Monday 21 December 2009

Para Malaikat Ditugaskan Untuk Mengambil Tanah.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.

BismillahirRahmanirRahim,Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Selamat sejahtera. Tempohari saya ingin memuatkan posting saya berkenaan dengan malaikat, tetapi terbantut seketika atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat saya elakkan, InsyaAllah dengan masa dan kelapangan yang ada ketika ini saya akan lanjutkan lagi tentang apa yang dikatakan dengan “Beriman Kepada Malaikat” mengikut keizinan-Nya.


Pada suatu ketika Allah s.w.t menitahkan kepada malaikat Jibrail supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah yang akan dijadikan bahan untuk menciptakan Adam. Nanti saya akan senarai jenis-jenis tanah yang telah diambil oleh malaikat untuk menciptakan Adam di akhir perenggan nanti. Setelah malaikat Jibrail sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan Adam, kerana ia terlalu khuatir kelak cucu Adam menjadikan bumi ini tempat engkar terhadap Allah s.w.t. Lalu Jibrail kembali ke hadrat Allah s.w.t. kemudian Allah s.w.t memerintahkan malaikat Mikail turun ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibrail, Mikailpun tidak dapat berbuat apa-apa, dan kembali ke Allah dengan tangan yang hampa. Kemudian Allah s.w.t menyuruh pula Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah, tetapi malaikat Israfil turut tidak terdaya mendengar sumpah bumi. Ia kembali ke hadrat Allah s.w.t dengan tangan yang hampa juga.


Lalu Allah s.w.t menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi untuk mengambil tanah. Kata Allah s.w.t :


“Hai Izrail turunlah ke bumi untuk mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama-Ku.”

Begitulah setelah Izrail tiba di atas bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak berbuat apa-apa. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t :

“Ya Izrail, pertama engkau yang-Ku suruh dan tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh-roh manusia.”


Lalu Izrail berkata :

“Jika demikian, hamba khuatir yang hamba ini jadi dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaan hamba ini.”


Firman Allah s.w.t :

“Tidak, mereka tidak akan memusuhi engkau, Aku yang mengaturkannya, lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian untuk mereka kelak.”


Mengikut para ulama’ bahawa tanah-tanah tersebut adalah datangnya dari beberapa tempat yang berada di bumi ini, sebagai contohnya :


1) Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis.

2) Tanah Bukit Tursina.

3) Tanah Iraq.

4) Tanah Aden.

5) Tanah Al-Kautsar.

6) Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.

7) Tanah Paris.

8) Tanah Khurasan.

9) Tanah Babylon.

10) Tanah India.

11) Tanah Syurga.

12) Tanah Tha’if.


Mengikut Ibnu Abbas r.a:


1)Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah terletaknya otak manusia, dan di situ juga tempat beradanya akal.


2)Telinganya pula berasal dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat mendengar dan tempat menerima nasihat.


3)Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah s.w.t.


4)Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.


5)Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian.


6)Giginya dari tanah Al-Kautsar.


7)Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan membantu manusia.


8)Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.


9)Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan dahaga.


10)kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat seks dan tipudaya syaitan untuk menyesatkan manusia.


11)Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.


12)Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.


13)Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat Iman, Ilmu, Keyakinan, kemahuan dan sebagainya.


14)Lidahnya pula dari tanah Tha’if tempat mengucap Syahadah, zikrullah, dan berdoa.


Ini adalah gambaran tentang bagaimana Allah s.w.t menciptakan Adam a.s yang pada asalnya adalah dari tanah.InsyaAllah, nanti saya akan lanjutkan lagi berkenaan dengan kemasukkan roh ke dalam tubuh Adam a.s, di posting saya yang akan datang mengikut keizinan dan keredhaan dari-Nya.WaAllahu a’lam.


4 comments:

  1. salam...
    menarik posting awk nie,tertarik sy bace...nie tgh tunggu entry awk yg bru tuu ttg bagaimana roh masuk ke dalam tubuh adam...teruskan berjuang...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam BungaLarangan, terima kasih kerana berkunjung di sini, semoga Allah memberkati usaha-usaha saudari dan seluruh umat Islam yang mencari Ilmu-Nya, Amin.

    ReplyDelete
  3. 1. Mintak buat kajian tentang "Bonn Conference 2001" yang menghimpunkan Amerika, Iran, Russia, Beberapa negara Eropah, Jepun, China, India yang diselaraskan oleh PBB untuk menghancurkan negara Emiriah Islam Afghanistan (Taleban) di Afghanistan bagi mengetahui Syiah dan Iran bersekongkol dengan Yahudi untuk menjatuhkan Taleban.

    2. Mintak buak kajian terhadap London Meeting 17 Disember 2002 yang mengimpunkan Syiah Iraq yang dibuang ke Iran, pemimpin-pemimpin Iran, duta Amerika - Zalmay Khalilzad, PBB di London untuk bekerjasama bagi menjatuhkan Saddam Husein.

    3. Minta buat analisis mendalam tentang musuh sebenar yang menghancurkan umat Islam. Sesungguhnya sesuatu yang berdasarkan sangkaan (zann) itu tidak membawa kepada kebenaran apa pun..

    4. Blog tenteradajjal.blogspot.com bukan kajian selama dua hari. Penulisnya berada dalam bidang sejarah dan tamadun Islam berusaha dengan gigih membaca naskhah asal empat kitab utama Syiah Imamiyyah yang menjadi pegangan kepada penganut Syiah di Iran, Iraq, Lubnan dan kebanyakan negara Arab. berlatarkan metodologi sejarah diperingkat universiti penulis bertanggungjawab menyedarkan masyarakat seluruhnya tentang Syiah dan perbuatan sebenar mereka di Afghanistan dan Iraq.. Isu Palestin hanya mainan di mulut mereka, hasil dari sokongan palsu kepada Hamas, Israel menjadikan alasan kaitan dengan Iran antara sebab mereka membelasah Palestin kerana Iran itu bagi Israel kononnya paksi kejahatan dan penaja terroris. sebaliknya Iran bekerjasama dengan Iran di Afghanistan dan Iraq bersama-sama membunuh umat islam di sana khususnya Ahli Sunnah.

    5. Saya menuntut ada mendalami ajaran Syiah kerana Syiah yang tidak sesat berada di Yaman bukannya di Iran, Iraq dan Lubnan. Bacalah kitab2 mereka - SYiah Imamiyyah, dan jangan mudah bersangka baik dengan mereka kerana ajaran itu diasaskan oleh Yahudi Ibn Saba'

    sekadar teguran membina, salam ukhuwwah dari
    pemilik blog tenteradajjal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

    Buat saudara mohd samsuddin terima kasih kerana saudara di sini, memberi impak berguna dalam cetusan aqidah dan Iman bagi umat Islam. Blog saya ini bukan untuk melahirkan persoalan-persoalan ilmuan ilmiah untuk mencari jawapan yang konkrit, kerana saya bukan ahli falsafah dan tokoh ilmuan Islam yang disegani berbanding dengan para Ulama' salaf yang terkemuka dan ulama' tersohor dalam negara kita, pencetusan idea saya adalah untuk memantapkan lagi aqidah dan Iman khasnya bagi umat Islam di negara nusantara ini. Perkongsian persoalan pengkajian tentang syiah tersebut bolehlah rujuk kepada pihak yang peka dan pakar. Cuma apa yang hendak diberi penekanan di sini adalah agar umat Islam bersatu dalam mencanang segala gerak geri kafir laknatulah dan munafikun. Tiada unsur-unsur untuk mencalitkan mana-mana fahaman untuk kepentingan peribadi, cuma sekadar teguran bagi insan-insan yang kerap mengelarkan diri sebagai pejuang, dari pengamatan saya tentang blog saudara, saudara cenderong kepada Ahli sunnah wal jamaah dan mengajak agar umat islam mengenal akan kesesatan fahaman syiah. Itu satu bentuk perjuangan, perjuangan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Alhamdulillah, teruskan usaha saudara.

    Dalam Al-quran tiada menyebut tentang dajal, sepertimana dalam hadith Rasulullah s.a.w, Baginda hanya menyebut ciri-ciri dajal yang akan datang bila hampirnya manusia itu kepada Maha Pencipta. Adakah ia berbentuk sifat, makhluk, fahaman, propaganda, dan sebagainya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui. Kita diajar oleh Rasulullah s.a.w berdoa agar dijauhi dari fitnah dajal. Untuk mengkaji golongan berupa dajal itu adalah satu pekara yang perlu diperbincangkan dengan pihak-pihak tertentu dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, di negara india khasnya telah dinyatakan telah hadirnya dajal, dan di Malaysia juga tidak terketingalan telah dinyatakan telah keluarnya dajal iaitu bangsa melayu yang mengakui dirinya Rasul bagi kaum melayu, adakah ini turut dikaitkan dengan dajal?.

    Saudara mengkaji tentang syiah sejak beberapa tahun yang lalu, dan saudara mengetengahkan ajaran sesat syiah itu dengan terperinci, itu satu rahmat yang Allah s.w.t berikan kepada saudara. Jika perjuangan saudara itu disusuli dengan satu budaya untuk mengajak kaum sesat syiah itu ke pangkal jalan adalah pekara yang terbaik sebenarnya, lampirkan satu budaya ikutan Rasulullah s.a.w terhadap perjuangan saudara. Rasulullah s.a.w tidak pernah membentak dan marah sekalipun apabila baju beliau ditarik dengan kuat oleh kaum yahudi ketika beliau melintasi orang yahudi tersebut bersama-sama sahabat beliau, baginda hanya senyum dan berkata: "biarkanlah dia belum mengerti akan Islam". Ini sebagai contoh ikutan, ikutan bagi menarik orang-orang kafir agar mengenal Islam.

    Kejatuhan kerajaan Iraq, Afganistan adalah merupakan ketentuan dari Allah s.w.t. Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hamba-Nya hanya boleh membuat tafsiran. Setelah hampir 5 tahun kejatuhan kerajaan tersebut maka sebenarnya kita boleh melihat dari sudut mata hati kita, tentang mengapa?, kenapa?, siapa?. Inilah yang perlu kita fikirkan.

    Pengkajian sejarah-sejarah tamadun Islam itu mestilah berprinsipkan syariat-Nya, bukan hanya diceduk dari fahaman yang jelas-jelas untuk menjatuhkan Islam. Bukankah lebih baik kita mengkaji tentang Al-quran dan Hadith s.a.w, lebih-lebih lagi berkenaan surah Ar-Rum. WaAllahua'lam.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails