BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bertemu kembali dengan taufiq dan hidayah dari-Nya, kita dipertemukan bagi mengharungi kehidupan ini dengan penuh rahmat dan kesyukuran dari-Nya. Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jabbar, Ya Salam, Ya Allah. Kepada-Mu kami berserah.
“Nur Islam”. Kalimah suci ini merupakan dasar mutiara Islam yang paling utama dari satu permulaan bagi segala sifat kemuliaan. Setiap debu-debu amal kebajikan yang dilakukan tidak akan diterima tanpa secebis mutiara kalimah ini. Oleh itu setiap kalangan para Sahabat r.a pada ketika zaman Islam dahulu yang berada di peringkat permulaan telah mengorbankan hampir keseluruhan tenaga mereka untuk menyinarkan kalimah ini dan menentang keras terhadap pihak-pihak yang
Walaupun mereka-mereka ini seringkali berada di
Firman Allah s.w.t:
“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (Surah At-Taubah – Ayat 122).
Abdullah bin Abbas r.a menerangkan bahawa lembaran ayat-ayat suci Al-Quran yang telah diwahyukan pada zaman permulaan Islam itu adalah menyeru setiap orang Mukmin agar keluar di jalan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Taubah – Ayat 39).
Dan lagi Firman Allah s.w.t:
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”(Surah At-Taubah – Ayat 41).
Sebaliknya pula para Sahabat r.a yang terkemudian selepas itu tiada mempunyai kebolehan untuk melakukan pekerjaan atau tugas sepertimana yang telah dilakukan oleh golongan Sahabat di zaman Rasulullah s.a.w terdahulu. Dengan itu, Allah s.w.t telah memilih segolongan mereka-mereka yang berasingan untuk melakukan pekerjaan tersebut di dalam salah satu bahagian dari beberapa cabang Nur Islam ini. Golongan para Muhaddithin dikehendaki mengorbankan masa mereka di dalam pengumpulan dan penyebaran Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Begitu juga bagi kalangan kaum ‘Fuqaha’ (ahli ilmu hukum), ‘Sufi’ (ahli ilmu zikir), ‘Qurra’ (ahli di dalam ilmu pembacaan Al-Quran), ‘Mujahidin’ (pejuang di jalan Allah) dan seterusnya.
Setiap kelompok golongan tersebut mempunyai bidangnya yang tersendiri sebagai satu tugas yang akan dijalankan oleh mereka sepanjang masa. Langkah-langkah itu sangat diperlukan serta diperhebatkan ketika itu.
Bertepatan dengan itu, perubahan zaman tercanggih ini merubah segala-galanya, di mana ketika ini manusia sering melupai akan jasa dan pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu, sehinggakan sanggup mengangkat mertabat bangsa dan ilmuan pihak yang kufur itu sebagai cabang ilmu yang tinggi. Lantaran dengan itu juga, kita adalah generasi pemangkin untuk merubahnya kembali membawa Nur Islam itu terus dan akan berkembang sehingga ke hari kebangkitan kelak. Ini adalah amanah yang perlu kita semua ketahui, bahawa tiada kemuliaan yang tinggi selain dari kemuliaan dan keredhaan dari-Nya. Ayuh! Saudara dan saudari sekelian, gelombang perubahan kini terbuka dan menanti saat untuk ditegakkan melalui syariat-Nya. Allahu Akhbar!, Allahu Akhbar!, Allahu Akhbar!.
No comments:
Post a Comment