendalam bahawa holy water itu hanyalah satu propaganda pihak kristian untuk menakut-nakutkan serta mencalitkan aqidah umat Islam. Kalaulah benar kehebatan holy water tersebut, ada lagi yang lebih hebat darinya. Siapa Dia? Allah s.w.t Maha Perkasa terhadap sekelian ciptaan dan makhluk-Nya. Lupakah kita akan hakikat itu?. Maka dengan itu perbaharuilah serta mantapkanlah lagi Aqidah dan Iman kita untuk menangkis segala propaganda yang dibawa oleh pihak tertentu untuk melemahkan umat Islam. Allahu Akhbar!.
No comments:
Post a Comment