Tuesday, 16 November 2010

Justifikasi Perancang Berimaginatif Untuk Mencipta Keganasan.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.



BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung WWW.MujahidinCyber.blogspot.com , semoga anda semua berada di dalam limpahan rahmat dan cahaya Ilahi hendaknya. Terlebih dahulu ucap Salam Idul Adha buat semua yang telibat dalam urusan mengerjakan tuntutan Allah Ta’ala semoga dengan pekerjaan dan amal kita yang ikhlas, akan disinari dengan rahmat serta keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Insya’Allah.



Melalui penelitian dan pengamatan saya terdapat lebih ramai di kalangan orang-orang Amerika yang mengsyaki senario peristiwa 9-11 telah memperlihatkan serta menyatakan bahawa ada bukti yang menunjukkan sejak beberapa tahun lalu, pegawai-pegawai Amerika secara serius telah memikirkan kemungkinan untuk melakukan tindakan keganasan di bumi Amerika. Yang kerap disebut adalah buku yang ditulis oleh wartawan veteran yang dihormati iaitu James Banford, yang bertajuk “Body of Secrets” dikeluarkan pada tahun 2001 (hanya sejurus sebelum serangan 9-11).



Di dalam isikandungan buku tersebut, James Banford telah mendedahkan bahawa seawal bulan Januari 1961, pembuat polisi Amerika telah memikirkan satu skema dahsyat untuk melancarkan serangan pengganas terhadap rakyat Amerika dan kemudiannya menyalahkan komunis Cuba iaitu Fidel Castro sebagai dalang, serta menuduh bahawa Negara Cuba sebagai pusat radikal pengganas Komunis.




Sungguh pun buku James Banford menerima sedikit perhatian media, pendedahan yang mengejutkan tentang kempen pengganas yang dicadangkan oleh Jeneral Tentera Lyman Lemnitzer yang pada masa itu merupakan Pengerusi Gabungan Ketua-Ketua Turus. Perlu di fahami juga bahawa Lemnitzer adalah seorang berbangsa Yahudi, serta pendokong kuat Neo-Konservatif yang fanatik, kemudiannya muncul sebagai sebahagian dari Jawatankuasa Bahaya Masa Kini Neo-Konservatif iaitu kumpulan awam yang menyokong penuh polisi-polisi yang telah dibuat oleh Richard Perle (Mentor Neo-Konservatif). Di dalam komentar tersebut James Banford telah menulis :


“Menurut dokumen yang didapati untuk “Body of Secrets”, Lemnitzer dan Gabungan Ketua-Ketua Turus telah mencadangkan secara rahsia untuk merancang satu serangan terhadap pengkalan tentera laut Amerika di Guatanamo Bay, Cuba dan kemudian menyalahkan Castro di atas serangan ganas tersebut. Maka ketika itu orang awam Amerika secara tidak sengaja akan menyokong peperangan Carribean Gabungan Ketua-Ketua Turus tersebut. Siapakah yang akan mempercayai penafian Castro mengatasi pernyataan komender tinggi ketenteraan Pentagon? Pemimpin tentera telah mencadangkan untuk melancarkan peperangan yang tanpa ragu-ragu lagi serta membunuh ramai rakyat dan tentera Amerika, berdasarkan hanya satu pembohongan yang direka semata-mata. Pada 19 Januari, hanya beberapa jam sebelum (pada masa itu Presiden Dwight) Lemnitzer memberikan kebenarannya terhadap cadangan tersebut. Peristiwa demi peristiwa rancangan tersebut akan menjadi satu permulaan kepada satu rancangan rahsia yang lebih besar” (James Banford – Body of Secrets).


Lemnitzer juga merancang satu kemungkinan serangan terorisme ke atas bumi Amerika oleh ‘Amerika terhadap Amerika’, tetapi akan menyalahkan Fidel Castro dalam soal tersebut serta menuduh Cuba sebagai pengganas yang sebenar. Maka Konspirasi terorisme terhadap Amerika telah ditawarkan oleh Lemnitzer dan penasihat-penasihatnya yang mencadangkan sesuatu yang lebih besar akan berlaku bagi merealisasikan impian mereka untuk membina empayar zionis global yang berjaya.


Lyman Lemnitzer


Lihat sahaja, mereka boleh mengunakan Cuba sebagai batu loncatannya, dengan mengaitkan Negara tersebut dengan pengganas komunis di sekitar pantai Miami, di bandar-bandar lain seperti di Florida dan juga Washington malahan juga di New York. Perlu diingati juga, bahawa kempen terorisme boleh ditujukan kepada pelarian Cuba yang mencari tempat perlindungan di Amerika syarikat. Mereka juga boleh merancang dengan menenggelamkan kapal-kapal penuh Cuba yang dalam perjalanannya ke Amerika melalui cara terancang. Malahan mereka juga boleh mengugut nyawa pelarian Cuba di Amerika syarikat sehingga ke tahap mencederakan bagi mendapatkan publisiti secara luas dan besar-besaran. Semua ini adalah sebuah perancangan dalam merencanakan impian mereka untuk menakluki global mengikut acuan jahat mereka. Semua itu adalah tidak mustahil akan berlaku.


Maka Persoalannya...


Soalan berbangkit sama ada pada 11 September 2001 adalah satu lagi skema tersembunyi yang telah dijalankan sehingga ke penghujungnya. Ramai orang-orang Amerika akan terus memikirkan sama ada itulah sebenarnya apa yang berlaku dan bukti terus muncul yang mencadangkan bahawa itulah hakikat sebenarnya.


Serangan 9-11 dan Serangan Mumbai 26-11



Pemikiran rakyat Amerika berkecamuk dengan setiap tomahan dan tuduhan terhadap Islam sebagai punca kepada serangan tersebut, tetapi dalam masa yang sama mereka beranggapan bahawa scenario tersebut telah dimainkan oleh orang-orang tertentu di dalam negara mereka sendiri yang disokong penuh oleh pihak Israel bagi mencapai sesuatu tujuan yang lebih jauh kesannya daripada peristiwa 9-11 tersebut.



Pihak Neo-konservatif, telah memainkan peranan media dan menghasut dunia agar mempercayai segala dakyah dan propaganda mereka yang mengaitkan Islam adalah punca peristiwa tersebut, namun sehingga kini, masyarakat dunia kian keliru dengan tindakan Amerika yang terang-terang memperlihatkan kepada dunia bahawa keganansan tersebut adalah datangnya dari Amerika sendiri. Jikalah peristiwa perancangan sedemikian dirancang dengan sedemikian rupa, tidak mustahil motif dan tujuan asal tersebut telah terlaksana dengan jayanya. Kini Amerika sedang giat mengumpul dana dan segala tindakan susulan bagi memastikan perancangan keduanya
untuk menguasai sepenuhnya dunia Arab dan Negara-negara Islam akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Biarpun ia telah digantikan dengan berpuluh-puluh pemimpin selepas itu, namun visi dan misi mereka tetap tidak bercanggah dari landasan mereka. Insya’Allah, kalau anda ingin kepastian tersebut nantikan lagi pembongkaran dan perkongsian saya mengenai situasi tersebut di artikel dan episod saya yang akan datang. WaAllahua’lam.


No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails