Thursday, 18 November 2010

Pereka Empayar Hegemoni Baru.


Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.



BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.Sejak tahun 1975, pereka polisi imperialis utama seperti Henry Kissinger telah melihat satu potensi perang Timur Tengah sebagai satu jalan untuk membentuk satu empayar hegemoni dunia. Malahan senarionya menunjukkan bahawa konflik Arab-Israel terhadap Palestin adalah hasil hasutan dari mula lagi bagi tujuan untuk menyemarakkan satu perang global secara besar-besaran yang secara tidak langsungnya mengaitkan Islam sebagai sasaran dan motif utamanya.




Senario ini telah dibentangkan di dalam perenggan terakhir (barangkali sedikit sahaja yang dibaca) sebuah buku yang telah lama dilupakan iaitu “The Arabs : Their History, Aims and Challenge to Industrialized Word” (Arab : Sejarah, Matlamat dan Cabaran Dunia Industrial) yang ditulis oleh penulis Amerika yang pro-Zionis iaitu Thomas Kiernan serta buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 1975.



Walaupun Kiernan tidak menyebut siapakah pereka polisi utama yang merancang skema geopolitik yang mengkagumkan ini, Kiernan ada menceritakan individu yang menegaskan pendapat dunia ini sebagai “seorang pegawai kanan Jabatan Negara Amerika yang telah memainkan satu peranan utama di dalam usaha-usaha perundingan Henry Kissinger sejak dua tahun yang lalu”.



Henry Kissinger


Menurut penerangan ini, Kissinger sendiri mungkin terlibat dan sekiranya kebenaran ditunjukkan, orang yang bercakap tersebut adalah Kissinger juga. Sekiranya tidak, orang yang bercakap pasti mencerminkan pemikiran Kissinger sebagai pemain utama di dalam perancangan global Kissinger. Menjawab soalan Kiernan sama ada konflik Timur Tengah boleh diselesaikan tanpa peperangan, ‘orang’ yang bercakap itu (mungkin Kissinger) menegaskan bahawa :


“Evolusi peristiwa-peristiwa yang berlaku di Timur tengah pada abad ini boleh disamakan seperti pembinaan (sekiranya anda boleh bayangkan) piramid yang terbalik. Batu penutup, dalam kes piramid yang terbalik ini adalah merupakan tapaknya, telah dibentuk daripada konflik yang tidak dapat dielakkan antara keperluan luar dan cita-cita Zionis pada satu tangan dan kemegahan dan aspirasi masyarakat Arab tempatan di satu tangan yang lain”.


Perhatikan kita semua, bahawa orang yang bercakap itu mengakui konflik yang terjadi akibat kemasukkan Negara Zionis ke dalam wilayah Arab di Palestin adalah “tidak dapat dielakkan”. Telah banyak yang memperkatakannya untuk satu generasi bahawa ini adalah tujuan asal penempatan Israel yang provokatif itu. Maka ‘orang’ yang bercakap tadi meneruskan perbicaraannya :



“Piramid itu terus berkembang, batu-batu di dalam tingkat-tingkat yang seterusnya telah menambah elemen-elemen lain kehendak dan keghairahan terhadap keperluan luar yang lain, keghairahan dan aspirasi kumpulan bangsa-bangsa lain di kalangan dunia Arab. Setiap tingkat yang seterusnya menelan lebih banyak dunia ke dalamnya. Sekarang pyramid itu telah siap. Dan di sana ia berdiri, janggal keseimbangannya di atas puncaknya, keempat-empat sisinya mencapai ke setiap sudut dunia.”


Dalam erti kata lain, krisis di Timur tengah mula melibatkan semua Negara-negara lain di dunia seperti apa yang sekarang berlaku dengan perjuangan yang berterusan di antara Amerika Syarikat dengan sekutu-sekutu tradisinya seperti Perancis, Britain, Jerman, Australia, Poland, Russia, Sepanyol, Portugal, Belanda, Norway, Sweden, dan sebagainya. Senario tersebut dinyatakan bahawa :


“Kita semua tahu bahawa adalah mustahil untuk sebuah pyramid berdiri di dalam keadaan yang terbalik begitu. Sejauh ini, ia telah disokong di atas empat sudutnya oleh seluruh dunia. Walaupun ia sekali-sekala menyenget dalam keadaan bahaya, ia juga berjaya sedikit sebanyak untuk tegak. Tetapi usaha untuk menegakkannya telah mengenakan tekanan yang semakin besar terhadap penyokong-penyokongnya. Tekanan diselesaikan dalam dua cara, ahli psikologi memberitahu kita. Satu cara menerusi ledakkan. Satu lagi menerusi pengunduran. Mekanisme lawan atau lari ialah sebahagian dari sistem reaksi manusia.”


Maka saya sinopsiskan bahawa satu perang dunia mesti terhasil akibat dari konflik Israel-Arab dan senario itu mestilah berterusan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya bagi mewujudkan sistem pemerintahan Hegemoni Zionis yang kukuh dan berkuasa melalui saluran pembasmian semua agama dan bangsa Arab secara perlahan-lahan sehingga memberi kesan dari apa yang berlaku sekarang.





Di sini cuba kita semua perhatikan lagi bahawa cadangan konflik Israel-Arab sebenarnya adalah asas kepada perang dunia yang diceritakan di dalam rancangan yang menakutkan ini. Senario tersebut memperlihatkan bahawa Timur dan Barat akan mengutip apa yang tinggal seperti ‘burung helang memakan bangkai’. “Itupun sekiranya masih ada Negara Timur dan Barat lagi pada masa yang akan datang”.



Perhatikan lagi...


Negara-negara manakah yang akan bersekutu sebagai “Timur” dan “Barat”?


Adakah pihak-pihak baru akan muncul dan mengambil tempat era perang tradisi di antara Amerika dan Russia?


Adakah dunia Arab bersama-sama manusia sejagat hanyalah satu gadaian dalam satu permainan yang lebih besar yang mana Neo-Konservatif hanyalah satu alat?




Maka hasilnya satu keputusan muktamad terhadap satu empayar dunia yang diterajui oleh kekuatan ketenteraan Amerika, di tangan beberapa orang pilihan sekumpulan Neo-Konservatif fanatik. Telah banyak masyarakat dunia perhatikan bahawa banyak darah yang telah tumpah dan akan terus mengalir.



Campur tangan Amerika yang membawa bencana di Iraq, Palestin, Afghanistan serta Negara-negara Islam yang lain hanyalah satu permulaan dan baru sahaja bermula. Semenjak George W. Bush (Mantan Presiden Amerika) mula-mula mengisytiharkan kemenangan di Iraq, keadaan menjadi semakin buruk. Kemenangan yang sekejap bagi pihak Amerika telah bertukar menjadi satu bencana ala Vietnam dan bungkusan-bungkusan mayat terus dihantar pulang.



Mitos Neo-Konservatif terhadap “senjata pemusnah” Saddam Hussein telah lama diisytiharkan sebagai pembohongan yang diketahui oleh orang-orang yang bermaklumat. Ramai orang-orang awam Amerika mula menyedari bahawa alasan untuk berperang dengan Iraq tidak lain bukan hanyalah satu pembohongan dan propaganda malahan tidak lebih dari itu.


Pada hakikatnya, Presiden Amerika Syarikat telah membohongi rakyatnya dan juga dunia keseluruhannya. Beliau telah dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh penasihat-penasihat Neo-Konservatif yang rata-ratanya adalah golongan penipu, perompak, perogol, dan seribu satu macam perbuatan Iblis serta mereka telah menyebabkan kematian lebih ramai lagi orang-orang Amerika dan orang-orang di seluruh dunia. Satu kemusnahan seluruh dunia mungkin boleh terjadi dan akan berlaku sekiranya dunia masih lagi mampu menambat mereka-mereka ini.



Secara amnya, motif Neo-Konservatif tidak berideologikan atau geo-politik, sungguh pun mereka mendakwa merekalah sebenarnya patriot, pemimpin dan pejuang untuk Amerika. Perlu kita fahami bahawa semua itu tiada kebenaran dan asasnya yang konkrit. Kempen berterusan dan terang-terangan adalah perlu untuk menghalau pemangsa-pemangsa ini untuk selama-lamanya dari muka bumi ini bagi mewujudkan keadaan dunia yang seimbang dan lebih baik. Maka itulah jalannya dan itulah juga yang terbaik untuk Amerika dan dunia seluruhnya.



Masanya telah tiba...


Sesuatu harus dilakukan...













Mengapa Harus Lena?...



2 comments:

  1. hoho, intersting info. macam patut tahu ni!

    ReplyDelete
  2. Salam Ibnu Mutalib.

    BismillahirRahmanirRahim.

    Terima kasih kerana melewati di sini, semoga ia bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails