Monday 9 March 2009

Salam Ukhwah Dan Perkenalan.

Oleh : Muhammad Ibn Nazir

Assalamualaikum dan Salam Muhibah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Salam dan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, Ahli keluarga Baginda dan Sahabat-sahabat serta Sahabiah-sahabiahnya.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurniaanNya kepada kita serta dengan kenikmatan dariNya, dapatlah bersama-sama dengan ini memulakan perjalanan kehidupan di fana ini dengan keredhaanNya. Bersyukur jua saya panjangkan kepadaNya, kerana mengizinkan diri ini untuk memulakan posting-posting dan artikel-artikel penulisan untuk tatapan umum di laman Blog kelolaan saya ini.

Saya yakin bahawa mungkin terdapat kekurangan atau kekhilafan serta kekeliruan terhadap penulisan saya ini yang tidak saya sengajakannya. Mohon ampun kepada Allah s.w.t dan RasulNya, andaikata ternyata terdapat kekhilafan dan kekeliruan (yang tidak sengaja) dalam saya memberi ulasan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi s.a.w serta dalam saya memberikan gambaran dan perumpamaannya. Mohon kemaafan ini juga dipanjatkan kepada para Alim Ulama, Para Sarjana Islam dan Para Ahli Cerdik Cendekiawan. Mohon maaf jua saya panjangkan lagi kepada individu-individu, pihak berkumpulan atau sebaliknya, sekiranya hujah-hujah saya ini menguris dan mencalar kretiviti setiap para pembaca nanti.

Bidang penulisan memerlukan pemahaman, penelitian erti maksud tersurat dan tersirat kepada penulis dan pembaca khasnya. Setiap kesalahan perlu dititik beratkan dan dikongsi bersama, bagi meluaskan bidang penulisan yang agak kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, saya sarankan kepada individu-individu Pengkritik-Pengkritik Macho dan Sambrono agar lampirkan hujah-hujah anda bernaskan atau berpaksikan Al-Quran dan Hadith-hadith yang shahih, bagi mendorong setiap khilaf yang saya kemukakan kelak akan difahami umum, khasnya bagi mereka-mereka yang sedang dan akan mencari HidayahNya. Saya bermohon agar perjalanan penulisan ini perlu ditemani oleh rakan-rakan siber yang beretika demi membuahkan satu rungkaian kefahaman dan penelitian yang tertil dan tepat untuk tatapan umum.

Sempena menyambut bulan MaulidurRasul ini, Sama-samalah kita merenungi dan menghayati erti perjuangan Nabi s.a.w. Perbanyakkanlah berselawat kepada junjungan kita Rasulullah s.a.w. Ramai Ulama-Ulama berpendapat bahawa tarikh 12 RabiuAwal bukanlah tarikh sebenar hari kelahiran Nabi s.a.w, ada segelintir negara-negara islam di dunia ini telah meraikan dan menyambut sebelum dan selepas tarikh 12 RabiuAwal tersebut, belum dapat dipastikan lagi tarikh sebenar tentang hari kelahiran Nabi s.a.w. tersebut, kerana pada masa itu Ahli-ahli kaji falakh tidak dapat menentukan tarikh sebenar akibat kekurangan alatan dan Ahli-ahli pengkaji ilmu falakh ketika waktu itu. Janganlah kita terlalu fanatik dengan tarikh 12 RabiuAwal tersebut, sehinggakan segala amal ibadah dan suruhanNya yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita diabaikan.

Seharusnya, kita perlu peka akan amanah yang telah diberikan kepada kita, dan perlu dititik beratkan dari setiap sudut. Oleh yang demikian, apa yang dapat saya membuat kesimpulan bahawa bulan RabiuAwal adalah bulan kelahiran junjungan besar kita iaitu Rasulullah s.a.w. Semoga kita bersama-sama mendekatkan diri kita yang fakir ini kepada Allah s.w.t. dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya.

Akhirkata dari saya, semoga anda semua dapat sesuatu yang ibrah dari kelola blog penulisan dari saya kelak. Sesungguhnya yang mulia itu datangnya dari Maha Pencipta, dan kekurangan, kedaifan dan kekhilafan itu datangnya dari diri saya sendiri.

AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar!.


JazzakaAllah khairan kathiraa.


Ikhlas dari,
Muhammad Ibn' Nazir.
12 RabiuAwal 1430.

MujahidinCyber@yahoo.com

2 comments:

  1. Assalammualaikum.....
    Sahabat yg sya muliakan.......
    Tahniah krna telah menceburkan diri dlm arena bloger...(penulisan ilmiah)
    Mudahan sahabatakan berjaya & sya mendoakan kebaikan atas sahabat dari yg empunya Anugerah..Allah Tabaroka Wataala....AMIN
    Maaf kerana sya ingin memberi sedikit teguran pada tulisan Salam Pengenalan sahabat di atas,
    1)Pda perengan ketiga sahabat ada "memohon ampun kepada Allah dan Rasulnya"
    Sahabat yg dimuliakan, sesungguhnya permohonan ampun (taubat)sahabat hanya boleh ditujukan hanya pada Allah S.W.A semata-mata, tidaklah kita dibenarkan memohon ampun (taubat) kepada Nabi Muhammad S.A.W.......

    2)Allah S.W.A telah menganugerahkan hambaNya Bulan-bulan dalam setahun sebanyak 12 bulan, dan tidaklah layak sahabat menukarkan bulan "Rabiul Awal" kepada atau sebagai nama bulan "Maulidul Rasul"

    Semoga teguran ini dapat mematangkan & pengajaran untuk kita semua...
    Sekali lagi sya memohon maaf dari sahabat dan memohon keampunan (taubat) dari Allah S.W.A
    wassalammualaikumwarohmatullah

    ReplyDelete
  2. BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Terlebih dahulu terima kasih kerana saudara di sini, yang hadir bagi mengilhamkan sesuatu yang bermanfaat. Persoalan saudara akan saya jawab mengikut keizinan dari-Nya. InsyaAllah.

    1) "Mohon ampun kepada Allah s.w.t dan Rasulnya". Dalam perengan tersebut saya melampirkan keampunan (taubat) saya terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, Telah saya nyatakan di atas bahawa, setiap kekhilafan penulisan saya akan saya mohon maaf (taubat) kepada Allah s.w.t. Biarpun kesilapan bahasa, terjemahan dan sebagainya dalam tafsiran Kalam-Nya, Ia meliputi segala kekhilafan yang tidak disengajakan atau disengajakan. Begitu juga di perengan yang sama tersebut saya mohon kemaafan terhadap Rasulullah s.a.w jika penulisan saya ini mengunakan hadith2 menjaukaui jauh dari hadith2 Rasulullah s.a.w dari segi olahan dan tafsiran hadith baginda s.a.w.

    2)Allah s.w.t telah menganugerah pelbagai nikmat kepada umat Nabi s.a.w disepanjang tahun. "Maulidul Rasul" beerti bulan kelahiran junjungan besar Nabi s.a.w. Sepertimana yang kita ketahui bulan maulidur rasul ini juga, merupakan bulan lahirnya insan terpuji yang bernama Muhammad s.a.w untuk memberi ibrah kepada sekelian manusia. Mengigati bulan Rabiul Awal bahawa bulan lahirnya Nabi s.a.w tidak memberi apa-apa kesan negatif, kerana mengigati dan kasihnya kita terhadap Rasulullah s.a.w itu wajib kita semaikan dalam diri walaupun ia merupakan satu tarikh kelahiran sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhary dan Muslim r.a "Hendaklah engkau mencintai aku (Rasulullah s.a.w)lebih dari engkau mencintai apa yang terdapat dalam kehidupan kamu (Isteri, anak2 dan ibubapa)." maka persoalan kedua ini telah saya tamsilkan untuk saudara.

    Maka dengan itu setiap persoalan saudara saya hargai dengan penuh hormat. Semoga kita sama2 menjadi insan yang saling memberi teguran yang berguna untuk Islam yang Ad-Deen. InsyaAllah.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails