Masjid Hj Ismail, Kuala Selangor.
BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat-Nya, kini kita tiba di penghujung posting yang terakhir saya berkenaan dengan artikel "Fisabilillah". Semoga apa yang akan saya lampirkan dari awal hinggalah di akhir posting ini memberi kesan dan impak dalam diri dan hati kita amnya serta generasi yang mendatang sebagai pedoman Ibrah yang berguna untuk perjalanan hidup di muka bumi yang berteraskan Syariat Allah SWT.
Telah diriwayatkan dalam tempoh 2 minggu lamanya Nabi SAW beserta dengan kaum Muslimin tinggal di Mekah, tiba-tiba tersiar berita bahawa Kabilah Hawazin yang tinggal di pergunungan sebelah timur Mekah, setelah melihat kemenangan kaum Muslimin yang telah membebaskan Mekah dan menghancurkan berhala-berhala, mereka segera mempersiapkan diri mereka untuk meyerang kaum Muslimin. Lebih dari itu, mereka bernafsu untuk ingin membalas dendam di atas berhala-berhala mereka yang telah diruntuhkan oleh Nabi SAW dan pengikutnya.
Dengan dipimpin oleh Malik bin Auf mereka bergerak ke arah
Apabila mengetahui akan berita itu, Nabi SAW tidak terburu-buru untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka, tetapi sebaliknya, Nabi SAW telah mengantar seorang pengintip untuk mengetahui akan kebenaran dan perlakuan mereka. Nabi SAW telah mengutuskan Abdullah bin Abi Hadrad Al-Aslamy untuk menjalankan perintah Baginda SAW supaya memasuki tempat tersebut bagi menyelidik akan kebenaran berita tersebut.
Setelah terbukti akan kebenarannya berita tersebut, maka Nabi SAW memanggil Umar Al-Khathab r.a untuk minta pendapat dan cadangan agar masaalah itu dapat diselesaikan dengan baik. Maka selanjutnya, Umar berpendapat bahawa, Nabi SAW harus menyerang kabilah Hawazin tersebut beserta dengan bala tentera Islam. Kemudian Nabi SAW menerima pendapat Umar tersebut, Baginda SAW segera mengumumkan kepada khalayak orang Islam untuk berangkat menghadapi kabilah Hawazin tersebut melalui peperangan.
Pada bulan syawal tahun ke 8 Hijrah, kaum Muslimin dengan dipimpin oleh Nabi SAW sendiri telah berangkat menuju Hunain, iaitu tempat di mana persembunyian kabilah Hawazin berkumpul. Ketika itu juga, seramai 12,000 tentera Islam, yang terdiri daripadanya seramai 10,000 pasukan berasal dari mereka yang telah menyerbu dan membebaskan kota Mekah manakala 2,000 lagi adalah pasukan berasal dari orang-orang Quraisy yang baru sahaja memeluk Islam. Mereka juga diikuti dengan kaum wanita. Keberangkatan kaum Muslimin dengan jumlah pasukan yang besar tersebut sebenarnya sebelum ini belum pernah terjadi di seluruh tanah Jazirah.
Sebahagian mereka berangkat ke
“Kita pasti menang, kita tidak akan kalah kerana jumlah kita terlalu banyak”
Rasulullah SAW tidak berapa senang mendengar desas-desus ucapan yang sedemikian itu. Bukan sahaja tidak senang, malahan Rasulullah SAW menjadi khuatir, sebab Allah SWT tidak menyukai kepada kaum yang sombong.
Akhirnya pada saat menjelang sehari perjalanan tersebut, pasukan Muslimin telah tiba di daerah Wadi Hunain. Mereka telah berkhemah dan rehat di tempat tersebut. Setelah fajar mula menyinsing maka bangunlah mereka untuk bergerak menuju ke lembah Hunain tempat di mana persembunyian kabilah Hawazin tersebut. Sementara itu Khalid bin Walid yang telah memimpin Bani Sulaim telah berada di
Ketika itu Nabi SAW begitu tabah dengan apa yang terjadi terhadap kaum Muslimin. Baginda SAW tidak berganjak sedikitpun dari tempatnya bersama-sama kaum Muhajirin dan Anshar ketika menghadapi pihak musuh. Dalam pada itu juga, Nabi SAW telah bersabda kepada kaumnya yang melarikan diri dari pihak musuh :
“Aku ini Rasulullah, Aku tidak dusta, Aku cucu Abdul Muthalib.”
Setelah Nabi SAW berseru, maka kaum Muslimin pun kembali mengelilingi Nabi SAW. Mereka berkumpul, dan berasa lega di atas seruan Nabi SAW tadi.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di
Peperangan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, kaum Muslimin terus mara ke hadapan untuk berdepan dengan pihak musuh. Mereka tidak menghiraukan maut demi di jalan Allah SWT. Pertempuran ketika itu begitu hebat sekali, di mana pihak Islam telah banyak membunuh pihak musuh. Pihak kabilah Hawazin yang didokong oleh kaum Thaqif serta pengikut-pengikutnya yang setia telah mengalami kekalahan yang teruk di tangan tentera Islam Ketika itu juga, pihak musuh Islam telah banyak melarikan diri mereka di medan peperangan tersebut, malahan ada yang bersembunyi untuk mengelakkan diri mereka ditangkap atau dibunuh oleh pihak Muslimin. Lantaran dengan itu juga, pihak Muslimin meneruskan pengejarannya terhadap musuh tersebut. Sebahagian dari musuh yang lari itu kembali melawan, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Malik bin Auf sehingga terjadinya pertempuran yang sengit lagi. Akan tetapi perlawanan inipun tidak membawa erti. Ini kerana pihak musuh telah melarikan diri ke Thaif di mana mereka mempunyai benteng pertahanan yang kuat dan kukuh. Mereka telah berlindung di dalam kubu tersebut dengan di bantu oleh rakan-rakan mereka yang setia menunngu kepulangan rakan-rakan mereka untuk membalas kembali serangan terhadap pihak Islam. Pihak Muslimin telah mengepung kubu pertahanan tersebut selama 20 hari lamanya, namun mereka juga enggan keluar sebagai tebusan dan mengakui kekalahan mereka terhadap pihak Muslimin.
Setelah bersepakat, maka Nabi SAW memerintahkan agar kembali ke Ja’ranah untuk membahagi-bahagikan harta rampasan perang tersebut. Tiba-tiba datang utusan dari Hawazin yang sudah mengaku memeluk Islam. Mereka meminta supaya harta mereka, wanita dan anak-anak dikembalikan kepada mereka. Nabi SAW mengabulkan permintaan mereka itu. Akhirnya wanita dan kanak-kanak dari kabilah Hawazin itu dikembalikan kepada yang sepatutnya setelah mereka semua mengakui memeluk Islam di hadapan Nabi SAW dan pengikutnya. Allahu Akhbar!, hebatnya kesabaran dan toleransi Nabi SAW terhadap umatnya, walaupun Baginda SAW diperangi dan disakiti oleh musuh-musuh yang membencinya. Lihatlah saudara-saudari sekelian, adakah sifat ini terpahat dalam diri kita sekarang ini. Contohilah sifat-sifat Nabi SAW ini yang mengajar erti kesabaran dan ketabahan dalam setiap sudut. SubhanaAllah!.
Setelah selesainya pembahagian harta rampasan tersebut, Nabi SAW kembali ke Mekah bersama pengikut-pengikutnya untuk menunaikan Umrah dan berihram. Setelah selesai Baginda SAW kembali semula ke
Ini adalah rentetan peristiwa motivasi buat kita semua, setiap kebathilan pasti akan hancur, setiap yang bernyawa itu akan pasti menemui-Nya. Allah SWT berhak memilih sesiapa yang ingin Ia miliki. Setelah saya nyatakan dalam artikel ‘Fisabilillah” selama 6 episod ini sedikit sebanyak mengubah kehidupan kita amnya.
Bangkit dan bangunlah wahai saudara-saudari sekelian, Islam itu bukan sekadar memperlihatkan kepada imej dan pakaian sahaja, tetapi dalam masa yang sama, anak-anak kita sering dibiarkan dengan pendedahan aurat yang berleluasa malah lebih malangnya lagi, membiarkan anak-anak kita bebas bergaul dengan bukan muhrimnya tanpa kawalan yang sepatutnya. Kalaulah ini yang kita banggakan, maka tidak mustahil ia menjadi satu budaya ikutan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada sekelian Umat Islam agar bangkit dari kelalaian duniawi yang merencam ini serta tempatkan hati-hati umat Islam ini di kalangan orang-orang yang mentauhidkan Allah SWT dan mengakui akan kebenaran Rasulullah SAW. Amin.
Buat Umat Islam semua,
Al Fatihah kepada mereka yang gugur sebagai Syuhadah.
Al-Fatihah….
Allahuakbar!, Allahuakbar!,Allahuakbar!.
Sumber Nota :
1) Tafsir Al-Quran Prof. Dr. Hj Mahmud Yunus.
2) Kitab Fiqhus Sirah, - Al Ghazali.
3) Kitab Quthuff Min Syamaail Al Muhammadiyah Wa Al-Akhlaq An-Nabawiyah Wa Al-Adab Al-Islamiyah, - Syeikh Muhammad Bin Jamil.
4) Kitab Hayatu Muhammad, - Muhammad Husein Haekal.
5) A Study of Islamic, History, - Prof. K. Ali.
6) Kitab Nurul Yaqina, - Muhammad Al-Hudhari Bik.
7) Kitab Assabiyyatufil Mawaa’idhil Barriyyaati – Al-Imam As-Syeikh Abu Nashry.
8) Kitab Rasul Muhadditsin Allama Jilid 1 & 2 – Muhammad Zakariyya, Syeikh Hadith Damat Barakatahum.
9) Hadith Shahih Bukhary r.a.
10) Hadith Shahih Muslim r.a..
Rujukan Peribadi :
1) Ustaz Nizam Al-Hafiz (Imam Masjid Hj. Ismail, Kuala Selangor.).
2) Mini Perpustakaan Muhammad Ibnu Nazir.
salam ziarah lagi tuan rumah..
ReplyDeleteseronok singgah di sini membaca sirah nabi.
Waalaikumsalam,
ReplyDeleteIn The Name Of Allah.
Terima kasih kerana saudari di sini.