Showing posts with label Aqidah. Iman. Hadith.. Show all posts
Showing posts with label Aqidah. Iman. Hadith.. Show all posts

Wednesday, 22 December 2010

Hadith Qudsi : Belitan Iblis – Siri 10.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.





Hadith Qudsi - Siri 9




BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua yang berkunjung di sini.


Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud :


“Berkata Iblis : Ya Tuhanku! Engkau telah turunkan Adam (ke dunia), dan adalah di dalam pengetahuan-Mu bahawasanya akan ada (baginya) Kitab-kitab dan Pesuruh-pesuruh, maka apakah Kitab-kitab mereka dan siapakah Pesuruh-pesuruh mereka? Berfirman Tuhan : Pesuruh-pesuruh mereka ialah para Malaikat dan para Nabi yang dilantik dari antara mereka, sedang Kitab-kitab mereka ialah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan.”

“Berkata Iblis : Dan apa pula Kitabku? Berfirman Tuhan : Kitabmu ialah Wasyam (tattoo), Bacaanmu ialah syair (sajak), Pesuruh-pesuruhmu ialah tukang sihir, Makananmu ialah apa yang tidak disebut atasnya nama Allah, Minumanmu setiap yang memabukkan, katamu yang benar ialah dusta, Rumahmu ialah bilik air, Perangkapmu ialah kaum wanita, Mu’azzinmu ialah seruling, dan masjidmu ialah pasar.” (Hadith Riwayat Thabarani r.h).



Dalam menterjemahkan huraian kontek Hadith Qudsi tersebut (seperti di atas) , ia memerlukan dua pekara yang mesti kita semua perhatikan di dalam pembicaraan Allah Ta’ala kepada Iblis yang terkutuk itu. Sebagaimana yang telah kita semua ketahui bahawa sebagaimana Bani Adam, Iblis dan syaitan juga mempunyai keturunan terus menerus sehingga ke hari kiamat. Apabila permintaannya untuk mempunyai keturunan terus menerus sehingga ke hari Kiamat dikabulkan Tuhan, Iblis lalu bersumpah akan memperdayakan manusia dari semua sudut agar manusia tidak akan mensyukuri, mengingati, mengenal dan mengikuti syariat Tuhan. Dia (Iblis) telah bersumpah akan melaksanakan cita-cita jahatnya ini dihadapan Allah Ta’ala. Walau bagaimana sekalipun, Allah telah mengingatkan Iblis agar tidak semua manusia yang dapat dipengaruhinya. Mereka-mereka terkecuali termasuklah orang-orang yang memperoleh rahmat Allah Ta’ala dengan menerima petunjuk dan hidayah-Nya. Selain dari itu pada umumnya bahawa terjerumus ke dalam perangkap Iblis dan syaitan itu, sebagaimana yang kita ketahui serta melihatnya dengan akal.





Kalau kita telah mengetahui semua itu, maka hendaklah kita terlebih dahulu mensyukuri Allah Ta’ala yang telah melindungi kita dari penipuan Iblis dan syaitan, dan sentiasalah berdoa kepada-Nya agar kita diselamatkan-Nya dari golongan Iblis dan syaitan sehingga ke akhir hayat kita.


Adapun dua pekara yang mesti kita perhatikan itu, ialah jalan yang akan memimpin kita ke kanan. Allah Ta’ala telah pun mengirimkan para rasul dan Nabi untuk menunjukkan kita kepada jalan yang diredhai-Nya, serta diturunkan pula ke atas kita Kitab-kitab untuk kita kembali kepadanya, apabila ada pekara-pekara yang kita musykilkan.


Sepekara lagi ialah jalan yang akan menarik manusia ke kiri, iaitu yang dipelopori oleh Iblis dan syaitan, yang akhirnya akan dilontarkan ke dalam neraka bersama-sama pengikut-pengikutnya. Semoga kita semua diselamatkan Allah Ta’ala daripadanya.


Lantaran Iblis dan syaitan mengetahui, bahawa Allah Ta’ala tidak akan membiarkan manusia disesatkan begitu saja, apabila Dia telah mengutuskan para Rasul dan menurunkan Kitab-kitab, Iblis pun bertanya kepada Tuhan tentang Kitab yang akan digunakan untuk mengelirukan manusia. Berikut saya cuba huraikna serba sedikit berkenaan dengan apa yang terkandung di dalam hadith Qudsi tersebut (seperti di atas) berkenaan dengan apa yang telah Allah SWT berikan kepada makhluk-Nya yang takabbur seperti Iblis dan syaitan ini.



Kitab Iblis adalah Wasyam (Tatoo).

Tatoo atau lukisan yang dibuat atas badan, dicucuk dengan jarum, lalu dicorakan dengan warna yang diminta oleh si pemakainya. Pekara ini adalah haram kerana ia termasuk merosakkan ciptaan Tuhan yang indah. Melihat saja pada tattoo yang dibadan itu sudah menjijikkan, apatah lagi kalau duduk bersama-samanya atau bersatu dengannya. Hanya yang dapat sabar bersamanya ialah orang yang serupa fikirannya dan kelakuannya dengan sifat-sifat hina si Iblis. Nasalullahas Salamah!






Kemudian, kita juga tahu orang yang suka membuat tattoo pada tubuhnya itu tergolong dari orang-orang yang serong jalan hidupnya, seperti penjahat, gangster, dan sebagainya, sehingga jika ada diantara mereka yang ingin keluar dari kumpulan ini, niscaya pekara pertama mereka hendak lakukan adalah untuk menghilangkan tattoo tersebut. Maka situasi begitu sukar untuk menghilangkan kesan daripada lakaran tattoo tersebut sehingga mereka berasa begitu amat-amat sakit untuk menghilangkannya. Perlu diingati juga, kesakitan itu hanyalah sakit ketika berada di atas dunia ini sahaja, tetapi berbeza sekali jika nanti di akhirat kelak, dia akan diseksa Tuhan, jika tattoo itu turut bersama di tubuhnya ketika menemui Allah Ta’ala di akhirat nanti. WaAllahua’lam.



Syair-Syair Yang Melalaikan.

Bacaannya adalah syair-syair, atau sajak-sajak yang melalaikan. Ini adalah kerana biasanya syair dan sajak yang melalaikan itu sering menarik manusia kepada alam khayalan dan emosi yang dikhuatiri akan menimbulkan hal-hal yang terlarang yang boleh membawa kepada takabbur dan sesat. Bersyair dan bersajak dalam bidang-bidang yang terkawal oleh undang-undang Islam tiadalah terlarang, malah amatlah digalakkan pula disebabkan kesan dan pengaruh syair dan sajak itu amat mempengaruhi jiwa manusia. Kalau baik, tentulah baik pula kesannya. Demikian pula sebaliknya.


Di dalam Al-Quran, Firman Allah SWT :


“Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?” (Surah Asy-Syu’araa’ : Ayat 224, 225 dan 226).




Di dapati bahawa para penyair itu sentiasa menurutkan perasaannya yang jahat, iaitu yang dipimpin oleh syaitan dan Iblis, sehingga mereka berani mengatakan apa saja menurut kata hati mereka, sedang mereka tidak pernah melakukan apa yang mereka katakan itu. Tegasnya syair dan sajak yang tidak terbendung oleh dasar keimanan kepada Allah Ta’ala, ataupun yang berunsurkan pemujaan kepada selain daripada Allah Ta’ala, ataupun yang membesarkan hal-hal yang diharamkan-Nya, adalah terlarang dan hukumnya haram dan berdosa, malahan ia juga sedikit sebanyak boleh mengundang kepada gejala-gejala khurafat dan syirik.



Ahli Sihir Pesuruh Iblis.

Pesuruhnya ialah ahli sihir yang selalu mengilhamkan sesuatu menerusi ilmunya yang sesat dan khurafat yang diterimanya dari bisikan jin dan iblis. Ilmu ini juga termasuk ilmu yang terlarang yang tidak boleh dipercayai, meskipun kerapkali telah berlaku benar, namun menpercayainya akan menarik kepada sirik dan pekara-pekara yang menyekutukan Allah SWT. Ini adalah kerana apa yang berlaku itu adalah dengan takdir dan kehendak Tuhan. Tiada seorang makhluk pun yang turut campur tangan dalam takdir dan kehendak Allah Ta’ala. Begitulah halnya jika seseorang itu terlalu taksub dengan ilmu-ilmu khurafat dan mempercayai sepenuhnya bomoh-bomoh yang mengunakan bantuan dari Iblis dan syaitan bagi menyembuhkan sesuatu penyakit.




Bukankah itu gejala yang mendekatkan diri kita terhadap dosa syirik!


