Imperialisme Gagasan Konservatif.
Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat anda semua yang bertandang di sini. Semoga kita semua berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Perkongsian isu Imperialisme ini tidak pernah berakhir, jika sejarah yang terpalit ketika tercetusnya perang Amerika-Iraq suatu ketika yang lalu tidak kita mengambilnya sebagai satu lipatan sejarah dan pengajaran yang tidak dapat dilupakan. Sejarah pembersihan etnik yang sangat kejam yang pernah kita saksikan di abad millennium (kononnya) ini dan merupakan satu peristiwa yang tidak pernah luput dan padam dalam ingatan kita sehingga ke hari ini. Rakyat Iraq dan seluruh masyarakat dunia ditipu bulat-bulat oleh mereka yang saya gelarkan sebagai agen-agen syaitan laknatullah. Beginilah caranya, bagaimana suatu ketika dahulu, mangsa hamba ritualisme yang dijalankan oleh mereka bagi mempersembahkan korban nyawa kepada syaitan dan iblis sebagai tanda taat setianya mereka ini menjadi satu peristiwa yang menyayat hati, namun ketika dekad ini, bukanlah lagi menjadi isu utama tentang peristiwa ritual pembunuhan untuk mendaulatkan syaitan, tetapi dalam usia dunia yang global dan glokal ini, situasi tersebut telah ditukar menjadi lebih tragis dan ngeri, apabila lebih berjuta-juta nyawa manusia yang ‘dikorbankan’ melalui cara yang berbeza tetapi dalam satu matlamat yang sama.
Ironinya, jika dilihat ketika pentadbiran terdahulu iaitu George H.W Bush iaitu bapa kepada George W. Bush (Bekas Presiden Amerika Syarikat), angkatan Konservatif telah cuba untuk menjatuhkan Iraq, tetapi ia telah menemui kegagalan. Tujuannya adalah untuk menjayakan dasar kuasa IMPERALISME mereka dari satu generasi kepada generasi yang akan datang dalam matlamat yang sama. Begitulah sinonimnya propaganda mereka bagi menjayakan misi dan visi penting mereka yang kalau dilihat dari sudut yang jauh, ada kemungkinan selayaknya digelar agen-agen yang mengikuti segala suruhan syaitan dan iblis.
Sejarah telah membuktikan, bahawa Presiden Bush yang pertama (George H.W. Bush) telah memutuskan untuk berundur dari Iraq ketika peperangan pertama di Teluk Arab, maka ketika itu setiausahanya iaitu Dick Cheney, telah mengedarkan draf dokumen yang disediakan di bawah arahan Neo-Konservatif iaitu dari Paul Wolfowitz. Yang antara ketara usul tersebut adalah mencadangkan bahawa Amerika Syarikat perlu menimbang terlebih dahulu serangan awal, sepertimana yang dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003. Bagaimanapun, apabila dokumen penting itu bocor ke pihak media, George H.W Bush telah ‘segera’ menjauhkan diri dan pentadbirannya daripada radikalisme laporan Cheney-Wolfowitz.
Walaubagaimanapun, setelah era itu berakhir, maka tibalah era yang mereka nanti-nantikan iaitu pasca pentadbiran anaknya iaitu George W. Bush yang telah berjaya membawa ideologi Imperialisme ke atas Iraq dengan jayanya. Walaupun pada mulanya pihak Neo-Konservatif beranggapan bahawa bapanya berjaya membawa ideologi tersebut dengan baik, tetapi strategi itu bertukar apabila George H.W Bush telah gagal dalam misinya untuk menakluki Iraq. Situasinya berbeza antara satu sama lain, apabila diberitakan bahawa, George H.W Bush (bapa) merupakan orang yang paling berhati-hati dalam mengatur segala gerakgeri yang melibatkan kebajikan Kristian di Amerika Syarikat. Maka pihak Neo-Konservatif terpaksa mematikan ‘King’ terlebih dahulu, dan mengambil anaknya (George W. Bush) sebagai mewarisi tradisi warisan mereka dengan diberi alasan agar beliau dapat membalas dendam terhadap musuh ketat bapanya iaitu Saddam Hussein serta rakyat Islam Iraq. Apabila ia berhasil, maka si bapa pula diancam bunuh (konspirasi) oleh pihak Neo-Konservatif, pekara ini telah diketahui umum oleh masyarakat Amerika sendiri malahan masyarakat dunia pada hari ini. Tujuannya adalah satu, untuk mengelakkan segala rahsia, visi dan misi pihak tersebut diketahui umum. Maka sehingga ke hari ini, sibapa (George H.W Bush) telah ‘disembunyikan’ oleh mereka-mereka ini dengan begitu teliti dan licik sekali sehinggakan setiap gerakgeri beliau diperhatikan oleh agen-agen intipan mereka. Harus diingati juga, perlantikkan Presiden Amerika Syarikat ketika ini iaitu Barrack Hussein Obama merupakan satu detik yang telah ‘dihidupkan’ sendiri oleh golongan Konservatif untuk meredakan keadaan dunia Islam agar kembali semula kepercayaan mereka terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya.
Meskipun terdapat kritikan dari pihak dalaman, pihak Konservatif telah merasakan mereka berjaya menjalankan misi mereka dalam arena politik Amerika berdasarkan ‘Imperialisme Baru’ yang sedang diusahakan oleh pentadbiran Bush. Sebagai contoh kepada sokongan ini adalah esei penting oleh Norman Podhoretz yang muncul di dalam terbitan majalah ‘Commentary’ jurnal Neo-Konservatif yang berpengaruh dan diterbitkan oleh ‘American Jewish Committee’ iaitu salah satu daripada organisasi Zionis yang paling utama di Amerika Syarikat.
Di dalam eseinya beliau telah menyatakan :
“Apa yang ingin dikatakan, jika dahulu George H.W Bush tidak pasti mengapa dia dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, kini anaknya pula iaitu George W. Bush sedar, bahawa sebagai seorang kristian yang dilahirkan semula, Tuhan telah meletakkannya di pejabat Oval dengan tujuan untuk mengetuai peperangan menentang kejahatan dan keganasan. Bush merupakan presiden yang paling hebat zaman ini dan dengan tajam beliau telah membelakangi pandangan bapanya sendiri.” (Norman Podhoretz).
Ideologi Imperialisme tidak hanya terbatas kepada tiga ahli paksi kejahatan yang terpilih iaitu Iraq, Iran dan Korea Utara sahaja, tetapi paksi itu sebenarnya telah diilhamkan kepada Negara lain seperti Syiria, Labenon, Palestin, Turki, Yamen, dan Libya. Tidak dinafikan bahawa alternatif kepada rejim tersebut mungkin akan lebih buruk, sekalipun jika mendapat kuasa melalui pilihanraya secara demokrasi, namun itu semua adalah satu cara mereka untuk menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Amerika Syarikat terhadap dunia Islam.
Untuk mengenepikan kemungkinan tersebut adalah suatu kemuncak kenaifan. Bagaimanapun, terdapat dasar yang boleh menghalangnya, jika Amerika Syarikat sanggup berhadapan dengan perang dunia ke IV iaitu perang menentang Islam. Inilah juga cetusan Imperialisme yang telah mereka lakukan secara langsung dan tanpa kekesalan seperti di Jerman dan Jepun setelah memenangi Perang Dunia ke II. Ternyata sekali bahawa Imperialisme yang agresif dan berunsur peperangan ini telah menyusup masuk sedikit demi sedikit terhadap Negara-negara yang pernah mereka jajahi dan takluki samaada dari segi peperangan ataupun ‘jajahan pemikiran’. Hakikatnya, ia juga merupakan senjata utama yang melibatkan satu budaya yang telah lama diserap dengan ideologi Imperialisme telah digunapakai oleh seluruh dunia Islam masa kini.
Adakah Negara kita juga mengamalkan prinsip ideologi Imperialisme?
Apa yang menjadi panduan di sebalik falsafah ‘Neo-Konservatif’ yang membiayai impian Imperialisme ini mungkin menjadi tajuk paling kontroversi pada hari ini. Peranan Zionisme gaya Likud-Israel tegar di dalam pembentukkan dasar pentadbiran Bush suatu ketika dahulu sehinggalah ke hari ini. Mengakui hakikat bahawa pembuat dasar Neo-Konservatif yang berkuasa di Washington sebilangan besarnya adalah Yahudi, ditambah pula dengan komitmen kepada golongan yang cenderong kepada Zionisme.
Michael Lind, iaitu seorang penulis bebas, merupakan seorang pengkritik tajam prinsip Neo-Konservatif dan menyimpulkan ‘tiga tiang’ doktrin global yang diusahakan iaitu :
“Unilateralism” Amerika, Serangan awal dan Penyekutuan dasar luar Amerika dengan pemimpin berhaluan kanan Israel, Ariel Sharon. Setiap elemen strategi hebat George W. Bush itu mewakili perubahan dramatik daripada dasar luar amerika yang dahulu.” (Michael Lind).
Asasnya adalah di sini, Israel yang lebih kuat merupakan hasrat yang menjadi rasional bagi peperangan dengan Iraq. Ia merupakan perdebatan yang tidak diakui, fantasi yang secara senyap diimpikan oleh puak Neo-Konservatif di dalam pentadbiran Bush dan juga kebanyakkan pemimpin komuniti Yahudi Amerika. Fantasi tersebut melibatkan sebuah teori domino. Kehancuran Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein bukan sahaja mengenepikan musuh lama, tetapi juga akan mengubah persamaan kuasa asas di rantau Arab. Ia juga akan memberikan isyarat kepada Syiria dan Iran akan bahaya menyokong pengganas Islam.
Maka, ia juga akan menghantar isyarat kepada orang-orang Palestin agar mendemokratisian dan berdamai mengikut syarat dan acuan Israel, atau melupakan tentang mempunyai Negara sendiri. Di dalam senario yang paling teruk, ianya akan menjatuhkan monarki Hashemite yang goyah di Jordan dan penubuhan Negara Palestin di Tebing Timur.
Tiada seorangpun pemimpin yang pernah mengumumkan dan menyatakan secara umum (walaupun beberapa pemimpin Yahudi Amerika berbuat demikian). Kebiasaannya impian itu dilahirkan secara halus dan licik.
“Saya mempunyai harapan tinggi bahawa dengan kejatuhan Saddam Hussein akan menguatkan lagi gabungan demokratik di rantau ini” (Senator Joe Lieberman).
Peperangan menentang Iraq serta keseluruhan dasar yang menjadi panduan, diasaskan di dalam ‘Falsafah Elemen Imperialisme’ di Israel dan juga sekutu Neo-Konservatif mereka di Amerika dalam sistem pentadbiran Bush dan kroni-kroninya sehinggalah ke hari ini. Dalam pada masa yang sama juga hasutan tersebut melebarkan sayap Imperialisme sehinggalah ke benua Eropah. Maka tidak hairanlah momentumnya akibat gelaran baru dari Bush tentang “Eropah Baru” dan “Eropah Lama” telah mencetuskan satu lagi kontroversi yang berpanjangan sehinggalah benua Eropah kini berpecah menjadi dua kuasa baru. Maka akibat cenderongnya Eropah Baru terhadap Pro-Israel, Islam telah dikecam dengan teruk di setiap pelusuk Negara mereka tanpa belas kasihan. Isu-isu purdah, hak asasi wanita, kanak-kanak, isu tempat ibadah dan seribu satu propaganda jahat mereka telah mengamit situasi komuniti masyarakat Islam Eropah ketika ini. Serangan bertubi-tubi tersebut seringkali di mainkan oleh pihak-pihak Neo-Konservatif bagi mencerminkan keburukkan Islam.
InsyaAllah, saya akan cuba bawa dan kongsikan lagi berkenaan segelintir Negara-negara Eropah yang menafikan tuduhan tersebut, serta melebalkan pihak Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat telah mencemarkan imej dan kesempurnaan Islam benua Eropah di mata dunia. WaAllahua’lam.
No comments:
Post a Comment