BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat anda yang hadir di sini. Semoga kita semua berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah Ta’ala.
Di dalam “The Terrorism Industry”, Herman dan O’Sullivan telah menyatakan dengan terperinci perkaitan Israel di dalam beberapa institusi yang terkemuka malahan telah terlibat secara aktif di dalam menganalisis dan menerangkan tentang keganasan. Sebagai contohnya :
“Haritage Foundation” telah membantu pembiayaan dan terlibat sama di dalam aktiviti-aktiviti bersama institusi di Great Britain dan Israel.
“The Jewish Institute on National Security Affairs” (JINSA) telah dikelolakan dan diusahakan oleh individu yang berkait rapat dengan pelobi Israel dan ia juga boleh dianggap sebagai agensi laman maya kepada kerajaan Israel.
“Georgetown University Center for Strategic and International Studies” pula mempunyai ‘pakar’ yang terkenal mengenai keganasan dan ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan Mossad.
Dan yang terakhir.
"The Institute for Studies in International Terrorism, The State University of New York", mempunyai perkaitan antarabangsa yang luas dengan polis ketenteraan dan operasi perisikan Amerika Syarikat, Eropah, dan haluan kanan Israel yang melambangkan ikatan pengasas ‘Yonah Alexander’.
Berkata Herman dan O’Sullivan :
“Industri keganasan menghasilkan ‘arah’ Barat tentang keganasan, dan memilih ‘fakta’ sokongan yang bersesuaian, dan media massa menyampaikan kepada orang awam. Proses penyebaran ini lancar, kerana media massa menyebarkan mesej tanpa melakukan pemprosesan lanjut, berfungsi sebagai penyalur. Media massa Amerika Syarikat tidak membangkitkan persoalan mengenai agenda dan alasan industri keganasan dan secara amnya gagal untuk menapis ataupun memperbetulkan kata demi kata.” (Herman dan O’Sullivan).
Herman dan O’Sullivan memetik (seperti di atas), sebagai contoh, siri yang mempunyai empat bahagian mengenai ‘membalas keganasan’ yang muncul di dalam “The New York Times” pada 2, 3, 4 dan 5 Disember 1984 (rujukan berdasarkan buku : “The New Republic” 2003, m/s 157). Penulisnya telah menonjolkan bahawa The Times (akhbar sekutu Israel) bergantung kepada pegawai dan pakar Israel bagi 20% daripada maklumat yang didedahkan. Selebihnya yang ditemubual sebahagian besarnya pegawai Amerika Syarikat dan ‘pakar-pakar’ lain yang tidak boleh diambil sebagai rujukan serta hujah yang konkrit serta sebilangannya adalah sekutu kuat Israel.
Pihak berkuasa menunjukkan, berdasarkan penyelidikan mereka, didapati bahawa terdapat alasan yang baik untuk dipercayai bahawa beberapa perlakuan ‘keganasan’ adalah sebenarnya provokasi yang disengajakan, dicipta untuk mengembangkan agenda mereka, yang kononnya menentang keganasan.
Sebagai contoh yang hendak saya bawakan di sini sebagai perkongsian bersama adalah apabila ejen-ejen dan juga kumpulan sulit iaitu bukan sahaja membabitkan pengganas daripada dalam organisasi pengganas, mereka akan mengesa agar melakukan perlakuan keganasan untuk menjustifikasikan pendakwaan. Mereka juga mungkin menjalankan perlakuan keganasan simbol kepada orang lain bagi tujuan propaganda. Maka di sini kita percaya bahawa tindakan ini amat penting dan dipandang remeh oleh semua masyarakat dunia. Jika hendak di lihat, bukan susah bagi ejen perisikkan organisasi untuk meletupkan bom ataupun membunuh individu, ataupun menggalak serta mengupah orang lain untuk berbuat begitu, kemudian membuat panggilan telefon dengan mengaku bertanggungjawab bagi pihak rangkaian RED ataupun pertubuhan Palestin. Ini merupakan cara mudah untuk mewujudkan suasana moral yang dikehendaki, dan terdapat banyak bukti bahawa negara-negara di dunia ini yang sering terlibat dengan aktiviti sedemikian.
Sebagai contoh lain yang hendak saya nyatakan lagi di sini adalah apabila kerajaan Israel menjalankan beberapa pengeboman keganasan ke atas kemudahan di Kaherah pada tahun 1955 – 1956, dengan harapan ini akan dikaitkan dengan orang-orang Mesir dan merosakkan hubungan di antara Mesir dan Amerika Syarikat ketika itu. Begitulah juga terjadinya terhadap menara WTC di Amerika Syarikat, ia juga dilakukan oleh ‘mereka’ yang sama dan visi serta matlamat yang sama, bagi tujuan untuk menjatuhkan Islam serta menakluki hasil kekayaan bumi Islam dan menjadikan Islam sebagai sasaran masyarakat dunia sebagai agen-agen keganasan. Segala urutan peristiwa tersebut telah dirancang dengan teliti dan licik bagi menjadikan agenda mereka terus berjaya. Maka tidak mustahillah jika ketika itu datangnya provokasi media-media aliran Zionis menjelaskan kepada dunia tentang pentingnya menyelamatkan dunia dari keganasan. Dan seterusnya ‘mengibarkan’ slogan mereka iaitu ‘Peperangan Menentang Keganasan'. Namun apa yang kita semua ketahui, bahawa keganasan tersebut adalah datangnya dari mereka-mereka yang sememangnya telah lama merancang untuk menjatuhkan Islam serta melibatkan Islam dalam propaganda mereka.
Terdapat lebih banyak lagi kegiatan ‘keganasan’, sepertimana yang ditonjolkan oleh Herman dan O’Sullivan dalam komentarnya. Maka di atas alasan inilah rakyat Amerika dan masyarakat dunia perlu lebih berhati-hati tentang laporan media massa mengenai ‘keganasan’ dan menimbangkan dengan teliti dan tepat tentang siapa di belakang laporan tersebut. Insya’Allah untuk di artikel yang akan datang saya akan cuba muatkan siapakah dalang-dalang yang membuat provokasi media berkenaan dengan perlunya menjalan kempen “Peperangan Menentang Keganasan”. WaAllahua’lam.
No comments:
Post a Comment