“Manfaat Kitabullah : Di Mana Situasi Kita?”
BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.”
Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir di sini. Saya doakan semoga diri saya dan anda semua berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Kita dikejutkan dengan pelbagai ragam manusia dekad kini yang sering membawa kepada kemurkaan Allah SWT. Kita juga dihidangkan dengan pelbagai ragam manusia yang tidak serik-serik melanggari nikmat yang telah dikurniakan dari Allah SWT kepadanya. Tidak kiralah dari golongan bawahan, mahupun golongan atasan. Dari yang bertudung litup dan berjubah labuh sehinggalah berpakaian sendat dan mengiurkan, dari yang berkopiah sehinggalah berseluar pendek.
Jika ditanya : “Mengapa?”
Jawapannya : “ikut peredaran zaman, inikan fesyen”.
Dan ditanyakan lagi : Sampai bila?
Jawapannya : “bila saya kawin nanti, saya ubahlah”,
Malahan diajukan lagi : “Bukankah membuka aurat itu haram bagi mereka yang telah akil baligh?”
Jawapan kebiasaan dari mereka-mereka ini yang biadap terhadap Islam adalah :
“kubur lain-lain, buat apa sibuk-sibuk hal peribadi orang.” (digelakkan dan persendakan kita pula).
Maka, untuk jawapan yang konkrit bagi berdepan dengan hujah ini adalah :
“Memanglah kubur semua lain-lain, tapi masaalahnya kubur awak itu nanti bersebelahan dengan kubur saya, macamana saya hendak istirehat, kalau kubur di sebelah saya itu berdentam-dentum bunyi bising.” (jawapan ini untuk orang-orang yang mempersenda-sendakan hukum Allah, maka wajib mempertahankan dengan hujah yang setimpal).
Inilah petanda dan inilah juga realitinya yang memperlihatkan kepada kita semua bahawa betapa kecil dan tipisnya iman-iman mereka ini terhadap hukum-hukum yang telah Allah SWT tetapkan kepada kita. Bukannya tidak berakal dan bukanya tidak berilmu, tetapi sebenarnya mereka-mereka (golongan mempersendakan Islam) ini adalah golongan yang tidak membaca, memahami dan meneliti Al-quran sebagai petunjuk dan pedoman yang ibrah untuk sekelian manusia. Orang yang membaca, meneliti dan memahami Kitabullah adalah orang yang sangat takut akan Allah SWT, lebih-lebih lagi apabila melibatkan dosa, maka ia akan cepat-cepat bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT. Inilah kuncinya, dan inilah jalannya yang mengajar kita akan pengertian kepatuhan kepada MAHA PENCIPTA.
Saya masih ingat lagi, suatu ketika dahulu, ketika itu bapa saya sedang mengimami jamaah kami semasa berada di surau tempat yang biasa kami berjamaah, ketika ayah saya membaca ayat :
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.” (Surah Al-Fatihah – Ayat 5 & 6).
Ayah saya berhenti seketika, dan menangis, suara tangisan ayah saya jelas kedengaran oleh kami semua yang berjamaah di belakang. Selepas itu keadaan reda, ayah saya sambungnya kembali bagi menghabiskan surah tersebut. Setelah selesai kami solat berjamaah dan ketika hendak pulang ke rumah bersama ibu saya, maka ketika itu saya telah ajukan soalan kepadanya.
Saya : “Ayah kenapa menangis tadi, kenapa ayah selalu menangis ketika ayah membaca surah Al-fatihah.”
Mimik muka ayah saya seakan sudah bersedia dengan soalan yang telah saya ajukan itu.
Ayah saya : Ayat ““Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.” Adalah kunci bagi surah Al-Fatihah. Ayat tersebut juga memperlihatkan kepada kita bahawa kita ini sebenarnya adalah ‘Fuqara’ (sangat fakir).
Saya mula berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, saya memperlajukan langkah saya untuk menghampiri ayah saya yang agak deras langkahnya.
Saya : “Apa itu Fuqara, ayah?”
Ayah saya : “Fuqara itu jamak dari fakir yang bererti semua manusia sangat miskin dan memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT sejak ia dilahirkan sehinggalah mati dalam segala bentuk kehidupannya. Sebagai contoh, yang hendak ayah beritahu, jika ia seorang majikan, maka ia perlu seorang pemandu untuk menghantarnya, jika ia seorang yang berpangkat, maka ia perlu seorang pengawal peribadi untuk memantau gerakgeri kehidupannya, jika ia seorang yang sakit, maka ia memerlukan bantuan untuk menyehatkan badannya dan sedemikian seterusnya. Begitulah kefakirannya manusia yang saling memerlukan sesama mereka apalagi terhadap Allah SWT. Iaitu Rabb yang menciptakan manusia, pastilah seluruh urusan hidup hingga ke matinya amat perlu sekali terhadap pertolongan Allah SWT.”
Ayah saya memperlahankan langkahnya dan meneruskan lagi perbualannya bersama saya.
Ayah saya : “Ingatlah, dunia ini hanyalah satu persingahan buat kita semua, dunia ini adalah tempat ujian keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah SWT. Perjalanan kehidupan kita ini adalah satu perjalanan yang sangat singkat dari pandangan Allah SWT. Manusia yang menjangkakan masa di dunia ini terlalu lama, tetapi tidak bagi Allah SWT yang menyatakan bahawa perjalanan masa ketika di dunia ini adalah terlalu singkat dan pendek. Apa yang boleh kita takrifkan ketika di dunia ini adalah seperti : “kita telah diseru untuk melalui sebuah jalan yang lurus, di tepi jalan tersebut punyai benteng pagar yang mempunyai pintu-pintunya. Setiap pintu pagar tersebut ada yang melambai-lambai kita agar berhenti dan memasukinya. Maka apa yang hendak ayah gambarkan di sini adalah, seruan perjalanan tersebut adalah Al-quran, jalan lurus yang kita lalui itu adalah Islam, benteng-benteng pagar tersebut adalah hukum-hukum Allah SWT dan pintu-pintu yang terdapat di p agar tersebut adalah ruang atau jalan yang dilaknati Allah SWT. Jika kita faham akan pengertian ayat-ayat Al-quran dan mengamalkannya maka kita akan sampai ke destinasinya, jika kita mengingkarinya maka, kita telah tewas dan terjerumus ke dalam pintu-pintu itu tanpa mengecapi keseluruhan sedikitpun perjalanan tersebut. Fahamkan apa yang telah ayah jelaskan ini.”
Saya hanya menganggukkan kepala saya sahaja. Dalam perjalanan tersebut, saya memerhatikan air mata ayah saya mengalir lagi, tetapi sempat ia berselindung dari kami.
Itulah hakikatnya dan itu juga adalah takrif yang kita bawa hingga ke hari ini. Perbualan tersebut antara saya dan ayah saya telah lama berlalu, tetapi ia masih segar dalam ingatan saya sehingga ke hari ini, maka tidak hairanlah kenapa setiap kali saya membaca surah Al-fatihah dari ayat tersebut, air mata saya mula mengalir, bukannya mengingati akan ayah saya, tetapi berasa terlalu dhaifnya diri ini terhadap Maha Pencipta. AllahuAkbar, sesungguhnya begitu besarnya rahmat-Mu terhadap kami.
Saudara-saudari yang dikasihi Allah SWT.
Saya terpaksa berhenti di sini, untuk memberi laluan kepada pekara yang hendak kita semua bincangkan. Semoga ia memberi manfaat buat kita semua di hari-hari yang mendatang. InsyaAllah.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf – Ayat 37).
Berdasarkan ayat di atas, sekiranya seseorang ingin mendapat manfaat daripada Al-quran, dia hendaklah menghayati isi kandungan Al-quran sepenuh hatinya. Pendengaran yang digunakan untuk mendengar bacaan Al-quran dijadikan jalan untuk memahami setiap baris ayat kerana Al-quran itu sendiri adalah ‘Kalamullah’ (percakapan) daripada Allah SWT melalui lidah Nabi SAW.
Untuk memastikan pemahaman lebih berkesan dari apa yang dibaca, ia mesti disertakan dengan hati dan sanubarinya. Ini kerana, syarat penerimaan sesuatu pekara atau dianggap berkesan setelah terpancar di hati dan dapat dimanfaatkan oleh anggota badannya.
Sebagai contoh yang boleh kita sama-sama kongsikan di sini melalui ayat pertama seperti yang telah saya bawakan di atas iaitu :
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran” (Surah Qaf – Ayat 37).
Seterusnya, Allah SWT menjelaskan antara golongan yang akan mendapat manfaat daripada hasil bacaan dan penghayatan isi kandungan Al-quran sebagaimana Firman-Nya dalam ayat yang berikutnya juga :
“Bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf – Ayat 37).
Apa yang dimaksudkan dengan hati di sini ialah hati yang masih hidup segar menerima pengajaran dan bukannya hati yang telah mati dan kaku.
Saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT.
Firman Allah SWT :
“(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.” (Surah Yasin – Ayat 69 & 70).
Saya rujuk dalam kitab ‘Al-Fawaid’, hasil karya Ibn Al-Qayyim, muka
Ibn Qurtaibah r.h berkata :
“Perdengarkanlah isi kandungan Al-quran dengan menumpukan sepenuh hati serta
Jelaslah kepada kita bahawa antara pekara yang perlu dijauhi untuk memberi kesan dan mendapat manfaat dalam memahami isi kandungan Al-quran, seseorang hendaklah menjauhi sifat hati yang lali dan cuai serta hilang tumpuan ketika membaca, melihat dan memikirkan sesuatu pekara.
Justeru itu, antara cara yang perlu dititikberatkan untuk mendapat manfaat ialah membaca dalam keadaan hati menerima setiap apa yang dibaca, memenuhi syarat ketika membaca dan menjauhi pekara yang boleh menghilangkan tumpuan. Setelah ia berkesan, itulah dinamakan AL-QURAN bermanfaat untuk jiwa manusia dan sekelian alam. WaAllahua’lam.
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ampunilah dosa-dosaku, ampunilah dosa-dosa kedua orang tua ku dan ampunilah jua dosa-dosa orang-orang muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat samaada yang hidup mahupun yang telah pergi.” Amin.
No comments:
Post a Comment