Lihat sahaja dekad kini, manusia seperti lebih mempercayai bomoh-bomoh yang mengamalkan ilmu-ilmu sihir dari memohon terus kepada Allah SWT. Begitulah halnya yang terjadi di zaman serba moden ini, manusia sering kali terlalu taksub dengan pakar-pakar motivasi yang mengunakan tarikh lahir, nama, perwatakan dan sebagainya sebagai melawan takdir yang telah ditentukan Allah SWT terhadapnya. Malahan apa yang lebih membimbangkan adalah, ada segelintir dari kalangan kita yang mempercayai sesuatu benda yang dianggap keramat untuk dijadikan tangkal azimat. Sebagai contohnya cebisan kayu pokok koka, yang dianggap sebagai azimat yang boleh melindungi manusia dari anasir-anasir jahat.


Bukankah itu juga pekara-pekara yang mendatangkan Syirik!


Mereka seolah-olah lebih mempercayai kata-kata ahli sihir tersebut dari menilai diri sendiri. Walhal, kalau apa yang kita ketahui malahan lihat dengan mata kita, di dapati ahli sihir tersebut bukanlah orang yang soleh yang cukup untuk kita jadikannya sebagai rujukan permasaalahan agama. Malah, kadangkala solat Jumaat pun tidak kelihatan langsung!


Adakah orang-orang seperti ini sesuai untuk kita jadikan rujukan dalam menghadapi permasaalah kita?



Makanan Yang Tidak Disebut Nama Allah.



Makanannya apa yang tidak disebut ke atas nama Allah. Nah! Mewah betul syaitan dapat jalan untuk merampas makanan manusia. Betapa banyak orang yang makan tidak menyebut nama Allah, tidak tahu membaca ‘Bismillah’ serta doa makan, bukan sahaja orang-orang awam, malah orang-orang yang berilmu juga dalam banyak hal amat jarang-jarang menyebut nama Allah. Bila diingatkan, mereka hanya ketawa saja, tidak berasa kecewa, kemudian tidak juga menyebut nama Allah seterusnya. Walhal disunatkan membacanya pada bila-bila masa disetiap perbuatan kita. Kalaulah terlupa di awalnya jangan sampai tertinggal di akhirnya, ataupun ketika ingat, bacalah! Islam mengajar kita untuk mambaca ‘Bismillah’ ini, bukan saja di waktu makan, malah pada semua perbuatan kita agar terselamat daripada angkara jahat syaitan, yang ada pada setiap waktu bagi memasang perangkapnya untuk menjadikan kita sebagai hambanya serta mangsanya. Malahan jika kita membacanya juga membolehkan kita mendapat pahala ibadat serta mengelakkan diri kita dari sebarang musibah dan bencana. WaAllahua’lam.




Minuman Yang memabukkan.

Minumannya ialah setiap yang memabukkan. Malah apa saja yang minumannya memabukkan, tidak kira apa yang akan dinamakan sekalipun, jika umumnya memabukkan, maka haram hukumnya. Ada orang yang telah sebati dengan minuman yang memabukkan ini, telah melahirkan sifat suka memuja minuman tersebut sehinggakan sanggup mengajak serta mengajar orang-orang baru yang hendak berjinak-jinak dengan minuman keras tersebut, tidak kiralah ahli keluarganya mahupun rakan-rakan karibnya. Bahkan sebagaimana yang telah kita semua ketahui bahawa sebarang minuman yang memabukkan itu adalah haram di sisi Allah Ta’ala.



Kata-Kata Dusta.




Kata benarnya ialah dusta, yang sering menyebabkan manusia terkeliru dan tertarik kepada kesesatan. Sebab apa yang dibisikkan oleh iblis itu selalunya yang indah-indah dan sungguh mempersonakan. Tetapi di sebaliknya sering terselit racun yang amat bisa yang membahayakan. Kita tidak usah bermegah diri dapat menjauhkan diri dari tipu daya iblis, Nabi Adam a.s pun dapat ditipunya, apatah lagi kita yang sedemikian rupa. Sebaliknya kita haruslah selalu memohon kepada Allah Ta’ala agar kita dilindungi-Nya daripada iblis dan syaitan dengan mengucap selalu ; “A’udzu Billaahi Minasy-Syaithanir Rajiim.



Tempat Tinggal Iblis.

Rumahnya ialah bilik mandi ataupun tandas. Ini adalah kerana di tempat itulah sarang dan tempat tinggalnya. Nabi SAW mengajar kita ketika hendak masuk ke tandas atau bilik air agar membaca doa supaya kita dilindungi Tuhan daripada syaitan jantan dan syaitan betina di tempat tersebut. Sebab itu Nabi SAW juga mengajar kita agar menjaga kebersihan diri dan pakaian kita semasa kita berada di tempat tersebut, kerana dikhuatiri akan terjadinya pelbagai penyakit yang tidak diingini yang berpunca dari khianat syaitan dan iblis.



Perangkap Iblis.

Perangkapnya ialah kaum wanita, ini adalah kerana di situlah terletaknya kejayaan iblis dan syaitan untuk mengoda kaum lelaki.



Jangan marah kaum wanita!


Ada sebuah Hadith yang bermaksud, bahawa apabila syaitan gagal untuk mengoda kaum lelaki, ia akan mendatangkan wanitanya, dan dari situlah ia akan melemparkan panah godaannya kepada silelaki tersebut.


Sebagai contoh!


Lihatlah kepada kisah Nabi Adam a.s, betapa dia telah tergoda masih dapat mempertahankan diri, tetapi akhirnya akibat pujukan dari Hawa, dia tersungkur juga, walhal sebelumnya sudah dia katakan kepada Hawa, bahawa buah yang disuruh syaitan memakannya itu adalah buah larangan dari Allah Ta’ala dan tidak sanggup melanggar perintah Allah SWT, biar apa-apa pun yang berlaku. Tetapi apabila dipujuk oleh Hawa, Nabi Adam a.s terpedaya juga. Demikianlah syaitan memasangkan perangkapnya menerusi kaum wanita, dan sebenarnya dia cukup arif, bahawa di situlah tempat yang paling mudah untuk dia berjaya memperdaya manusia. Mudah-mudahan kita akan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala dari tipudaya syaitan yang menyesatkan itu. Amin.



Mu’azzin Iblis.



Mu’azzinnya ialah alatan muzik yang melalaikan. Ini adalah kerana muzik yang melalaikan itu boleh menyebabkan manusia terlupa dari tangganugjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia juga sedikit sebanyak boleh mengundang gejala-gejala yang hampir kepada kemaksiatan seperti zina, judi, pergaulan bebas dan sebagainya. Ada sesetengah pendapat irama yang berupa hal-hal berkaitan dengan kesucian agama Islam itu di benarkan, tetapi ia sebenarnya boleh menjadi haram jika segala urusan atau syariat Islam itu di pandang sepi dan dipinggirkan dengan alasan yang tidak munasabah. Begitulah juga hal-halnya yang melibatkan muzik-muzik yang boleh mendatangkan rasa taksub terhadap seseorang serta sesuatu pekara sehingga meletakkan Maha Pencipta itu jauh dari landasan sebenar. Maka dengan itu, berhibur dengan dendangan muzik itu adalah harus, tetapi ia juga boleh menjadi dosa dan dilaknati Tuhan, apabila ia memencilkan syariat Allah SWT samaada secara langsung mahupun tidak langsung. Maka berhati-hatilah diri kita agar tidak terjebak kepada pekara-pekara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah SWT terhadap kita. WaAllahua’lam.



‘Masjid’ Iblis.

Masjidnya pula adalah pasar-pasar yang sibuk dengan orang ramai. Ini adalah kerana dipasar tersebut sering berlakunya hal-hal yang memurkakan Allah Ta’ala, seperti tipu menipu, dusta-mendustai, kata-mengata, khianat dalam timbangan, malahan seribu satu macam pekara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Oleh yang demikian, sebab itu kita disunatkan agar membaca doa serta zikrullah kepada Allah SWT agar terhindar dari segala hasutan dan tipudaya syaitan ketika berada di dalam pasar tersebut. Lihat sahaja keadaan pasaraya dekad kini, hiburan yang melalaikan sering menjadi halwa buah telingga para pengunjungnya sehingga menyebabkan kelalaian yang melampau. begitu juga halnya dengan pekara-pekara maksiat yang berleluasa serta tegar di setiap sudut ruang yang terlindung. Nauzubillah!



Oleh yang demikian, berkenaan dengan huraian maksud hadith Qudsi ini, dapatlah ditafsirkan bahawa mempercayai pekara-pekara ghaib tentang wujudnya makhluk Allah SWT yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar kita itu adalah salah satu rukun-rukun Iman selain daripada kita mempercayai tentang adanya hari Kiamat. Maka dengan itu godaan dan hasutan iblis serta syaitan yang telah kita sama-sama kongsikan ini dapatlah membuka ruang minda kita untuk lebih berhati-hati dalam kehidupan kita agar tidak terjebak dan terjerumus ke dalam ruang maksiat serta perangkap mereka yang hadir dari setiap genap sudut.


Hadith Qudsi ini juga memperlihatkan kepada kita agar berhati-hati serta mengambilnya sebagai panduan untuk kehidupan kita yang serba mencabar ini. Semoga kita semua terpelihara dari segala hasutan Iblis dan syaitan dengan diberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya di dunia mahupun diakhirat kelak. Amin!



Thursday, 30 September 2010

Hadith Qudsi : Manfaat Harta Di Jalan Allah – Siri 9.








Hadith Qudsi : Manfaat Harta Di Jalan Allah – Siri 9.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.


BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir dan setia di sini sepanjang perjalanan perkongsian kita selama ini.

Episod huraian Hadith Qudsi yang terakhir dari saya untuk pertemuan kali ini bagi memberi sedikit iktibar yang berguna untuk kita sama-sama gunapakai dalam menjalani kehidupan di alam fana ini. Berikutan dengan itu juga, tidak bermakna huraian berkaitan Hadith-hadith Qudsi ini akan saya henti dan berhentikan untuk sampai seketika di sini sahaja, InsyaAllah di waktu dan kelapangan yang akan datang kelak serta keizinan dari-Nya, akan saya muatkan lagi Hadith-hadith Qudsi ini dengan episod-episod yang lebih menarik lagi untuk kita ambilnya sebagai jalan mengikuti Sunnah Baginda SAW dan Syariat Allah SWT. Berkesempatan dengan itu juga, sememangnya saya cuba ingin menghabiskan dengan lebih banyak lagi berkenaan dengan Hadith Qudsi ini, tetapi setelah perancangan yang teliti saya hadirkan sejak dari awal penulisan artikel di blog ini, maka saya akur dan perlu mengikut jadual dan susunan yang telah saya sendiri tetapkan. Semoga dengan apa yang saya bawakan ini, sedikit sebanyak memberi kesan dan impak yang berguna dalam diri kita khasnya untuk mengetahui lebih lanjut bahawa kita ini sebenarnya adalah seorang hamba-Nya yang terlalu kerdil untuk diertikan dengan fahaman akal dan fikiran kita. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kepada kita semua untuk mendekatkan lagi diri ini kepada Allah Azza Wajalla. InsyaAllah


Berkata Abu Waqid Al-Laitsi r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : Allah SWT telah berfirman dengan bermaksud :


“Sesungguhnya Kami (Allah) turunkan harta untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Sekiranya anak Adam itu mempunyai satu lembah, nescaya ia ingin mempunyai dua. Sekiranya ia mempunyai dua, ia hendak pula mempunyai tiga. Dan tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah saja. Kemudian Allah akan mengampuni siapa yang bertaubat.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabarani r.h).


Harta kekayaan diturunkan Tuhan ke dunia ini untuk tujuan kebaktian kepada-Nya, dan untuk kita membantu yang lain agar Allah SWT dapat disembah terus-menerus di alam fana ini, serta orang-orang yang susah dan kekurangan dapat dibantu dengan mengeluarkan zakat ataupun sedekah jariah. Bukanlah harta kekayaan itu untuk dipendam dan disimpan di dalam bank dan peti besi berkepok-kepok untuk tujuan peribadi sendiri dan memuaskan hawa nafsu semata-mata. Ia perlu dan wajib dikeluarkan bagi memperlihatkan kita akur akan perintah Allah SWT agar membantu kepada golongan yang memerlukan.


Akan tetapi manusia menjadikan harta kekayaan itu sebagai lambang agar dikatakan ia seorang yang kaya raya, gah dengan banyak menyimpan, berpengaruh, berlaku sombong dan segala seribu satu sifat-sifat takabur yang terdapat di dalam dirinya. Oleh itu ia tidak kenal penat lelah untuk mengumpul harta kekayaan itu, walhal harta kekayaan itu akan membahayakan dirinya serta menjauhkan lagi dirinya terhadap Allah SWT.


Malah pernah orang bertanyakan soalan ini.


Bukankah orang yang mempunyai kekayaan itu membolehkan ia berbakti dan dekat dengan Allah SWT dengan mudah tanpa batasan-batasan yang dialami oleh orang-orang miskin?


Tidak dinafikan bahawa dengan berharta kita makin dekat dengan Allah SWT, kerana kita boleh gunakan kemewahan itu ke jalan-Nya. Tetapi perlu diingati juga, bahawa jawapan ini SEBELUM kita perolehi harta kekayaan, tetapi apabila dipertengahan pencarian harta kekayaan itu, diri kita kerap tersasar, kerana limpahan harta yang banyak di hadapan kita. Ini adalah kerana kita ini adalah seorang hamba-Nya yang mempunyai perasaan dan punyai juga nafsu yang sukar untuk dibendung jika Islam itu sering kita pinggirkan. Bertepatan dengan itu juga masa dan waktu kita juga terbatas dan terhad terhadap Allah SWT akibat sibuknya diri kepada pencarian harta keduniaan. Maka apabila sudah menjadi seorang yang benar-benar kaya, ujian itu lebih getir daripada situasi yang sebelum ini, ruang masa, amat-amat terhad, keluarga juga sering diketepikan, malahan suruhan Allah SWT juga kerap disia-siakan akibat sibuknya mengejar kemewahan duniawi tanpa batasan ini. Bukankah itu boleh menjadikan diri kita lebih jauh daripada Allah SWT dari sebelum ini?


Ingatlah pesan Hadith Qudsi ini bahawa “Kalau dia mempunyai satu lembah dari kekayaan, nescaya ia ingin menambah satu lagi menjadi dua. Kemudian sesudah memiliki dua lembah, ia ingin pula memiliki tiga.” Ini adalah firman Allah SWT yang jelas menyatakan akan maksud yang telah saya huraikan seperti di atas tadi. Ingatlah Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku, sebelum berlaku dan akan berlaku.


Tetapi!


Dinyatakan juga bahawa Hadith ini tidaklah melarang kita untuk mengumpul harta sampai kita membiarkan diri kita hidup papa kedana (miskin).


Bukan begitu!


Sebab urusan akhirat kita itu tidak akan sempurna selama urusan dunia ini kita tidak tunai dan sempurnakan, manakala urusan dunia itu hanya dapat ditunaikan bila ada wang di dalam ‘kocek’ kita.


Hanya sebagai pedoman di sini, agar janganlah sampai kita letakkan cinta wang itu yang utama di dalam hati dan fikiran kita. Nanti kita akan menghabiskan semua waktu kita hanya untuk mencari wang dan harta kemewahan dunia semata-mata, sehingga akhirat kita abaikan serta kewajiban kita terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya pun kita tidak sempurnakan kerana urusan-urusan mencari kemewahan duniawi itu yang tiada berpenghujung di dalam sejarah manusia.


Maka wang dan harta yang kita kumpulkan itu ada pula bahagiannya yang mesti kita keluarkan. Lantaran terlalu mencintakan wang, ada kalanya orang yang lalai itu sombong untuk mengeluarkan wang yang wajib (zakat) ke atas mereka yang memerlukan. Maka Hadith ini cuba mengingatkan kita agar bersikap berlapang dada dalam mengeluarkan harta kekayaan kita kepada mereka yang memerlukan, supaya kita semua akan sedar bahaya yang di hadapan kita kerana tidak mengeluarkan harta tersebut. Mudah-mudahan sesudah itu kita semua akan menyesali dan kembali kepada Allah SWT untuk memohon pengampunan-Nya sebelum terlambat.


Andaikata sudah ada yang menyesali dirinya dalam hal mengumpul dan menahan harta kekayaan ini, dan ingin kembali kepada Allah Ta’ala serta ingin bertaubat, kembalilah dan bertaubatlah dengan segera kepada-Nya, kerana Allah SWT akan mengampuni sesiapa saja hamba-Nya yang ingin bertaubat dan kembali kepada Syariat-Nya. WaAllahua’lam. Allahu Akbar!, Allahu Akbar!, Allahu Akbar!

Tuesday, 28 September 2010

Hadith Qudsi : Martabat Orang Mukmin – Siri 8.





Hadith Qudsi : Martabat Orang Mukmin – Siri 8.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.



BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir bagaikan mutiara Islam yang bersinar di sini. Semoga anda semua berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.


Berkata Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : Allah Ta’ala telah berfirman yang berbunyi :

“Sesungguhnya hamba-Ku yang Mukmin tetap berada di dalam kedudukan yang baik, dia sentiasa memuji-muji-Ku, padahal Aku akan mencabut nyawanya dari jasadnya.” (Hadith Riwayat Ahmad r.a).


Setiap yang hidup mestilah menemui mati, dan mati itu adalah pintu untuk kita memasuki kehidupan yang abadi. Hidup kita di dunia ini laksana seperti seorang yang bermusafir di mana sering kali merantau ke tempat orang lain. Nanti akhirnya, dia pasti kembali semula ke negerinya yang asal iaitu AKHIRAT.


Hadith Qudsi ini mengambarkan kepada kita seolah-olah Allah Ta’ala merasa kesal sekali kerana terpaksa mancabut roh orang-orang Mukmin itu, walhal dia sentiasa memuji-muji Allah SWT serta membesarkan-Nya. Di samping mengerjakan segala perintah-Nya dengan baik dan sempurna dan menjauhi segala larangan-Nya dengan patuh dan ikhlas.


Mengapa ia mesti mati?


Akan tetapi mati itu pekara yang tidak boleh dipersisihkan dalam kehidupan kita. Orang yang hidup mestilah mati, tiada seorang pun dikecualikan daripada mati. Sebab ia adalah satu-satunya jalan untuk membawa orang-orang Mukmin tadi kepada kehidupan yang abadi yang kenikmatannya tidak dapat disifatkan, iaitu hidup di dalam syurga Allah. Tanpa mati seseorang itu tidak akan sampai ke syurga Allah, sebab mati itu adalah pintu untuk menuju ke pangkuan Allah SWT.


Demikianlah maksudnya secara ringkas.


Lantaran mati itu adalah sesuatu yang pasti, maka janganlah sampai kita mengabaikannya, sehingga kita melalaikannya terus-menerus. Kelak apabila tiba masanya nanti, kita masih belum bersedia untuk menerima mati, sedangkan mati itu tidak akan menunggu kita, dan kalau kita memohon agar tangguhkan mati tersebut, ia tidak akan dapat ditangguhkan lagi. Jadilah kita seperti orang yang bermusafir tanpa bekalan. Tentulah nanti kita akan menemui berbagai-bagai kesulitan dalam perjalanan tersebut menuju ke suatu destinasi ke destinasi yang lain.


Jadi!


Wajarlah kita hendaknya membuat persediaannya dari sekarang, agar bila kita dijemputnya, kita telah bersedia untuk menerimanya. Semua bekalan kita sudah mencukupi, tidak perlu dicuriga dan dibimbanginya lagi. Kalau semua ini sudah kita mengetahuinya, tetapi kenapa kita masih belum melaksanakannya? Apa yang hendak kita tunggu dan menangguhkannya? Dari sehari ke sehari kita terus dilalaikan diri dari hal masaalah mati, padahal ia amat dekat dengan kita. Yang menghairankan pula, pada hal-hal yang berkaitrapat dengan dunia, kita tidak pula melalaikannya walaupun seminit, berbanding dengan hal-hal yang berhubung dengan akhirat, walhal yang akhir ini amat penting sekali buat keselamatan kita untuk menempuh kehidupan akhirat yang tiada penghujungnya lagi.


Insaflah!


Ingatlah!


Bahawa ia (mati) akan datang pada bila-bila masa apabila ia telah diseru oleh-Nya. Fahamilah tentang pekara yang utama ini ini! Supaya apabila datangnya kematian, tiada suatupun yang berkurangan. Justeru dia telah bersedia dengan bermacam-macam kebaktian dan amalannya yang mulia. Itulah yang dikira keuntungan, yang bakal menyelamatkan diri kita di akhirat kelak.


Jangan sampai kembali ke kampong akhirat nanti dengan bekalan yang kosong, semuanya masih banyak yang berkurangan, akan menyesali dirilah orang-orang yang berkeadaan begitu. Sesalilah diri kita dari sekarang agar dapat menampal mana-mana yang kurang dan cacat serta jangan sampai sesal itu datang kemudian hari (akhirat) kerana “Sesal Kemudian Tidak Berguna Lagi.” WaAllahua’lam.


You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails