Tuesday, 29 December 2009

Malaikat Memuji Insan Yang Bersujud.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.

BismillahirRahmanirRahim. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Sujud adalah rukun penting dalam ibadah solat. Tanpa sujud bererti suatu solat itu tidak sah di sisi Allah s.w.t. Sujud juga merupakan simbol kehinaan hamba di hadapan Penciptanya. Maka jika enggan bersujud bererti bersikap sombong dan angkuh kepada Allah s.w.t. Ini amat jelas bilamana Iblis enggan rasa hormat dan enggan sujud apabila Allah s.w.t menciptakan Adam. Dengan sikap sombong dan takabur itulah yang menyebabkan Iblis dan sekutunya dihalau keluar dan tersisih dari rahmat Allah s.w.t.


Selain sujud dalam solat, juga terdapat sujud-sujud lain yang intinya adalah pengagungan hamba kepada Allah Azza Wa Jalla, seperti sujud tilawah (Sujud kerana membaca sebuah ayat Al-Quran yang mengandungi makna kebesaran Allah s.w.t) dan sujud syukur (merupakan sikap syukur seorang hamba kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang diterimanya).


Saya tertarik dengan kata-kata dari Imam Ja’far bin Muhammad Al-Shadiq : “Sujud wajib dalam solat adalah kewajipan sempurna, dan dengannya hamba mendapat redha Allah s.w.t, dan dengannya para malaikat akan mengaguminya. Apabila seorang hamba melakukan sujud syukur setelah selesai solat, maka Allah s.w.t akan buka hijab antara hamba itu dengan malaikat-Nya. Allah berfirman : “Wahai malaikat-Ku, lihatlah hamba-Ku. Dia telah tunaikan kewajipannya terhadap-Ku. Dia telah sempurnakan janjinya pada-Ku. Kemudian dia bersimpuh sujud pada-Ku mensyukuri nikmat-nikmat yang Aku berikan padanya. Wahai malaikat-Ku, apa yang baik Aku berikan padanya?”

Malaikat berkata ; “Wahai Tuhan kami, dia berhak mendapatkan rahmat-Mu.” “Kemudian apa lagi?” Firman Allah s.w.t. “Wahai Tuhan kami, dia berhak mendapatkan syurga-Mu.” “Lalu apa lagi?” “Wahai Tuhan kami, dia berhak mendapat naungan-Mu yang meliputi segala sesuatu.” Firman Allah s.w.t lagi : “Lalu apa lagi?”


Kemudian malaikat menyebut anugerah Allah s.w.t satu persatu yang berhak diperolehi hamba ini. Setelah selesai, Allah s.w.t berfirman : “Wahai malaikat-Ku, Aku akan bersyukur padanya sebagaimana dia bersyukur pada-Ku. Aku akan limpahkan kepadanya nikmat-nikmat-Ku dan akan Aku perlihatkan kepadanya rahmat-Ku. InsyaAllah jika ada kelapangan waktu saya akan sambung lagi berkenaan dengan “Beriman Kepada Malaikat” ini dengan lebih mendalam lagi mengikut keizinan dan ketentuan dari-Nya.



2 comments:

  1. salam...saudara M.I Nazir...

    Ana selalu membaca blog anta...so tergerak hati ana..nak tanye lah anta nie...anta nie seorang pendakwah ke..ustaz ke..mubaligh ke...geng tabligh ke...tulis-tulis dapat tauliah JAIS ke..JAWI ke...mana anta dapat sumber2 nie...wasalam pondok 007..

    ReplyDelete
  2. BismillahirRahmanirRahim. Waalaikumsalam, Sebelum itu saya ucapkan terima kasih kepada tuan pondok 007 (Anonymous), kerana sudi menghadirkan diri dalam blog saya, semoga Allah merahmati saudara dan seluruh umat Islam di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

    Saya tidak mengangotai mana-mana badan organisasi seperti tabligh, mubaligh, penulis-penulis badan bertauliah Jais dan Jawi malah seorang ustaz sekalipun. Saya dilahirkan dari keluarga yang sederhana, saya cuma menyebarkan dakwah Islam melalui sumber-sumber yang benar. Melalui Al-quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Pekara ini telah diajar oleh ibu dan bapa saya sejak saya dari kecil hingga sekarang. Guru-guru dan tempat rujukan saya juga hingga ke hari ini adalah ibu dan bapa saya serta beberapa ustaz yang kini dalam pembelajaran saya. Terus terang saya katakan, bahawa artikel dari blog saya ini saya anggap kurang memuaskan lagi, dan dari masa ke semasa akan saya perbaiki.InsyaAllah.

    "Kita adalah khalifah-Nya". Setiap khalifah di muka bumi ini punyai tugas dan tanggungjawabnya yang telah diamanahkan kepadanya daripada Allah s.w.t melalui Rasul dan Nabi-Nya. Tugas tersebut adalah untuk mengimarahkan alam ini dengan sempurna mengikut syariat dari Allah s.w.t. Dan ia sememangnya tidak terbatas sekali pun terhadap seluruh umat manusia, tidak kiralah ia sebagai, jurutera, doktor, sainstis, guru, ustaz, mufti, arkitek, jurujual, penyapu sampah, peminta sedekah, fakir miskin dan sebagainya. Kita dijadikan oleh Allah s.w.t dengan sifat yang sempurna, sempurna berbanding dengan makhluk Allah s.w.t yang lain, kita punyai akal dan nafsu, yang tiada pada makhluk Allah s.w.t yang lain. Kita punyai matlamat dan tujuan di atas muka bumi ini, Tujuan kita adalah satu, pengabdian kepada Maha Pencipta. Setiap diri manusia punyai Iman, tetapi Iman tersebut dibatasi dengan batu konkrit iaitu nafsu. Nafsu itu penyebab runtuhnya kreatibiti kita sebagai seorang manusia, Nafsu itu membawa kita jauh dari rahmat-Nya. Jika nafsu itu menguasai diri kita, maka akan terjadilah pekara-pekara kemungkaran dan kemaksiatan, walaupun ia seorang jurutera, doktor, sainstis, guru, ustaz, mufti, arkitek, jurujual, penyapu sampah, peminta sedekah, fakir miskin dan sebagainya. Maka dengan itu, kenali diri kita, apakah sumbangan kita kepada Islam?, apakah sumbangan kita pada mereka yang memerlukan Islam?, sejauhmanakah kita mempertahankan Islam?, persoalan ini sebenarnya batu asas untuk sekelian manusia agar mengenali bahawa tujuan kita adalah sama.

    Firman Allah s.w.t :
    “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah At-Taubah – Ayat 71).

    Semoga 3 persoalan ini membuka ruang untuk jawapan bagi persoalan tuan pondok 007 (anonymous).

    1) Siapakah yang menciptakan kita?
    2) Apakah tujuan kita hidup di muka bumi ini?
    3) Kemanakah arah kita, setelah wafat nanti?

    WaAllahua'lam.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails