MyMini Library.
BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.
Amma ba'du.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera kepada semua yang hadir di sini, semoga anda semua di dalam pemeliharaan Allah SWT. Artikel ini saya tujukan kepada Ibu saya dan seluruh Ummi-ummi yang telah banyak berjasa dan berkorban terhadap insan yang bernama ‘Anak’.
Hebat!
Menakjubkan!
Begitulah, apa yang diungkapkan oleh kita tentang para pejuang Mujahidin Palestin, yang tidak pernah kenal akan putus asa demi mentauhidkan Agama Allah Azza Wajalla. Saban hari kelihatan pejuang-pejuang muda, membantai pihak yahudi laknatullah dengan begitu semangat, walaupun senjata mereka hanyalah sebutir kelikir. Namun, perlu diingati juga, bahawa dengan sebutir kelikir tersebut telah membutakan serta mencederakan beratus-ratus tentera zionis yang sering hadir sebagai tentera yang pengecut terhadap kanak-kanak. Walaupun senjata yang digunakan oleh pejuang Palestin tersebut tidak mendatangkan kesan yang membimbangkan kepada pihak yahudi laknatullah, tetapi apa yang dapat dilihat, betapa baculnya tentera-tentera zionis ini pula membalasnya dengan membina tembok-tembok konkrit untuk mengelakkan masyarakat mereka dihujani dengan pelbagai senjata dari pihak Palestin, walaupun ia sebutir batu yang kecil. Sedangkan dari apa yang kita ketahui umum, bahawa pihak tentera yahudi tersebut mempunyai persenjataan yang cukup lengkap dan moden pada abad ini. Ini apa yang berlaku di Negara Palestin pada amnya, iaitu Negara yang digelar sebagai tanah tumpah para syuhadah. Negara yang banyak melahirkan pejuang-pejuang Islam yang setia dan taat kepada perintah Allah SWT serta Negara kelahiran para Anbiya’.
Tetapi!
Lebih Hebat!
Lebih Menakjubkan!
Di Negara kita amnya, di mana kita mudah pula untuk mengkhianati apa yang diperjuangkan oleh rakyat Palestin. Kalau pada amnya, di Palestin kanak-kanaknya yang di usia muda telah turut sama berjuang bersama-sama pihak dewasa untuk membebaskan Negara mereka, tetapi kita di sini, kanak-kanaknya semakin sibuk pula dengan pekara-pekara yang melalaikan. Manakala yang lebih membimbangkan pula, bayi-bayi yang baru lahir dibunuh dan ditinggalkan tanpa perikemanusiaan dengan begitu tragis sekali. Untuk pengetahuan kita semua didapati bahawa dari apa yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, didapati dari tahun 2000 hingga 2008, seramai 250,000 orang anak luar nikah di Negara kita yang telah dilahirkan serta direkodkan. Inilah gejala sosial yang telah melanda Negara kita pada umumnya. Malahan apa yang amat-amat menyedihkan kita lagi, ada pihak tertentu yang sanggup untuk mengambil risiko untuk membina satu badan khas bagi membela nasib bayi-bayi yang telah dibuang ini bagi mengelakkan budaya pembuangan bayi ini berterusan. Harus diingati juga, bahawa usaha ini adalah usaha yang murni tetapi ia tidak bertepatan dengan cara untuk membendung budaya pembuangan bayi ini secara keseluruhan. Malahan ditakuti juga, kelak nanti akan adanya Bank-Bank simpanan bayi-bayi yang lahir dari perlakuan zina turut ditubuhkan. Ini adalah satu cadangan dan pencaturan yang dungu dari sesetengah pemimpin kita yang mengakui akan keberkesanannya nanti tetapi ia seolah-olah menampakkan kebodohan akan akal fikirannya. Sepatutnya pembasmian pengurangan anak-anak luar nikah ini dilakukan dengan cara yang berkesan iaitu melalui hukum-hukum Islam. Pembasmian secara total dan menyeluruh perlu dilakukan melalui hukum-hukum yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW, bukannya mengalakkan lagi budaya zina dan pembuangan bayi melalui hukum-hukum yang terdapat di akal-akal manusia yang berpaksikan yahudi. Jika tertubuhnya kelak akan bank-bank untuk menempatkan bayi-bayi yang lahir dari perlakuan zina, maka semakin bertambah dan bercambahlah lagi budaya-budaya seks bebas tanpa kawalan yang akan melanda Negara kita kelak. Itupun kalau kita mengetahui atau perihatin akan hal-hal ini.
"Perlu diingati forum perbincangan kita bukanlah berkisarkan berkenaan dengan pekara ini, tetapi ia adalah sebaliknya."
“Palestin Adalah Bumi Islam”
Mengikut riwayat dan pengkajian sejarah pada asalnya bumi Palestin diduduki oleh kaum Kan’an yang kemudiannya dimiliki kaum Arab Palestin seterusnya menjadi bumi yang diwarisi oleh umat Islam dan hamba-hamba Allah SWT yang soleh, sesuai dengan firman Allah dalam Al-Quran :
“(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-A’raf – Ayat 128).
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman :
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. (Surah Al-Anbiyaa’ – Ayat 105).
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Palestin ialah bumi Islam dan akan kekal seperti itu. Meskipun kaum yahudi berusaha untuk merampas dan mendirikan Negara mereka di atasnya, namun Palestin akan tetap terpahat dalam hati umat Islam.
Pekara inilah yang sering diuar-uarkan oleh Syeikh Ikrimah Shabri, Mufti Al-Quds dan Negara Palestin; Syeikh Muhammad Husein, Ketua Masjid Al-Aqsa; Dr. Ismail Nawahidhah, Dekan Fakulti Al-Quran dan Pengajian Islam serta Syeikh Yusuf Abu Sanihah, Khatib Masjid Al-Aqsa.
Mereka ini sering mengumandangkan dalam khutbah-khutbah tentang hukum syarie bagi bumi Palestin, bahawa seluruh Palestin ialah bumi Islam dan penjajahan Israel serta keputusan Amerika Syarikat tidak merubah atau menghapus hukum tersebut sepanjang zaman. Dengan itu tidak ada perbezaan pada pandangan syarak antara Hifaa dan Ramallah atau antara “Aka dan Gaza” semuanya itu merupakan bumi Islam sekalipun berbeza dalam sempadan politiknya.
Saya akan
Palestin Bumi Anbiya’
Palestin dahulunya merupakan tanah para Nabi dan Rasul-Nya. Semua Nabi dan Rasul yang hidup di tanah Palestin dan sekitarnya ialah umat Islam, dan mereka merupakan para utusan Allah SWT yang menerangi kehidupan manusia dengan kebaikan dan petunjuk, yang hanya membawa Islam sebagai risalah, manhaj dan dakwah, sebagaimana yang disebut Allah SWT dalam Al-Quran :
“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.” (Surah Ali-Imran – Ayat 67).
Nabi Ibrahim A.S pernah berdoa kepada Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran :
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 128).
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran tentang Nabi Ibrahim A.S dan keturunannya daripada kalangan para Nabi :
“Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”. (Surah Al-Baqarah – Ayat 130 – 133).
Dan Allah SWT berfirman tentang Nabi Musa A.S :
“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): “Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)”. (Surah Yunus – Ayat 84).
Allah SWT juga berfirman tentang Nabi Sulaiman A.S :
“(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri
Israk Mikraj Nabi SAW
Sebagaimana yang telah kita ketahui, bahawa Nabi Muhammad SAW, juga telah melewati bumi Palestin di mana Baginda adalah penutup para Nabi dan Rasul serta Nabi Muhammad SAW telah diisrakkan Allah SWT dari Masjidilharam ke Masjid Al-Aqsa di Palestin, dan tidak tercatat dalam sejarah bahawa Rasulullah SAW setelah diutus-Nya menjadi Rasul keluar dari Jazirah Arab selain ke tanah yang penuh berkat itu. Ketika itu, Rasulullah SAW keluar adalah dengan perintah Allah SWT dan dalam pemeliharaan-Nya. Pada hakikatnya, Allah SWT telah memilih waktu dan masanya, dan Allah SWT jualah yang mengatur dan merencanakan segala sesuatu dari awal perjalanan hingga ke akhirnya. Allah SWT berfirman :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra’ – Ayat 1).
Di Masjid Al-Aqsa, Allah SWT telah mengumpulkan bagi Nabi Muhammad SAW dan para Nabi serta Rasul yang terdahulu sejumlah petunjuk dan risalah-Nya untuk umat manusia agar mereka menerima pemilik risalah yang sejati iaitu Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dan Rasulullah SAW melaksanakan solat dua rakaat serta menjadi imam di hadapan mereka.
Perjalanan dengan segala peristiwa menegaskan betapa dalamnya hubungan dan ikatan dua pusat dakwah Nabi Ibrahim A.S iaitu Palestin dan Jazirah Arab. Sebagaimana perjalanan ini juga menegaskan bahawa Rasulullah SAW ialah pemimpin umat manusia. Pekara ini telah kita sama-sama bincangkan dalam posting saya yang lalu.
Kiblat Pertama.
Masjid Al-Aqsa di Palestin merupakan kiblat pertama bagi umat Islam. Umat Islam berkiblat ke
Kezuhudan Khalifah Amirul Mukminin.
Khalifah umat Islam Umar Bin Al-Khattab R.A membuka bumi Palestin pada tahun 16 H dan membersihkannya daripada penjajahan Rom serta pengaruh Nasrani yang bertapak sejak tujuh abad lamanya. Amirul Mukminin Umar Al-Khattab R.A menerima kunci
Ketika Khalifah Umar Al-Khattab R.A membuka Palestin, beliau tidak menbahagi-bahagikan kawasan yang ditakluk itu kepada tentera-tentera Islam yag terlibat, sebaliknya menjadikan sebagai hak seluruh umat Islam yang akan diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain.
Apabila Khalifah Umat menjadikannya sebagai harta wakaf bagi umat Islam, ini menunjukkan bahawa umat Islam ialah pemilik mutlak ke atas tanah tersebut. Tidak dibenarkan bagi mana-mana individu Islam atau kelompok Islam, mengalah atau mengundurkan diri daripada tanah wakaf (Palestin) tersebut, apatah lagi memberi laluan kepada orang bukan Islam. Sesiapa pun yang melakukan pekara itu maka dia berdosa. Perbuatan itu tidak dibenarkan oleh syarak dan umat Islam wajib untuk tidak bersetuju terhadap semua tindakan tersebut.
Palestin kini menjadi bumi Islam semenjak empat belas (14) abad lamanya, iaitu sejak ia dibuka oleh khalifah Umar Al-Khattab R.A. Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, masjid Al-Aqsa dibaikpulih dan menjalani penstrukturan semula dengan dibina banggunan yang baru di mana Qubbah Al-Shakhrah juga tidak terkecuali, dengan pembiayaan daripada Negara Mesir selama tujuh tahun. Khalifah Abbasiyah juga berperanan dalam pemeliharaan Palestin sebagai bumi Islam. Semasa pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur, Masjid Al-Aqsa mengalami kerosakkan yang berpunca daripada kejadian gempa bumi. Al-Mansur memerintahkan pembangunan semula masjid dengan struktur binaan yang lebih baik. Pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mahdi pula dilakukan lagi beberapa kerja baik pulih dengan ditambah keluasan baru pada bangunan masjid tersebut.
Jatuhnya Baitul Maqdis pada tahun 1099 Masihi ke tangan tentera salib adalah akibat kelemahan umat Islam. Lantaran jauhnya mereka daripada ajaran Islam, sehingga Baitul Maqdis dan penghuninya menderita akibat penindasan dan menjadi tawanan tentera salib selama hampir 90 tahun lamanya. Hingga pasukan Islam di bawah pimpinan Salehuddin Al-Ayyubi berjaya membersihkan penjajahan dan membebaskan tawanan pada tahun 583 H / 1187 M.
Kemudian Allah SWT mempersiapkan untuk Palestin para khalifah Turki Uthmaniah yang sentiasa menjaga kedaulatan bumi Palestin. Umpamanya, Sultan Abdul Hamid yang kedua telah mengorbankan kerusi kedudukannya demi menjaga Al-Quds dan Palestin. Baginda memilih untuk meninggalkan takhta pemerintahan kerana didorong rasa tanggungjawab untuk menjaga kedaulatan Palestin dan tidak mahu menyerahkan walau sejengkal pun tanahnya kepada yahudi laknatullah.
Sesungguhnya bumi Palestin diraih dengan titisan darah para sahabat, tabiin dan tentera umat Islam serta pemimpinnya yang mati syahid di
Pekara inilah yang telah dibangkitkan oleh pejuang-pejuang di jalan Allah SWT. Mereka seolah-olah tidak gerun terhadap yahudi laknatullah. Hidup mereka hanya satu, iaitu mentauhidkan syariat Allah Azza Wajalla. Setiap detik perasaan takut itu sebenarnya telah tiada dalam diri mereka dan digantikan dengan perasaan kasih dan sayangnya mereka terhadap Allah SWT. Bukan syurga yang mereka inginkan, tetapi pejuang-pejuang di jalan Allah ini mahukan keredhaan dari Allah SWT serta ingin mendampingi di akhirat kelak bersama-sama Allah Azza Wajalla. Ya Allah!, hebat, begitu hebat perjuangan mereka-mereka ini yang sukar untuk kita gambarkan.
Saya tertarik dengan satu hadith dari seorang sahabat Rasulullah SAW, di mana beliau telah menyatakan satu soalan yang telah Nabi SAW jawab dengan baik dan tersusun sekali. Hadith ini juga telah saya sematkan dalam diri saya sehingga ke hari ini, malah akan saya terapkan juga hadith ini kepada generasi saya yang akan datang kelak sebagai pedoman yang berguna.
Seorang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada Baginda SAW bahawa: “Bolehkah kita melihat Allah Azza Wajalla ketika kita di syurga nanti?.” Lalu Nabi SAW bersabda : “Jika kita boleh melihat matahari dan bulan ketika ia terbit dan terbenam di dunia ini satu ketika dahulu, maka ketika di syurga kelak kita juga boleh melihat Allah SWT dengan izin-Nya” (Hadith Riwayat Muslim).
Sedarkah kita semua akan hakikat ini?
Bekalan apa yang akan kita bawa kelak di hadapan Allah Azza Wajalla?
Cukupkah dengan duit yang bertimbun-timbun itu?
Cukupkah dengan kedudukan duniawi kita itu?
Cukupkah dengan isteri-isteri kita yang cantik itu?
Cukupkah dengan anak-anak kita yang berpangkat itu?
Cukupkah?
Dapatkah semua itu menolong kita di
Dapatkah?
Saudara-saudariku yang dirahmati Allah SWT,
Ingatlah kita semua punyai misi dan visi di dunia ini. Misi dan visi semuanya sama, tiada yang berubah, tiada yang tertinggal, tiada yang tersisih dan tiada yang dikecualikan. Kita semua kelak akan menjadi ahli-Nya, samaada ahli Syurga atau Ahli Neraka. Kita semua akan dibangkitkan selepas ini, kita semua akan diperhitungkan dan kita semua akan dihisabkan dengan seadil-adilnya. Tiada makhluknya yang akan terkecuali dari kekuasaan-Nya. Ingatlah kita semua bahawa kelak kita juga merupakan ahlinya yang pasti datang tanpa diduga, yang hadir tanpa dijemput dan yang jelma tanpa diundang. Sedarkah kita semua bahawa kita kelak akan menjadi “Ahli Jenazah”?. Saya berpesan pada diri saya dan kamu semua agar pertingkatkan lagi iman dan takwa kita terhadap-Nya. Perbaiki lagi akan amalan-amalan kita. Jangan biarkan ia “bocor” dimamah syaitan dan iblis. Berpegang teguhlah kita semua akan tauhid Allah Azza Wajalla. Kelak kita bersama-sama para Anbiya’ , para Syuhada dan para Wali-Nya di syurga Adn. InsyaAllah.
“Akan ada sebilangan daripada kalangan umatku yang berpegang dengan ajaran agama, tegas terhadap musuh-musuh mereka, tidak memberi mudarat kepada mereka oleh orang yang memusuhi mereka dan segala kesulitan yang menimpa mereka, sehingga Allah SWT mendatangkan bantuan-Nya dan mereka tetap demikian. Kemudian sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, di manakah mereka saat itu? Rasulullah SAW menjawab : “Di Baitul Maqdis dan sekelilingnya.”
AllahuAkbar!
Assalammualaikum...
ReplyDeleteDengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Alhamdulillah posting saudara mmg menarik,moga dapat membentuk dan memberi teladan pada umat islam...tertarik sy dengan hadis Nabi SAW ini
"Seorang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada Baginda SAW bahawa: “Bolehkah kita melihat Allah Azza Wajalla ketika kita di syurga nanti?.” Lalu Nabi SAW bersabda : “Jika kita boleh melihat matahari dan bulan ketika ia terbit dan terbenam di dunia ini satu ketika dahulu, maka ketika di syurga kelak kita juga boleh melihat Allah SWT dengan izin-Nya” (Hadith Riwayat Muslim)."
semoga saudara terus bersemangat dalam menegakkan agama Islam yang suci dan semoga saudara dan keluarga sentiase dalam perlindungan yang Maha ESA...insyaALLAH...ma'assalamah
Waalaikumsalam.
ReplyDeleteIn The Name Of Allah.
Terima kasih kerana berkunjung di sini serta melampirkan nasihat yang ibrah.