Saturday, 3 April 2010

Tawarikh Yahudi.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
MyMini Library.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir di laman Blog www.MujahidinCyber.blogspot.com ini.



Saat dan ketikanya sudah tiba, setelah lebih setahun saya menulis dan berkarya di ruangan blog saya ini, maka saat dan waktunya telah muncul melalui proses penyusunan yang rapi dari saya, maka timbullah ruangan yang telah lama saya nantikan demi untuk memperlihatkan ertikata sebenar wujudnya penulisan perjuangan di blog saya ini. Pada awalnya, memang saya memuatkan artikel-artikel berunsurkan Aqidah, untuk memantapkan lagi diri kita amnya bagi memperkukuhkan ketauhidan kita terhadap Allah SWT. Setelah penyusunan tersebut dimuatkan dan dicernakan melalui minda, maka laluan ke suatu destinasi tersebut akan bertambah lancar dan berkesan kerana adanya kekuatan dalaman dalam diri kita yang mengenal akan hakikat sebagai seorang hamba kepada Tuhan. Maka jangan berasa pelik bilamana artikel-artikel saya yang akan datang ini lebih berunsurkan perjuangan Fisabilillah untuk menghadamkan lagi minda kita. Walaupun saat dan ketika ini, kita sering dimomokkan dengan dendangan ilusi khayalan duniawi yang melalaikan serta membantutkan lagi ruang mindalisme kita, namun syariat-Nya janganlah kita abaikan sama sekali.




Ingat!



Sejauhmana perjalanan hidup kita, pasti ia ke destinasi terakhirnya.



Sekuatmana kudrat kita, pasti suatu masa kelak liang lahad itu tempat persemadian kita.




Maka!




Buka minda, buka mata hati, lihat apa yang berlaku.




Anda pasti,




Malahan pasti,




Senantiasa mengingati,




Allah Azza Wajalla.




Ayuh!




Permulaan pengembaraan perjuangan kita bermula di sini!.....




Apabila saya rujuk dalam kitab “Hakikat Al-Yahud” yang telah ditulis oleh Fuad Sayid Abdul Rahman Al-Rifa’e, ia menyebut bahawa orang yahudi ialah pengikut nabi yang mulia iaitu Nabi Musa a.s dan Nabi Musa a.s ialah daripada keturunan Nabi Yaakub a.s bin Ishaq a.s bin Ibrahim a.s. Keluarga Yaakub berhijrah ke negeri Mesir kerana dibawa oleh Nabi Yusuf a.s bin Yaakub a.s bin Ishaq a.s bin Ibrahim a.s ke sana. Saudara faham tidak akan salasiah yang saya nyatakan ini?.



Ketika di Mesir, mereka melayari kehidupan dan beranak pihak dalam sebuah masyarakat yang cukup ramai. Mereka berasal daripada “Keturunan dua orang saudara Yusuf a.s”. Ada pihak berpendapat mengatakan perkataan “Yahudi” diambil sempena nama “Yehuda”, iaitu salah seorang anak Nabi Yaakub a.s yang akhirnya dijadikan nama salah sebuah kerajaan Israel yang berpecah menjadi dua iaitu (Kejadian 29 : 22) setelah Solomon (Nabi Sulaiman a.s) meninggal dunia (Raja-Raja 1 : 12). Manakala nama Israel ialah nama yang diberikan Tuhan kepada Nabi Yaakub a.s (Kejadian 32 : 28). Disebabkan dosa-dosa mereka yang terlalu besar dan tidak layak untuk diampuni, bangsa Israel ini dihukum oleh Tuhan dengan menghancurkan kerajaan yang mereka miliki (Raja-Raja 17 : 7-23).



Persoalannya bagaimana pula kehidupan masyarakat Yahudi di Mesir?


Cara Hidup Masyarakat Yahudi Di Mesir.


Ketika di Mesir, mereka hidup dengan mengasingkan diri daripada masyarakat Mesir. Oleh yang demikian, keturunan mereka tidak bercampur dengan keturunan orang Mesir. Tujuannya agar mereka boleh berbangga dengan kelebihan keturunan mereka berbanding dengan keturunan yang lain, kerana orang yahudi menganggap diri mereka adalah daripada keturunan para nabi.




Saya tertarik dengan satu wasiat yang telah dipegang oleh masyarakat yahudi sejak sekian lamanya :



“Kita semua mesti mewujudkan cara hidup yang tersendiri dan berbeza dengan manusia lain”




Cara hidup mengasingkan diri ketika mereka berada di Mesir itu menyebabkan kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak tenteram. Ini disebabkan oleh penduduk-penduduk negeri Mesir dan raja mereka (Firaun) menganggap kaum yahudi sebagai golongan pendatang asing. Bahkan pada suatu masa di bawah pemerintahan salah seorang Firaun, masyarakat yahudi diseksa dengan sekejam-kejamnya.



Berhubung dengan pekara tersebut, mereka lupa bahawa Allah Yang Maha Adil pernah membela dan menolong mereka.



Allah SWT berfirman :

Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 49).




Begitulah kehidupan masyarakat yahudi ketika mereka merempat di negeri Mesir, sedang keturunan mereka terus berkembang dan bertambah ramai, kehidupan mereka pula terus-terusan dihimpit ketakutan dan dipukul rasa bimbang yang menyesakkan.


Kesan Psikologi Masyarakat Yahudi.


Keadaan itu memberi kesan yang mendalam dalam cara berfikir, perasaan dan pandangan mereka terhadap golongan lain di dunia ini sehingga terbentuklah personaliti di dalam diri mereka sebagai satu bangsa pendendam dan pembunuh terhadap bangsa mana sekalipun. Satu pun tidak terkecuali daripada kegilaan mereka. Itulah tabiat semula jadi bangsa yahudi sejak turun-temurun dan zaman-berzaman, sebagai satu warisan yang diterima daripada datuk nenek mereka dan diwarisi hingga ke hari ini oleh anak cucu mereka. Kesan yang boleh kita lihat hingga ke hari ini adalah di Palestin.




Asas Kepercayaan Masyarakat Yahudi.


Bangsa yahudi sangat mempercayai bahawa merekalah satu-satunya bangsa pilihan Tuhan untuk menguasai dunia ini, kononnya berpandukan kepada kitab suci mereka. Bagi mereka, Tuhan sendiri yang mengatakan kepada nenek moyang mereka Nabi Ibrahim a.s, bahawa daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s lah Tuhan akan menurunkan raja-raja di dunia ini. Tetapi, mereka hanya mengiktiraf keturunan Nabi Ibrahim daripada anak cucu yang lahir daripada Siti Sarah, isteri pertamanya. Kewujudan Nabi Ismail a.s, anak sulung Nabi Ibrahim a.s daripada Siti Hajar dinafikan. Atas penyelewengan ini, Tuhan murka kepada Bani Israel. Tidak hairanlah mereka hidup tertindas di negeri Firaun, iaitu Mesir.




Saudara, cari dan bacalah buku yang bertajuk “Kaum-Kaum Yang Pupus (Perished Nation)” atas karya Harun Yahya, di mana buku tersebut banyak mengisahkan tentang kezaliman raja Firaun dan kesusahan kaum Bani Israel ketika berada di bumi Mesir serta kaum-kaum lain yang telah diazabkan Allah SWT di atas sikap dan perbuatan mereka menzalimi diri mereka dan kedegilan mereka untuk mengikuti suruhan Para Nabi serta melakukan kemungkaran yang melampaui batas yang melanggari perintah Allah SWT. Buku ini bagus untuk kita dan generasi kita amnya untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di atas masyarakat terdahulu di dalam kesesatan mereka terhadap perintah Allah SWT.


Kemajuan Dan Kemunduran Masyarakat Yahudi.





Setelah Nabi Musa a.s menyelamatkan mereka dengan merentas laut yang terbelah, kaum Bani Israel mencapai kemajuan dalam kerajaan yang dibanggunkan oleh Nabi Daud a.s dan mencapai zaman keemasannya di tangan Solomon (Nabi Sulaiman a.s).



Kerajaan tersebut kemudiannya berpecah menjadi dua kerana perebutan anak-anak Solomon (Nabi Sulaiman a.s), lalu menjadi lemah dan berakhirnya mereka dijajah oleh Firaun Nekho (Raja-Raja 23 ; 31-35). Mereka lalu diusir sebagai orang buangan oleh Nebukadnezar, iaitu seorang yang berbangsa Babylon (Raja-Raja 25 : 1-21). Kemudian mereka dijajah pula oleh Rom.



Dalam sejarah moden pula, dari apa yang telah masyarakat dunia ketahui umum pada hari ini, bahawa mereka juga telah diperlakukan seksaan yang lebih teruk lagi apabila mereka dimusnahkan iaitu dibunuh oleh Nazi Jerman. Dikatakan hampir enam juta orang yahudi yang dibunuh ketika itu.





Semua itu merupakan hukuman Tuhan kepada bangsa yang sering membuat kerosakkan dan kehancuran walaupun ke mana sahaja mereka berada. Maka dengan itu, tidak hairanlah bangsa mereka disebut oleh Nabi Isa a.s sebagai keturunan bangsa ular beludak (Mathius 23 : 33).



Hukuman demi hukuman oleh Tuhan tidak pernah menginsafkan mereka dan mereka sangat degil untuk insaf, malah menjadikan dendam kesumat sebagai modal untuk melawan dan memprotes Tuhan habis-habisan sepanjang hayat mereka. Kesombongan yahudi umpama kesombongan syaitan terhadap Tuhan. Syaitan berjanji pada tuhan akan memerangi manusia hingga ke hari kiamat kelak. Begitu juga halnya dengan kaum yahudi ini.



Firman Allah SWT :

“Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.” (Surah Al-Baqarah – Ayat - 34).


Ketakburan Yahudi.


Yahudi menganggap diri mereka sebagai satu-satunya bangsa pilihan Tuhan yang berhak memerintah dunia ini, membuatkan mereka bersumpah untuk memerangi agama lain selain dari agama mereka dengan segala cara. Tidak hairanlah Allah SWT memperingatkan berulang kali tentang tipu daya yahudi ini di dalam Al-Quran.



Kemudian Allah SWT mengutuskan Nabi Isa a.s kepada mereka, malah mereka juga berusaha untuk membunuh baginda tetapi Allah SWT menyelamatkan nabi Allah itu daripada niat jahat mereka. Allah SWT menerangkan kejadian tersebut dalam firman-Nya :


“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” “Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” “Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.”

(Surah Al-Nisa’ – Ayat 157, 158 & 159).



Begitu sombongnya mereka!. Mereka mencabar dan memperolok-olok rasul Allah lalu berkata dengan megah bahawa merekalah yang membunuh Al-Masih ibn maryam. Perbuatan biadap mereka tidak cukup sekadar itu sahaja, malah mereka turut mereka-reka cerita berunsur fitnah terhadap Nabi isa a.s, untuk generasi baru mereka. Sebagai contoh yang ketara, mereka berkata dalam kitab Talmoud seperti berikut :


Fitnah Terhadap Nabi Isa a.s Dalam Kitab Talmoud.

(Diingati juga kepada para pembaca agar menghindari dakyah fitnah dari pihak yahudi dalam kitab Talmoud tersebut, serta rujuk kepada Ahli tafsir agama untuk mentafsir apa yang telah saya nyatakan ini dari kitab talmoud yang sesat tersebut)






1) Al-Masih (Nabi Isa a.s) murtad daripada agama yahudi dan dia beribadah kepada berhala



2) Al-Masih (Nabi Isa a.s) orang gila, tukang sihir dan menyembah berhala dan orang Nasrani adalah kafir.


3) Serendah-rendah orang kafir ialah Al-Masih (Nabi Isa a.s) dan para pengikutnya.



4) Gereja-gereja orang Nasrani ialah rumah-rumah orang sesat dan tempat orang yang beribadah kepada berhala. Oleh itu runtuhkan rumah-rumah tersebut.


5) Kitab Injil orang Nasrani mesti dibakar kerana ia menyesatkan, zalim dan berdosa.



6) Gereja-gereja orang Nasrani ialah tempat kotor dan mereka yang bertugas mengajar di sana ialah anjing-anjing yang sedang menyalak.



7) Semua orang yahudi mesti melaknati orang Nasrani sekurang-kurangnya tiga kali sehari.



8) Isa Al-Masih a.s akan berada dalam minyak api di dalam neraka Jahim dan ibunya ialah seorang yang berzina.




Oleh yang demikian, api kemarahan dan dendam kesumat yang telah dimainkan oleh pihak yahudi terhadap musuh-musuhnya telah lama terpahat dalam diri mereka hingga ke saat ini. Setiap langkah mereka mempunyai maksud yang tersirat yang perlu kita semua ketahui akannya. Kebodohan, kedungguan, kurangnya ilmu itulah penyebab segala fahaman mereka mudah meresap dalam diri dan masyarakat kita malahan seluruh dunia ini.




Malahan tidak hairanlah masyarakat kita pada hari ini mudah terpengaruh akan dakyah mereka malahan yang lebih malangnya lagi manusia-manusia tersebut datangnya dari golongan yang mengakui akan kebenaran Islam. Ada yang mengatakan akan kejahilan dan keburukan rejim yahudi pada awal paginya, tetapi pada hari dan waktunya ketika itu, fahaman-fahaman yahudi tersebut masih lagi berlegar-legar dalam diri dan jasadnya. Lihat saja trend rambut dan pakaian masyarakat kita yang kononnya mengakui beragama Islam, tetapi tidak ubah seperti masyarakat yang berada ketika di zaman Mesolitik dan Barbarian. Begitu juga dengan pihak atasan, minoritinya masih memegang fahaman yang dicanang oleh pihak yahudi.







Saudaraku sekelian, Ingatlah!.




Adakah kita semua ingin terjerumus ke dalam ideologi yahudi yang menyesatkan itu?




Berapa lama lagi kita hidup di dunia ini?




1000 tahun!




500 tahun!




100 tahun!




50 tahun!




25 tahun!




10 tahun!




5 tahun!





Berapa lama lagi?




Ingatlah! Saudaraku, kita akan dijemput Allah SWT pada waktu yang telah ditetapkan-Nya. Ketika itu tiada makhluk ciptaan-Nya selain Allah SWT yang mengetahui akan hadirnya saat itu.



Berbaloikah tika dan saat itu kita dijemput oleh-Nya dengan berpakaian yang membuka aurat?. Dapatkah pakaian tersebut membantu kita ketika “di sana” kelak?.



Berbaloikah tika dan saat itu kita dijemput Allah SWT ketika menghadiri majlis kemewahan yang melampui batas? Dapatkah makanan dan minuman yang haram itu membantu kita ketika di kubur dan di padang Mahsyar kelak?



Jawapannya ada dalam hati-hati KITA.






INGAT!!!, SEBELUM IA HADIR TANPA DIDUGA!!!







AllahuAkbar!


No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails