“Marhaban Ya Ramadhan : Antara IMAN Dan ingkar.”
Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.”
Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera buat semua yang hadir di sini. Alhamdulillah, syukur kehadrat-Nya, kita masih bernafas, nadi kita juga masih berdenyut, mata kita boleh melihat, organ badan kita juga boleh bergerak mengikuti daya kehendak kita, manakala mulut, tangan, kaki, jari jemari kita juga turut berfungsi dengan baik dan sempurna sekali.
Ya Allah,
Hebat!,
Maha Suci Allah, Tuhan sekelian Alam.
Begitulah betapa Pengasih dan Penyayangnya Allah SWT terhadap manusia.
Tetapi!
Adakah kita sedar akan nikmat-nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita?
Adakah kita mensyukuri segala nikmat-nikmat dari-Nya?
Pernahkah kita semua terfikir, dalam situasi yang sedemikian, ada di kalangan kita yang lena tidur sejak dari malam hari, tetapi tidak bangkit dari tidurnya sehingga fajar terbit lalu ia dikafankan serta dikebumikan, dan manakala ada di kalangan kita juga yang tidak tidur pada waktu malam hari akibat sibuk dengan hal-hal pencarian duniawi, tetapi pada siang harinya ia tidur dan tidak bangkit-bangkit lagi lalu di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Begitulah situasinya ketika ini dan seterusnya, apabila Ia sudah menyeru, maka tiada sesaatpun akan tertunda kedatangannya. Maka ketika itu barulah terjaga, terhantuk, tersentak dan sebagainya bagi mengigati semula akan janji-janji yang telah diberikan kepadanya sebagai hamba dan Khalifah Allah SWT.
Saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT.
Marhaban Ya Ramadhan.
Bulan mulia bagi umat Muhammad SAW untuk memperbaiki diri secara keseluruhan bagi membentuk keperibadian mulia di sisi Allah SWT. Jika di sebut akan perkataan ‘Ramadhan’, pasti malahan lebih dari pasti ia mengigatkan bahawa bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mempertingkatkan lagi amalan-amalan ibadah kita terhadap-Nya.
Harus diingati juga, ada segelintir dari kalangan kita yang merunggut apabila menjelmanya ketibaan bulan Ramadhan. Sebagai contoh suara-suara rungutan tersebut yang lazim kita semua dengari adalah :
“Alamak, saya tak boleh puasalah, saya ada penyakit.”
“Puasa awal je ni…lepas tu pergilah kedai mamak ‘tapau’ ke apa yang patut.”
“Saya selalu outstation, saya tak larat puasa, lagipun ‘client-client’ saya selalu ajak saya keluar makan.”
“Saya terlupa niat puasa pagi tadi.”
“Tengok tu, punyalah ayat baik…”
“Kesian pun ada…”
“Marah lagi la…”
“Meletup-letup pulak kat dada ni…”
“Kalaulah
“Kalau yang benar-benar sakit itu lainlah, tetapi yang peliknya sakit bila betul-betul tiba bulan Ramadhan… Apa barang?”
Saudara-saudari yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT.
Saya tertarik dengan satu Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda : “Bila Ramadhan telah datang, maka dibuka pintu syurga, dikunci pintu neraka, dan dibelenggu semua Syaitan.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim r.h – Hadith No. 1039 & 1040).
Kalau dilihat dari sudut pemahaman Hadith tersebut, maka dapatlah ditafsirkan bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang mulia bagi umat Muhammad SAW, serta bulan untuk mempertingkatkan amalan-amalan ibadah kita terhadap Allah SWT. Ini adalah kerana bulan tersebut segala syaitan telah dibelenggu (dipenjara, ditambat, diikat) oleh Allah SWT semata-mata mahukan umat manusia ketika itu kembali kepada syariat Allah SWT dengan sebenar-benar ikhlas dan takwa. Begitulah betapa besarnya kemuliaan Allah SWT terhadap hamba-Nya agar mereka (manusia) dapat memikirkan akan nikmat Ramadhan terhadap mereka.
Maka Allah SWT membalas dalam Firman-Nya yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 183).
Oleh yang demikian, maka dapatlah ditafsirkan juga bahawa ibadah puasa itu adalah wajib (kecuali orang-orang yang dikecualikan berpuasa) ketika di bulan Ramadhan. Soal wajib ini tiada kompromi dalam mempertikaikannya, tiada nas-nas yang menyeru agar puasa di bulan Ramadhan itu merupakan satu ibadah yang perlu diambil jalan mudah. Kalau ia telah termaktub di dalam Al-quran, maka ia merupakan pekara yang wajib ditunaikan oleh orang-orang Islam yang cukup akan kesifatannya untuk menjalankan ibadah puasa. Maka huraian dan Firman Allah SWT tersebut telah menghapuskan langsung segala alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas sebagai hujah yang konkrit menyatakan bahawa ibadah puasa di bulan ramadhan itu adalah WAJIB.
Pernahkah kita terfikir, Kenapa Allah SWT menyeru agar manusia itu berpuasa?
“kenapa ye?.”
“Yang saya tahu puasa ni, banyak manfaatnya, boleh tambah Iman, tambah Amal dan
ermmm…. Boleh kuruskan badanlah.”
Saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT.
Sebelum kita menjalani ibadah puasa, kita perlu perbaiki dahulu niat kita untuk menjadikan ibadah kita itu lebih mencerminkan ketauhidan kepada Allah SWT. Kalau hendak berpuasa dengan niat untuk diet dan sesuatu kepentingan semata-mata untuk kepentingan diri dan duniawi, maka hasrat itu kita perolehi tetapi kita sebenarnya telah jauh dari keberkatan Allah SWT.
Jika kita mengkaji dari sudut sainsnya pula, apabila kita berpuasa, kita telah hilang lebih 75% tenaga badan kita akibat kurangnya makanan dan minuman yang membantu pergerakan badan melalui tenaga. Apabila badan kekurangan air dan makanan serta zat-zat yang lain akibat berpuasa, maka kita sebenarnya telah ‘menyekat’.
“Menyekat?”
“Menyekat apa?”
“Boleh tak terangkan saya makna ‘menyekat’ tu?”.
“Menyekat nafsu.”
“Nafsu makan dan nafsu syahwat.”
“Kenapa cakap macam tu?”
“Boleh terangkan tak pada saya.”
Saudara saudari yang dimuliakan Allah SWT.
Apabila kita makan dan minum, sumber makanan tersebut di salurkan ke dalam badan kita, lalu ia dinyahkan dalam badan untuk dijadikan sumber tumbesaran badan yang terdiri daripada pelbagai makanan berzat yang sesuai untuk badan seperti protein, zat besi, kalsium, karbohidrat, garam, dan sebagainya untuk menjana koordinasi badan bagi menghasilkan tenaga. Dan apabila ia telah diserap dalam anggota badan kita melalui prosesnya yang sesuai maka ia akan bertukar menjadi darah, bagi melancarkan segala susunatur koordinator pergerakan dalam badan. Dengan darah tersebut ia melancarkan lagi pergerakan dalam badan kita serta ia bertukar menjadi air mani. Kalau kita lihat betapa hebatnya ciptaan Allah SWT terhadap kita (manusia), ia berlaku tanpa kita sedari dan ia juga berlaku di dalam badan kita seolah-olah badan kita mempunyai sebuah ‘kilang-kilang’ yang menakjubkan.
Apabila kita berpuasa, maka sumber tenaga tersebut (zat, darah, dan air mani) berkurangan di dalam badan. Dan apabila berkurangan maka ia dapat membantu kita mengatasi masaalah NAFSU MAKAN dan NAFSU SYAHWAT ketika menjalani ibadah puasa. Kalau kita lihat, sebagai contohnya, orang yang telah meningkat umur iaitu sekitar 60 ke 80 tahun, mereka sebenarnya telah mengurangkan makan dan minum mereka, dan dengan sebab itu badan mereka sebenarnya berkurangan darah serta serba sedikit mengurangkan juga kapasiti air maninya. Maka ketika itu juga mereka sebenarnya telah hilang daya Nafsu Makan serta kurangnya juga daya Nafsu Syahwat. Begitulah hebatnya kalau kita semua mengetahui bahawa ibadah puasa itu punyai rahmat dan nikmat terhadap manusia, bukan sahaja mengongkong diri agar terhindar dari perbuatan keji tetapi mengajak agar lebih dekat dengan Allah SWT.
Saya juga tertarik dengan satu Hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda : “Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya. Satu pekara kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah
“Alhamdulillah saya faham kenapa umat Islam di suruh agar berpuasa.”
“Sebenarnya banyak lagi ganjaran-ganjaran serta nikmat-nikmat yang Allah SWT janji serta berikan kepada mereka yang berpuasa.”
“Boleh tak jelaskan lagi ganjaran dan nikmat tersebut kepada saya, lagi pun saya dah mula tertarik dengan penjelasan ini sejak dari huraian di atas tadi.”
Saudara-saudari yang dikasihi Allah SWT
Puasa juga ada kaitannya kepada kita semasa di hari kiamat (Qiamah) kelak. Kalau kita lihat dari perkataan “QIAMAH” dan kita ambil perkataan ‘QIA’ sebagai rujukan untuk menghuraikannya. Perkataan ‘Qia’ itu bererti satu situasi berdiri dalam situasi yang agak lama. Saudara-saudari tahu tidak, semasa kita dipadang mahsyar kelak, sekelian manusia menunggu saat penentuan untuk dihisab (diadili) oleh Allah SWT selama 70,000 tahun (sesetengah ulama’ mengatakan bahawa lebih dari jangkaan masa tersebut). Pada ketika itu pelbagai ragam manusia mengikut amalan-amalannya ketika di dunia dahulu. Ada yang mukanya dibawah kakinya di atas, ada yang menyerupai babi dan anjing, ada yang didekatkan hanya sejengkal kepalanya dengan matahari, ada yang berbau hanyir (akibat zina), ada yang dijauhi dari kepanasan matahari, ada yang berasa selesa dan nyaman, ada yang diteduh dengan sesuatu mengelakkan kepanasan matahari dan sebagainya. Apa yang hendak saya bawakan di sini adalah, kita semua (manusia) sebenarnya menanti dan menunggu saat itu dalam masa yang agak panjang dan memenatkan. Tetapi kalau kita di dunia dahulu sering bersolat sunat dengan berdiri terlalu lama serta rasa khusyuknya kita ketika bersolat, itu sebenarnya dapat membantu dalam mengatasi kepenatan ketika di
Saya tertarik juga dengan satu Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang menegakkan (solat pada waktu malam) Ramadhan kerana Iman dan kerana Allah, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim r.h – Hadith no. 733).
“Saya mahukan penjelasan lagi berkenaan dengan ibadah puasa.”
“Sekarang saya sudah sedar.”
“Hendak tak kalau saya ceritakan apa itu Ar-Rayyan kepada kamu.”
“Apa kaitan Ar-Rayyan tu dalam topik yang kita bincangkan ni.”
“Ceritalah, apa itu Ar-Rayyan.”
“Saya tak sabar nak tahu apa itu Ar-Rayyan?”
“Ceritalah”
“Ceritalah”
Saudara-saudari yang dimuliakan dan dikasihi Allah SWT.
Orang-orang yang berpuasa kerana ikhlasnya kepada Allah SWT akan di balas oleh-Nya dengan nikmat yang setimpal ketika di dunia mahupun di akhirat kelak. Sebagai manusia, kita memerlukan nikmat akhirat yang berpanjangan dari nikmat di dunia ini yang singkat. Semua orang mahukan ganjaran, tetapi malas untuk mengotakan kata-katanya sendiri. Semua orang mahukan pengiktirafan tapi tidak semua mahu memikirkannya. Begitu juga dengan ganjaran yang telah Allah SWT beri serta janjikan kepada mereka-mereka yang berpuasa, tidak kiralah puasa di bulan Ramadhan atau pun puasa sunat yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita.
Saya bawakan satu Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Dari Sahal bin Sa’ad r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda : “Di dalam syurga ada sebuah pintu yang di sebut ‘Ar-Rayyan’. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke syurga melalui pintu itu pada hari kiamat kelak hanyalah orang-orang berpuasa, sedangkan yang lain-lainnya tidak diperkenankan. Mereka akan dipanggil : “Hai orang yang berpuasa!, maka masuklah mereka melalui pintu itu. Setelah orang yang terakhir masuk, pintu itu segera ditutup dan dikunci, sehingga yang lain-lain tidak dapat lagi melaluinya.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim r.h – Hadith No. 1119).
“Ya Allah, Begitu besar nikmat-Mu kepadaku.”
“Tunjukilah aku jalan yang lurus Ya Allah.”
“Awak”
“Terima kasih kerana memberi penerangan kepada saya.”
Saudara-saudari yang dimuliakan Allah SWT.
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mentarbiyahkan diri agar kembali dekat kepada Allah SWT. Bulan yang membawa banyak pengertian kepada kita semua. Tahukah kita, bahawa bulan Ramadhan itu terdapat satu hari yang lebih baik dari seribu bulan? Ia adalah malam Lailatul Qadar.
Apabila menyebut akan malam Lailatul Qadar, semua orang ingin menemuinya. Tidak kiralah siapa sahaja sekalipun. Malam di mana nikmat Allah SWT mencurah-curah rahmatnya turun dari langit ke bumi bersama-sama para malaikat-Nya. Malam yang dinanti-nantikan oleh para Mukmin yang ikhlas beribadah kepada Allah SWT, malahan malam yang gelap bagi mereka yang kuffur terhadap Allah SWT juga.
Pernahkah kita terfikir, dengan bersolat ketika waktu tengah malam (qiamulai) kita sebenarnya lebih dekat untuk menemui malam lailatul qadar?
Saya
“Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “Sesiapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun, niscaya dia bertemu dengan “Malam Qadar”. Jawab Ubay. “Demi Allah!, malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah!, aku tahu malam itu di mana Rasulullah SAW menyuruh kami menegakkannya (beribadah pada malam itu) iaitu malam yang kedua puluh tujuh Ramadhan. Tanda-tandanya ialah keesokkan pagi matahari kelihatan putih tanpa sinar yang menyorot.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim r.h – Hadith No. 736).
Saudara-Saudari yang dikasihi Allah SWT.
Kita telah mendalami tentang hakikat berpuasa di bulan Ramadhan. Kita juga telah kongsikan bersama dengan Hadith-hadith Sahih Rasulullah SAW untuk kita bawakan bersama kepada generasi kita yang akan datang. Ambillah satu pendekatan untuk merubah dari yang kurang sempurna kembali kepada yang lebih baik dan teratur. Kalau dahulunya kita ini tegar dan ingkar terhadap perintah Allah SWT, tetapi tika dan saat jelmanya Ramadhan ini, kembalilah kita kepada suruhan-Nya dengan sebenar-benar takwa. Kita punyai matlamat hidup di di dunia ini, kita punyai misi dan kita juga punyai visi yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada kita (manusia). Kita punyai Akal dan Ilmu yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Kita bukannya makhluk yang berkaki empat, berkaki enam, berkaki, lapan dan berkaki seribu yang hanya hidup untuk berbakti kepada manusia. Jika seekor lembu itu boleh berbakti kepada manusia, kenapa kita yang punyai akal fikiran yang baik tidak boleh berbakti serta mengikuti segala suruhan Allah SWT. Kita bukannya seekor lembu, kita adalah manusia, yang telah Allah SWT muliakan sejak dari awal penciptaan kita lagi. Tetapi kita juga boleh menjadi lebih bawah dari lembu jika akal dan ilmu yang kita miliki itu tidak kita gunakan dengan sempurna serta mengikuti serakah nafsu dan syaitan laknatullah. Dalam saat itu juga, lembu tersebut matinya untuk berbakti, tetapi matinya kita meninggalkan suruhan Allah SWT, adalah mati yang bagaimana?. Maka dengan itu, tanamkanlah satu niat untuk merubah sesuatu kejahatan kepada kebaikan dengan berpandukan syariat Allah SWT. Kita sering menjaga adab-adab serta pekara-pekara yang membatalkan ibadah puasa kita, tetapi kita lupa pula untuk menjaga syarat-syarat yang boleh membatalkan PAHALA puasa kita. Pekara ini yang amat-amat dibimbangi kita ketika di bulan puasa kelak.
Saudara-saudari yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT.
Bersempena dengan bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelma tidak lama lagi, saya mohon kemaafan kepada semua rakan-rakan siber saya yang mengenali mahupun yang belum mengenali diri saya. Mohon maaf jua kepada semua Alim Ulama’ sekiranya cetusan coretan saya ini mempunyai unsur-unsur yang menyimpang dan menyalahi syariat Allah SWT. Di atas kekhilafan itu juga saya panjangkan lagi dengan memohon ampun dan maaf kepada kedua orang tua saya dan seluruh keluarga saya serta rakan-rakan seperjuangan saya mahupun di
selamat berpuasa!
ReplyDeletenak kutip pahala banyak2. :)
Salam Iktiraf.
ReplyDeleteBismillahirRahmanirRahim.
Selamat berpuasa juga dari saya untuk awak dan semua umat Islam. InsyaAllah. Datang membaca dan mencari ilmu itu juga boleh mendatangkan pahala.
salam ramadhan buat sahabat.semoga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.teruskan menulis dan memberi kesedaran kpd umat di luar sana.semoga usaha ini memberi impak yg besar di masa depan.sy sentiasa menyokong penuh usaha sahabat....takbir..
ReplyDeletesalam ya akh...
ReplyDeleteAlhamdulillah entri yang sangat bagus serta pengolahan penyampaian dgn cara yg baru..kunjungan balas dari ana..semoga kita sama-sama terus istiqamah menyeru manusia kepada kebaikan...pena pen itu lebih tajam dari pedang dan lidah..
Waalaikumsalam Pacifist.
ReplyDeleteBismillahirRahmanirRahim.
Salam Ramadhan jua buat saudara. Terima kasih kerana di sini. Blog penulisan ini hanyalah cebisan dari berjuta-juta para Mujahidin dan Mujahadah cyber yang hadir memperjuangkan Islam. Semoga kita semua dilindungi serta di tempatkan di kalangan orang-orang yang zuhud dalam menegakkan agama Allah SWT. Teruskan usaha anda jua dalam penyebaran kebenaran bumi Palestin serta membangkitkan lagi rasa 'zouk' (perasaan mendalam) dalam setiap diri MUSLIM-MUKMIN dalam mentauhidkan Allah Azza Wa Jalla serta Rasul-Nya SAW.
AllahuAkbar!
Waalaikumsalam Saniah.
ReplyDeleteBismillahirRahmanirRahim.
Terlebih dahulu ucap terima kasih saya pada saudari kerana di sini. InsyaAllah, semoga kita semua menjadi orang-orang yang taat terhadap perintah Allah SWT serta menjauhi segala larangan-Nya.Malah kerap saya nyatakan bahawa, usaha yang sedikit dari saya ini sebenarnya adalah dari pautan berjuta-juta mereka yang telah lama berjuang menegakkan agama Allah SWT.
"Berjuanglah berlandaskan Al-quran dan Sunnah SAW!"
InsyaAllah, Allah SWT bersama-sama mereka yang ikhlas dan taat terhadap perintah-Nya.