“Antara Surah Makkiyyah Dan Madaniyyah”
BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.”
Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
Bertemu kita kembali dengan izin-Nya, episod kedua dari topik “Beriman Kepada Kitab”. Kini setelah saya mengumpul dari bahan-bahan bacaan dari sumber-sumber saya, malahan adakalanya saya perolehi dari surau-surau serta masjid-masjid yang berdekatan untuk saya bawakan di sini sebagai sumber perkongsian ilmiah untuk kita semua. Ucap terima kasih juga saya tujukan kepada pihak masjid serta surau berdekatan rumah saya kerana sudi mengizinkan saya mencedok ilmu serta meminjam kitab-kitab yang saya anggapnya sebagai sumber ilmu yang terpenting dalam kehidupan kita. Ruang masa untuk saya habiskan kitab-kitab tersebut, merupakan sesuatu yang tidak boleh saya lupakan dalam hidup saya walaupun adakalanya kitab-kitab tersebut merupakan kitab yang telah saya perolehinya sejak dahulu lagi. Pencaturannya memang cukup hebat, diselangi dengan pelbagai dugaan dan rintangan untuk menyiapkan artikel ini. InsyaAllah, kini segalanya telah saya susun rapi dan akan saya bawakan kelak di arena penulisan ini satu persatu sebagai wadah perkongsian ilmu mengikut keizinan dan keredhaan dari-Nya. Dengan sekelumit ilmu yang saya perolehi ini, maka setidak-tidaknya dapat membuka ruang minda umat Islam mahupun yang bukan Islam tentang kesucian Kitabullah sebagai wadah pemimpin dan peneraju manusia sejagat.
Sebagaimana yang telah kita semua ketahui, ada riwayat menyatakan bahawa ayat Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun. Al-Quran diturunkan selama 10 tahun ketika Baginda SAW berada di Mekah. Seterusnya, ia dilanjutkan lagi selama 13 tahun selepas penghijrahan Baginda Rasulullah SAW ke Madinah. Ayat yang diturunkan sebelum Baginda SAW berhijrah dinamakan ayat “Makkiyyah”. Manakala ayat yang diturunkan selepas Baginda SAW berhijrah dinamakan ayat “Madaniyyah”.
Bagi membantu seseorang yang ingin memahami Al-Quran dan pentafsirannya maka ia perlu mengetahui ayat yang diturunkan di Makkah (Makkiyyah) atau di Madinah (Madaniyyah) kerana para Sahabat r.a dan orang-orang selepasnya amat menitik beratkan ayat itu hinggakan
Abdullah bin Mas’ud berkata :
“Demi Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap surah dari kitabullah (Al-Quran) yang diturunkan, aku pasti mengetahui di mana ia diturunkan. Begitu juga setiap ayat dari kitabullah (Al-Quran) yang diturunkan, aku juga mengetahui sebab apa ia diturunkan. Oleh itu jika aku mengetahui ada seseorang lebih mengetahui tentang kitabullah (Al-Quran), pasti aku akan menunggang unta menemuinya.” (Hadith Riwayat Bukhari r.a).
Selepas itu, para Sahabat r.a akan beramal dengan setiap apa yang mereka ketahui dari Al-Quran sehingga Abdullah bin Mas’ud r.a telah berkata :
“Apabila seseorang daripada kami (Sahabat) mampu mempelajari (menguasai) 10 ayat Al-Quran, dia tidak akan menambahkannya sehingga seluruh maknanya mampu difahami dan terus beramal dengannya.” (Hadith Riwayat Ahmad Syakir r.a Dengan Sanad Sahih).
Inilah antara amalan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW. Setelah mendapat wahyu, baginda akan terus menerapkan dalam kehidupan seharian. Abdul Rahman bin Syibl r.a pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Bacalah Al-Quran dan beramallah dengannya. Janganlah kamu melampau (takwil secara bathil), tinggalkan membacanya, jangan jadikan Al-Quran sebagai punca mendapatkan kekayaan atau meminta upah dan janganlah menggunakan Al-Quran untuk memperbanyakkan harta dunia.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad – Kitab Al-Makkiyyah, Bab : Ziadah fi hadith Abdul Rahman bin Syibl r.a, Syu’bul Iman, Faid Al-Qadir dan Al-Jami’ Al-Soghir, Hadith no : 1168).
Dalam riwayat lain menurut Zaid bin Salim, datuknya telah berkata :
“Mu’awiyah telah menulis
Antara sebab Allah SWT memberi pertolongan ke atas Rasul-Nya dan para Sahabat Baginda SAW selepas kewafatannya kerana mereka Tadabbur dan mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT seperti apa yang termaktub dalam Al-Quran. Tetapi, umat Islam hari ini tidak lagi mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
Persoalannya di sini…
Bagaimanakah kita hendak membezakan ayat Makkiyyah dengan Ayat Madaniyyah?
Ulama’ telah bersepakat menetapkan cara mengenali atau mengetahui perbezaan ayat Makki dan Madani menurut dua asas penting.
1) Melalui Pendengaran.
Setiap nukilan perlu disandarkan kepada riwayat yang sahih daripada sahabat Nabi SAW kerana mereka hidup pada zaman penurunan wahyu dan melihat serta mendengar sendiri penurunan Al-Quran (ayat atau surah). Selain itu, ia juga perlu disandarkan kepada Tabi’in di mana mereka telah berjumpa dengan para Sahabat r.a. Mereka telah mendengar sendiri daripada para Sahabat Nabi SAW cara penurunan wahyu dan setiap pekara bersangkutan dengan ayat itu serta sebab penurunan ayatnya. Umpamanya seorang yang membaca awal surah daripada Al-Quran. Bagaimana ingin menentukan sama ada ia termasuk surah Makkiyyah atau Surah Madaniyyah, generasi merekalah yang lebih mengetahuinya.
2) Melalui Manhaj Qias Dan Ijtihad.
Ia disandarkan kepada beberapa pengkhususan yang telah dibuat oleh para ulama’ sama ada ia termasuk kategori Al-Makkiyyah dan Al-Madaniyyah. Diantaranya adalah seperti berikut :
Para ulama telah menetapkan bahawa apabila surah Makkiyyah atau ayat itu bertepatan dengan apa yang diturunkan di Madinah, atau ia bersangkutan dengan apa yang berlaku
Jika terdapat dalam surah itu lebih menjurus kepada ayat Makkiyyah, ia akan dikategorikan sebagai surah makkiyyah. Contohnya : Setiap surah yang mengandungi kisah-kisah para Anbiya’ dan kisah kaum sebelum Rasulullah SAW diutuskan menjadi Rasul, ia dikategorikan sebagai surah Makkiyyah. Manakala setiap surah yang membahaskan pekara berkaitan hukum-hukum atau ‘Hudud’ (hukuman), ia akan dikategorikan sebagai surah Madaniyyah.
Saudara dan saudari faham tidak dengan huraian dan penjelasan saya ini. Mungkin ada di luar
Secara kesimpulannya Ayat Makkiyyah diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s kepada Nabi SAW sebelum hijrah walaupun diturunkan di luar
Dalam hal ini, Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah r.h berpendapat bahawa :
“Ayat Al-Quran yang diturunkan di Makkah menyeru umat Islam ketika itu agar bersabar terhadap cacian dan tidak melawan pihak musuh (kaum musyrikin) ketika umat Islam berada dalam keadaan lemah (minoritinya tiada peralatan perang). Manakala ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Madinah pula memerintahkan agar mereka berjihad menentang kaum musyrikin kerana ketika itu umat Islam berupaya melawan musuh dari kalangan penduduk Madinah dan Musyrikin Quraisy di Makkah. Tambahannya lagi, ayat yang diturunkan di Makkah pada asalnya ditujukan kepada setiap Mukmin yang lemah dan tidak mampu menegakkan agama Allah SWT dan Rasul-Nya dengan tangan dan lidah mereka. Tetapi, ketika itu mereka hanya mampu menentang dan membenci perbuatan mereka dalam hati. Manakala ayat yang diturunkan di Madinah ialah lebih menjurus kepada perjanjian yang dimeteraikan antara umat Islam dan musyrikin.
InsyaAllah saya akan
No comments:
Post a Comment