Friday, 29 October 2010

Propaganda Evangelis Dan Fundamentalis Neo-Konservatif.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.



BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir bagaikan mutiara Islam di sisi. Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah Ta’ala dari segala musibah dan fitnah-fitnah yang melata disetiap sudut ruang kehidupan kita dekad kini. Banyak yang perlu saya kongsikan dan banyak lagi yang perlu saya perkatakan dengan prolong, apabila isu-isu memfitnah umat Islam yang kian berleluasa sehinggalah ke hari ini. Biarpun perjalanan perkongsian ini sesuatu yang pahit untuk kita semua (umat Islam) hadapi, namun ia sedikit sebanyak memperlihatkan kepada diri kita amnya, tentang bagaimana umat-umat Islam atau lebih senang dikenali dengan ‘saudara-saudara Muslim’ kita ditentang dan diperlakukan dengan begitu kejam tanpa perikemanusiaan oleh golongan manusia yang bernafsukan syaitan dan iblis menindas serta memperkotak-katik sehingga menyebabkan berjuta-juta saudara-saudara kita mati dalam memperjuangkan agama Islam. Jika kanak-kanak mujahid dan mujahadah bermati-matian di medan tempur yang hanya mengunakan sebiji batu kerikil untuk mempertahankan Agama Tauhid Allah Ta’ala, mengapa kita amnya yang hidup dilimpahi dengan kemewahan dan keupayaan ‘yang luar biasa’ tidak sanggup melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada keredhaan Allah SWT.


Ingatlah kita semua, bahawa setiap luka, darah yang mengalir, kelaparan, kesengsaraan, kedhaifan, dan seribu satu macam peristiwa ngeri yang menimpa kepada saudara-saudara Islam kita di luar sana yang telah berjihad menegakkan agama Allah Ta’ala tanpa rasa gentar, itu kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT ketika di akhirat nanti. Satu persoalan tentang tanggungjawab kita sebagai saudara-saudara mereka, serta peranan kita ketika di dunia dahulu tentang sumbangan yang telah kita semua hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Tidak kiralah sumbangan dan pengorbanan itu datangnya dari sebuah pena, sebuah kertas yang usang, sebuah puisi, sebuah artikel, sebuah cerpen, sebuah buku dan seribu satu macam bentuk perjuangan. Ini semua adalah saksi dan bukti yang menyatakan serta memperlihatkan diri kita amnya terhadap sokongan perjuangan demi mentauhidkan agama Allah. Maka, jika anda semua belum melakukannya, belum menyebutnya, malah belum mengetahui akannya, bermulalah azam baru dan bertekadlah terhadap masa-masa yang terluang itu untuk memperjuangkan syariat Allah Azza Wajalla. Allahu Akbar!




Apabila bermulanya pemerintah ‘Begin’, Perdana Menteri Likud yang seterusnya telah mengadakan pertalian rapat dengan Evangelis Amerika. Menurut Silverstein dan Scherer :


“Konservatif Kristian telah menyediakan Israel dan khususnya kepada Parti Likud tegar Perdana Menteri Ariel Sharon serta sekutu-sekutu terasnya sehingga ke hari ini dengan sokongan politik terpenting di Amerika Syarikat. Mereka menentang Israel menyerahkan tanah kepada rakyat Palestin dan mendesak pentadbiran Bush agar menutup pejabat Palestin di Amerika Syarikat. Mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kongres GOP dan kumpulan berkuasa di Pentagon yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Pertahanan iaitu Paul Wolfowitz yang digelarkan oleh orang dalam DC sebagai “Kosher Nostra”

“Mereka berusaha untuk menyokong Israel, ironinya, kerana mereka percaya ini akan menjurus kepada kemenangan mutlak Kristian. Bagi mereka, krisis yang berterusan di Timur Tengah telah diramalkan di dalam Bible. Setelah yahudi mendapat semula Tanah Suci, bukan penganut termasuk Yahudi dan Muslim akan terhapus di Armageddon, dan Jesus akan kembali sebagai Messiah untuk membawa pengikutnya ke syurga. Terima kasih kepada hubungan dengan pihak atasan dan aktiviti akar umbi evangelis Kristian, dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah tidak pernah serapat dengan Israel sebagaimana di bawah pentadbiran George W. Bush.” (Silverstein dan Scherer).


Evangelis Kristian khususnya amat keras terhadap Arab dan Orang Islam. Mereka percaya “Arab dan umat Islam dapat dijejaki daripada Ismail, yang bukannya anak kesayangan Ibrahim, yang telah dijanjikan oleh Tuhan dengan tanah dan sumber yang banyak tetapi tidak akan puas dengan apa yang ada. Tidak kira berapa banyak kekayaan yang diterima orang Arab, mereka tidak akan mengenal keamanan spiritual.” Ini adalah satu pandangan sempit dan jumud dari puak pelampau Kristian Evangelis dan perlu untuk saya nyatakan di sini bahawa ini bukan merupakan pandangan biasa penganut Kristian Amerika dan seluruh dunia, seperti yang akan kita semua ketahui. Malahan kenyataan ini juga merupakan satu bentuk propaganda pihak evangelis Kristian untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Israel, serta menjadikan Islam sebagai sasaran mereka untuk merealisasikan visi kejam mereka.


Salah seorang daripada pengaruh besar di dalam pentadbiran Bush dan yang telah bekerjasama rapat dengan Christian Right (pekara ini telah kita kongsikan di laman artikel saya yang lalu) adalah Douglas Feith iaitu seorang timbalan kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz. Menyedari akan penerimaan bersungguh-sungguh Likud Israel terhadap fundamentalis, Micheal Lind telah memberikan komen bahawa “sokongan bersungguh-sungguh terhadap Israel oleh Fundamentalis Protestan telah dimanipulasi sejak suku abad oleh ahli politik Israel berhaluan kanan dan sekutu neo-konservatif mareka.”







Ironinya, kumpulan Amerika Yahudi yang ‘liberal’ dan tidak menyokong Israel, tetapi secara terang-terangan menyokong penyelesaian melalui perbincangan dengan Palestin, Maka di situ kelihatan bahwa bahayanya penyekutuan tidak suci di antara evangelis Kristian dan neo-konservatif Yahudi. Rabai Eric Yoffie, ketua “Union of American Hebrew Congregation” telah dipetik sebagai berkata bahawa persepakatan di antara evangelis dan neo-konservatif melihat “sebarang konsesi sebagai ancaman terhadap Israel, dan dengan cara ini, mereka mengukuhkan penyokong kuat di Israel dan Amerika Syarikat.”


Hakikatnya, media Amerika (telah lama menyokong Israel) telah membantu perjuangan Christian Right dan pengikut setianya yang begitu taksub dengan perjuangan ‘Neo-Konservatif’ di Amerika dan sekutunya di Israel.


Sebagai contoh yang hendak saya kongsikan di sini bahawa agak ketara ‘Time’ , iaitu majalah berita mingguan yang diterbitkan oleh ‘AOL-TIME Warner’ media yang dimonopoli, muncul sebagai penyokong utama tentang “hari terakhir” falsafah ‘Dispensationalism’ yang dikenalpasti dengan Televangelis Kristian yang bersekutu dengan klik pemerintahan ‘Neoonservatif’ di dalam pentadbiran Bush.



Di dalam artikel muka hadapan yang disiarkan pada 1 Julai 2002, yang bertajuk “The Bible & The Apocalypse”. Time menyediakan tiga belas muka surat untuk publisiti kepada penganjur ‘akhir zaman’ khususnya evangelis Christian Right yang ‘konservatif’. Tim LaHaye, adalah hero bagi majalah yang selalunya dikaitkan dengan suara bujukan liberal. Secara amnya, didapati bahawa tiga belas muka surat di dalam majalah yang didominasi oleh keluarga Bronfman telah menyiarkan 13 artikel atau ruang tepi atau bahan penerangan yang berlainan dan berilustrasi terang. Banyak usaha yang dilakukan untuk mempromosikan LaHaye. Di dapati, pada permulaan artikel utama telah menaikkan buku terbaru Lahaye, iaitu ‘The Remnant’ sebagai buku ‘terhebat musim panas’ dan meletakkan muka depan buku tersebut di tempat yang mudah dilihat. Manakala di bahagian atas pelbagai muka surat diletakkan ‘fakta’ di dalam kotak yang menyatakan bahawa 36% daripada bancian telah menyokong Israel dan mereka berbuat demikian kerana mempercayai kepada ramalan kitab bahawa “Yahudi mesti menguasai Israel sebelum Christ muncul semula” ataupun 42% berkata mereka “menyokong Israel kerana Yahudi adalah manusia yang dipilih oleh Tuhan” Empat muka surat artikel memberi fokus khas kepada LaHaye. Gambar berwarna LaHaye yang besar dan menarik terpampang di dua muka penuh yang menampakkan kehebatannya, disertai dengan tajuk besar “Bertemu dengan Nabi”. Ini semua adalah satu propaganda pihak Yahudi dan sekutunya yang ingin memperlihatkan kepada dunia bahawa segala urusan dan kekuasaan di bumi ini adalah tertakluk kepada kekuasaan bangsa Yahudi yang bertempat di Israel. Mereka dengan sengaja telah memperlekeh-lekehkan Islam dengan menganggap Islam satu Agama yang perlu mereka terjah dan lenyapkan. Namun usaha-usaha tersebut tidaklah menemui jalan yang mudah daripada apa yang mereka sangkakan sebelum itu. Maka peranan media, adalah agenda utama mereka untuk menyiarkan fitnah terhadap dunia Islam demi merialisasikan matlamat serta misi jahat mereka. Majalah Time itu juga merupakan satu bentuk propaganda media yang sengaja dicipta dan diterbitkan bagi mengalihkan pandangan rakyat Amerika terhadap perjuangan pihak Israel di Timur Tengah. Maka, apa yang dapat dilihat, segala bentuk hasutan dari media itu merupakan senjata yang ampuh bagi mereka demi menjadikan cita-cita mereka menubuhkan semangat “Israel Raya” akan terlaksana.


Meskipun Time ada menyatakan bahawa ahli teologi Yahudi yang tidak berpuas hati dengan hakikat bahawa LaHaye dan ‘Disoensationalist’ yang lain melihat ‘akhir waktu’ sebagai ketika di mana kaum Yahudi mesti menerima Jesus Christ sebagai Messiah. Time telah memberikan penilaian akhir yang kritikal kepada suara utama pelobi pro-Israel. Menurut Time lagi “Apabila orang merasa terpinggir dan diserang, dia akan memanggil semua rakan-rakannya” kata Abraham Foxman, iaitu pengarah nasional “Anti-Defamation League.” Kemudian Time memetik kata-kata Foxman yang bermaksud :


“Saya fikir menjadi urusan kita untuk cuba mengambil hati dan perasaan dan metafizik manusia tentang mengapa mereka menyokong Israel. Ada yang melakukannya kerana kepentingan nasional, ada kerana isu moral, dan ada yang kerana isu teologi. Kita tidak meletakkan ‘standard’ ataupun syarat untuk mendapat sokongan. Jadi ! Christian Right adalah tangan kanan Israel!”


Maka jelaslah di sini, bahawa evangelis dan fundamentalis yang dimainkan oleh pihak Neo-konservatif yang berpaksikan Zionisme telah mengunakan pengaruhnya dengan begitu meluas. Mereka telah dapat menguasai media-media penting di Amerika, serta begitu mudah mendapat sokongan padu dari penyokong-penyokongnya yang terdiri daripada “radikal parti peperangan”. Dengan mengunakan pengaruhnya yang besar terhadap golongan ‘elit’ termasuklah Pentagon dan Pemerintahan Tertinggi Amerika Syarikat, maka pihak Neo-konservatif serta sekutu-sekutunya telah bergerak dengan pantas di belakang institusi pentadbiran Amerika tanpa dapat di kesan. Maka slogan keramat “PEPERANGAN MENENTANG KEGANASAN” merupakan sebahagian daripada pandangan jauh pihak Neo-konservatif SEBELUM terjadinya peristiwa 9-11. WaAllahua’lam.



No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails