Friday 24 July 2009

100 Hadith Dhai'f Dan Palsu. - Bahagian 1

Oleh : Muhammad Ibn Nazir.

BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, Salam dan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w , Ahli keluarga Baginda dan Sahabat-sahabatnya. Aku bersaksi tiada Tuhan yang wajib disembah kecualiNya dan Muhammad s.a.w itu PesuruhNya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Bertekad dengan keizinan dariNya, dengan itu saya cuba untuk lampirkan dengan terperinci kepada muslimin dan muslimat di luar sana untuk merujuk sejenak akan hadith-hadith Dhai'f dan Palsu ini, bagi mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya. Koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi. Tujuan penterjemahan Koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu ini adalah untuk mendidik diri kita sendiri agar berhati-hati terhadap periwayatan Hadis Dha'if dan Palsu. Di samping itu ia juga akan cuba disebarkan kepada orang ramai melalui media internet, samada melalui web, forum, senarai mel atau sebagainya. Disamping itu juga ia bertujuan adalah untuk mendidik masyarakat serta memberi peringatan kepada mereka tentang bahaya Hadis Dha'if dan Palsu. Agar mereka dapat menjauhkan diri dari meriwayatkannya dan mengamalkannya. Apa yang diharapkan ialah, para pembaca tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat ke atas para penterjemahnya, penyusun asalnya dan kepada semua yang terbabit. InsyaAllah..


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله , وبعد:
فهذه ( 100 ) حديث من الأحاديث الضعيفة والموضوعة وهي منتشرة بين الخطباء
والوعاظ ، وفي الصحيح ما يغني المسلم عن الأخذ بالضعيف .

Ini adalah 100 buah hadis Dha'if dan Maudhu' yg tersebar luas di kalangan
khatib/penceramah/pendakwah. Hadis Shahih sudah memadai tanpa perlu mengambil hadis Dha'if.

-1 ((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر، لم يزدد من الله إلا بعداً)). وفي لفظ:
((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر ، فلا صلاة له)). قال الذهبي : قال ابن
الجنيد: آذب وزور. قال الحافظ العراقي: حديث إسناده لين، قال الألباني : باطل لا
293 ) . "نخريج / يصح من قبل إسناده ولا من جهة متنه. "ميزان الاعتدال" ( 3
.(985 ، 143 ) . "السلسلة الضعيفة" ( 2 / الإحياء" ( 1

Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)


-2 ((الحديث في المسجد يأآل الحسنات آما تأآل البهائم الحشيش)). وفي لفظ :
((الحديث في المسجد يأآل الحسنات آما تأآل النار الحطب)). قال الحافظ العراقي:
لم أقف له على أصل، قال عبد الوهاب ابن تقي الدين السبكي : لم أجد له إسناداً ،
136 ) . "طبقات الشافعية" / قال الألباني : لا أصل له. "تخريج الإحياء" ( 1
. ( 145 ) . "الضعيفة" ( 4 / للسبكي ( 4

Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana
binatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)


-3 ((اعمل لدنياك آأنك تعيش أبداً ، واعمل لآخرتك آأنك تموت غداً)). قال
الألباني: لا يصح مرفوعاً أي: ليس صحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم.
. ( "الضعيفة" ( 8

Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan
beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w.)


-4 ((أنا جدُّ آل تقي)) قال السيوطي: لا أعرفه. قال الألباني : لا أصل له.
. ( 89 ) . "الضعيفة" ( 9 / "الحاوي" للسيوطي ( 2

Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (Albani: Tiada asalnya)


-5 ((إنما بعثتُ مُعَلِّماً)) قال العراقي: سنده ضعيف، قال الألباني : ضعيف. "تخريج
. ( 11 ) . "الضعيفة" ( 11 / الإحياء" ( 1

Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru. (Albani: Dha'if)


-6 ((أوحى الله إلى الدنيا أن اخدمي من خدمني وأتعبي من خدمك)) قال الألباني :
303 ) . "الفوائد المجموعة" للشوآاني / موضوع. "تنزيه الشريعة" للكناني ( 2
. ( 712 ) . "الضعيفة" ( 12 )

Ertinya: Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu. (Albani: Maudhu')


-7 ((إياآم وخضراءُ الدِّمن فقيل: ما خضراء الدِّمن؟ قال المرأةُ الحسناء في المنبت
السوء)). قال العراقي: ضعيف وضعفه ابن الملقن . قال الألباني: ضعيف جداً.
. ( 42 ) . "الضعيفة" ( 14 / "تخريج الإحياء" ( 2

Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak. Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat). (Albani: Terlalu Dha'if)


-8 ((صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والفقهاء)). وفي لفظ
((صنفان من أمتي إذا صلحا، صلح الناس: الأمراء والعلماء)). قال الإمام أحمد :
في أحد رواته آذاب يضع الحديث ، قال ابن معين والدارقطني مثله، قال الألباني:
. ( 6) . "الضعيفة" ( 16 / موضوع. "تخريج الإحياء" ( 1

Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'. (Albani:
Maudhu')


-9 ((توسلوا بجاهي ، فإن جاهي عند الله عظيم)). قال ابن تيمية والألباني : لا
. ( 415 ) . "الضعيفة" ( 22 / أصل له."اقتضاء الصراط المستقيم" لابن تيمية ( 2

Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku disisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)


-10 ((من خرج من بيته إلى الصلاة فقال : اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك،
وأسألك بحق ممشاي هذا ......... أقبل الله عليه بوجهه واستغفر له ألفُ ملكٍ)).
ضعفه المنذري، قال البوصيري: سنده مسلسل بالضعفاء. قال الألباني : ضعيف.
. (256/ 272 ) . "سنن ابن ماجه" ( 1 / "الترغيب والترهيب" للمنذري ( 3

Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini. Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya. (Albani: Dha'if)

-11 ((الخير فيَّ وفي أمتي إلى يوم القيامة)). قال ابن حجر : لا أعرفه . "المقاصد
. ( الحسنة" للسخاوي (ص 208 ). وهو في "تذآرة الموضوعات" للفتني ( 68
.( وفي "الأسرار المرفوعة في الأخبار الموضوعة" للقاري (ص 195

Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat. (Ibnu Hajar: Aku tidak mengenalinya).


-12 ((من نام بعد العصر ، فاختُلس عقله، فلا يلومنَّ إلا نفسه)). أورده ابن
69 ) . والسيوطي في "اللآلئ المصنوعة" / الجوزي في "الموضوعات" ( 3
. ( 279/2 ) . والذهبي في "ترتيب الموضوعات" ( 839 )

Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka
janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-
Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)


-13 ((من أحدث ولم يتوضأ فقد جفاني ......)). قال الصغاني : موضوع .
. ( "الموضوعات" ( 53 ) . والألباني : موضوع."الضعيفة" ( 44

Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah
memalingkan diri dariku. (Albani: Dha'if)


-14 ((من حج البيت ولم يزرني . فقد جفاني)). موضوع. قاله الذهبي في "ترتيب
الموضوعات" ( 600 ) . والصغاني في "الموضوعات" ( 52 ) . والشوآاني في
. ( "الفوائد المجموعة" ( 326

Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu')


-15 ((من حج، فزار قبري بعد موتي، آان آمن زارني في حياتي)). قال ابن
( تيمية: ضعيف . "قاعدة جليلة" ( 57 ) . قال الألباني: موضوع. "الضعيفة" ( 47
.(5250/ . وانظر "ذخيرة الحفاظ" لابن القيسراني ( 4

Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2
menziarahiku semasa aku hidup. (Albani: Maudhu')


-16 ((اختلاف أمتي رحمة)). موضوع. "الأسرار المرفوعة" ( 506 ) . "تنزيه
. ( 402 ) . وقال الألباني: لا أصل له. "الضعيفة" ( 11 / الشريعة" ( 2

Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (Albani: Tiada asalnya)


-17 ((أصحابي آالنجوم بأيهم اقتديتم اهتديتم)). وفي لفظ: ((إنما أصحابي مثل
النجوم فأيهم أخذتم بقوله اهتديتم)).قال ابن حزم : خبر مكذوب موضوع باطل لم
82 ) . وقال الألباني: / 64 ) و ( 6 / يصح قط."الإحكام في أصول الأحكام"( 5
موضوع. "الضعيفة" ( 66 ) . وانظر "جامع بيان العلم وفضله" لابن عبد البر
.(91/2)

Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk. (Albani: Maudhu')


-18 ((من عَرَفَ نفسهُ فقد عرف ربَّه)).موضوع."الأسرار المرفوعة" ( 506 ) . و
. ( 402 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 11 / "تنزيه الشريعة"( 2

Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali
tuhannya. (al-Asrar al-Marfu'ah & tazkirah al-Maudhu'aat: Maudhu')


-19 ((أدَّبني ربي. فأحسن تأديبي)). قال ابن تيمية: لا يعرف له إسناد ثابت
( ."أحاديث القصاص" ( 78 ) .وأورده الشوآاني في "الفوائد المجموعة" ( 1020
. ( . والفتني في "تذآرة الموضوعات" ( 87

Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (Ibn Taimiyah: Tiada isnad yg tsabit)


-20 ((الناس آلهم موتى إلا العالمون، والعالمون آلهم هلكى إلا العاملون
والعاملون آلهم غرقى إلا المخلصون والمخلصون على خطر عظيم)). . قال
الصغاني : هذا الحديث مفترى ملحون والصواب في الإعراب: العالمين والعالمين
. ( ."الموضوعات" ( 200 ) . وأورده الشوآاني في "الفوائد المجموعة" ( 771
. ( والفتني في "تذآرة الموضوعات" ( 200
Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim
semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal
semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar. (Al-Saghani: Maudhu')


-21 ((سؤر المؤمن شفاء)) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" ( 217 ) . "آشف
. ( 1500 ) . "الضعيفة" ( 78 / الخفاء" ( 1

Bekas mulut orang beriman adalah ubat. (Tiada asalnya)


-22 ((إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان، فأتوها ولو حبواً فإن فيها
. ( خليفة الله المهدي)). ضعيف . "المنار المنيف" لابن القيم ( 340
. ( 39 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 233 / "الموضوعات" لابن الجوزي ( 2

Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha'if)


-23 ((التائب حبيبُ الله)). لا أصل له . "الأحاديث التي لا أصل لها في الإحياء"
. ( للسبكي ( 356 ) . "الضعيفة" ( 95

Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. (Tiada asalnya)


-24 ((أما إني لا أنسى ، ولكن أُنَسَّ لأُشَرِّع)) . لا أصل له . "الأحاديث التي لا أصل
. ( لها في الإحياء" ( 357 ) . "الضعيفة" ( 101

Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (Tiada asalnya)


-25 ((الناس نيام فإذا ماتوا انتبهوا)). لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" ( 555
.( "الفوائد المجموعة" ( 766 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 200

Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (Tiada asalnya)


-26 ((من حدث حديثاً، فعطس عنده ، فهو حق)). موضوع . "تنزيه الشريعة"
. ( 286 ) . "الفوائد المجموعة" ( 669 / 483 ) . "اللآلئ المصنوعة" ( 2 )

Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar. (Maudhu')


-27 ((تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز له العرش)). موضوع . "ترتيب
الموضوعات" ( 694 ) . "الموضوعات" للصغاني ( 97 ) . "تنزيه الشريعة"
. (202/2)

Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy. (Maudhu')


