BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.”
Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera, Salam Ukhuwah dan Salam Perjuangan buat semua yang hadir di sini.
“Beriman Kepada Kitab : Al-Quran Nur Karim”
Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat bagi Nabi SAW membuktikan kerasulannya kepada seluruh musyrikin dan memberi manfaat serta panduan kepada kaum muslimin.
Firman Allah SWT :
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah Sod – Ayat-29).
Jelaslah kepada kita bahawa Al-Quran itu sebenarnya menperlihatkan mukjizat kerasulan Rasul junjungan kita Muhammad SAW. Ayat tersebut merupakan bukti yang kukuh menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan Al-Quran itu melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi SAW mengikut kehendak dan ketentuan dari Allah SWT. Al-Quran juga merupakan pedoman dan pembimbing bagi umat manusia bagi menjalani kehidupannya di muka bumi ini. Tanpa Al-Quran, manusia itu akan terumbang-ambing, lebih-lebih lagi apabila hasutan syaitan dan iblis itu berlegar-legar dalam kehidupannya.
Sebagai contoh, seorang pelajar mesti mempunyai ILMU, untuk ia menguasai dalam pelajaran. Tanpa Ilmu, maka amat sukar baginya untuk menguasai bidang pendidikan yang telah diajarkan oleh guru-guru mereka. Lihat sahaja pelajar yang berilmu, situasi pelajarannya amat bagus berbanding mereka yang kurang berilmu, walaupun mereka datangnya dari kalangan masyarakat yang sederhana.
Manakala seorang Doktor mesti mempunyai ILMU, untuk ia membuat koordinator pembedahan organ manusia, serta merawat pelbagai jenis penyakit mengikut ilmu yang telah ia pelajari. Di samping itu juga seorang doktor yang berilmu dapat berbakti kepada manusia apabila penemuan-penemuan baru dalam bidang penyelidikan perubatan dapat dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah ilmu yang telah ia pelajari.
Seorang Jurutera mesti mempunyai ILMU, untuk ia menjalankan hal-hal penyelidikan dan pembuatan dari sistem yang telah ia pelajari. Tanpa Ilmu, mana mungkin banggunan pencakar langit, terowong-terowong bawah tanah, dan sebagainya dapat dibanggunkan.
Begitu juga halnya kepada para Pendakwah. Mereka mesti mempunyai dan menguasai ILMU untuk terus berdakwah. Jika kurangnya ilmu, maka situasi sukar jika sesuatu persoalan dan hukum yang hendak dicanang. Malahan setiap permasaalahan itu lebih cepat diselesaikan dengan mengunakan ilmu yang mereka miliki.
Pendek kata, manusia dan ILMU itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan.
Persoalannya…
Darimana datangnya ILMU tersebut?
Ilmu tersebut datangnya dari Allah SWT melalui Kitabullah. Al-Quran itu adalah pengubat segala permasaalahan manusia. Al-Quran itu penyembuh segala raja penyakit hati manusia. Al-Quran itu menjadikan manusia taat dan patuh kepada Allah Azza Wa Jalla. Lihat sahaja mereka-mereka yang taat kepada Allah SWT serta menjadikan Al-Quran itu rujukan dan panduan hidup mereka. Sebagai contohnya Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Nasaei, Imam Ibnu Majah, Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Hambali, Imam Maliki dan sebagainya. Mereka menguasai Al-Quran sejak dari umur bawahan lagi, manakala mereka juga meletakkan Al-Quran sebagai rujukan yang paling akrab dan berkesan dalam kehidupan mereka. Mereka-mereka ini juga adalah orang yang faham akan ayat-ayat Allah di dalam Kitabullah. Dan mereka-mereka ini juga merupakan orang yang menguasai sebilangan ilmu-ilmu Allah SWT. SubhanaAllah!
Kalau kita lihat dari surah Al-Baqarah iaitu ayat yang kedua, jelas kepada kita bahawa Allah SWT hendak menggambarkan kepada sekelian manusia bahawa Al-Quran itu adalah pedoman dan rujukan kepada kita. Allah SWT dengan jelas menyatakan dalam Firman-Nya di awal-awal pembukaan surah tersebut, agar manusia itu benar-benar mengikuti dan mempercayai dengan sepenuh yakin bahawa Al-Quran itu adalah datangnya dari Allah SWT. Pekara inilah yang kita sematkan dalam diri kita dengan penuh yakin. Jika keyakinan kita terhadap Kitabullah itu luntur, maka jauhlah kita sebenarnya dari syariat Allah SWT. Dan kita juga tergolong dari kalangan orang-orang yang lupa diri serta sombong terhadap Allah SWT.
Firman Allah SWT :
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 2).
Persoalannya lagi…
Kenapa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab?
Firman Allah SWT :
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” (Surah Al-Qamar – Ayat 17).
Allah SWT menurunkan Al-Quran dengan mengunakan bahasa yang mudah difahami untuk dijadikan panduan dan rujukan seluruh bangsa manusia sama ada beriman dan kufur.
Semua itu adalah kuasa TUHAN Rabbul Jalil.
SubhanaAllah!
Selain itu juga, Allah SWT menurunkan Al-Quran mengunakan bahasa Arab bersesuaian dengan bangsa yang menerima wahyu ketika itu. Tujuannya agar mereka mampu memahami, beriman dengan Al-Quran dan menyampaikan isi kandungannya kepada seluruh umat yang masih bertebaran di atas muka bumi. Ini kerana, bangsa mereka adalah keturunan paling ramai bertebaran di atas muka bumi selain daripada bangsa asing seperti bangsa Rom dan Parsi.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf – Ayat 2).
Ironinya tidak dinafikan bagi yang bukan bangsa Arab sudah tentu mengalami kesulitan untuk memahami Al-Quran. Kadang-kadang mereka perlu melihat atau membuka terjemahan kitab tafsir. Tetapi, perlu diketahui bahawa sesetengah ayat Al-Quran perlu kepada pentafsiran yang lebih terperinci. Tanpa membuka kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti Tafsir Al-Qurthubi dan Tafsir Ibn kathir, mustahil kalimah-kalimah ‘Mujmal’ (samar) itu dapat difahami. Oleh itu, perlu diingatkan kepada para pembaca terjemahan kitab tafsir agar memberi perhatian yang lebih serius mengenai pekara ini. Kita bukan sekadar menjaga dan menguasai edisi pembacaan Taranum sahaja, tetapi biarlah kita menguasai sepenuhnya akan tafsir-tafsir ayat-ayat Allah SWT tersebut. Kerana tafsir-tafsir dari ayat-ayat Al-Quran itu sememangnya memberi kesan yang berguna untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Baca dan fahamilah Al-Quran. Kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi ganjaran kepada mereka-mereka yang membacanya kerana Allah SWT. Janganlah kita terlalu alpa terhadap pekara yang sedemikian. Kita sanggup menghabiskan wang untuk barang solekan kita berpuluh-puluh malahan beratus-ratus ringgit untuk menjadikan wajah kita cantik dan anggun, tetapi dalam masa yang sama Al-Quran kita dibiarkan berhabuk malahan tersisip rapi di dalam almari solek kita. Begitu juga halnya bagi mereka yang suka menghabiskan wang ringgitnya untuk ‘make-up’ kereta kesayangannya, tetapi dalam masa yang sama amat berat untuk membeli dan memiliki kitab-kitab tafsir Al-Quran yang harganya tidaklah sehebat aksesori kereta tersebut. Inilah realiti segelintir kehidupan masyarakat kita yang masih dibuai dengan keseronokan duniawi yang melampau. Jika pekara ini berterusan saya khuatir akan datangnya situasi pincang yang menyatakan bahawa lebih ramai lagi di masa-masa akan datang yang buta huruf untuk membaca Al-Quran.
Sedarkah kita semua akan hakikat ini?
Inilah hakikat yang perlu kita semua telan!
Ingatlah saudara-saudari sekelian, saya berpesan pada diri saya dan kamu semua, agar kembali semula kepada Tauhid Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Jadikanlah Al-Quran itu rutin membacanya sehari-harian. Ingatlah manusia itu mempunyai 2 monumen untuk ia terus hidup dengan keizinan-Nya, iaitu Jasad dan Roh. Jasad memerlukan permakanan, minuman, udara, dan sebagainya untuk ia terus membesar bagi menjalani kehidupan di muka bumi ini bergantung kepada ketentuan Allah SWT. Malahan Jasad itu juga sebenarnya telah Allah SWT izinkan untuk kita melihatnya melalui pancaindera kita. Tetapi Roh itu sebenarnya adalah pekara yang ghaib. Roh itu juga mengambarkan situasi seseorang samaada ia beriman ataupun kufur. Roh itu juga memerlukan sumber untuk ia terus berdiri atas ketentuan Allah SWT. Roh itu juga sememangnya memerlukan Al-Quran untuk menjadikan manusia itu benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Inilah masanya untuk kita jadikan roh-roh kita dekat kepada syariat Allah SWT. Ingatlah Al-Quran itu adalah penawarnya, Al-Quran itu jalannya dan Al-Quran itu juga adalah pelindungnya. InsyaAllah, saya akan
Salam...
ReplyDeletetima kasih krn mengingatkan...
sya ingt semua tafsir a-quran tu tepat mksud terjemahannya...pasni kena beli tafsir Al-Qurthubi atau tafsir Ibn Kathir la...
Waalaikumsalam Shinju.
ReplyDeleteBismillahirRahmanirRahim.
Ironinya dari segi bahasa dan makna ayat adalah sama, cuma ada sesetengah kitab tafsir yang punyai kelainan sedikit dari segi pentafsiran ayat-ayat Al-Quran. Sebagai contohnya, kitab tafsir dari Prof. Dr Mahmud Yunus (Indonesia), kitab ini adalah kitab yang paling mudah dari segi tafsirnya, tetapi ia tidak begitu tertil dari segi makna atau tafsir susunan ayat2 Al-Quran. saya telah selidiki, bahawa kitab tersebut telah dicetak berulang-ulang, mungkin ada kecacatan semasa sesi pencetakkannya. Untuk itu bimbingan dari para ulama' tafsir perlu dalam situasi ini.
Bagi pendapat saya, kitab tafsir Ibn Kathir adalah kitab yang wajib kita semua miliki, ia adalah kitab (pendapat saya) yang sangat-sangat 'complete' dari segi susunan tafsir ayat-ayatnya. Harus diingati juga, mempelajari tafsir Al-Quran mestilah diajukan kepada ulama' atau ustaz-ustaz yang benar-benar faham akan maksudnya. WaAllahua'lam.