Semakin kelam lantaran kusut,
Kian ramai menyembah bumi,
Bila pekerti tertusuk pergi,
Membawa Nafsu beraja di hati.
Ibu kebinggungan,
Bapa keresahan,
Merenung sejenak perlakuan anak,
Anak yang ditatang menconteng arang,
Meniti senja berkunjung datang.
Ilmu dicurah satu persatu,
Mengharapkan sesuatu nilai yang murni,
Disangkakan redup, ribut menjelma,
Tersentak sudah, terlajak pergi,
Menitiskan mutiara tiada bererti.
Kerana cinta maruah tergadai,
Kerana kasih nilai diri terungkai,
Mengikut nafsu lilitan syaitan,
Satu belitan seribu ikutan,
Menjadi rutin kehidupan sekarang,
Mana Akal, Mana Nafsu.
Sedetik lalu agama menjadi pedoman,
Ibubapa cara galakan,
Ikutan minda melalui Iman dan Taqwa,
Aurat dan maruah sering dijaga,
Mana Akal, Mana Nafsu.
Namun kini, ilmunya tinggi,
Mendabik dada, mendonggak ke langit,
Membiarkan ibu meratap hingga ke senja,
Melemparkan bapa ke bawah tangga,
Mengharapkan cinta yang berkunjung tiba,
Mengorbankan diri demi yang tercinta,
Memuaskan serakah belitan cinta
Mengharapkan bahagia selama-lamanya,
Menidakkan sesuatu, menafikan hukum-Nya,
Lantaran lenyap ikutan agama,
Mana Akal, Mana Nafsu.
Penyesalan demi penyesalan,
Melingkari akal dan minda,
Apabila sudah terhantuk kepala,
Mengharap yang tercinta tidak berkunjung tiba,
Kini sendiri bersama apa yang dikandunginya,
Hasil perbuatan membatasi agama,
Kawan dan lawan bertempiaran serupa,
Mengharapkan kasih ibu dan bapa,
Dahulunya dibuang, disepak dan diterjah,
Kini mengharap dimaafkan dosa,
Masa kesenangan dilupa-lupa,
Satu pengorbanan dibuang sedemikian rupa,
Kini sendirian mengharungi dunia,
Membasahi pipi tidak berguna,
Kelamnya hati meratapi dosa,
Sujudlah ia menebus dosa,
Mengharap keredhaan Illahi dengan tulusnya,
Agar dihapus segala dosa dan durjana,
Buat bekalan kian menjelma,
Itulah ia...
Itulah ia...
Mana Akal, Mana Nafsu.
Hasil Nurkilan : Muhammad Ibnu Nazir.
salam...
ReplyDeletealhmdulillah sungguh mndalam mksd sajak nie...
syukurla...moga menjadi iktibar dalam kehidupan kite yg laen insyaallah...ma'assalamah...
BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ReplyDeleteTerima kasih saya ucapkan kepada saudari kerana sudi hadir ke blog kelolaan saya, saya doakan semoga saudari senantiasa dirahmati dan dikasihi-Nya..InsyaAllah..