Dari Bahagian 1 (disini)
6) Baginda Rasulullah diberikan barisan para sahabat yang sangat setia dan taat hingga sanggup mengorbankan harta dan nyawa. Malah mereka ini jugalah yang mengembangkan dakwah Islamiah ke pelusuk dunia selepas kewafatan Nabi s.a.w. Ini amat berbeza dengan sahabat-sahabat Nabi Musa a.s dan Pembangkangan Hawariyin terhadap Nabi Isa a.s. Pembangkang Hawariyin ini merupakan golongan yang sering menentang perjuangan Nabi Isa a.s, dan dalam satu kitab mengenainya ini, golongan Hawariyin inilah golongan yang terakhir bermuzakarah dengan Nabi Isa a.s sebelum Nabi Isa di angkat oleh Allah s.w.t ke langit. Jika kita membaca kitab-kitab mengenai sejarah perjuangan para sahabat Rasulullah, kita juga dapati tiada seorang pun yang mengingkari dan mendustakan segala ajaran dari Nabi s.a.w. Sebaliknya ada sebuah Hadith menyatakan bahawa, jika Nabi s.a.w menanyakan sesuatu soalan terhadap para sahabatnya, tetapi jawapan itu sebenarnya diketahui oleh para sahabat, tetapi mereka hanya menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w dan Allah s.w.t itu yang lebih mengetahui dari mereka. Sikap dan aqidah inilah yang patut kita terapkan pada generasi muda masa kini bagi melahirkan golongan muda yang berfikiran bernas dan optimis dalam urusan-urusan ajaran agama Islam. Saya amat tertarik dengan sebuah kisah, tentang sahabat Nabi yang paling dipercayai oleh Baginda dalam urusan-urusan ajaran Islam iaitu Abu Ubaidah Bin Jarrah r.a. beliau ini merupakan orang yang telah dipilih oleh Nabi s.a.w untuk pergi ke Negara Afrika untuk berdakwah setelah selesai Peperangan Yarmouk. Untuk pengetahuan saudara-saudara bahawa, peperangan Yarmouk ini merupakan peperangan di antara pihak Islam dengan pihak kristian yang berlaku di luar kota Islam iaitu Mekah dan Madinah. Ia merupakan titik tolak permulaannya penyebaran Islam ke serata dunia ketika itu. Peperangan ini juga mengingatkan kita tentang sedikitnya jumlah tentera Islam yang berhadapan dengan tentera kristian yang bilangannya 3 kali ganda. Tetapi kemenangan berpihak kepada tentera Islam yang diketuai oleh panglima perang Islam iaitu khalid Al walid. Nabi s.a.w mengutuskan agar Abu Ubaidah Bin Jarrah ini menerajui peperangan tersebut melalui surat yang telah baginda utuskan kepada beliau, tetapi beliau menyimpan surat tersebut dari pengetahuan Khalid Al Walid dan mengambil sikap untuk merendahkan diri dan mengutamakan jihad dan Syariat Allah dari pangkat yang telah dikurniakan kepada beliau. Hakikat ini diketahui oleh Khalid Al Walid bila tamatnya perperangan Yarmouk tersebut. Beliau begitu teruja dan terharu dengan sikap Abu Ubaidah yang sanggup mendiamkan pekara tersebut dari beliau. Begitulah sikap para sahabat Rasulullah s.a.w pada ketika itu, yang meletakkan Islam itu dihadapan. Cari dan bacalah bulu-buku dan kitab-kitab mengenai perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w pasti kamu akan teruja terhadap pengorbanan para sahabat ini. InsyaAllah.
7) Nabi Muhammad s.a.w dijaga dan diasuh sendiri oleh Allah s.w.t sejak dari kecil setelah kewafatan ibubapa, datuk dan bapa saudaranya. Ini amat bersesuaian dengan akhlak yang telah Baginda tonjolkan sejak dari kecil lagi, sehinggakan pihak kafir Quraisy mengelarkan baginda sebagai seorang yang Al-Amin. Sejak dari kecil baginda s.a.w begitu optimis terhadap aqidah baginda, tiada suatu kemaksiatan yang baginda lakukan. Sehinggakan baginda ini menjadi ikutan kepada golongan muda ketika itu.
8) Allah s.w.t memberi Baginda Rasulullah sifat Ummi iaitu tidak pandai membaca dan menulis bagi membidas pandangan mereka (Ahli kitab) yang mengatakan bahawa Al-quran itu adalah hasil karangan Baginda. Jika kita mengetahui, bahawa permulaannya wahyu itu turun kepada Rasulullah s.a.w iaitu ketika baginda berada di gua hiraq, baginda telah diajar oleh Malaikat Jibrail untuk membaca wahyu pertama Allah s.w.t kepada baginda. Tetapi Baginda s.a.w tidak dapat membacanya dengan lancar kerana ketika itu sememangnya baginda seorang yang Ummi. Ini amat jelas ketara lagi, apabila Al-quran itu diturunkan Allah s.w.t kepada baginda satu persatu, baginda meminta para sahabatnya menulis kembali wahyu yang telah diturunkan kepada Baginda. Walaupun ia berlaku di medan peperangan, penulisan ayat-ayat Al-quran itu tetap dilakukan dengan begitu baik sekali melalui tulisan tangan para sahabat Baginda s.a.w.
9) Umat Nabi Muhammad s.a.w dijaga Allah supaya tidak musnah sehingga tiba hari kiamat, walaupun umat Islam ketika ini diperangi, dibunuh, diseksa dan dizalimi di merata-rata dunia. Setiap kematian umat Islam, Allah akan menggandakannya menjadi bertambah ramai. Sebagai contoh yang boleh kita lihat, sejak tercetusnya peperangan menangani pengganas yang telah dilancarkan oleh Negara Amerika, Britain dan sekutu-sekutunya, ramai umat-umat Islam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam di Iraq, Afganistan, Palestin, Sudan dan sebagainya pada ketika itu. Sehinggakan ia hampir-hampir tercetusnya perang dunia ke 3 yang melibatkan umat Islam dan pihak kafir. Allah Maha Berkuasa terhadap sekelian ciptaan-Nya. Mengikut statistik yang telah rekodkan oleh Persatuan Islam Sedunia, menyatakan banyak buku-buku yang berunsurnya ajaran Islam semakin laris jualannya di Negara Eropah pada ketika itu dan dalam kenyataannya lagi terdapat ramainya saudara-saudara baru yang hadir dari Negara-negara pencetus peperangan tersebut memeluk Islam. Ini dapat dibuktikan bila Negara Perancis merupakan Negara Islam yang punyai ramai penduduknya begitu juga dengan Negara Belanda, Norway, Scotland, Jerman, Britain dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan perjuangan rakyat Palestin, saban hari ada sahaja berlakunya pembunuhan dari pihak Yahudi terhadap orang Islam di sana, tetapi semakin ramai pejuang-pejuang Islam dilahirkan ketika itu, sehinggakan pihak Barat dan Israel buntu dengan perkembangan tersebut. Di sini boleh saya katakan bahawa sebenarnya pihak Palestin telah menang dalam peperangan tersebut, di mana janji Allah terhadap pejuang mujahidin fiesabilillah itu telah dicapai. Ini berbeza dengan pihak Ahli khitab, perjuangan mereka hanyalah membuahkan utusan mereka ke neraka Allah semata-mata tanpa mereka sedari, semakin hari semakin banyak bala yang telah Allah s.w.t turunkan kepada mereka, seperti, malapetaka gempa bumi, taufan, banjir besar, ribut, penyakit wabak dan sebagainya yang dianggarkan kos tersebut 10 kali gandanya kos peperangan di Palestin. Ini boleh dilihat bila banyaknya golongan penganggur di negara mereka.
10) Pejuang-pejuang kebenaran Islam akan selalu muncul walaupun ramai yang murtad dan sesat. Ini salah satu faktor hilangnya pedoman dalam diri setiap insan bila Islam itu diletakkan jauh dari prinsip hidup. Pejuang-pejuang ini samalah seperti pejuang di Palestin tetapi mungkin kaedahnya berlainan. Sebagai contoh yang terdekat, ramai ketika ini yang menghasilkan blog-blog yang berunsurkan ajaran Islam berbanding blog berunsurkan kufur. Mungkin ada terdapat juga yang penulisan blog tersebut itu jauh terpesong dari ajaran Islam, tetapi saya begitu berbangga bahawa ada juga insan-insan ini menyelitkan penulisan ajaran Islam, walaupun konsep asal penulisan blog tersebut bersifat lucah, fitnah, maki hamun dan sebagainya. Mungkin itu satu permulaan, permulaan bagi sesebuah perjuangan menegakkan Islam. Perlu kita ingati bahawa, Umar Al-Khatab merupakan seorang yang jahil, setelah diperkenalkan Islam kepada beliau oleh Baginda s.a.w, maka beliau berubah dan terus memperjuangkan Islam yang Ad-deen dengan hanya sekali ucapan kalimah Syahadah. Maka dengan itu tidak mustahil bagi mereka-mereka ini untuk memperjuangkannya. InsyaAllah.
Jika dilihat ajaran Islam pada masa kini, agama ini terus berkembang dengan pesatnya walaupun tiada lagi pemimpin yang berwibawa seperti Nabi Muhammad s.a.w untuk memandu kita ke jalan yang benar. Sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w masih lagi kekal untuk kita hayati bersama. Malah akhlak dan peribadi mulia Baginda s.a.w mendapat perhatian luas daripada pengkaji dan golongan pemimpin, saintis dan cendiakawan barat. Sebagai contoh kata-kata huqamah yang saya ambil dari www.islamonline.com.
“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential person may surprise some reader and maybe questioned by other, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular level” (Michael H. Hart – The American astrophysict).
“I believe that if a man like him were to assume the leadership of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring to this world much needed peace and hppiness”
(George Bernard Shaw – Playwright, Critic, Political Activist).
“ I wanted to know the best of one who holds today’s undisputed sway over the hearts of millions of mankind…I become more than convinced that is was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self – effacement of the Prophet, the scrupulous regard for his pledges, his intense devotion to this friend and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every abstacle. When I closed the second volume (of the Prophet’s biography), I was sorry there was not more for me to read of the great life”
(Mahatma Ghandi (1869-1948) – The Indian Leader).
Justeru itu, tidak hairanlah sebagai tanda penghormatan, ramai anak-anak kelahiran Islam diberikan nama Muhammad dengan harapan akhlak dan peribadi mulia Baginda s.a.w diwarisi oleh anak-anak muda ini, seterusnya mengembalikan kegemilangan dan keagungan agama Islam sama seperti yang telah Baginda s.a.w lakukan dan para sahabat ketika dulu. Bukalah fikiran hati saudara-saudara sekelian, Nabi dan para sahabat membawa risalah Islam dengan begitu sukar sekali, sehinggakan mengalirnya darah dari Baginda, adalah kerana optimisnya Baginda untuk menyebarkan agama Allah s.w.t. Tetapi apa yang malangnya kita hari ini, umat Islam menjadi berpecah dan berpuak-puak yang sekadar mengikut atau perselisihan yang kecil. Saya amat terharu, bila sebuah parti di negara kita ini, yang mengajak sebuah parti yang seislam dengannya juga, bermuzakarah, tetapi hasilnya sungguh mengecewakan seluruh umat Islam dunia, akibat dari persesilihan pendapat yang kecil. Nabi s.a.w menyebarkan Islam dengan cara toleransi dan akhlak yang baik, baginda lemah lembut, walaupun beliau berdepan dengan pihak kafir dan yahudi yang agak keras tingkahlakunya, sehinggakan pihak yang kufur ini tunduk lantaran dari itu juga mereka memeluk Islam di atas keredhaan dan Islam itu sendiri. Jika Islam itu dipandang sepi oleh sesetengah pihak, maka pekara seperti ‘Kartika’ itu tidak menjadi kekeliruan kepada kita. Sebenarnya Organisasi kehakiman Islam di negara kita begitu lemah, sehinggakan pihak kristian yang disokong oleh pihak munafikun di negara kita, mempermain-mainkan isu hukuman sebat Kartika adalah untuk mengelirukan seluruh umat Islam amnya di negara kita. Orang-orang yang tidak pernah membaca, malah tidak mengerti akan isi kandungan Al-quran, mudah terpengaruh akan dakyah ini. Renunglah seketika, betapa jauhnya pemikiran-pemikiran pemimpin yang telah kamu agung-agung itu mencatur segala hukum-hukum Allah s.w.t. Saya tidak menyuruh kamu di luar sana untuk mengangkat senjata sepertimana yang telah berlaku di Palestin, tetapi gunakanlah ruang yang tersusun rapi yang ada dalam setiap hidup kita ini untuk mentauhidkan agama Allah. Pergunakanlah pena dan kertas usang kamu itu untuk mencoretkan sesuatu demi untuk kemahsyuran dan kesucian Islam. Islam itu mengajar kita tentang hakikat sebenar sebuah pencarian hidup yang bersih mengikut syariat-Nya. Islam membentuk peribadi kita menjadi seorang yang berperibadi dan berakhlak tinggi. Pergunakanlah saudara-saudaraku untuk bekalan, bekalan untuk generasi kita yang mendatang malahan ia juga merupakan bekalan kita untuk berhadapan dengan Allah s.w.t kelak. Allahu Akhbar!. Allahu Akhbar!. Allahu Akhbar!.
Rujukan :
1) Tafsir Al-quran Prof. Dr Mahmud Yunus.
2) Hadith Shohih Imam Bukhary r.a
3) Hadith Shohih Imam Muslim r.a
4) Hadith Shohih Imam Tirmizi r.a
5) Modul Zt2123, Etika Perbandingan, Modul 1-13, Ahmad Rafizi Salleh, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1998.
6) Kit Kombat - Al Marhum Syeikh Ahmad Dedat.
No comments:
Post a Comment