Friday, 21 May 2010

Wawasan Yahudi Di Bumi Palestin.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
MyMini Library.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.



Amma ba'du.



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera kepada yang hadir di www.MujahidinCyber.blogspot.com .





Ironinya pihak rejim Israel akan terus membina ‘realiti-realiti’ baru di atas wilayah Palestin yang didudukinya supaya jika terpaksa tunduk kepada tekanan antarabangsa sekalipun akan bersetuju dengan ‘Kemerdekaan’ Palestin, ia tidak akan menjejaskan wawasan serta matlamat Israel untuk mengekalkan Baitul Maqdis Barat dan Timur sebagai bandaraya yang disatukan dan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara abadi Israel. Tujuan sebenar mereka (zionis) sememangnya telah dirancang dan diaturkan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Manakala pihak barat pula memainkan peranannya yang cukup besar bagi menyokong segala usul yang berkaitan dengan penubuhan Negara rejim zionis.





Sebanyak 77% daripada wilayah Palestin yang dirampas oleh Israel dalam tahun 1948 kini sah menjadi milik Israel apabila PLO yang dilantik mewakili rakyat Palestin (oleh Israel) pada waktu itu menerima Resolusi 181 dan mengiktiraf kedudukan Israel. Ini merupakan satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh pihak PLO ketika itu, di mana rata-rata pemimpinnya merupakan agen atau proIsrael. Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, pihak yahudi yang telah dibantu kewangannya dari barat mula menabur rasuah berjuta-juta dollar kepada pemimpin PLO pada ketika itu untuk membeli atau merasuah bagi menceroboh tanah-tanah Palestin. Matlamat inilah punca bilamana kemewahan itu telah sebati kepada pemimpin-pemimpin PLO pada ketika itu di mana mereka terlupa akan kesannya dalam masa yang panjang. Perancangan teliti ini telah lama diatur dan dijalankan pihak zionis dan sekutunya iaitu Amerika Syarikat serta Barat untuk menubuhkan Negara haram zionis.







Tembok Buatan Israel Dan Amerika Syarikat.



Dari sudut yang lain pula, matlamat Israel itu tetap sama. Jika kita lihat pada hari ini Palestin akan kehilangan sekitar 50% lagi wilayah di tebing barat iaitu 23% daripada Negara Palestin yang asal dengan pembinaan tembok yang melingkari Baitul Maqdis Timur dan di sepanjang wilayah Israel yang terbentuk pada tahun 1949. Pembinaan tembok ini merupakan satu usaha untuk memisahkan bangsa Arab Palestin dengan bangsa Yahudi. Pembinaan tembok ini juga kalau kita mengkajinya adalah bermotifkan rampasan tanah secara haram dan tidak bertamadun. Pihak Israel telah merancang pembinaan tembok ini bersama-sama sekutunya iaitu Britain dan Amerika Syarikat. Maka apabila terbinanya tembok pemisah ini, mereka pula merancang untuk menghapuskan bangsa Palestin sedikit demi sedikit tanpa diketahui umum oleh masyarakat dunia Islam khasnya. Kelicikkan zionis ini adalah merupakan matlamat utama mereka untuk menghancurkan pejuang-pejuang Islam Palestin. Perlu diingati juga, difahamkan bahawa pihak yahudi ketika ini telah merancang untuk membasmi zuriat-zuriat bangsa Palestin dengan meletak serta menyembur racun pada tanaman-tanaman penduduk Palestin. Kesan yang ketara yang diperolehi adalah, pihak wanita Palestin tidak dapat melahirkan anak dan berkemungkinan anak-anak yang dilahirkan itu adalah cacat. Pembasmian etnik ini merupakan pekara yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta telah dirancang oleh pihak yahudi dengan begitu teliti sekali. Pada tahun 2003, penyelidik dari Mesir telah mengesan satu racun yang terdapat pada telur-telur ayam yang diimport dari Israel terdapat racun yang membolehkan ibu-ibu serta wanita sukar mendapatkan zuriat. Pekara ini terjadi kepada penduduk Mesir pada ketika itu yang menetap di sekitar sempadan Gaza.





Skandal Bill Clinton Di Rumah Putih.



Perjanjian Oslo.




Negara Palestin yang terbentuk daripada proses damai tajaan Israel-Amerika Syarikat terdiri daripada tiga bahagian yang terpisah iaitu Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur (dengan kedaulatan yang terbatas). Realitinya, Perjanjian Oslo dan persefahaman yang menyusul selepasnya menyaksikan kelahiran sebuah Negara Palestin yang terpecah-pecah (cantonments). Perjanjian oslo pada ketika itu yang diterajui oleh Presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton merupakan satu detik yang memalukan pihak zionis. Ironinya ketika itu Bill Clinton merupakan seorang Presiden Amerika yang berbangsa yahudi. Akibat sikap lembutnya terhadap Palestin serta menafikan hak-hak Israel di Negara Palestin dan memerintahkan tentera Amerika serta NATO untuk melancarkan perang terhadap puak Serb, maka satu konspirasi telah diaturkan oleh zionis untuk menjatuhkan beliau. Semasa perjanjian Oslo tersebut, Bill Clinton telah dihebohkan di seluruh dunia tentang skandal seksnya di dalam Rumah Putih. Perjanjian Oslo tersebut adalah merupakan perjanjian yang berat sebelah, serta memihak kepada Israel. Di mana pihak Israel pada dasarnya masih menerajui pemerintahan bumi Palestin. Perancangan ini telah dibuat secara sulit oleh pihak zionis dan kuncu-kuncunya yang berpusat di Rumah Putih.



Sekutu Israel Dan Amerika Syarikat.



Semenanjung Gaza menjadi sebuah penjara yang besar yang terkepung dari semua arah, termasuk persisiran pantai dan ruang udara yang dikuasai sepenuhnya oleh Israel. Jika kita lihat peta Palestin yang terkini, ia adalah bertepatan, bilamana semenanjung Gaza tersebut adalah sebuat daerah yang tersepit. Lebih malangnya lagi pihak kerajaan Mesir yang bersetongkol dengan Israel tidak membenarkan sempadan mereka dibuka untuk laluan kemanusiaan bagi sampai ke Gaza dan Palestin. Apabila tembok pemisah itu dibina maka Gaza merupakan sebuah daerah yang telah terkepung dari semua sudut, baik darat mahupun udara. Pihak Israel telah melancarkan serangan besar-besaran bagi memastikan Gaza tersebut jatuh kembali ke tangan mereka kelak. Perlu di ingati juga, pejuang-pejuang Islam yang berpusat di Gaza, merupakan pejuang yang kental dari segi Iman dan Takwanya terhadap segala dugaaan dan rintangan. Gaza merupakan satu daerah yang masih dikuasai sepenuhnya oleh pihak Palestin walaupun telah dihujani dengan pelbagai bom-bom buatan zionis dan Amerika Syarikat. Matlamat ini sememangnya telah dirancang oleh yahudi sejak dari awal pembabitannya dalam perang Arab-Israel pada ketika itu untuk menguasai sepenuhnya bumi Arab satu persatu.






Pelarian Palestin Yang Kian Meningkat Hasil Perbuatan Zionis.



Baitul Maqdis kekal sebagai ibu Negara abadi Israel. Meskipun Palestin menpunyai kedaulatan ke atas Haram Al-Syarif (kompleks Masjid Al-Aqsa), namun ia tidak membawa sebarang erti kepada umat Islam. Perlu kita semua ketahui bahawa pelarian Palestin terpaksa melupakan hasrat mereka untuk pulang ke tanah air dan kampong halaman mereka. Israel bertegas tidak akan mengizinkan pelarian pulang, meskipun mereka bersetuju untuk mencapai status muktamad perdamaian berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 242, 338 dan 194 (yang menegaskan hak pelarian Palestin untuk pulang). Perancangan licik ini telah diatur oleh zionis dan barat untuk menghalau keluar warga Palestin dan digantikan dengan bangsa yahudi secara puratanya. Matlamat ini juga merupakan salah satu wawasan mereka untuk menjadikan Negara haram yahudi itu dikuasai penuh oleh bangsa-bangsa banjingan zionis. Jika kita mengkaji pada situasi terkini, didapati juga ada Negara-negara Islam khasnya yang bersetongkol dengan pihak zionis di mana mereka menawarkan pelarian Palestin untuk berhijrah dan menetap di Negara mereka. Usaha ini adalah usaha yang murni yang baik tetapi kesannya terhadap organisasi Negara Palestin itu sebenarnya akan terjejas sedikit demi sedikit apabila warga negaranya kian melupai dan meninggalkan Negara mereka secara beramai-ramai. Maka akan timbullah masaalah baru di mana pertambahan bilangan penduduk yang digelar ‘Pelarian Dunia Ke 3’ yang kian meningkat dari masa ke semasa. Perancangan licik ini telah dimainkan oleh pihak zionis dan dibantu oleh Barat serta Amerika Syarikat untuk membasmi keseluruhan etnik di Palestin.



Oleh yang demikian, tindakan kejam rejim zionis ini mencerminkan kepada masyarakat dunia bahawa pembasmian etnik dan Islam telah berlaku dengan jelas di bumi Palestin. Masyarakat dunia Islam khasnya perlu peka akan pekara tersebut dan perlulah bersatu hati menangganinya dengan bersungguh-sungguh tanpa bantuan dari pihak Barat dan Amerika Syarikat sekalipun. Umat Islam perlulah berdiri teguh di belakang panji-panji Islam yang berpusat di Palestin. Pemimpin-pemimpin Islam juga perlu memainkan peranannya yang cukup berkesan tanpa menghiraukan kuasa-kuasa besar yang sering datang untuk mengancam. Manakala umat Islam perlulah berani menampilkan diri untuk berbuat sesuatu demi mentauhidkan Agama Allah SWT dan saudara-saudara Islam di tanah Palestin.






Bangkitlah kita semua!



Sedarlah kita semua!



Musuh-musuh Islam punyai agenda yang tersendiri!


Janganlah dengan pekara-pekara yang kecil dan remeh kita semua berpecah!. Bediri teguhlah bersama-sama Islam!.







Yakinlah kepada Allah Azza Wa Jalla!



Taatlah Ia!



Ikutlah Sunnah Rasulullah SAW!



Amalkanlah Kalam-Nya!


InsyaAllah!


Kita semua tidak mungkin akan berpecah-belah!








Ingat!


Musuh-musuh Islam itu sebenarnya adalah Pengecut!


Hati mereka sebenarnya telah cerai-berai!


Dalam diri dan hati mereka itu ada kegentaran!



Ingatlah Allah SWT.



Kembalilah kepada Syariat Allah Azza Wa Jalla.

















“Wawasan Yahudi Di Bumi Palestin”






AllahuAkbar!



2 comments:

  1. Assalammualaikum....

    Dengan nama AlLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

    "Alhamdulillah...semoge saudara sentiasa istiqamah dalam perjuangan demi ISLAM yang suci insyaALLAH...teruskan perjuangan!!" "Hidup Mesti Berani Terima Kenyataan...Andai 1 hari nanti jatuh tersungkur, jgn mudah putus asa, bangun dan bangkitlah untuk hidupmu yang lebih sempurna..." ma'assalamah...wassalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Bunga Larangan.

    In The Name Of Allah.

    Perjuangan itu adalah untuk semua. Semua insan yang cintakan Allah Azza Wajalla dan Pesuruh-Nya SAW. Bertekad dengan itu, marilah kita semua bangkit dari kelalaian duniawi yang menjengkelkan. Berpegang teguhlah kita semua atas syariat-Nya serta Sunnah SAW, agar terus menempuhi kemenangan yang hakiki dunia dan akhirat.

    Semoga saudari dan seluruh umat Islam senantiasa terus dirahmati dan dilindungi Allah SWT.Amin.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails