“Hikmah Penurunan Mukjizat Al-Quran”
BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.”
Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
Sebagaimana yang telah kita semua ketahui, Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi SAW secara beransur-ansur di mana ia diturunkan sesuai dengan apa yang berlaku. Secara keseluruhannya ia sebenarnya memberi hikmah kepada sekelian manusia yang mahu berfikir serta mengambil ikhtibar dari segala hukum-hukum dan ketetapan yang telah Allah SWT berikan kepada manusia.
MEMPERKUKUHKAN KEIMANAN.
Kalau kita melihat dari sudut mata hati kita, Al-quran telah diturunkan secara beransur-ansur dari Allah SWT kepada Nabi SAW adalah kerana untuk mengukuhkan hati dan semangat Nabi SAW serta tabah menghadapi karenah kaum musyrikin Makkah. Dengan penurunan secara beransur-ansur itu juga Baginda SAW dapat mematahkan hujah mereka satu persatu mengikut peredaran zaman sehinggalah Baginda SAW berjaya menguasai keseluruhan tanah jazirah Arab.
Firman Allah SWT :
“Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.” (Surah Al-Furqan – Ayat 32).
MEMPERLIHATKAN KEUNGGULAN Al-QURAN.
Ironinya, situasi ini telah diketahui sejak dari zaman Nabi SAW lagi. Ia menunjukkan kepada manusia akan keunggulan Al-quran dan tidak ada sesuatu pun yang boleh menandinginya malahan meniru walau satu ayat sekali pun. Ini juga merupakan salah satu sebab golongan kuffar menentang keras penurunan Al-quran secara beransur-ansur. Bahkan, Allah SWT telah mencabar mereka supaya mencipta satu surah seperti Al-quran jika benar tuduhan mereka bahawa Al-quran adalah bait syair yang direka oleh Nabi SAW. Tetapi, mereka tidak mampu melakukan semua itu. Ini kerana, penurunan Al-quran secara beransur-ansur itu menyebabkan idea mereka kehabisan. Satu persatu kebathilan mereka terbongkar. Setiap kali mereka
Dari Abdullah bin Abbas r.a berkata :
“Apabila golongan musyrikin berkata sesuatu (tentang Al-quran), Allah akan menjawab setiap apa yang mereka bicarakan.” (Hadith Sahih Riwayat Ibn Abi Al-Hatim r.a).
MEMUDAHKAN MANUSIA MENGHAFAL DAN MEMAHAMI AL-QURAN.
Penurunan Al-quran secara beransur-ansur memudahkan seluruh manusia menghafal dan memahaminya, sama ada mereka yang ‘ummi’ (buta huruf) atau yang tahu membaca seperti bangsa Arab. Walaupun Al-quran diturunkan menggunakan bahasa mereka (Arab), penurunan Al-quran dengan cara begitu lebih baik bagi mereka agar dapat menghafal dan memahaminya. Setiap kali Al-quran diturunkan, para sahabat akan menghafal, mengamalkan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan.
Umar Bin Khattab r.a berkata :
“Belajarlah Al-quran
MENDEKATKAN HATI AGAR BERIMAN DAN BERTAKWA.
Apabila Al-quran diturunkan secara beransur-ansur, maka akan timbulnya kesungguhan kepada golongan yang beriman untuk menerima dan beramal dengan ayat Al-quran yang diturunkan. Apabila wahyu terhenti, mereka pasti tertunggu-tunggu penurunannya ketika mereka benar-benar berhajat kepadanya seperti apa yang telah berlaku kepada Ummul Mukminin Aisyah r.a tentang kisah Al-Ifk (fitnah) dan juga masaalah Li’an (laknat melaknati) yang berlaku pada sebahagian sahabat r.a.
Selain menceritakan kisah-kisah umat terdahulu atau penambahan hukum-hakam yang disyariatkan, penurunan Al-quran secara beransur-ansur mengikut keadaan semasa itu dimulakan dengan pekara yang lebih penting ketika itu diikuti pekara cabang yang akan melengkapkan syariat Islam.
Persoalannya di sini…
Adakah di dalam Al-Quran juga telah menyatakan ayat-ayat penurunan Al-Quran secara berperingkat-peringkat?
Kalau kita melihat dan memerhatikan ayat-ayat Al-quran, sememangnya kita dapati bahawa Al-quran itu telah dinyatakan penurunannya secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh yang saya bawakan di sini dan untuk perkongsian bersama adalah dalam surah Al-An’am, ayat 151. Surah ini telah diturunkan di Makkah. Ia menceritakan tentang usul Iman, dalil-dalil berkaitan masaalah Tauhid (pengabdian), menjauhi dari perbuatan syirik (penyekutuan) dan menjelaskan atau menerangkan tentang pekara yang berkaitan dengan halal dan haram.
Firman Allah SWT :
“Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.” (Surah Al-An’am – Ayat 151).
Kemudian Allah SWT telah menurunkan beberapa ayat Al-quran yang memerlukan penerangan atau penjelasan hukum kepada kaum Muslimin di Madinah seperti ayat berkaitan masaalah hutang, pengharaman riba dan tentang pengharaman zina. Sedangkan, pada asalnya ia diturunkan ketika baginda SAW berada di Makkah.
Firman Allah SWT :
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah Al-Isra’ – Ayat 32).
Ayat ini diturunkan di Makkah, tetapi cara perlaksanaan hukuman secara terperinci bagi sesiapa yang melakukan zina telah diturunkan di
Sebagai contoh lain yang boleh dibawakan lagi sebagai perkongsian adalah dalam surah Al-Nahl – Ayat 67. Ayat tersebut menjelaskan kepada umat Islam peringkat pengharaman sesuatu pekara dalam syariat Islam seperti pengharaman arak.
Firman Allah SWT :
“Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.” (Surah Al-Nahl – Ayat 67).
Pada asalnya, ayat di atas menjelaskan bahawa arak (kurma dan anggur yang diperam) bermanfaat untuk manusia seperti boleh menghasilkan cuka. Begitu juga sekiranya peraman itu tidak memabukkan. Dalam erti kata lain, air tuak atau air nira yang diminum oleh kebanyakan masyarakat kita. Tetapi, setelah ia memabukkan pasti peraman yang digelar arak itu diharamkan. Namun Allah SWT menegaskan tentang bahaya dan keburukan arak (peraman) itu sebagaimana dalam firman-Nya :
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 219).
Ayat di atas menjelaskan perbandingan antara manfaat dan kemudaratan arak. Dosa perbuatan itu lebih besar kerana pada mulanya ia membawa kepada kemudaratan tubuh badan, hilang akal dan pembaziran seterusnya tanpa disedari dia pasti melakukan pekara-pekara yang tidak diingini. Bukankah kemaksiatan itu banyk berpunca daripada arak yang memabukkan. Sebab itulah Allah SWT menegaskan lagi pada ayat berikut mengenai kemudaratan arak lebih banyak daripada kemanfaatannya.
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah An-Nisa’ – Ayat 43).
Jelas sekali ayat di atas menunjukkan betapa kejinya perbuatan meminum arak sehingga Allah SWT melarang golongan ini mendekati solat. Apa tidaknya, mereka pasti mencaci Allah SWT tanpa disedari disebabkan akal fikiran yang telah melayang akibat mabuk.
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.” (Surah Al-Maidah – Ayat 90, 91 & 92).
Selain itu hikmah di sebalik pengharaman khamar secara beransur-ansur sepertimana Hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya surah pertama turun daripada ayat-ayat Al-quran satu persatu atau pengasingan (lain-lain ayat) ia membicarakan tentang syurga dan neraka. Apabila manusia menerima atau kembali kepada Islam, barulah turunnya ayat halal dan haram (hukum-hakam). Malangnya, sekiranya diturunkan ayat pertama mengenai larangan meminum arak (bukan mengenai nikmat syurga kerana mengerjakan perintah Allah dan azabnya api neraka kerana mengingkari larangan Allah), pasti mereka berkata : Kami sama sekali tidak akan meninggalkan arak. Begitu juga sekiranya diturunkan ayat janganlah kamu melakukan zina, mereka pasti berkata : Kami sama sekali tidak akan meninggalkan zina.” (Hadith Riwayat Bukhari r.a).
Oleh yang demikian, Al-quran itu dimulakan dengan keimanan kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab, Rasul dan Hari Kiamat. Selepas itu ia menceritakan tentang hari kebangkitan, hari pembalasan, syurga dan neraka. Al-quran membawa dalil atau hujah bagi setiap apa yang diceritakan dalam Al-quran tentang pekara tersebut bertujuan menolak Akidah atau pegangan golongan musyrikin yang fasik agar kembali kepada akidah sebenar.
Kemudian diikuti dengan penekanan akhlak, melarang diri melakukan kezaliman, kerosakkan, kemungkaran, menerangkan kaedah-kaedah halal dan haram dalam permakanan, minuman, harta benda, pengharaman amalan pertumpahan darah dan sebagainya. Seterusnya Al-quran diturunkan bertepatan dengan apa yang berlaku ke atas umat Islam seperti menghadapi peperangan (jihad) yang berpanjangan di mana mereka ketika itu berjihad semata-mata meninggikan kalimah Allah. Oleh itu, Al-quran diturunkan untuk memberi semangat kepada mereka dengan apa yang berlaku.
Adakah kita sedar akan hakikat ini?
Maka dengan itu saya berpesan pada diri saya dan anda semua agar kembalilah sepenuhnya kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Ikutilah segala sunnah Rasulullah SAW. Bacalah Al-quran dengan penuh keimanan dan rasa kasihnya kita terhadap Allah Rabbul Jalil. Hindarilah segala larangan-Nya bagi menjamin keselesaan kita ‘di
Jangan saudara...
Jangan...
Ingatlah itu semua adalah satu percaturan permainan syaitan dan iblis yang hadir adalah untuk menyesat serta melalaikan kita terhadap syariat Allah Azza Wa Jalla. Sayangilah mukjizat Nabi SAW ini dengan sepenuh jiwa kita. Fahamilah dan belajarlah Al-quran melalui sumber-sumber yang betul. InsyaAllah, kitalah sebenarnya pemimpin pembanggunan insan Madani bagi generasi yang akan datang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah SAW. WaAllahua’lam.
No comments:
Post a Comment