BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.
Amma ba'du.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
Jika kita amati dan renungi sebenarnya terlalu banyak kezaliman dan kekejaman yahudi dalam sejarah dunia sama ada pada zaman dahulu lagi hingga ke zaman mutakhir ini. Ia kerana sifat mereka yang terkenal sebagai bangsa yang berperangai keji seperti pendendam, penuh hasad dengki, takbur, bongkak dan segala sifat mazmumah bertapak dan bersarang dalam sanubari mereka. Tujuan mereka adalah satu, iaitu ingin menguasai dunia ini mengikut kehendak dan telunjuk mereka. Pelbagai taktik dan perancangan telah diatur dengan sulit dan terperinci sejak bertahun-tahun lamanya. Mereka seakan-akan lupa akan bala yang telah Allah SWT timpakan ke atas nenek moyang mereka suatu ketika dahulu. Atas sifat kesombongan, takabur dan mementingkan diri sendiri yang telah terpahat dalam diri mereka itulah yang menyebabkan mereka sering melakukan kemusnahan dan kemungkaran di atas muka bumi ini. Pekara ini juga telah kita sama-sama kongsikan serta bincangkan dalam posting dan artikel saya yang lalu.
Pembunuhan Beramai-Ramai Di Kawasan Perkampungan Palestin.
Jika kita semua melihat kembali peristiwa yang menyaksikan kekejaman melampau dilakukan oleh tentera zionis dan gerila-gerila yahudi di Perkampungan Abu Kabir, Dir Yasin, Abu Syasyah, Al-Lad, Albiyyun dan Al-Syeikh, di mana pada 31 mac 1948, kumpulan militan dan penganas yahudi yang dikenali sebagai ‘Hajnah’ membunuh semua penduduk perkampungan Abu Kabir yang cuba melarikan diri tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan. Pada ketika itu, tindakan mereka mengundang pelbagai bencana kekejaman kepada penduduk Palestin tidak kira kanak-kanak, wanita dan orang tua. Mereka membunuh penduduk Palestin dengan begitu kejam, sekejam apa yang telah pihak Nazi perlakukan terhadap mereka suatu ketika dahulu. Gerila-gerila zionis ini telah melancarkan pembasmian etnik dengan begitu sulit dan tersusun sekali, sehinggakan pihak masyarakat dunia dan media tidak dapat mengesan perlakuan buruk mereka.
Pada 9 April pula, kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel, membunuh 250 orang Islam di Dir Yasin, 100 daripada mereka adalah wanita manakala penduduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak di hadapan penduduk yahudi untuk dilontarkan dengan batu. Perlakuan mereka ini tidak ubah seperti manusia yang hilang ketamadunan peradaban manusia. Walaupun ia mendapat tentangan dari pihak antarabangsa, namun segala usaha-usaha untuk memulihkan situasi amat-amat tipis dan terbatas.
Mereka telah merancang untuk membunuh orang-orang Islam penduduk Palestin dan mengantikannya dengan bangsa-bangsa yahudi di seluruh dunia. Mereka juga mengusir penduduk Palestin dari perkampungan mereka, serta merampas tanah-tanah dan rumah-rumah penduduk Islam Palestin serta ditukarkan dengan pendudukan bangsa yahudi.
Pada 14 Mei 1948, hari di mana pihak British mengakhiri penjajahan ke atas bumi Palestin, menyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas
Pada 11 Julai tahun yang sama menyaksikan keganasan yang lebih menyayat hati di mana pasukan Komando yahudi yang diketuai Moshe Dayan menyerang perkampungan Al-Lad. Umat Islam lari menyelamatkan diri ke dalam masjid, namun mereka telah dikepung dan dibunuh di situ. Seramai 176 orang dibunuh di masjid berkenaan menjadikan jumlah kesemua yang terbunuh dalam peristiwa berkenaan adalah seramai 426 orang. Mereka yang masih hidup dihalau keluar daripada kampung halaman. Sebahagian daripada mereka meninggal dunia di pertengahan jalan kerana kelaparan dan kesakitan.
Menembak Serta Membunuh Penduduk Palestin Secara Rambang.
Pada 29 Oktober 1948 pula berlaku pembunuhan kejam tentera Israel di Al-Biyyun. Dalam kejadian tersebut, semua penduduk diarah berkumpul di sebuah kawasan lapang. Mereka kemudiannya ditembak dari semua arah. Manakala setelah dibunuh penduduk Palestin tersebut, mayat-mayat mereka telah ditanam di satu kawasan yang telah dirahsiakan oleh pihak zionis tanpa diketahui oleh seluruh masyarakat antarabangsa. Kekejaman tersebut telah terjadi hingga ke hari ini.
Pada hari terakhir tahun berkenaan juga iaitu 31 December 1948 kumpulan Hajnah sekali lagi menyerang dan membunuh 60 penduduk Islam di perkampungan Al-Syeikh. Kebanyakan mereka dibunuh di dalam rumah sendiri. Majoritinya adalah dari kalangan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Pihak zionis telah membunuh mereka dengan begitu kejam sekali, sehinggakan dari sumber-sumber yang telah diketahui, mayat-mayat penduduk Islam Palestin banyak bergelimpangan di serata tempat, dan ada yang telah ditimbus oleh mereka agar segala bukti pembunuhan tersebut dalam dihapuskan tanpa dapat dikesan oleh masyarakat antarabangsa.
Pembunuhan Kejam Di Sabra Dan Syatilla.
Peristiwa yang paling menyayat hati dan tidak pernah dunia Islam lupakan sehingga ke hari ini. Peristiwa yang telah digelapkan oleh segolongan media dari kalangan yahudi, bagi menutup kezaliman dan kekejaman mereka terhadap masyarakat Islam Palestin. Pada tahun 1982, berlaku satu peristiwa dahsyat yang menggemparkan dunia iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di dua perkhemahan pelarian Palestin iaitu di Sabra dan Syatilla, Lubnan. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa.
Jurucakap rasmi rejim
Peristiwa Pembunuhan Di Tahun Baru Hijrah.
Pada tahun 1 Muharam 1430 H, serangan Israel ke bumi Gaza yang turut membedil penempatan awam, pusat-pusat perlindungan, hospital-hospital, sekolah-sekolah, masjid-masjid malah pusat pengagihan bantuan kelolaan PBB, telah mengakibatkan kematian lebih daripada 1,000 orang dan kecederaan melebihi 8,000 jiwa. Pembunuhan tersebut bermotifkan untuk membunuh orang-orang Islam Palestin, walaupun mereka menyuarakan bahawa serangan tersebut adalah untuk membunuh militan-militan pejuang Palestin yang sering menyerang dan menganggu penduduk awam
Sebagaimana yang telah kita semua ketahui umum, bahawa penganas tersebut bukanlah dari pihak Islam Palestin, tetapi sebenarnya ia datang dari pihak Israel yang telah menceroboh dan membunuh penduduk awam Palestin dengan begitu kejam sekali. Sekali lagi masyarakat dunia tertipu dengan media-media pihak yahudi yang sering menyokong segala tindakan pihak zionis terhadap pihak Palestin. Serangan tersebut telah mengorbankan ramai jiwa dan dianggarkan sekitar 1.2 bilion dollar pihak Palestin mengalami kerugian. Pihak-pihak media dari barat khasnya telah melaporkan berita-berita yang kurang menyenangkan kepada pihak dunia Islam, di mana mereka hanya melaporkan kemusnahan banggunan dan infrastruktur dari bilangan sebenar kematian pihak Palestin. Sebagaimana yang telah kita semua ketahui, bilangan kematian tersebut sebenarnya telah mencecah berlipat kali ganda dari apa yang telah pihak media laporkan kepada masyarakat dunia.
Oleh yang demikian, kita masyarakat Islam sering tertipu dengan dakyah berita dari pihak barat yang di sokong oleh pihak zionis. Mereka terang-terang melaporkan berita-berita yang tidak memuaskan apabila isu-isu Palestin ini diutarakan. Walaupun kita sering terdengar ada sahaja pembunuhan yang telah dilakukan oleh pihak yahudi terhadap masyarakat Islam Palestin pada ketika ini, tetapi berita tersebut sering kali dilaporkan secara tidak adil. Kadangkalanya pihak media melaporkan pihak
Jika ditanya pula atas sebab munasabab, mereka terus menyatakan bahawa mereka hanya mempertahankan Negara dan rakyat mereka dari serangan pihak pengganas Palestin. Tetapi pada hakikatnya, mereka itulah pengganas antarabangsa yang sebenar. Dalam masa yang sama juga, pihak Barat dan Amerika Syarikat seolah-olah menghalal serta menyetujui tujuan serangan mereka, serta menyalahkan pihak Palestin di atas kemusnahan yang menimpa Negara zionis tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa dunia Islam kini telah diserang di setiap sudut. Tujuan mereka adalah satu, iaitu untuk memusnahkan Islam. Oleh itu, kesedaran dalam dunia Islam perlu wujud atas apa yang terjadi kepada saudara-saudara kita di Palestin. Kalaulah Negara
Wajarkah kita mendiamkan diri untuk melihat lagi kematian saudara-saudara kita di Palestin?
Hari ini kita sibuk menantikan perlawanan bola sepak Piala Dunia, manakala kita juga telah menconggakkan pasukan mana pilihan kita dan pasukan mana yang akan memenangi gelaran juara dunia, tetapi adakah kita terfikir nasib-nasib saudara kita ketika ini di Negara-negara bergolak seperti
Bukankah mereka itu saudara-saudara kita?.
Tetapi amat malanglah di Negara kita, apabila ada pemimpinnya yang mudah mengadaikan Islam dengan wang ringgit. Judi yang terang-terang disebut dalam Al-quran itu adalah pekara yang haram, telah dihalalkan oleh segelintir pemimpin kita yang rata-ratanya beragama Islam. Pekara ini seolah-olah menampakkan kedunguan dan kebodohan mereka akibat kurangnya akal dan Iman dalam meletakkan sesuatu keputusan. Jika pada masa yang sama mereka-mereka ini gah melaungkan sokongan terhadap rakyat Palestin, namun apabila timbulnya pula pekara-pekara halal dan haram, mereka mudah hanyut. Hanyut di bawa arus kemewahan duniawi yang datang sebagai syurga yang cetek. Maka tidak hairanlah Mantan Perdana Menteri kita yang lalu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menyuarakan bantahan terhadap apa yang berlaku ketika ini serta menyelar agar pemimpin tersebut mengkajinya kembali serta mengambil semula keputusan suara rakyat yang majoritinya tidak bersetuju dan menyukai keputusan tersebut. Perlu diingati juga, konsep 1Malaysia itu tidak bermakna kita mengadaikan Islam dengan pekara-pekara yang jelas haram dan ditegah oleh Allah Azza Wajalla. Wallahua’lam.
AllahuAkbar!
Assalammualaikum...
ReplyDeleteDengan nama ALLAH yang maha Pemuarah lagi maha Penyayang...Alhamdulillah posting yang menarik dan dapat membuka mata setiap umat Islam tentang kekejaman yang dilakukan oleh pihak Israel...sememangnya Israel tiada tempat di muka bumi ini, sehingga sampai 1 masa nanti bumi Palestin kembali aman damai dan mendapat hak2 yang sepatutnya...di situlah kita telah dekat dengan Hari Kiamat...ingatlah wahai umat Islam dunia ini tidak kekal selamanya, kerana apa yang kite miliki sekarang ini adalah pinjaman dari ALLAH SWT...belum tentu harini kite dapat lalui sehingga penghujungnya, dan belum tentu hari esok kite akan ada didalamnya...fikir-fikirkan...:)
Waalaikumsalam Bunga Larangan.
ReplyDeleteIn The Name Of Allah.
Terima kasih dengan perkongsian yang bermanfaat. Satu bentuk nasihat yang ibrah juga untuk semua yang hadir ketika dan sebelum ini.
Bumi Palestin adalah bumi Anbiya'. Bumi tempat kelahiran ramai Nabi dan tokoh-tokoh Islam yang terkemuka. Bumi yang Allah SWT jadikan untuk umat Islam yang mukmin.
Mereka berjuang bukan untuk negara Palestin semata-mata, tetapi adalah untuk kita semua yang bergelar sebagai seorang yang Mukmin. Ketahuilah kita semua, Palestin itu adalah tempat Syuhada yang dahagakan keredhaan Allah SWT. Maka berjuang untuk mendapatkannya kembali adalah hak dan tugas yang perlu kita semua galaskan, walaupun hanya sebuah coretan di laman kertas yang usang.