-28 ((تعاد الصلاة من قدر الدرهم من الدم)). موضوع . "ضعاف الدار قطني"
للغساني ( 353 ) . "الأسرار المرفوعة" ( 138 ) . "الموضوعات" لابن الجوزي
(76/2)

Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham. (Maudhu')


-29 ((السخي قريب من الله، قريب من الجنة. قريب من الناس، بعيد من النار،
والبخيل بعيد من الله، بعيد من الجنة، بعيد من الناس ، قريب من النار وجاهل
. ( سخي أحب إلى الله من عابد بخيل)). ضعيف جدّاً . "المنار المنيف"( 284
. (91/ "ترتيب الموضوعات" ( 564 ) . "اللآلئ المصنوعة" ( 2

Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripada seorang ahli ibadah yang bakhil. (Terlalu Dha'if)


-30 ((أنا عربي والقرآن عربي ولسان أهل الجنة عربي)) . "تذآرة
. (30/ الموضوعات" ( 112 ) . "المقاصد الحسنة" ( 31 ) . "تنزيه الشريعة" ( 2

Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah
bahasa Arab.


-31 ((إن لكل شيء قلباً، وإن قلب القرآن (يس) من قرأها، فكأنما قرأ القرآن عشر
. ( 55 ) . "الضعيفة" ( 169 / مرات)). موضوع . "العلل" لابن أبي حاتم ( 2

Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin.
Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali. (Maudhu')


-32 ((فكرة ساعة خير من عبادة ستين سنة)) . موضوع . "تنزيه الشريعة"
. ( 305/2 ) . "الفوائد المجموعة" ( 723 ) . "ترتيب الموضوعات" ( 964 )

Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu')


-33 ((لا صلاة لجار المسجد إلا في المسجد)) . ضعيف . "ضعاف الدارقطني"
.(693/ 16 ) . "العلل المتناهية" ( 1 / 362 ) . "اللآلئ المصنوعة" ( 2 )

Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. (Dha'if)


-34 ((الحجر الأسود يمين الله في الأرض يصافح بها عباده)). موضوع . "تاريخ
. ( 944 ) . "الضعيفة" ( 223 / 328 ) . "العلل المتناهية" ( 2 / بغداد" للخطيب ( 6

Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya. (Maudhu')


-35 . "تذآرة ((صوموا تصحوا)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" ( 3
. ( الموضوعات" ( 70 ) . "الموضوعات" للصغاني ( 72

Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)


-36 ((أوصاني جبرائيل عليه السلام بالجار إلى أربعين داراً. عشرة من ها هنا،
وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا ، وعشرة من ها هنا)) . ضعيف . "آشف
232 ) . "المقاصد الحسنة" للسخاوي / 1054 ) . "تخريج الإحياء" ( 2 / الخفاء" ( 1 . (170)

Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah.
Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana.
Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)


-37 ((لولاك ما خلقت الدنيا)) . موضوع . "اللؤلؤ المرصوع" للمشيشي ( 454
.( "ترتيب الموضوعات" ( 196 ) . "الضعيفة" ( 282

Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia. (Maudhu')


-38 ((من قرأ سورة الواقعة في آل ليلة لم تصبه فاقة أبداً)). ضعيف. "العلل
( 301 ) . "الفوائد المجموعة" ( 972 / 151 ) . "تنزيه الشريعة" ( 1 / المتناهية" ( 1

Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan
ditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).


-39 ((من أصبح وهمه غير الله عز وجل ، فليس من الله في شيء ومن لم يهتم
للمسلمين فليس منهم)) . موضوع . "الفوائد المجموعة" ( 233 ) . "تذآرة
. (312- الموضوعات" ( 69 ) . "الضعيفة" ( 309

Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka. (Dha'if)


-40 ((1997 ) . "الفوائد / -40 ((آما تكونوا يولي عليكم)) . ضعيف . "آشف الخفاء" ( 2 .( المجموعة" ( 624 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 182
Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan
kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)


-41 ((آما تكونوا يولي عليكم)) . ضعيف . "الفوائد المجموعة" ( 624 ) . "تذآرة
.(1997/ الموضوعات" ( 182 ) . "آشف الخفاء" ( 2

Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan
kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)


-42 ((من ولد له مولود. فأذن في أذنه اليمنى وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم
397 ) . "مجمع الزوائد" للهيثمي . / الصبيان)) . موضوع . "الميزان" للذهبي ( 4 . (61/ "تخريج الإحياء" ( 2

Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.
(Maudhu')


-43 ((من تمسك بسنتي عند فساد أمتي ، فله أجر مئة شهيد)) . ضعيف جدا .
. ( 5174 ) . "الضعيفة" ( 326 / "ذخيرة الحفاظ" ( 4

Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan,
maka baginya seratus pahala mati syahid. (Terlalu Dha'if)


-44 ((المتمسك بسنتي عند فساد أمتي له أجر شهيد)) . ضعيف ."الضعيفة"
(327)

Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid. (Dha'if)


-45 ((أنا ابن الذبيحين)) . لا أصل له . "رسالة لطيفة" لابن قدامة ( 23
. ( "اللؤلؤ المرصوع" ( 81 ) . "النخبة البهية" للسنباوي ( 43

Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s.) – (Tiada asalnya)



-46 ((النظر في المصحف عبادةٌ، ونظر الولد إلى الوالدين عبادةٌ، والنظر إلى علي
. ( بن أبي طالب عبادةٌ)) . موضوع . ""الضعيفة" ( 356

Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)


-47 ((من صلى في مسجدي أربعين صلاة لا يفوته صلاة آتبت له براءة من النار
. ( ونجاة من العذاب، وبرئ من النفاق)) . ضعيف . "الضعيفة" ( 364

Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafiq. (Dha'if)


-48 ((الأقربون أولى بالمعروف)) . لا أصل له . "الأسرار المرفوعة" ( 51
. ( "اللؤلؤ المرصوع" ( 55 ) . "المقاصد الحسنة" للسخاوي ( 141

Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik. (Tiada asalnya)


-49 ((آخر من يدخل الجنة رجل من جهينة ، يقال له: جهينة ، فيسأله أهل الجنة:
هل بقي أحد يعذب؟ فيقول: لا فيقولون: عند جهينة الخبر اليقين)). موضوع .
391 ) . "الفوائد / 161 ) . "تنزيه الشريعة" ( 2 / "الكشف الالهي" للطرابلسي ( 1 . ( المجموعة" ( 1429

Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia
bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang
diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini
kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah. (Maudhu')


-50 ((خير الأسماء ما عبِّد وما حمِّد)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" ( 192
. ( . "اللؤلؤ المرصوع" ( 189 ) . "النخبة" ( 117

Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')


-51 - ((اطلبوا العلم ولو بالصين)) . موضوع . "الموضوعات" لابن الجوزي
( 215/1 ) . "ترتيب الموضوعات" للذهبي ( 111 ) . "الفوائد المجموعة" ( 852 )

Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')


-52 ((شاوروهن - يعني: النساء - وخالفوهن)) . لا أصل له . "اللؤلؤ المرصوع"
.( 264 ) . "تذآرة الموضوعات" ( 128 ) . "الأسرار المرفوعة" ( 240 )

Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)


-53 ((يدعى الناس يوم القيامة بأمهاتهم ستراً من الله عز وجل عليهم)) . موضوع
449 ) . "الموضوعات" لابن الجوزي / . "اللآلئ المصنوعة" للسيوطي ( 2
. ( 248/3 ) . "ترتيب الموضوعات" ( 1123 )

Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')


-54 ((السلطان ظل الله في أرضه، من نصحه هدي ، ومن غشه ضل)). موضوع .
. ( "تذآرة الموضوعات" للفتني ( 182 ) . "الفوائد المجموعة" للشوآاني ( 623
. ( "الضعيفة" ( 475
Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat. (Maudhu')


-55 ((من خاف الله خوف الله منه آل شيء ، ومن لم يخف الله خوفه الله من آل
145 ) . "تذآرة الموضوعات" / شيء)) . ضعيف . "تخريج الإحياء" للعراقي ( 2
. ( 20 ) . "الضعيفة" ( 485 )

Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akan menjadikan takut terhadap segala sesuatu. (Dha'if)


-56 ((قال الله تبارك وتعالى : من لم يرض بقضائي ويصبر على بلائي، فليتمس
625 ) . "تذآرة / رباً سوائي)) . ضعيف . "الكشف الإلهي" للطرابلسي ( 1
. ( الموضوعات" ( 189 ) . "الفوائد المجموعة" ( 746

Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidak bersabar atas bala'-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu. (Dha'if)


-57 ((ليس لفاسق غيبة)) . موضوع . "الأسرار المرفوعة" للهروي ( 390
. (764/ "المنار المنيف" لابن القيم ( 301 ) . "الكشف الإلهي" ( 1

Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq. (Hadist Maudhu’)


-58 ((إذا مات الرجل منكم فدفنتموه فليقم أحدآم عند رأسه. فليقل: يا فلان بن
فلانة! فإنه سيسمع ، فليقل : يا فلان بن فلانة! فإنه سيستوي قاعداً .... اذآر ما
خرجت عليه من دار الدنيا: شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ... الخ)) .
. (206/ 420 ) . "زاد المعاد" لابن القيم ( 1 / ضعيف . "تخريج الإحياء" ( 4
. ( "الضعيفة" ( 599

Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata: Wahai Si Fulan ! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya. Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir. (Hadis ini Dho’ief)


-59 ((ما خاب من استخار ، ولا ندم من استشار ولا عال من اقتصد)). موضوع .
. ( 775 ) . "الضعيفة" ( 611 / "الكشف الإلهي" ( 1

Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana. (Hadist Maudhu’)


-60 ((آان إذا أخذ من شعره أو قلم أظفاره ، أو احتجم بعث به إلى البقيع فدفن)) .
. ( 337 ) . "الضعيفة" ( 713 / موضوع . "العلل" لابن أبي حاتم ( 2

Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam. (Hadist Maudhu’)


-61 ((المؤمن آيِّس فطِن حذر)) . موضوع . "آشف الخفاء" للعجلوني
. ( 859 ) . " الضعيفة" ( 760 / 2684/2 ) . "الكشف الإلهي" للطرابلسي ( 1 )

Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati. (Maudhuk: Kasyful Khafa')

-62 ((يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر جعل
الله صيامه فريضة وقيام ليلة تطوعاً..الخ)). ضعيف . "العلل" لابن أبي حاتم
. ( 249/1 ) . "الضعيفة" ( 871 )

Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di
mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya
sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.. (Dha'if, al-Ilal Ibnu Abi Hatim)


-63 ((يا جبريل صف لي النار، وانعت لي جهنم: فقال جبريل: إن الله تبارك وتعالى
أمر بجهنم فأوقد عليها ألف عام حتى ابيضت، ثم أمر بها فأوقد عليها ألف عام
حتى احمرت، ثم أمر فأوقد عليها ألف عام حتى اسودت فهي سوداء مظلمة..الخ))
. ( 387 ) . "الضعيفة" ( 910 / . موضوع . "الهيثمي" ( 10

"Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap.." (Maudhu', al-Haitsami)


-64 ((لا تكثروا الكلام بغير ذآر الله، فإن آثرة الكلام بغير ذآر الله قسوة للقلب،
. ( وإن أبعد الناس من الله القلب القاسي)). ضعيف. "الضعيفة" ( 920

Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if).

No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails