Wednesday 13 October 2010

Rangkaian Licik Neo-Konservatif.




Rangkaian Licik Neo-Konservatif.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.





BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir bagaikan mutiara Islam yang bersinar di sini. Semoga anda semua berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.



Pada 13 Disember 2002, majalah ‘Counterpunch’ yang diterbitkan oleh seorang penyeleweng Amerika berketurunan Irish iaitu Alexander Cokburn, telah memaparkan satu artikel yang membangkitkan persoalan ‘Pentadbiran Bush Bermuka Dua’ dan membekalkan satu pandangan menarik tentang rangkaian Neo-Konservatif yang akhirnya membawa Amerika ke medan peperangan. Penulis-penulis lain yang terlibat juga adalah seperti Bill Keller dan Kathleen Christisons iaitu pasukan yang digelar sebagai ‘suami-isteri’ serta merupakan bekas penganalisis Agensi Perisik Amerika (CIA). Mereka juga menyebut bahawa Israel bersimpati terhadap orang-orang atasan yang mencipta polisi Neo-Konservatif di dalam pentadbiran Bush. Mereka juga telah menyatakan bahawa ideologi Neo-Konservatif itu adalah sealiran dengan propaganda dan fahaman Persatuan Likud Israel.


Christisons menegaskan berkenaan dengan seorang pro-pemimpin sekutu Neo-Konservatif iaitu Wolfowitz bahawa di dalam majalah New York Times oleh Bill Keller, serta memetik bahawa pengkritik menyatakan seperti berikut :


“Israel melakukan satu tarikan graviti yang kuat terhadap Wolfowitz.”


Paul Wolfowitz Bersama Delagasi



Bill Keller juga menyatakan bahawa Wolfowitz semasa remajanya telah tinggal di Israel bersama-sama bapanya, manakala adik perempuannya telah berkahwin dengan seorang yang berbangsa Yahudi di Israel. Bill Keller tidak keberatan untuk mengakui ketepatan sifat Wolfowitz sebagai “Israel-Centric”. Walaubagaimanapun, Christisons telah mencatatkan serta menyatakan bahawa :


“Keller melalui berbagai cacian untuk menjauhi apa yang beliau pangil ‘talam dua muka menjijikkan’ dan dalam proses itu membuatkan orang tertanya-tanya sampai bila beliau akan membantah.”


Paul Wolfowitz



Maka, fakta tentang ideologi Neo-Konservatif yang menguasai polisi pentadbiran Bush seketika yang lalu adalah jelas. Sungguh pun demikian, banyak media aliran utama di Amerika pada mulanya enggan untuk menegaskan pertalian yang luar biasa dan sekutunya itu, namun setelah didesak, jadilah satu kenyataan yang terang-terang. Media bebas di Amerika juga iaitu seperti ‘American Free Express’ yang berpengkalan di Washington adalah pertama yang berani menyebut peranan penting “NEO-KONSEVATIF” telah selalu diserang sebagai ‘ahli teori konspirasi’ dan juga sebagai ‘Anti-Yahudi’, adalah antara istilah yang selalu digunakan untuk mengelirukan isu dan mengubah perhatian terhadap komplot Israel dan pelobi Amerika. Justeru itu juga, rakyat Amerika telah faham dan berani untuk menyuarakan sesuatu yang pasti berkenaan dengan hak mereka terhadap Negara Amerika berdaulat. Timbulnya pula satu dokongan dan sokongan yang kuat di antara pihak NGO media-media Amerika serta rakyatnya yang berani menyuarakan tentang sistem pentadbiran atasan mereka terhadap polisi-polisi jahat Neo-Konservatif. Namun segala tindakan tersebut telah dapat dipatahkan oleh media-media yang bersetongkol dengan pro-Israel bagi meredakan keadaan yang melanda.



PERANAN KOMUNISME DAN NEO-KONSERVATIF.

Untuk memahami orientasi politik Neo-Konservatif dan agenda mereka, adalah kritikal untuk mengenali bukan hanya peranan penting yang dimainkan pada dekad kini yang diterajui oleh ‘mentornya’ iaitu William Kristol yang disebut sebelumnya, tetapi juga bapa dan ibunya serta rakan-rakan sekutu mereka yang merupakan paksi kepada cerita pembentukan kuasa blok Neo-Konservatif di Amerika. Blok yang diterajui oleh sistem monarki tersebut memperlihatkan agenda-agenda sulit yang tersembunyi yang sememangnya berpihak kepada banjingan-banjingan pro-Israel. Di sinilah juga kelebihannya sekutu-sekutu kuat mereka menjalankan agenda mereka untuk menjadikan Negara Amerika sebuah Negara yang berpemimpinkan fahaman Zionisme.



Walaupun hari ini Kristol merupakan mentor ‘suara’ Neo-Konservatif yang paling dikenali di dalam media, beliau sebenarnya adalah lebih dari itu. Bukan hanya sebagai ketua strategi ‘ahli propaganda’ untuk ideologi Neo-Konservatif, tetapi beliau sebenarnya juga dari keturunan pasukan khas Yahudi yang berkuasa di Amerika iaitu ‘Pengikut Trotsky’. Pengikut Trotsky adalah merupakan salah sebuah pecahan daripada perbincangan sulit antara pemimpin-pemimpin Zionis yang ingin menjadikan fahaman tersebut satu pasukan yang radikal terhadap sesiapa yang membantah terhadap ideologi ‘tukul besi’ mereka. Maka tidak hairanlah saat dan ketika ini, sistem tersebut telah digunapakai oleh beberapa Negara di dunia ini yang berpaksikan propaganda dan fahaman ‘hitam’ Israel.


Menurut majalah mingguan Yahudi Amerika ‘Forward’ kumpulan kecil ‘para intelek New York’ yang kebanyakannya adalah berketurunan Yahudi bekerja di dalam pengaruh Irving kristol yang dikenali juga sebagai ‘Keluarga Neo-Konservatif’. Satu gelaran yang diberikan kepada kumpulan di dalam komplot perang Dingin, berahsia, malahan sebagai satu ‘sel klasik ideologi komunisme’.


Irving Kristol Dan George Bush



Ronald Reagan



Neo-Konservatif bukanlah konservatif traditional Republikan. Kebanyakan mereka pernah menjadi liberal atau Demokrat haluan kiri, ada di antara mereka juga yang pernah menjadi pengikut Marx. Manakala ramai juga yang berketurunan Yahudi dan telah keluar dari Demokrat haluan kiri disebabkan kekerasan Demokrat haluan kiri terhadap pendudukan Israel terhadap tanah Arab selepas tahun 1967 dan kekerasan yang ditunjukkan oleh militan kulit hitam terhadap Yahudi-Amerika dan Israel. Untuk pengetahuan kita semua, Ronald Reagan ialah Presiden Republikan pertama yang telah diundi oleh golongan Neo-Konservatif yang terang-terang pro-Israel.


Karl Marx



Polisi luar pertubuhan Republikan traditional menggambarkan ketakutan terhadap gangguan antarabangsa kepada elit perniagaan, sementara strategi Neo-Konservatif pula menggambarkan semangat perjuangan ideologi oleh Liberal Wilsonian (bekas presiden Amerika Woodrow Wilson) dan bekas Revolusioner Marx, manakala kedua-duanya adalah sama yang mempunyai perasaan komitmen etnik terhadap kebajikan Israel.


Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat Ke 28.



ISRAEL DAN NEO-KONSERVATIF.

Cendiakawan Yahudi-Amerika, Benjamin Ginsberg, telah menceritakan peranan utama keselamatan Israel di dalam pemikiran Neo-Konservatif dan terhadap aktiviti politik mereka pada suku terakhir abad ke 20.


Para intelek Neo-Konservatif Yahudi telah memainkan peranan penting pada tahun 1970an dan 1980an di dalam membina justifikasi terhadap kenaikkan perbelanjaan pertahanan di samping mengaitkan bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel lebih kepada usaha Amerika kepada Soviet Union. Israel telah digambarkan sebagai satu ‘aset strategi’ Amerika yang boleh memainkan peranan penting di dalam mendapatkan perluasan Soviet di Timur Tengah. Ada beberapa peranan tersebut menjadi aktif di dalam (melobi) untuk menaikkan tahap perbelanjaan pertahanan dan memperkuatkan kebolehan pertahanan Amerika melawan apa yang mereka tegaskan sebagai ancaman kepada perluasan ideologi Soviet. Tetapi pada hakikat bahawa ideologi Neo-Konsevatif itu adalah sama dengan Ideologi Komunisme, di mana pemimpin-pemimpinnya juga datangnya dari orang-orang Yahudi. Mereka cuba menjadikan ideologi Komunisme sebagai ‘kambing hitam’ untuk melancarkan lagi agenda mereka untuk menakluki dunia serta melebarkan sayap mereka untuk membina sebuah Negara Israel yang berdaulat.


Bagi mendapatkan wang penbendaharaan (Amerika) untuk Israel, pelobi-pelobi pro-Israel harus menampakkan kepada Amerika, bahawa ‘orang-orang Rusia sedang mara’, (perang psikologi) maka pertahanan perlu bersiap sedia supaya mereka boleh terus menakutkan orang-orang Amerika agar membelanjakan banyak wang untuk pertahanan, yang juga bermakna sokongan terhadap Israel di dalam peperangan tanpa penghujungnya terhadap sesiapa juga. Untuk memastikan bahawa hampir satu pertiga (1/3) dari budget persekutuan disalurkan ke Pentagon dan Israel adalah perlu untuk pelobi pro-Israel menjadikan pekara biasa dengan hak yang ‘gila’. Begitulah juga terjadinya kejadian seumpamanya yang telah mengegarkan dunia khasnya pada 9-11 yang jelas dan terang konsepnya sama bagi memastikan Negara ‘Israel Raya’ terbina dan seterusnya membolehkan dana-dana yang terdapat di Perbendaharaan Amerika dapat di salurkan terus tanpa sekatan dan halangan terhadap ‘pencacai-pencacai Israel’ serta seterusnya juga diserap kepada tabung-tabung di Negara Israel. Begitulah betapa liciknya mereka-mereka ini menjalankan agenda mereka tanpa dapat dikesan dan disedari oleh pemimpin-pemimpin ‘layu’ Amerika yang menerajui Negara mereka. Di sebalik itu juga, imej orang-orang Amerika telah tercalar dengan teruknya di mata dunia akibat kealpaan pemimpin-pemimpin ‘asli’ mereka yang hanya bersuara lantang tetapi tidak berkualiti dalam menjamin keselamatan dan kestabilan Negara mereka.




Satu kajian yang sama terhadap Neo-Konservatif telah dilakukan pada tahun 1986 oleh penulis terkenal Amerika iaitu Gore Vidal. Menjawab dakwaan bahawa beliau (Vidal) adalah ‘anti-semitic’ disebabkan kritikannya ke atas ikatan Neo-Konservatif dan Israel, manakala Vidal telah memanggil Neo-Konservatif sebagai ‘Pecinta Empayar’ dan mendakwa lagi bahawa punyai sebab mengapa bekas pengikut Trotsky sekarang terlalu cintakan kuasa ketenteraan Amerika.


Gore Vidal



Ketika itu Vidal tidak menjangkakan bahawa Neo-Konservatif akan menjadi begitu berkuasa. Vidal terus menjadi pengkritik yang lantang berkenaan Imperialisme Amerika Syarikat dan Israel serta merupakan salah seorang penulis berbangsa Inggeris yang dihormati di dunia pada hari ini. Tidak kira apa sekali pun penghormatan mereka di kalangan golongan ‘para intelik’, elemen Neo-Konservatif merupakan asing (dan kekal begitu) kepada rakyat Amerika. Malahan, pertama kali istilah ‘Neo-Konservatif’ diperkenalkan kepada masyarakat Amerika berbagai rasional negatif telah diperlihatkan oleh mereka tentang ideologi dan fahaman sebenar mereka yang rata-ratanya Pro-Israel.


CIA DAN NEO-KONSERVATIF.

Frances Stonor Saunders dalam “The Cultural Cold War : CIA And The World Arts And Letters” telah mendedahkan bahawa golongan ‘Kristol adalah pemain utamanya dalam CIA’, di mana ia melibatkan satu kumpulan yang dikenali sebagai Kongres untuk ‘Kebebasan Budaya’ sebenarnya telah ditaja oleh CIA. Penulis itu (Frances Stonor Saunders) telah ‘menyiasat’ tanpa jemu di sebalik aktiviti-aktiviti kristol dan rakan-rakannya serta telah mengesahkan bahawa Kristol ‘terhutang budi’ kepada CIA di atas kemahsyuran dan publisitinya yang meluas.



Menurut satu kajian pada tahun 1986 oleh Sidney Blumenthal, seorang wartawan Yahudi-Amerika (The Washington Post) yang kemudiannya menjadi penasihat tertinggi kepada Presiden Bill Clinton iaitu Irving Kristol dikenali sebagai “The Godfather” kepada pergerakan Neo-Konservatif. Salah seorang Protege Kristol, Jude Wanniski yang telah berpisah dari fahaman Neo-Konservatif telah menyatakan bahawa kristol sebagai ‘tangan halimunan’ di belakang pergerakan CIA dan seterunya.


Sidney Blumenthal



Blumenthal menyatakan lagi bahawa kristol boleh dibandingkan dengan ‘Pengaruh yang berkelip seperti pokok krismas apabila dipasang’. Malahan menerusi majalahnya iaitu ‘The National Interest and The Public Interest”, Kristol telah memperluaskan pengaruhnya, bukan sahaja di kalangan orang-orang berpangkat Parti Republikan tetapi dalam arena awam secara keseluruhannya. Semuanya ini dicatatkan sebagai rekod, kenyataannya hari ini, William kristol anak kepada irving Kristol (Godfather) meneruskan legasi keluarga yang menjangkau masa silam kepada kehancuran perjuangan falsafah era Bolshevik dan Perang Dingin antara Amerika dan Soviet Union. William Kristol pula merupakan salah seorang pemikir-pendapat yang paling berkuasa di muka bumi hari ini dan seterunya iaitu CIA.




2 comments:

  1. jazakallahukhair atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Salam Ibnu Mutalib.

    BismillahirRahmanirRahim.

    Terima kasih kerana di sini. Perkongsian ini baru dipermulaan bab,InsyaAllah banyak lagi yang hendak saya bawakan serta kongsikan bersama di sini mengikut ketentuan dan keizinan dari-Nya.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails