BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.
Amma ba'du.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersua kita kembali dengan izin-Nya. Rentak perjalanan kini belum berpenghujung, ia akan tetap saya jalan serta huraikan walaupun sudah melebihi dari apa yang saya jangkakan.
Palestin.
Palestin.
Sesuatu yang belum puas untuk saya terjemahkan kepada tamu yang mengundang di sini. Satu artikel yang panjang untuk dimuatkan di laman siber ini. Jika dihitung sekalipun ruang maya ini tidak mencukupi berita-berita yang terkandung berkenaan dengan Palestin. Bumi para Anbiya’ yang penuh dengan rahmat Allah SWT terhadap penduduknya. Bumi yang telah dijanjikan oleh Allah Azza wa Jalla sebagai bumi yang dipenuhi dengan para syuhadah. Bumi yang bergolak tetapi dipenuhi dengan nikmat-nikmat akhirat dari Allah SWT yang tidak dapat dibilang atau dihitung keberkatannya. Kini, Palestin telah dinobatkan sebagai bumi mencari keredhaan Allah SWT. Bumi yang telah di wartakan untuk berjihad. Maka jangan ada di antara kita pergi mengunjungi Palestin tanpa berjihad. Jika berkunjung sekadar untuk menikmati kota-kota lama, menghirup udara segar pada lautannya, menikmati kebab Arab serta daging kambing panggangnya yang enak dan menikmati panorama tempat-temapt sejarah purba, maka hentikanlah niat tersebut, kerana berjihad itu lebih besar dari mengecapi keindahan duniawi. Harus diingati juga, Palestin itu tempat yang telah Rasulullah SAW nyatakan dalam hadith Baginda SAW, “Bahawa akan hadir dari kalangan umatku yang senantiasa berpegang teguh kepada Islam, maka para sahabat pun bertanya di manakah tempat itu ya Rasulullah, maka Baginda menjawab, di sekitar Baitulmaqdis.”
SubhanaAllah!
“Sekatan
Jika kita membaca Utusan Malaysia yang bertarikh 25/Januari/2009, didapati bahawa Presiden Amerika Syarikat, iaitu Barack Obama meminta Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza. Langkah Obama ini sebenarnya satu langkah yang sangat berbahaya.
Ketika Amerika bebas membekalkan senjata kepada
Akal yang sihat dan mahu berfikir akan melihat penyelewengan ini secara jelas dan tidak berselindung lagi. Inikah keadilan yang kononnya dianuti oleh Obama? Sungguh bodoh orang yang tertipu dengan kata-kata manisnya, dengan kezaliman yang dilakukan didepan mata.
Bercakap dalam kolum mingguannya yang berjudul “Salam Penghormatan untuk Perjuangan Gaza,” Akef menyeru bangsa-bangsa Arab dan Islam untuk tetap bangun dan berjaga-jaga kerana pertempuran telah bermula dan masih belum selesai.
Kadar konspirasi cukup besar dan usaha mengaburi kemenangan perang serta usaha mengaburi kemenangan perang serta usaha menghancurkan Hamas dan kekuatannya sekaligus memburuk-burukkan imejnya, masih terus berjalan melalui propaganda media. Richard Falks, seorang pengkritik politik
Akef mengigatkan bahawa konspirasi yang berlaku pada saat ini ialah mencegah dan melucutkan senjata daripada para pejuang di Jalur Gaza serta mengharamkan bagi mereka semua keperluan untuk membela diri. Konspirasi ini berupaya merubah kemenangan pertempuran di Jalur Gaza menjadi kekalahan.
Menteri Luar
Akef meminta rejim dan pemerintah Arab untuk mengkaji peristiwa itu kembali, melihat kembali strategi mereka, dan meletakkan harapan pada jihad dan perjuangan. Kerana hanya jihad satu-satunya yang mempu menghentikan perang melawan keganasan dan kesombongan. Apapun yang bakal mereka lakukan dalam konfrontasi yang akan datang, apabila mereka tidak memiliki senjata pertahanan di tahap minimum, maka mereka akan terkejut dengan konfrantasi tersebut. Generasi yang akan datang di Jalur Gaza yang terdiri daripada anak-anak yang sudah menyaksikan kekejaman terhadap ayah dan ibu mereka, terhadap saudara dan kerabat mereka, akan menjadi sangat berani dan mara menguasai karakter zaman. Mereka akan lebih mampu berinteraksi melawan musuh yang tidak memahami kecuali berinteraksi dengan bahasa jihad.
Dia menjelaskan :
“Hamas dalam pertempuran
Sekatan senjata ke atas
Mereka sebenarnya sangat takut kepada kekuatan Islam. Allah SWT sendiri yang telah membongkar tentang betapa pengecutnya mereka sebenarnya dengan firman-Nya :
“(Kerana) sesungguhnya kamu – dalam hati mereka, – sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak memgerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).” (Surah Al-Hashr – Ayat 13).
Ayuh, umat Islam semua!
Kenapa perlu takut pada si Pengecut yang amat takutkan kita itu?
Allah SWT membongkar lagi tentang keadaan hati mereka yang berpecah-belah.
Firman-Nya :
“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).” (Surah Al-Hashr – Ayat 14).
Maka dengan itu kembalilah kita semua kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Janganlah kita mengikuti golongan-golongan yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla. Ketahuilah rahmat-Nya amat hampir kepada orang-orang yang benar-benar beriman dan bertakwa.
Firman-Nya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Hashr – Ayat 18).
Saya tertarik dengan satu kata-kata pujangga Arab yang berbunyi,
“Apa ertinya Palestin,
Tanpa Masjid Al-Aqsa dan tanpa Al-Quds,
Palestin tanpa Al-Quds,
Seperti jasad tanpa kepala.”
Dalam akhbar harian kita keluaran ‘Mingguan
“Dalam mana-mana peperangan, mangsa pertama ialah kebenaran. Di atas cebisan maklumat dari penulis ini dapat dirasakan betapa perit dan sengsaranya rakyat Palestin di
Sekatan terhadap penduduk
Dalam situasi begini, Amerika Syarikat tidak terlepas untuk memainkan peranannya dengan mengura-urakan bahawa pejuang Islam Palestin itu sebenarnya adalah kumpulan militan pengganas melalui propaganda media-media mereka. Dengan jalan pintas sedemikian dapatlah mereka mengambarkan bahawa pejuang Palestin tersebut merupakan kumpulan yang dibenci oleh seluruh penduduk dunia. Namun Allah SWT jualah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Kebenaran itu terserlah apabila masyarakat dunia sudah muak serta jemu dengan ‘hidangan’ fitnah dan pembohongan Amerika serta Israel tersebut terhadap berita-berita serta maklumat-maklumat yang telah mereka khabarkan kepada dunia. Oleh yang demikian, maka timbullah satu situasi pincang terhadap
Kini, dunia hampir kepada kemuncaknya, pembohong akan tetap dengan dogmanya, tertindas pula akan tetap terbela. Hujahnya ketika ini, di mana masyarakat dunia sudah membuka minda mereka terhadap pekara yang sebenar apa yang terjadi di
Takbir!
AllahuAkbar!
AllahuAkbar!
AllahuAkbar!
“Sekatan
No comments:
Post a Comment