Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan buat semua yang hadir di sini. Alhamdulillah Syukur kehadrat-Nya, dapat kita bertemu di arena perjuangan ini.
Meskipun telah banyak yang saya perkatakan sebelum ini berkenaan dengan Zionisme, untuk menohtahkan ia sebagai satu episod atau babak yang sudah berpenghujung adalah pekara yang mustahil, jika saya tidak mendedahkan secara menyeluruh mengenai komplot yang mengetuai kepimpinan sebuah ‘Parti Peperangan’ secara konprehensif, lebih-lebih lagi ia juga membawa dan menerokai agenda tersebut dari persespektif akal dan sejarah peradaban manusia. Nah!, inilah masanya untuk kita mengetahui akan perancang-perancang ‘Pro Israel Raya’ yang telah lama menduduki dan menjajah pemikiran manusia sehingga menyebabkan berjuta-juta manusia ditindas dan diperlakukan seperti haiwan tanpa belas kasihan. Senario yang menjijikkan ini telah dapat juga dihidu, walaupun rangkaian kumpulan ‘Parti Peperangan’ telah menjalankan pelbagai konspirasi untuk membolehkan diri mereka bebas dari segala tindakan dan tuduhan.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis Yahudi, ‘Stanley Heller’ pada hari-hari sebelum serangan terhadap Iraq di mana ia adalah berbunyi :
“Kami mengharapkan orang-orang Amerika akan memberitahu mereka hal yang sebenarnya bahawa sebahagian dari kempen peperangan adalah ditaja oleh kumpulan penganut-penganut fahaman ketenteraan yang gila di Israel dan kumpulan penyokong-penyokong Yahudi dan Kristian Amerika.”
Tambahan lagi, Professor Paul Gottfried iaitu seorang akademik Yahudi Amerika yang memanggil dirinya seorang “KONSERVATIF” tetapi menyangkal keras aktiviti-aktiviti “NEO-KONSERVATIF”.
Komen Professor Gottfried memperkenalkan kepada kita dua nama utama yang akan keluar berkali-kali di dalam halaman ini iaitu RICHARD PERLE dan WILLIAM KRISTOL. Boleh jadi mereka adalah dua orang tokoh Pro-Peperangan (Neo-Konservatif) yang paling berpengaruh, baik dari segi kedudukan bantuan dan kewangan. Mereka adalah pemimpin utama yang bertanggungjawab di dalam banyak bahagian yang membentuk polisi-polisi di dalam pentadbiran BUSH yang telah membawakepada konflik di Timur Tengah yang melibatkan serangan tentera Amerika ke atas Iraq dan beberapa Negara sekitarnya seperti Palestin, Jordan, Lubnan dan sebagainya yang tidak dapat dinafikan banyak membawa malapetaka serantau.
Saya akan cuba kongsikan dan perkenalkan siapakah sebenarnya peranan dua tokoh penting Neo-Konservatif (Pro-Peperangan) iaitu Richard Perle dan William Kristol untuk kita ketahui akan propaganda mereka untuk mneghancurkan peradaban manusia dan seterusnya menjadikan Islam sebagai sasaran utamanya untuk membentuk kuasa baru yang digelar “ISRAEL-RAYA”.
RICHARD PERLE.
Richard Perle iaitu seorang yang berbangsa Yahudi-Amerika yang digelar sebagai ‘PUTERA KEGELAPAN” telah lama aktif di dalam kerja-kerja Pro-Israel di dalam hal-hal rasmi Washington sejak pertengahan tahun 1970an apabila beliau menjadi pembantu kepada mendiang ‘Senator Henry M. Jackson, seorang yang paling kuat menyokong Israel. Pada waktu itu Richard Perle telah disiasat di atas tuduhan mengintip untuk Israel. Kemudian Richard Perle menjadi pelobi untuk kepentingan senjata Israel dan seterusnya dilantik oleh Presiden Ronald Regan untuk jawatan utama di dalam Jabatan Pertahanan.
Setelah meninggalkan pentadbiran Regan, Richard Perle tetap aktif di Washington DC, terlibat di dalam banyak institusi dan organisasi yang menyalurkan tenaganya untuk kepentingan Israel dan terutamanya untuk ‘Parti Likud Ariel Sharon’. Dan ia juga menjalinkan hubungan dengan “Think Tank” Neo-Konservatif menerusi Institut Enterprise Amerika.
Sungguhpun demikian, apabila George W. Bush menjadi Presiden, beliau melantik Richard Perle sebagai ketua Lembaga polisi Pertahanan, iaitu institusi yang berpengaruh walaupun tidak banyak diketahuimengenai dirinya. Melalui jawatan inilah Richard Perle mengunakan kenalan-kenalannya yang ramai dengan rakan-rakan lama yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran Bush sendiri mula berkempen secara aktif untuk mencetuskan perang terhadap Iraq dan sekitarnya.
Walaupun Richard Perle meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Polisi Pertahanan, hanya beberapa hari selepas serangan terhadap Iraq di atas tuduhan bahawa beliau mempunyai konflik kepentingan berpunca dari perniagaan kewangannya yang bertembung dengan polisi rasmi kerajaan yang mana ia mempunyai impak dan beliau mendapat keuntungan, maka ia terus menjadi ahlilembaga tersebut dan terus berpengaruh sehingga perletakkan jawatan rasminya pada Mac 2004.
Dari apa yang kita ketahui tentang Richard Perle ini, maka ia mungkin bukanlah secara kebetulan, di mana telah dinyatakan pada tahun 1986 telah dilaporkan bahawa ketika beliau sedang melawat Britain dalam satu perdebatan, Richard Perle telah diperkenalkan dengan Dennis Healey yang pada ketika itu merupakan pemimpin Parti Buruh sebagai orang bertanggungjawab terhadap Perang Dunia.
Beberapa pengkritik Richard Perle kemudianya mencadangkan bahawa yang mengeluarkan kata-kata tersebut mungkin mempunyai kebolehan Psikik memandangkan peranan kritikal yang dimainkan oleh Richard Perle dalam menyemarakkan Perang Amerika terhadap Iraq dan sekitarnya.
WILLIAM KRISTOL.
Beliau juga berbangsa Yahudi tidak kurang pengaruhnya, tetapi di dalam arena yang berlainan. Bapanya Irving Kristol yang juga seorang yang berpengaruh dan pernah digelar sebagai ‘Godfather’ kepada pergerakkan Neo-konservatif. Maka William Kristol memanfaatkan kedudukan bapanya, lalu memegang jawatan sebagai ketua staf untuk Naib Presiden ‘DAN QUAYLE’ yang berkhidmat di bawah Presiden BUSH yang pertama. Tetapi itu hanyalah langkah pertama dalam mendaki tangga kekuasaan.
Selepas Bush-Quayle dikalahkan oleh Clinton pada tahun 1992, William Kristol menerusi usaha agresifnya, ditambah pula dengan pihak media yang menyebelahinya, William Kristol muncul sebagai orang yang paling bersuara dalam Falsafah Neo-Konservatif. Beliau juga terlibat secara aktif dalam membentuk satu perhubungan awam dan rangkaian maklumat yang luas dan mempunyai bantuan kewangan yang sangat baik serta dikaitkan pula dengan banyak pertubuhan-pertubuhan dan ‘Think Tanks’ yang ada kaitan dengan bapanya. Di samping itu juga beliau menerima perlantikan sebagai penyunting majalah mingguan nasional Neo-Konservatif ROBERT MURDOCH, The Weekly Standard, dan seterusnya William Kristol secara senyap telah mengasaskan pertubuhannya sendiri iaitu “PROJECT FOR THE NEW AMERICAN CENTURY”.
RICHARD PERLE DAN WILLIAM KRISTOL MENTOR NEO-KONSERVATIF.
Apa yang dapat kita lihat, operasi dan aktiviti William Kristol berkait dan bersangkutan dengan aktiviti dan operasi Richard Perle. Gesaan untuk berperang dengan Iraq dan sekitarnya semakin kuat selepas George Bush menjadi Presiden dan kemudiannya lebih hebat lagi selepas serangan pengganas 9-11 yang mana pihak Neo-Konservatif beria-ia menyatakan bahawa ia ada kaitan dengan pemimpin Iraq ketika itu iaitu Saddam Hussein. Richard Perle dan William Kristol bekerjasama dengan lebih rapat lagi bagi menyatukan rangkaian pengaruh mereka sehingga ke tahap yang mana falsafah Neo-Konservatif menjadi kuasa yang mendalangi keseluruhan polisi luar Bush.
William Kristol bersama-sama dengan rakan sekerjanya iaitu Robert Kagan (berbangsa Yahudi) telah menjadi orang yang paling banyak membuat publisiti terhadap strategi empayar neo-Konservatif. Buku merekayang dikeluarkan pada tahun 2000 iaitu “PRESENT DANGER : CRISIS AND OPPORTUNITY IN AMERICAN FOREIGN AND DEFENSE POLICTY” merupakan satu penyatuan penyataan yang komprehensif tentang pandangan Neo-Konservatif, member keutamaan terhadap penulisan-penulisan oleh Richard Perle dan rakan-rakan Neo-Konservatif lain, yang ada hubungan dengan William Kristol.
Robert Kagan
Saya tertarik berkenaan dengan buku tersebut di mana ia dikomentarkan oleh seorang bekas diplomat British iaitu Jonathan Clark yang menyatakan :
“Sekiranya saranan yang diberikan di dalam buku tersebut dijalankan semuanya sekali, Amerika syarikat akan merisikokan peperangan sebelah pihak sekurang-kurangnya lima peperangan, di samping mendesak Israel untuk mengabaikan proses damai kerana memihak kepada konfrontasi dengan Palestin.” (Jonathan Clark – Bekas Diplomat British).
Hairannya bagaimana yang dinyatakan oleh Michael Lind iaitu seorang pengkritik Neo-Konservatif yang utama menyatakan bahawa :
“Ini merupakan jangkaan tentang polisi yang akan diguna pakai oleh pentadbiran George W Bush di dalam dua tahun yang akan datang. Kumpulan Zionis radikal (Richard Perle dan William Kristol) yang mana tergolong adalah kecil dari segi bilangan, tetapi ia telah menjadi satu kuasa yang penting di dalam golongan pembuat polisi Republikan.” (Micheal lind – Pengkritik Neo-Konservetif).
Beliau juga (Michael Lind) menyatakan bahawa mereka (Richard Perle dan William kristol) telah melancarkan kempen perhubungan awam yang kejam terhadap sesiapa sahaja yang menghalang mereka, termasuklah pemimpin-pemimpin ketenteraan Amerika yang penting dan berpengaruh yang telah mempersoalkan polisi Neo-Konservatif. Begitu juga halnya kepada pemimpin-pemimpin dunia Arab yang cuba menghalang secara keras ke atas usaha melebarkan Propaganda Parti Peperangan mereka.
salam alaik...tahniah dan syabas! satu kupasan yg menarik.teruskan usaha.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Izza.
ReplyDeleteBismillahirRahmanirRahim.
Terima kasih kerana di sini, semoga dirahmati Allah SWT hendaknya.