Monday, 22 November 2010

Impian Membina Empayar Global?

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.




BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir bagaikan mutiara Islam di sini. Melalui kotak pemahaman dan penelitian saya, seketika yang lalu iaitu Organisasi Bangsa-bangsa Bersatu (seperti yang kita semua ketahui) boleh dianggap sudah longlai dan berkubur dengan tragisnya. Pertubuhan tersebut telah diketepikan untuk sementara waktu (selagi ia direncam propaganda Zionis) malahan kewujudannya merupakan satu helah bagi menghalalkan segala tindakan rejim Zionis terhadap dunia. Ia juga merupakan sebuah impian bagi mereka-mereka yang ingin melihat badan global tersebut sebagai cara untuk menubuhkan satu tragis hegemonisme dunia. Imperialisme hari ini melihat bahawa ‘Uncle Sam’ sebagai ‘polis’ dunia, malahan asas matlamatnya ialah ‘satu dunia seperti Amerika, dan selamat untuk semua.’ Itupun jika misi mereka berjaya.



Retorik ini mungkin merupakan sebuah halwa telinga ramai patriot awam Amerika atau mereka yang merasakan diri mereka sebegitu. Agenda ini mengandungi lebih dari apa yang dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga. Apa yang mungkin digambarkan sebagai Skema Agung untuk satu ‘Orde Dunia Baru’ di atas kesedaran terhadap peranan ‘Imperial’ baru, Amerika telah sampai secara terus-terang dan jelas. Ironinya dapat dilihat apabila Majalah ‘The Journal of International Security Affairs, iaitu organ dalaman Jewish Institute for National Security Policy (JINSA)’ yang telah menjadi bahan rujukan di halaman-halaman organisasi badan yang mengidamkan peperangan global kini telah merencanakan pelbagai cabang penghasut bagi memastikan matlamat utama tersebut tercapai.


JINSA yang pada mulanya tidak begitu dikenali sebagai ‘Think Tank” Washington, sekarang ini diakui ramai sebagai satu daya peneraju disebalik polisi luar pentadbiran Bush dan sekutu rapatnya. Jadi, apa sahaja yang dikeluarkan di dalam penerbitan JINSA membawa banyak konspirasi terancang yang berpaksikan Zionisme.


Sebagai contoh yang hendak saya kemukakan dan kongsikan di sini bahawa penulisnya iaitu Alexander H. Joffe, iaitu seorang ahli akademik yang pro-Israel, adalah merupakan seorang penulis rencana di dalam penerbitan JINSA serta beliau telah diberikan banyak ruang untuk ‘menjaja’ teorinya. “The Empire That Dared Not Speak its Name” (Empayar Yang Tidak Berani Menyebut Namanya) telah memperlihatkan bahawa secara jujurnya Alexander H. Joffe mengakui “Amerika adalah sebuah empayar” dan menegaskan bahawa ia adalah sebuah Negara yang sangat bagus untuk melebarkan taringnya kepada umum. Malahan ia juga termasuk di dalam salah sebuah negara yang perlu dijajah dari segi pemerintahannya secara berterusan.



Malahan Joffe menegaskan lagi bahawa apabila Bangsa-bangsa Bersatu berani menentang Zionis, maka badan dunia tersebut perlu dimansuhkan atau dihapuskan. Joffe juga telah membidas melalui penulisannya dengan menyatakan “Kita sekarang berpeluang dan bertanggungjawab untuk memulakan semula, tetapi dengan nada keras menyatakan amaran bahawa kemunculan “European Union, EU (Kesatuan Eropah) merupakan satu ancaman kepada impian untuk mendapatkan satu empayar global.”


JINSA menegaskan bahawa EU adalah satu “Visi alternatif kepada komuniti antarabangsa”, yang juga merupakan ‘satu visi yang bertentangan dengan Empayar Amerika”. Menurut penulis zionis itu (Alexander H. Joffe) masaalah besar dengan Eropah dan EU adalah “budaya menjadi dasar masaalah di Eropah. “Nasionalisme adalah doktrin yang berasal dari Eropah, begitu juga dengan Fascisme dan Komunisme.”



Jika kita semua mengkaji sejarah peradaban Eropah Baru ia sebenarnya terdiri daripada berbilang budaya tetapi pada teori realitinya ia telah didominasi dari segi geo-politik dan sosialis budaya Perancis dan manakala dari segi kepesatan ekonominya adalah dari Negara Jerman. Hari ini, apa yang dapat kita lihat adalah, EU telah merasakan satu perasaan bersalah akibat Kolonialisme dan peperangan global, pintunya terbuka untuk sebarang idea, namun terhalang oleh elemen-elemen Amerika yang sering datang mencengkam. Manakala di satu tahap yang sinis EU sebenarnya telah mengizinkan dan menghalalkan beberapa pemikiran dan tindakan yang tidak berasas, seperti Anti-Amerikanisme, Anti-Semitisme dan pelbagai lagi teori konspirasi yang membuatkan kesatuan tersebut terikat.


Begitu juga terjadinya kepada Empayar Amerika yang tidak mempunyai lawan dari segi teori dan juga realiti. Matlamat Empayar Amerika pada abad ke 21 bukanlah penguasaan wilayah atau penyalahgunaan sumber, tetapi kepimpinan dari segi politik dan ekonomi yang mempertahankan serta mengalakkan kepentingan Amerika untuk mempromosikan pembanggunan dan kesejahteraan semua bangsa.


Maka kesudahan apa yang dapat kita perhatikan di sini adalah, jawapan kepada sebuah planet yang stabil dan makmur ialah satu sistem global yang secara struktur dan moralnya serupa dengan kesatuan Amerika iaitu Negara separa berautonomi dengan sistem sekular dan demokratik liberal.


Persoalannya...


Adakah Amerika juga ingin menakluki Negara-negara Islam yang lain?


Satu pengamatan dan penelitian yang telah saya lihat, berkemungkinan Amerika Syarikat juga ‘berselera’ dengan Negara-negara di benua Afrika bagi merealisasikan matlamat mereka untuk menakluki global secara berperingkat dan tersusun setelah mereka melakukan kemusnahan di Negara-negara Arab Timur Tengah.



Situasi Amerika dan sekutu-sekutunya untuk sewenang-wenangnya mengambil alih dan memulihkan Negara-negara Afrika adalah tidak jelas serta ia berkemungkianan mengandungi motif yang jahat terhadap Negara tersebut.


Persoalannya lagi...


Apakah alasan untuk campurtangan?


Apakah prosedur-prosedur dan kesudahannya?


Siapakah yang akan berjuang dan siapakah pula yang akan menanggung semua kos tersebut?


Jika dilihat, pemulihan Negara Afrika akan melibatkan komitmen jangkamasa panjang dan kos yang tinggi yang hanya boleh ditanggung oleh Negara itu sendiri. Dengan kata lain, ia mungkin akan memerlukan penguasaan ekonomi Amerika untuk selari dengan penguasaan politik dan budaya. Kolonialisme memang selalunya mendatangkan hasil, tetapi ianya tidak sentiasa indah dan tepat. Persoalannya sama ada Afrika dapat menanggung kos (atau mampu untuk tidak menanggungnya) dan sama ada Amerika ‘berhati perut’ dalam soal tersebut. Ini juga melibatkan satu propaganda yang mana ilham tersebut sama di mainkan di Negara Timur Tengah iaitu menghancurkan dan membanggunkan serta memerintah mengikut acuan Zionisme. Maka perancang-perancang yang berfikiran seperti itu telah menjadikan agenda mereka satu agenda global yang luas dan menjangkaui lebih dari kontinen Afrika.


Walau apa pun retorik terhadap “demokrasi”, apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh ideologi pro-Israel ini adalah penggunaan kekuasaan ketenteraan Amerika untuk memulakan satu lagi agenda (rahsia). Sungguhpun demikian, ramai rakyat setia Amerika yang sukakan konsep satu empayar Amerika mendapati bahawa konsep yang diketengahkan adalah berbeza dengan apa yang mungkin mereka lihat dan dengar.



Sinopsisnya terlihat di sini, apabila Amerika Syarikat hanyalah satu gadaian, walaupun ia satu Negara yang kuat di dalam permainan ini, yang dikotak-katikkan di dalam satu skema untuk dominasi dunia oleh para elit yang beroperasi di sebalik tabir. Akhirnya ini memberitahu kita siapa sebenarnya mereka-mereka ini dan apa agenda tersembunyi mereka.


Bukannya Satu Misteri Lagi...


Yang penting sekarang ini ialah apa yang akan dilakukan oleh orang-orang Amerika dan semua patriotik sedunia tentang situasi dan masaalah ini.


Persoalan yang memungkinkan...


Adakah dunia akan memutuskan sudah tiba masanya untuk mengisytiharkan peperangan ke atas mereka-mereka ini?



Jika itu sebagai wadah jawapan kepada kekusutan yang telah lama dirasai oleh masyarakat Islam dan seluruh masyarakat dunia, maka cara sedemikian adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan walaupun sistem komuniti msyarakat ketika ini tidaklah begitu baik. Ironinya kita hanya boleh melaungkan dan mengibarkan sesuatu semangat patriotik yang membara, tetapi disegenap itu juga ia kelihatan hilang punca akibat sedikit perbalahan penerajuan yang tidak berkesudahan. Lihat sahaja pemimpin-pemimpin Islam dewasa kini, kelihatan bibir serta lidah mereka sering basah dengan laungan jihad menentang kezaliman terhadap penduduk Islam, tetapi dalam masa yang sama masih semeja dan berdendang-dendang dengan musuh-musuh Islam yang hadir membawa ‘suapan emas ‘yang bertimbun-timbun. Maka jika diajukan serta dikemukan pelbagai ragam soalan, mereka-mereka ini pandai menjawab, “Kita sedang berunding”, “Kita akan menghantar misi”, “Kita telah menentangnya dengan sekeras-kerasnya” dan sebagainya. Adakah itu semua sudah memadai jika saban hari kian ramai saudara-saudara Islam kita diletupkan, dibunuh, ditindas, dinafikan hak, diterajang, dipukul dan pelbagai lagi yang tiada kesudahannya. Sudah cukupkah sebegitu?, atau kita masih menantikan lagi sebuah Negara Islam yang akan tumbang? Semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang BERFIKIR. WaAllahua’lam.



No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails