Monday 21 June 2010

Gula-Gula Politik Obama.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.




Amma ba'du.




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.














‘Gula-Gula Politik Obama’







Apabila diperlihatkan didapati bahawa Obama pandai bermain kata-kata apabila dalam kempen pilihan raya, beliau cuba memancing dan memenangi perhatian masyarakat dengan mengunakan kedudukan beliau sebagai bekas pensyarah Undang-undang, kononnya akan mengendalikan isu Palestin-Israel dengan cara yang berbeza dengan Presiden-Presiden sebelumnya kerana beliau faham tentang berkenaan dengan isu tersebut. Beliau juga menyatakan akan memberi fokus dan prioriti dalam konflik ini serta beliau percaya kepada ‘keadilan’. Sukar diramal adakah ini suatu janji yang akan direalisasi atau hanya gula-gula pilitik beliau semata-mata. Walau apapun janji Obama, hakikat yang perlu disedari, Israel sangat berpengaruh dan penting dalam pentadbiran Amerika Syarikat. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi. Kebanyakan penasihat Obama adalah datangnya dari keturunan yahudi yang terang-terang menyokong segala resolusi tindakan rejim zionis. Pekara ini telah kita semua kongsikan dalam posting dan artikel saya yang lalu.










Maka, tidak hairan apabila terdapat komentar bahawa beliau merupakan Presiden pertama Amerika Syarikat daripada golongan keturunan Yahudi yang berbangsa Afrika. Jika kita semua melihat, didapati bahawa penguasaan Polis Domestik kerajaannya akan ditentukan oleh anggota Zionis seperti Timothy Geithner, Lawrence Summers, Paul Volker, Peter Orszag, Jason Furman, dan Jamie Rubin, anak kepada pengasas ‘Rubinomics’. Ini jelas kepada kita bahawa

Obama ternyata dibayangi mata-mata Israel dalam setiap langkah dan tindakannya. Beliau tidak ubah seperti ‘ibarat robot yang telah dikawal’.




Jadi, untuk apa kita perlu menaruh harapan kepadanya untuk membela kepentingan Palestin?





Kembalilah kita semua kepada Allah SWT!





Mintalah pertolongan daripada Allah Azza Wa Jalla!





Bukannya kepada makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT!





Kalaupun beliau ikhlas ingin berlaku adil, tiada sesuatu yang besar boleh kita semua harapkan. Masakan tidak, pelobi Israel akan terus mengunakan sumber mereka bagi memastikan polisi Amerika Syarikat akan terus menyokong mereka. Mereka juga mendakwa Ketua Staf White House adalah orang mereka. Maka, dikesempatan itu juga, Obama sebenarnya telah tersepit. Dan diperkuda-kudakan oleh zionis demi mewujudkan Israel Raya mereka tercapai.





Namun yang demikian, ternyata masih ramai yang menaruh harapan tinggi untuk melihat bagaimana Obama menyelesaikan masalah Palestin, soal perundingan damai, masalah Al-Quds, dan pendirian Negara Palestin. Kita bimbang sikap terlalu menaruh harapan ini membuat orang Islam berhenti berusaha untuk melakukan perubahan daripada inisiatif mereka sendiri, bukan mengharap pada faktor luar yag masih samar. Malah apa yang membimbangkan kita, umat Islam akan menjadi lemah dan terlalu bergantung harap kepada musuh-musuh Islam yang datang atas tujuan untuk mendominasi dunia Islam.




Mampukah Obama yang diharapkan itu memihak kepada kepentingan orang yang berhak iaitu penduduk Palestin berbanding kepentingan Israel?.




Adakah Obama akan mewarisi cara Bush yang memang terang-terangan bersikap seperti ‘anjing belaan Israel’?.




Bush telah meninggalkan Peta Jalan Damai dalam isu Palestin, janji-janji untuk membela Israel dan pengakuan terhadap hak-hak pemukiman Israel di Al-Quds dan Tebing Barat. Namun semua itu menjadi tanda tanya yang belum habis dirungkai oleh masyarakat dunia Islam. Janji-janji kosong beliau terhadap pencaturan berhubung isu-isu Palestin-Israel telah ditinggalkan begitu sahaja yang menyebabkan umat Islam Palestin tertipu secara terang-terangan. Malahan secara terang-terang bahawa Bush telah meninggalkan kesan yang buruk terhadap masyarakat Islam khasnya.






Kini giliran Obama pula memainkan peranannya untuk menerajuinya semula, sepertimana Presiden-Presiden Amerika Syarikat sebelumnya. Tugas dan tanggungjawabnya tetap sama, iaitu hanyalah sebagai boneka-boneka rejim Zionis yang bermatlamatkan untuk menghancurkan Islam secara total.




Apalagi yang perlu kita semua harapkan daripada ‘SiPembohong’ ini?.




Adakah kita semua menantikan masjid Al-Aqsa dan seluruh masyarakat Palestin musnah?




Sampai bilakah kita semua sering ditipu oleh ‘keldai-keldai Zionis’ ini?







Ironinya Obama mempunyai misi dan visi yang serupa dengan pencacai-pencacai zionis ini. Matlamat dan tujuannya adalah sama, tetapi cara mainannya sahaja yang berbeza. Walaupun ia mempunyai perwatakan yang berbeza seperti Presiden-Presiden Amerika sebelum ini, tetapi polisi-polisi beliau terhadap Israel tetap tidak berubah walaupun sejengkal. Dunia kebiadaban beliau terserlah apabila beliau terang-terang menyalahkan aktivis-aktivis keamanan ketika mereka hadir untuk membantu rakyat Gaza yang dilanda sekatan rejim Zionis, apabila dengan jelas beliau menyatakan sokongan terhadap Israel, dimana beliau juga menyalahkan masyarakat antarabangsa yang sering mengecam Israel tanpa memberi peluang terlebih dahulu terhadap Negara haram yahudi tersebut. Obama mengecam aktivis-aktivis barat yang hadir untuk memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk Palestin dan menyifatkannya sebagai pengganggu kedaulatan negara Israel tersebut. Malahan beliau juga menyarankan agar Israel diberi hak dan peluang untuk menyelesaikan isu-isu Palestin-Israel yang telah tertangguh sekian lama. Sikap Obama ini jelas memperlihatkan kepada masyarakat dunia, bahawa sememangnya beliau menyokong penuh terhadap tindak-tanduk yang dilakukan oleh Israel tanpa mengambil kira hak-hak kedaulatan Palestin.






Perubahan sikap beliau juga jelas ketara apabila beliau hanya mementingkan kepentingan Israel berbanding dengan rakyat Palestin ketika sesi perbincangan perdamaian antara Palestin-Israel dijalankan. Kini, masyarakat dunia sudah jemu dan muak dengan sikap Amerika Syarikat yang bersikap bermuka-muka terhadap dunia Islam. Masyarakat Islam khasnya telah peka terhadap apa yang berlaku terhadap saudara-saudara mereka yang tertindas, tetapi malangnya pemimpin-pemimpin Islam masih leka dan alpa terhadap situasi tersebut, dimana mereka hanya mementingkan kepentingan-kepentingan duniawi berbanding dengan kepentingan dunia Islam. Maka tidak hairanlah Pemimpin dunia Islam dan Arab kini kian dipinggirkan oleh masyarakatnya sendiri akibat alpanya mereka dalam isu-isu yang berkaitan dengan dunia dan masyarakat Islam.








Inilah hakikat yang harus kita semua telan!




Maka dengan itu, kembalilah kita semua kepada Allah SWT.





Taatlah Ia.




Yakinlah Ia.













“Kami tidak takut mati, yang sebenarnya takut kepada kematian ialah kaum Zionis yahudi. Kami pasti akan membalas kepada Sharon dengan bahasa yang sama yang dia fahami, iaitu bahasa darah…” (Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi. 1947 - 2004).







AllahuAkbar!



2 comments:

  1. salam singgah :)

    saaaangat setuju.ingatkan dulu mungkin ada perubahan yg dibawa.tapi? useless..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam IKTIRAF.

    BismillahirRahmanirRahim.

    Selagi Amerika dan dunia dikuasai oleh anasir-anasir propaganda zionis, selagi itu situasi rencam akan timbul. Maka dengan itu mohonlah kepada Allah SWT agar segala dakyah-dakyah kafir kuffar serta yahudi laknatulah ini menerima pembalasan yang setimpal serta menemui kehancuran. WaAllahua'lam.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails