Thursday 15 April 2010

Identiti Yahudi : Antara Fakta Dan Kebenaran.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
MyMini Library.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera, Salam Ukhuwah dan Salam persaudaraan buat semua yang hadir di www.MujahidinCyber.blogspot.com . Semoga anda semua dirahmati dan di bawah perlindungan Allah SWT.



Di harapkan juga, agar saudara-saudari yang berada di luar sana menjadi pembaca blog saya yang setia, walaupun input dan output nya saya hurai dan muatkan dengan kadar yang panjang.



Harus diingati juga, bahawa Umat Islam adalah umat yang mempunyai peratusan tertinggi setiap hari yang suka membaca berbanding dengan masyarakat yang lain.




Kenapa?




Masih keliru?



Lihat sahaja, secara asasnya bahawa Umat Islam adalah Umat yang telah membaca sebanyak 17 kali Surah Al-fatihah dalam satu hari. Harus diingati juga, itu tidak termasuk dengan solat-solat sunat yang dikerjakan dan bacaan Al-Quran serta zikir munajatnya yang sering kita amalkan. Ini berbanding dengan msyarakat lain yang hanya membaca apabila di waktu-waktu yang diperlukan.




Itupun kalau kita mengetahui dan mengamalkannya.




Ayuh! Pengembaraan kita bermula di awal ini…





Kunci ini akan diberikan kepada anda...Anda sahaja yang layak membuka minda anda...



Setelah kita mengetahui akan serba sedikit tentang latar belakang bangsa yahudi ini di artikel saya yang lalu, maka kini kita sama-sama melangkah lagi untuk membuat kajian tentangnya. Dalam mendedahkan identiti yahudi pada hari ini, seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, iaitu Dr. Farrukh Saleem telah memberi kupasan berhubung pekara tersebut sebagai berikut (Sila rujuk Arkib Utusan Malaysia 14/01/2009) :


“Terdapat hanya lebih kurang 14 juta orang yahudi di muka bumi ini; 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang yahudi ada 100 orang Islam (1 : 100). Namun, bilangan mereka ini jika dijumlahkan serta dinisbahkan dengan pengaruh mereka, yahudi lebih 100 kali berkuasa berbanding umat Islam.”




Mengapa ini berlaku?.




Sabar!. Tunggu dulu penjelasan dari saya.




Sebelum itu saya akan huraikan terlebih dahulu tentang identiti sebenar masyarakat yahudi dekad kini, untuk kita semua memahaminya terlebih dahulu.




Siapa Sebenarnya Mereka Ini?


Nabi Isa a.s adalah daripada bangsa yahudi. Albert Einstein, iaitu seorang saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai “Manusia Paling Bijak Abad Ini” ialah seorang yahudi. Sigmund Freud melalui teori id, ego dan super-ego yang merupakan “Bapa Psikoanalisis”, juga seorang yahudi, begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman juga di kalangan bangsa-bangsa yahudi.




Kita baru di pertengahan huraian, banyak lagi yang belum saya nyatakan. Harap kamu semua dapat membaca serta memahaminya dengan teliti dan sabar.




Selain mereka ramai lagi orang yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua. Sebagai contoh yang hendak saya bawa di sini adalah :




1) Benjamin Rubin : Memperkenalkan jarum suntikan pelalian.


2) Johas Salk : menghasilkan vaksin polio yang pertama.


3) Gentrude Elion : Menghasilkan ubat melawan Penyakit Leukemia.


4) Baruch Blumberg : Mencipta vaksin Hapetatis B.


5) Paul Ehrlich : Menemui rawatan untuk penyakit Siflis.


6) Elie Metchikoff : Memenangi Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit.


7) Benard katz : Memenangi Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi Neuromuskular.


8) Andrew Schally : Penerima Nobel dalam kajian Endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).


9) Aaron Beck : Menemui terapi Kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).


10) Gregory Pincus ; Membanggunkan pil perancang keluarga yang pertama.


11) George Wald ; Menang Hadiah Nobel bagi kajian mata manusia.


12) Standley Cohen : Dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian Embriologi (kajian janin dan perkembangannya).


13) Willem Kolff : Mencipta mesin dialysis (mencuci) buah pinggang.


14) Stanley Mezor : mencipta mikrocip pertama.


15) Leo Szilards : Membanggunkan reactor rangkaian nuclear pertama.


16) Peter Schultz : mencipta kabel gentian optik.


17) Charles Adler : Mencipta lampu isyarat.


18) Benno Strauss : Mencipta besi tahan karat (Stainless Steel).


19) Isador Kisee : Mencipta sistem suara di pawagam.


20) Emile Berliner : Mencipta mikrofon untuk telefon.


21) Charless Ginsburg : Mencipta alat pita rakaman.




Sebagai fakta, sejak 105 tahun, 14 juta orang yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara hanya 3 dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.




Berikut saya senaraikan antara nama-nama mereka yang tersohor di dunia dan berketurunan yahudi untuk kita semua ketahui umum :



1) Ralph Lauren : Polo.


2) Larry Ellison : Oracle.


3) Irv Robbins : Baskin & Robbins.


4) Sergey Brin : Google.


5) Michael Dell : Dell Computers.


6) Donna Karan : DKNY.


7) Howard Schultz : Starbuck’s.


8) Bill Rossenberg : Dunkin Domuts.


9) Levis Strauss : Levi’s Jeans.


10) Richard Levin : Presiden Universiti tersohor Yale University.


11) Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright : Bekas setiausaha Negara AS.


12) Alan Greenspan : Bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush.


13) Maxim Litvinov : Bekas Menteri Luar Soviet Union.


14) David Marshal : Bekas Ketua Menteri pertama Singapura.


15) Isaac Isaacs : Bekas Gabenor Jenderal Australia.


16) Benjamin Disraeli : Negarawan dan penulis Britain.


17) Yevgeny Primkov : Bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB.


18) Jorge Sampaio : Bekas Presiden Portugal.


19) Herb Gray : Bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada.


20) Pierre Mendes : Perdana Menteri ke 143 Perancis.


21) Michael Howard ; Bekas Setiausaha Negara British.


22) Bruno kreisky : Bekas Canselor Austria.


23) Robert Rubin : Bekas Setiausaha Perbendaharaan AS.


24) George Soros : Penyangak mata wang. Dia menderma AS$ 4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.


25) Walter Annenberg : Menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$ 2 bilion.




Berikut saya senaraikan juga nama-nama dermawan yahudi yang terkemuka di dunia.



1) Wolf Blitzer : CNN


2) Barbara Walters : ABC News.


3) Henry Grunwald : Ketua editor Time.


4) Katherine Graham : Penerbit The Washington Post.


5) Joseph lelyyeld : The New York Times.


6) Max Frankel : The new York Times.



Berikutan dengan itu juga, saya senaraikan bangsa yahudi yang memenangi pingat di kejohanan Olimpik.



1) Mark Spitz ; Membolot tujuh pingat emas.


2) Lenny Krayzelburg : Pemenang tiga kali pingat emas olimpik.


3) Boris Becker : Pemain propesional tennis.




Oleh yang demikian, realitinya, pelakon-pelakon pujaan seperti Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Micheal Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry lewis dan Peter Falk semuanya di kalangan bangsa yahudi. Tambahan pula, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang yahudi sebagai saluran propaganda mereka seperti mempromosikan berbagai bentuk hiburan dan budaya hidup yang melampau dan bermewah-mewah serta membawa manusia menyimpang jauh dari landasan agama agar lalai daripada tanggungjawab mereka.





Antara pengarah dan penerbit terkenal seperti Steven Speilberg, Mel Brooks, Oliver stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1, 2 & 3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Theif of Baghdad) dan Ivan Reitman (Ghostbusters), semuanya adalah berketurunan yahudi.




Di Washington, Amerika Syarikat, satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berkuasa mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi yang memihak kepada Israel, sekaligus mempertahankan kepentingan serta kelangsungan hidup kaum yahudi.



Ini dapat mereka lakukan kerana dengan kerjasama saudagar-saudagar besar yahudi yang mengawal perdagangan dan perbankkan, mereka memasang jerat dengan umpan-umpan berbentuk sumbangan kewangan untuk pertandingan jawatan, sokongan undi di kalangan Presiden, Senator dan Ahli Kongres, Senat dan berbagai-bagai lagi.




Tetapi, Persoalannya...




Mengapa mereka seolah-olah terlalu “kuat”?




Dan...




Mengapa umat Islam kelihatan begitu lemah?




Sabar dulu!, nanti saya akan huraikan dengan lebih terperinci berkenaan persoalan tersebut.




Diharap saudara-saudari sekelian dapat membaca serta memahami olahan dan jawapan yang akan saya kemukakan nanti.




Ayuh! Ekperimen kita bermula di sini….





Punca Kekuatan Yahudi Dekad kini.


Jawapannya jelas kerana mereka mengutamakan pendidikan dan penguasaan mereka terhadap hampir keseluruhan bidang pelajaran dan ilmu pengetahuan walaupun bilangan mereka tidak ramai berbanding dengan bilangan umat Islam.




Tetapi Ekperimen kita memerlukan bukti yang konkrit untuk mempertahankan hujah tersebut. Maka di sini saya akan bawakan bukti untuk memperlihatkan bahawa hujah berkenaan adalah benar dan telah diperlihatkan oleh segenap lapisan masyarakat dunia amnya.




Pengembaraan kita bermula lagi…




Dianggarkan terdapat 1,476,233,470 umat Islam di atas muka bumi Allah SWT ini. Satu billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika Syarikat. Nisbahnya, setiap lima manusia adalah Islam. Setiap seorang Hindu ada dua orang islam, setiap seorang Budha ada dua orang Islam dan setiap seorang yahudi ada beratus orang Islam.




Sejumlah 57 negara yang menganggotai OIC, iaitu pertubuhan terbesar Islam, dan jika dicampur kesemuanya Cuma ada kira-kira 500 buah universiti, atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. Amerika mempunyai 5,758 buah universiti dan India pula 8,407 buah. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian berhubung “Kedudukan Akademik Universitiuniversiti Dunia” dan umat Islam terpaksa menelan pahit kenyataan bahawa, tiada satu pun universiti Negara Islam yang berada pada kedudukan 500 teratas.




Saya ulangi sekali lagi, tiada satu pun universiti Negara Islam yang berada pada kedudukan 500 teratas.




William James Sidis.

Manusia tercerdik di dunia

dengan IQ 250-300

adalah berbangsa Yahudi.





Secara amnya kita fahamkan, mengapa? dan kenapa?.




Kita baru dipermulaan Eksperimen.




Banyak lagi yang perlu saya perkatakan.




Ayuh!




Kita mulakan lagi pengembaraan kita menyelaminya dengan mendalam...




Perbandingan Tahap Pendidikan Masyarakat Yahudi Dan Umat Islam.


Berdasarkan data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di Negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Sementara itu, di Negara majoriti penduduk Islam pula, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada Negara yang mempunyai 100 peratus tahap celik huruf di kalangan warganya.



Harus kita semua ingati juga, bahawa sekitar 98 peratus penduduk di Negara maju menamatkan sekurang-kurangnya sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di Negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di Negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di Negara majoriti Islam.



Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap per sejuta penduduk. Di Amerika Syarikat, 4,000 per sejuta dan di Jepun 5,000 persejuta. Di seluruh Negara Arab, jumlah penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di Negara maju; 1,000 juruteknik per sejuta).




Sekarang kita fahamkan serba sedikit, mengapa? dan kenapa?.




Tetapi...




Persoalannya...




Mengapa Umat Islam masa kini begitu lemah berbanding masyarakat yahudi?




Perlu diingati juga, saya belum lagi menamatkan artikel ini tanpa memberi input yang berkesan kepada anda semua.




Eksperimen kita masih berjalan lagi…




Kelemahan Umat Islam Masa Kini Berbanding Masyarakat Yahudi.


Dunia Islam yang ada pada hari ini kurang keupayaan untuk menguasai ilmu pengetahuan, seterusnya membuat penemuan-penemuan dalam berbagai bidang yang dapat digunapakai oleh manusia sejagat.



Secara amnya menurut kajian, Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). sebaliknya, Negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNK nya.




Betul ke fakta yang saya bawa ini?.




Anda keliru...




Atau menyokong...




Saya akan buktikan...




Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Sebagai contoh, di Pakistan (sebuah Negara Islam), hanya ada 23 akhbar harian per 1000 rakyatnya, sementara nisbah di Singapura adalah 360. Di UK, jumlah judul buku persejuta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.



Jelas sekali, dunia Islam gagal menyalurkan dengan baik ilmu pengetahuan kepada warganya sedangkan ia merupakan teras kepada pembangunan Ummah. Maka tidak hairanlah dekad kita, Jurutera, Arkitek dan Kontraktor kita yang tidak berpengetahuan boleh menyiapkan sesuatu projek dengan begitu cepat sekali tanpa asas pengetahuan yang kukuh. Maka hasil yang dikecapi, runtuhan bumbung pula musibahnya. Bukankah itu sesuatu yang memalukan!.





Penguasaan Ekonomi Global Oleh Masyarakat Yahudi Berbanding Umat Islam.


Dari sudut yang lain pula, jumlah terkumpul KDNK tahunan bagi 57 buah Negara ahli OIC adalah di bawah AS$2 trilion. Walhal, Amerika sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China As$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan jerman AS$2.4 trilion.




Sementara itu, pengeluar minyak yang kaya seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar dan sebagainya secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion sedangkan Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.




Malaysia pula?.




Kita sama-sama fikirkan sendiri...



Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita mengetahui bahawa masyarakat yahudi itu telah lama bertapak untuk memonopoli seluruh struktur di bumi Allah ini. Janganlah kita berkokok-kokok di siang hari tetapi di waktu petang kita pula yang terbatuk-batuk akibat kokokan kita itu. Janganlah kita menghentak meja dan kerusi untuk membantah sesuatu perlakuan pihak yahudi, tetapi hentakkan kita itu berlaku di kedai-kedai kopi yang segelintirnya dipenuhi oleh masyarakat Islam. Bukankah ketika itu kita berada dirumah dan tempat-tempat tertentu untuk membantu dan menyelamatkan generasi kita untuk mengutuhkan lagi aqidah-aqidah mereka. Kita sering mempercacaikan pihak musuh, tetapi dalam masa yang sama kita juga menyokongnya secara membabi-buta. Kita sering menyuruh anak-anak serta generasi kita menimba ilmu untuk masa yang akan datang, tetapi sesetengah dari kita masih tidak mengambil tahu akan jadual kuliah-kuliah ilmu yang sering dimainkan di surau-surau dan di masjid-masjid berdekatan kita. Inilah hakikat yang perlu kita semua telan!




Maka tidak hairanlah dekad kini, kes-kes pembuangan bayi kian berleluasa dan ditambahi pula dengan keruntuhan akhlaq yang kian meruncingkan. Malahan apa yang telah saya ketahui, bahawa ibubapa itu juga memainkan peranan yang cukup besar dalam kes-kes ini. Ibubapa terlalu mengambil ringan terhadap anak-anak mereka, sehinggakan ada yang sanggup membiarkan anak-anak mereka melakukan pekara-pekara kemaksiatan di rumah-rumah mereka dengan alasan yang tidak masuk akal langsung. Ditambahi pula dengan kesibukkan ibubapa terhadap kerjaya masing-masing. Perlu di ingati juga, jika ibubapa terlalu sibuk, maka solat ke mana dan doa pun ke mana. Pernahkah kita terfikir, bahawa doa-doa dari ibubapa itu adalah doa yang mustajab. Harus diingati juga, bahawa doa-doa dari kalangan ibubapa yang Mukmin. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada ibubapa dekad kini untuk mencatur situasi anak-anak mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT. Amin.




Tetapi!




Adakah kita sedar akan hakikat ini?




Persoalannya sampai bilakah ia akan berakhir?




Sampai matahari terbit dari barat?




Atau sampai kita dijemput oleh-Nya?




Ingatlah saudara-saudari sekelian, saya berpesan kepada diri saya dan kamu semua yang setia di sini, agar mempertingkatkan lagi amalan kita terhadap Maha Pencipta serta menuruti segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, agar kita tergolong di kalangan golongan orang-orang yang di kasihi Allah SWT.




“Remember!...Truth And Justice Will Win In The End…”






AllahuAkbar!



6 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Saya membaca artikel ini..banyak yang dapat membuka minda saya..artikel yang sangat bagus menerangkan secara terperinci...tentang yahudi dalam usaha untuk merosakkan umat Islam. Kita kena kuatkan iman. Ikutlah apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita iaitu Al-Quran dan sunnah agar tidak tersesat dimuka bumi ini. Insya Allah..
    wassalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Ma'zah.

    BismillahirRahmanirRahim.

    In The Name of Allah.

    Benar apa yang saudari katakan itu, berpegang teguhlah kita semua akan Kitabullah dan Sunnah SAW.

    Firman Allah SWT :
    "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali-Imraan - Ayat 185).

    Terima kasih kerana perkongsian yang bermanfaat. Semoga saudari dan seluruh umat Islam dilindungi dari segala anasir-anasir jahat musuh-musuh Islam yang sering datang untuk menyesatkan aqidah-aqidah umat Islam.

    ReplyDelete
  3. salam sahabat.
    artikel yg menarik buat tatapan kita semua khususnya umat Islam.usah jemu ,walaupun kita menggunakan kepakaran @ teknologi mereka.kita gunakan balik utk melawan dan menyedarkan umat Islam yg terlena dibuai dan dibaluti selimut beracun mereka.spt kat as-syahid dr abdullah azzam "kita umpama ayam yg digemukkan di dlm reban dan menunggu masa utk disembelih oleh para thagut.teruskan wahai sahabat, gunakan cabang2 jihad yg ada demi Islam tercinta...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Pacifist.

    In The Name Of Allah.

    Terima kasih dengan perkongsian yang bernas dan bermanfaat untuk tatapan bersama.

    Firman Allah SWT :
    “Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).” (Surah Ali-Imran – Ayat 69).

    ReplyDelete
  5. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih
    Lagi Maha Penyayang.

    Serta Selawat Dan Salam ke atas Junjungan Besar
    Nabi Muhammad s.a.w.

    Assalamualaikum saudara penulis yg budiman,

    Saya terkesima sejenak membaca tulisan saudara.
    Begitu terperinci saya rasakan penerangan saudara..benar-benar membuka minda saya juga
    kaum muslimin muslimat tentang topik yg saudara utarakan..

    Tiada apa yang layak saya katakan hanyalah...

    "Pengkajian, penulisan seterusnya penerangan yang begitu terperinci dari saudara mampu 'membuka mata' orang Islam khasnya..."

    Sudah tiba masanya orang Islam tidak terus membiarkan diri mereka dibuai mimpi-mimpi indah tanpa menyedari propaganda-propaganda Yahudi yg menyesatkan...

    Pesanan saya untuk umat Islam semua..buangkan perasaan ego anda sehingga menjadi 'lupa diri' lalu tanpa disedari sanggup membelakangkan perintah ALLAH dan melupakan sunnah Rasullullah s.a.w...

    Saudara penulis..teruskan tinta anda kerana ianya menjadi tazkirah yg begitu bernilai...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam Darwisha.

    In The Name Of Allah.

    Terima kasih kerana berkunjung di sini. Semoga Umat Islam akan lebih tabah dan optimis dalam mencatur kehidupan bersama-sama Syariat Allah Azza Wa Jalla. Amin.

    AllahuAkbar!

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails