BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.
Amma ba'du.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
31 Mei 2010 (Isnin) telah memperlihatkan kepada dunia di atas kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak zionis terhadap misi bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin. Ironinya kelihatan seperti peristiwa bersahaja yang telah dipaparkan oleh pihak media Israel yang jelas terang-terang menyatakan bahawa mereka cuba sedaya-upaya untuk tidak melakukan kekejaman terhadap aktivis misi bantuan tersebut, tetapi sebaliknya telah bertukar menjadi keruh apabila dengan jelas, pihak komando Israel menyatakan bahawa misi bantuan tersebut adalah bermotifkan bantuan bekalan senjata kepada pihak Hamas. Pada umumnya sebagaimana yang telah masyarakat dunia ketahui, misi tersebut adalah bermotifkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk
Masyarakat dunia amnya telah lama ditipu bulat-bulat oleh pihak zionis yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap apa yang berlaku di Palestin. Bumi yang diganyang sejak 50 tahun dahulu oleh pihak zionis, kini kembali mendapat simpati oleh masyarakat dunia yang cintakan keamanan sejagat. Masyarakat dunia kini sudah peka terhadap apa yang berlaku di Palestin terhadap kekejaman pihak Zionis. Amerika Syarikat pada ketika ini juga pandai membuat helah dan mula mengatur langkah bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pendokong utama pihak zionis. Berikut adalah ucapan yang telah dilemparkan oleh pihak agen-agen zionis yang jelas menyatakan maksud bahawa menghalalkan tindakan komando
“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.
“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya
“Sangat terkejut”. Menteri Luar Negeri Perancis, Bernard Kouchner.
Inilah luahan kata-kata pencarut banjingan agen-agen zionis yang jelas memperlihatkan kepada masyarakat dunia bahawa satu situasi pincang telah berlaku dekad kini. Mereka jelas mempersenda-sendakan kewibawaan pemimpin dunia Islam yang jelas dilanda mimpi yang indah serta berselimutkan racun-racun yang taburkan oleh pihak
Setakat ini dari sumber yang diperolehi, didapati pihak komando Israel telah menyerang kapal-kapal “Freedom Flotilla” di mana dengan serangan ganas dari pihak zionis tersebut telah mengorbankan seramai 20 orang aktivis dan mencederakan lebih dari 30 orang kesemuanya. Pihak komando
Apabila dikaji dengan penelitian yang mendalam, pihak zionis sebenarnya telah tertekan dan takut pada bayang-bayang sendiri. Mereka begitu takut sehinggakan menganggap gandum, roti, gula, beras, ubat, pakaian dan sebagainya itu adalah senjata yang hadir untuk memusnahkan mereka. Jiwa dan hati mereka berasa begitu kecil dan sempit serta dirundung ketakutan berpanjangan yang telah Allah SWT turunkan dalam jiwa dan hati-hati mereka. Atas dasar ketakutan dan kebaculan mereka itu, maka tindakan mudah adalah dengan menembak aktivis-aktivis dan penduduk Palestin dengan kejam. Tetapi perlu diingati juga, dengan kematian itu tidak bermakna akan luruhnya rasa takut dalam diri mereka sehingga kini. Akan timbul pula rasa yang lebih gerun dalam diri mereka kelak selepas dari hari ke hari yang datang. Sebab itu kalau kita semua lihat, kapal-kapal Perang
Kita jangan fakir, Pejuang-pejuang di jalan Allah SWT itu mati, dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa mereka sebenarnya hidup dan dirahmati Allah SWT setiap detik dan setiap masa.
Firman Allah SWT :
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” (Surah Ali-Imraan – Ayat 169)..
Ketahuilah kita semua!
Sedarlah kita semua!
Ini hakikat yang melanda dunia Islam yang perlu kita semua telan!
Janganlah leka dengan apa yang telah berlaku ini!
Ingatlah!
Kita adalah umat yang terakhir, tiada lagi umat selepas ini, kembalilah kita semua pada syariat Allah SWT, genggamlah erat Sunnah SAW!. Kita semua akan diperhitungkan kelak. Bersediakah kita semua untuk menjawab soalan-soalan-Nya nanti?. Bersediakah kita berhadapan dengan saudara-saudara kita yang telah dianiaya di akhirat nanti? Dan jawapan apakah kita akan ucapkan dalam isu-isu saudara-saudara kita ini?
Fikirkan!
AllahuAkbar!
Assalammualaikum...Dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang...selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW...Alhamdulillah syukur dengan posting saudara yang dapat memberi info tentang kekejaman israel laknatullah...moga kite semua sedar akan ape yang terjadi ketika ini dan di akhir zaman ini...insyaALLAH...semoga semua umat ISLAM berada dalam perlindungan dari ALLAH SWT...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Bunga Larangan.
ReplyDeleteIn The Name Of Allah.
Setuju dengan komentar saudari, nasihat yang berguna dan bermanfaat untuk kita semua.
Terima kasih kerana kerap dan sudi ke sini. Semoga Allah SWT melindungi saudari dan sekelian umat Islam dari fitnah-fitnah serta kekejaman musuh-musuh Islam.
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.
ReplyDeleteIn The Name Of Allah.
ReplyDeleteBenar apa yang dikata, berjihad bukan beerti mengangkat senjata semata-mata, berjihad menghapuskan saki-baki propaganda zionis itu paling bermakna. Ketahuilah kita semua, setiap sen pembelanjaan kita untuk membantu pihak yahudi laknatullah itu akan ditanya kelak oleh Allah Azza Wajalla di akhirat nanti.
Kita tidak akan mati kelaparan, kita tidak akan mundur dan kita tidak akan miskin jika tidak membeli barangan buatan Zionis. Teruskanlah memboikot barangan buatan mereka! Allah SWT berfirman :
"Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang “A’raab” ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah At-Taubah - Ayat 120).
Fahamilah Ayat-ayat Allah SWT ini yang menyeru agar Umat Islam memboikot musuh-musuh Islam. Dan ketahuilah kita semua bahawa rejim zionis telah mengepung kita dari setiap sudut, agar umat Islam tersepit. Bangkitlah kita semua bersama-sama panji-panji Islam!
Mereka ni pandai berpura2 mengutuk israel pada hal mereka rakan sekongkolnya.
ReplyDeleteIn The Name Of Allah.
ReplyDeleteTerima kasih atas teguran dan nasihat yang berguna buat semua. Terima kasih sekali lagi kerana melewati di sini.
Saya tertarik dengan satu hadith Qudsi yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad R.A dari Ibnu Umar R.A bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :
Allah SWT telah berfirman :
"Sesiapa saja dari hamba-hambaKu yang keluar berjihad Fie-Sabilillah untuk memperoleh keredhaanKu, niscaya Aku menjamin kembalinya. Sama ada Aku kembalikannya dengan ganjaran atau ghaniyah (harta rampasan perang), ataupun, jika Aku menahannya (mengambil nyawanya), niscaya Aku akan mengampuninya, merahmatinya serta memasukkannya ke dalam syurga" (Hadith Riwayat Imam Ahmad R.A).
Ingatlah! memboikot itu juga satu jihad dan mendoakan kesejahteraan umat Islam yang tertindas itu juga satu jihad.
Semoga kita semua diberi hidayah dan petunjuk dari Allah Azza Wa Jalla serta ditempatkan di kalangan golongan Ullul Albab dan Ullul Absor. Amin.