Monday 31 May 2010

Kronologi Ajaran Sesat Talmud.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.





Amma ba'du.





Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.
















"Kronologi Ajaran Sesat Talmud"






Talmud Adalah Kitab Kata-Kata Syaitan Yang Membentuk Hati Keji Zionis.





Sebagaimana yang telah kita semua ketahui didapati bahawa kaum yahudi menjadikan Kitab Talmud sebagai sumber rujukan dan kitab suci terpenting mengatasi Kitab Taurat. Kitab itu mengatur semua sistem kehidupan mereka. Daripada sekecil sehinggalah sebesar pekara, mereka mencedok bulat-bulat dari kitab tersebut tanpa merujukpakai kepada ilmuan-ilmuan Islam. Maka yang demikian, di sini kita sama-sama bongkar ajaran Talmud yang telah membentuk hati perut kebinatangan Israel yang ganas, kejam, degil, sombong dan bongkak bagi memperlihatkan kepada kita semua, bahawa ajaran daripada kitab Talmud tersebut sememangnya telah terpinggir jauh dari syariat Allah Azza Wa Jalla.



Di dalam Talmud ‘Erubin’ 2b (edisi Soncino) menyatakan kepada kaum yahudi :


“Wahai anakku, hendaklah engkau lebih mengutamakan fatwa daripada para Ahli Kitab (Talmud) daripada ayat-ayat Taurat”.




Pecahan Di Dalam Kitab Talmud.




Jelas sekali, mereka membelakangi Kitab Perjanjian Lama atau Taurat dan mereka lebih gemar merujuk kepada fatwa yang diselewengkan dalam kitab Talmud. Orang yahudi meyakini bahawa sebahagian daripada isi Kitab Talmud merupakan himpunan daripada ajaran yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S secara lisan. Apabila Nabi Isa A.S diutuskan, Kitab Talmud belum dihimpunkan secara bertulis seperti bentuknya yang sekarang. Nabi Isa A.S menentang keras tradisi “Mishnah” (Talmud awal) termasuk mengutuk para pendeta yahudi dan kaum Farisi yang mengajarnya di mana keseluruhan isi kandungan kitab tersebut jelas menyimpang, bahkan berlawanan dengan Kitab Taurat yang sebenar.



Talmud Membawa Kemusnahan Sejagat.





Namun demikian, masih terdapat kelompok di kalangan kaum yahudi yang jelas menolak Talmud dan tetap berpegang teguh kepada kitab Taurat (Perjanjian Lama yang ada sekarang). Mereka dikenali sebagai golongan “Karaiyah”, kelompok yang sering menjadi korban dan dizalimi oleh para pendeta yahudi Ortodoks sepanjang sejarah sehingga ke hari ini.




Rabbi Matthew Seorang Yang Berketurunan Afrika.




Para pendeta Farisi mengajar tentang doktrin dan fatwa yang berasal daripada para rabbi (pendeta), dengan mengelirukan orang-orang mereka bahawa apa yang mereka sampaikan itu lebih tinggi kedudukkannya daripada wahyu yang datang daripada Tuhan. Talmud lebih diagungkan daripada Taurat. Malahan Talmud juga di angkat sebagai rujukan yang setia bagi kaum zionis di Palestin.





Kanak-Kanak Israel Tidak Terkecuali Untuk Mempelajari Kitab Talmud Sejak Dari Kecil Lagi.





Hyam Maccoby, dalam bukunya “Judaism on Trial” menukilkan kenyataan Rabbi Yehiel Ben Joseph :


“Tanpa Talmud kita tidak akan mampu memahami ayat-ayat Taurat. Tuhan telah melimpahkan sewenangnya kepada mereka yang arif, kerana tradisi merupakan suatu keperluan yang sama seperti kitab-kitab wahyu. Para arif itu membuat tafsiran mereka dan mereka yang tidak pernah mempelajari Talmud tidak akan mungkin mampu memahami Taurat”




Hasil Karya Hyam Maccoby.





Kitab Talmud Versi Jerusalem.





Kitab Talmud Versi Babilonia





Dalam tradisi “Mishnah”, para pendeta yahudi menambah sebuah kitab lagi yang mereka sebut “Gemarah” (Kitab tafsir para pendeta). Tradisi “Mishnah” (yang kemudian dibukukan) bersama dengan “Gemarah”, disebut Talmud. Terdapat dua versi kitab Talmud, iaitu Talmud Jerusalem dan Talmud Babilonia. Talmud Babilonia masyhur sebagai kitab yang paling berpengaruh.

Beberapa contoh ajaran yang dinyatakan di sini membuka pekung kebencian yang bersarang di segenap urat sendi yahudi yang menganas di mana sahaja mereka berada terutamanya di Palestin. Kitab permusuhan dan kitab keganasan inilah yang telah disucikan oleh yahudi Ortodoks mahupun Hasidiyah di seluruh dunia.





Sebagai contoh yang jelas, Kitab Talmud menetapkan bahawa semua orang yang bukan yahudi di sebut “Goyyim”, sama dengan binatang dan darjat mereka di bawah darjat manusia. Kitab itu juga menyatakan bahawa bangsa yahudi ialah “umat pilihan”, satu-satunya bangsa yang mendakwa diri mereka sebagai keturunan langsung daripada Nabi Adam A.S. Pekara ini telah kita sama-sama bincangkan dalam posting dan artikel saya yang lalu. Oleh yang demikian. marilah kita membongkar lagi keganasan ajaran Talmud yang tidak ubah seperti kata-kata syaitan besertakan pengikut-pengikutnya yang sesat lagi menyesatkan.






1) Erubin 2b : “Barang siapa yang tidak taat kepada para Rabbi mereka akan dihukum dengan cara dijerang di dalam kotoran manusia yang mendidih di neraka.”



2) Moed Kattan 17a : “Bila mana seorang yahudi terdorong untuk melakukan sesuatu kejahatan, dia hendaklah pergi ke tempat lain di mana dirinya tidak dikenali orang, dan lakukanlah kejahatan itu di sana.”



3) Sanhedrin 58b : “Jika seorang kafir menganiaya orang yahudi, maka orang kafir tersebut harus dibunuh.”



4) Baba Mezia 24a ; “Jika seorang yahudi menjumpai barang hilang kepunyaan orang kafir, dia tidak wajib mengembalikan kepada pemiliknya.” (Ayat ini ditegaskan jua dalam Baba Kamma 113b).



5) Sanhedrin 57a : “Jika seorang yahudi membunuh seorang Cuthea (kafir), tidak ada hukuman mati, apa yang sudah dicuri oleh seorang yahudi boleh dimilikinya.”



6) Baba Kamma 113a : “Orang yahudi diperbolehkan berdusta untuk menipu orang kafir.”




7) Yebamoth 98a : “Semua anak keturunan orang kafir tergolong sama dengan binatang.”



8) Abodah Zarah 36b : “Anak perempuan orang kafir sama dengan “Niddah” (najis) sejak lahir.”



9) Abodah Zarah 22a-22b : “Orang kafir lebih senang berhubungan seks dengan lembu.”



10) Yebamoth 63a : “Adam telah bersetubuh dengan semua binatang ketika berada di syurga.”



11) Sanhedrin 55b : “Seorang yahudi boleh mengahwini anak perempuan berumur 3 tahun (tepatnya 3 tahun 1 hari).”



12) Baba Mezia 59b : “Seorang rabbi telah berdebat dengan Tuhan dan mengalahkan-Nya. Tuhan mengakui bahawa rabbi itu memenangi debat tersebut.”



13) Menahoth 43b-44a : “Seorang yahudi diwajibkan membaca doa berikut setiap hari, ‘Aku bersyukur, ya Tuhanku, kerana Engkau tidak menjadikan aku seorang kafir, seorang perempuan, atau seorang budak belian.”





Kerjasama Antara Rabbi Israel Dengan Kerajaan Amerika Syarikat.





Ini adalah sebahagian daripada isikandungan yang terdapat di dalam kitab Talmud tersebut, yang rata-ratanya adalah ajaran yang sesat dan dipenuhi dengan kata-kata yang kesat dan seterusnya tidak langsung mencerminkan kewibawaan kitab suci kaum Zionis tersebut. Pada amnya jika dikaji dengan pandangan mata dan pemikiran kita, didapati bahawa golongan yahudi yang berpegang teguh kepada kitab Talmud tersebut tidak ubah seperti pengikut-pengikut syaitan yang tegar. Sifat-sifat kebinatangan syaitan itu sedikit sebanyak telah dipegang oleh pengikutnya yang setia sehinggakan sanggup membunuh, merompak, memperlakukan kekejaman dan sebagainya terhadap manusia.







Oleh yang demikian, bukalah mata hati kita semua agar dapat mengetahui bahawa syaitan dan iblis itu tidak akan duduk berdiam diri melihat anak cucu Adam A.S melakukan kebaikan dari kemungkaran. Walaupun ia tidak kelihatan, tetapi kuncu-kuncu serta pengikut-pengikutnya yang berperangai syaitan dan iblis itu sudah cukup memperlihatkan propaganda untuk membawa anak-cucu Adam A.S itu terjerumus ke dalam Neraka. Ketahuilah kita semua, bahawa dengan mendekatkan diri kita kepada pegangan asas iaitu Al-Quran dan Sunnah SAW itu adalah kunci untuk kita menjauhi dari lingkaran belitan syaitan atau manusia yang berjiwakan syaitan.



Janganlah kita semua menganggap bahawa amalan-amalan kita pada ketika ini sudah mencukupi untuk menjamin diri kita di sana kelak. Janganlah kita terlalu riak dan sombong dengan nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita ketika ini sehingga sanggup membiarkan saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Afganistan, Kashmir dan sebagainya hidup dalam kedaifan dan kesengsaraan akibat dari peperangan menentang manusia yang berhatikan syaitan. Kita kadangkalanya terlupa, kadangkala terlalu bangga dengan apa-apa yang telah kita kecapi sekarang ini.






Tahukah kita semua, ujian Allah SWT itu tidak beerti kepada kedaifan dan kesusahan semata-mata?.






Ketahuilah, ujian Allah SWT itu meliputi segala-galanya seperti kemewahan, kemahsyuran, kekayaan dan segala-galanya. Kita sebenarnya sedang dan telah diuji oleh Allah SWT. Dengan Negara yang penuh dengan pelbagai aneka makanan dan minuman yang melimpah-limpah. Ini adalah ujian dari Allah SWT!. Negara yang mempunyai pelbagai bilangan fesyen pakaian. Ini juga ujian dari Allah SWT!. Ketahuilah kita semua, bahawa dunia ini adalah tempat persinggahan untuk sementara, ‘Di Sana’ (Akhirat) adalah tempat yang abadi. Tempat yang untuk kita idam-idamkan sebagai seorang Mukmin. Saya berpesan kepada diri saya dan saudara serta saudari, agar mempertingkatkan lagi amalan-amalan kita bagi menjamin tempat yang selesa ‘di sana’ kelak. Jangan memperjudikan diri kita dengan pekara-pekara yang dilarang Allah Azza Wa Jalla, kelak kita dihumban bersama-sama syaitan ke dalam neraka-Nya. WaAllahua’lam.

















"Kronologi Ajaran Sesat Talmud"






AllahuAkbar!



Monday 24 May 2010

Yahudi Penghancur Peradaban Manusia.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.




Amma ba'du.





Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.















"Yahudi Penghancur Peradaban Manusia"





Jika kita amati dan renungi sebenarnya terlalu banyak kezaliman dan kekejaman yahudi dalam sejarah dunia sama ada pada zaman dahulu lagi hingga ke zaman mutakhir ini. Ia kerana sifat mereka yang terkenal sebagai bangsa yang berperangai keji seperti pendendam, penuh hasad dengki, takbur, bongkak dan segala sifat mazmumah bertapak dan bersarang dalam sanubari mereka. Tujuan mereka adalah satu, iaitu ingin menguasai dunia ini mengikut kehendak dan telunjuk mereka. Pelbagai taktik dan perancangan telah diatur dengan sulit dan terperinci sejak bertahun-tahun lamanya. Mereka seakan-akan lupa akan bala yang telah Allah SWT timpakan ke atas nenek moyang mereka suatu ketika dahulu. Atas sifat kesombongan, takabur dan mementingkan diri sendiri yang telah terpahat dalam diri mereka itulah yang menyebabkan mereka sering melakukan kemusnahan dan kemungkaran di atas muka bumi ini. Pekara ini juga telah kita sama-sama kongsikan serta bincangkan dalam posting dan artikel saya yang lalu.




Demokrasi Ciptaan Zionis




Pembunuhan Beramai-Ramai Di Kawasan Perkampungan Palestin.


Jika kita semua melihat kembali peristiwa yang menyaksikan kekejaman melampau dilakukan oleh tentera zionis dan gerila-gerila yahudi di Perkampungan Abu Kabir, Dir Yasin, Abu Syasyah, Al-Lad, Albiyyun dan Al-Syeikh, di mana pada 31 mac 1948, kumpulan militan dan penganas yahudi yang dikenali sebagai ‘Hajnah’ membunuh semua penduduk perkampungan Abu Kabir yang cuba melarikan diri tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan. Pada ketika itu, tindakan mereka mengundang pelbagai bencana kekejaman kepada penduduk Palestin tidak kira kanak-kanak, wanita dan orang tua. Mereka membunuh penduduk Palestin dengan begitu kejam, sekejam apa yang telah pihak Nazi perlakukan terhadap mereka suatu ketika dahulu. Gerila-gerila zionis ini telah melancarkan pembasmian etnik dengan begitu sulit dan tersusun sekali, sehinggakan pihak masyarakat dunia dan media tidak dapat mengesan perlakuan buruk mereka.



Pembunuhan Kanak-kanak Oleh Pihak Zionis.




Pada 9 April pula, kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Begin yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel, membunuh 250 orang Islam di Dir Yasin, 100 daripada mereka adalah wanita manakala penduduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak di hadapan penduduk yahudi untuk dilontarkan dengan batu. Perlakuan mereka ini tidak ubah seperti manusia yang hilang ketamadunan peradaban manusia. Walaupun ia mendapat tentangan dari pihak antarabangsa, namun segala usaha-usaha untuk memulihkan situasi amat-amat tipis dan terbatas.






Manachem Begin




Mereka telah merancang untuk membunuh orang-orang Islam penduduk Palestin dan mengantikannya dengan bangsa-bangsa yahudi di seluruh dunia. Mereka juga mengusir penduduk Palestin dari perkampungan mereka, serta merampas tanah-tanah dan rumah-rumah penduduk Islam Palestin serta ditukarkan dengan pendudukan bangsa yahudi.





Agenda Amerika Syarikat Dan Yahudi Untuk Menghancurkan Islam Di Bumi Palestin.





Pada 14 Mei 1948, hari di mana pihak British mengakhiri penjajahan ke atas bumi Palestin, menyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel ke atas 50 orang umat Islam di Perkampungan Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak dengan senjata api manakala sebahagian yang lain pula dipecahkan kepala mereka dengan kapak. Pihak British juga pada ketika itu bersetongkol dengan pihak yahudi dalam pekara tersebut, di mana mereka hanya menyokong tindakan kejam zionis serta mendiamkan diri apabila pihak antarabangsa menyuarakan akan kebimbangan pembasmian etnik tersebut. Sikap talam dua muka pihak British tersebut telah membuahkan api kebencian dari pihak Palestin terhadap mereka.

Pada 11 Julai tahun yang sama menyaksikan keganasan yang lebih menyayat hati di mana pasukan Komando yahudi yang diketuai Moshe Dayan menyerang perkampungan Al-Lad. Umat Islam lari menyelamatkan diri ke dalam masjid, namun mereka telah dikepung dan dibunuh di situ. Seramai 176 orang dibunuh di masjid berkenaan menjadikan jumlah kesemua yang terbunuh dalam peristiwa berkenaan adalah seramai 426 orang. Mereka yang masih hidup dihalau keluar daripada kampung halaman. Sebahagian daripada mereka meninggal dunia di pertengahan jalan kerana kelaparan dan kesakitan.




Menembak Serta Membunuh Penduduk Palestin Secara Rambang.


Pada 29 Oktober 1948 pula berlaku pembunuhan kejam tentera Israel di Al-Biyyun. Dalam kejadian tersebut, semua penduduk diarah berkumpul di sebuah kawasan lapang. Mereka kemudiannya ditembak dari semua arah. Manakala setelah dibunuh penduduk Palestin tersebut, mayat-mayat mereka telah ditanam di satu kawasan yang telah dirahsiakan oleh pihak zionis tanpa diketahui oleh seluruh masyarakat antarabangsa. Kekejaman tersebut telah terjadi hingga ke hari ini.



Kanak-Kanak Tidak Berdosa Turut Menjadi Mangsa Kekejaman Zionis.





Pada hari terakhir tahun berkenaan juga iaitu 31 December 1948 kumpulan Hajnah sekali lagi menyerang dan membunuh 60 penduduk Islam di perkampungan Al-Syeikh. Kebanyakan mereka dibunuh di dalam rumah sendiri. Majoritinya adalah dari kalangan kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Pihak zionis telah membunuh mereka dengan begitu kejam sekali, sehinggakan dari sumber-sumber yang telah diketahui, mayat-mayat penduduk Islam Palestin banyak bergelimpangan di serata tempat, dan ada yang telah ditimbus oleh mereka agar segala bukti pembunuhan tersebut dalam dihapuskan tanpa dapat dikesan oleh masyarakat antarabangsa.




Pembunuhan Kejam Di Sabra Dan Syatilla.


Peristiwa yang paling menyayat hati dan tidak pernah dunia Islam lupakan sehingga ke hari ini. Peristiwa yang telah digelapkan oleh segolongan media dari kalangan yahudi, bagi menutup kezaliman dan kekejaman mereka terhadap masyarakat Islam Palestin. Pada tahun 1982, berlaku satu peristiwa dahsyat yang menggemparkan dunia iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di dua perkhemahan pelarian Palestin iaitu di Sabra dan Syatilla, Lubnan. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa.



Pembunuhan Kejam Di Sabra Dan Satilla Pada Tahun 1982.



Jurucakap rasmi rejim Israel mendakwa mereka membunuh 800 orang Islam. Tetapi Amnon Kapeliouk, wartawan yang masuk ke perkhemahan tersebut berkata, beliau menyaksikan seramai 3,000 orang Islam yang telah dibunuh. Agensi Palang Merah pula mendakwa bahawa mereka menemui 2,750 orang Islam yang dibunuh. Ada juga dakwaan daripada sesetengah pihak daripada kalangan umat Islam Palestin bahawa bilangan mereka yang terbunuh tersebut jauh lebih besar, iaitu menjangkau 7,000 orang. Jelaslah kepada kita bahawa pencabulan ke atas pihak Islam Palestin telah berlaku dengan begitu kejam sekali. Pada ketika itu ramai kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua telah di bunuh dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan. Pembunuhan tersebut telah dirancang dan dilakukan oleh manusia yang paling keji dalam sejarah peradaban manusia iaitu Airel Sharon, Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu dan telah dilantik menjadi Presiden Israel beberapa tahun selepas kejadian tersebut.




Peristiwa Pembunuhan Di Tahun Baru Hijrah.


Pada tahun 1 Muharam 1430 H, serangan Israel ke bumi Gaza yang turut membedil penempatan awam, pusat-pusat perlindungan, hospital-hospital, sekolah-sekolah, masjid-masjid malah pusat pengagihan bantuan kelolaan PBB, telah mengakibatkan kematian lebih daripada 1,000 orang dan kecederaan melebihi 8,000 jiwa. Pembunuhan tersebut bermotifkan untuk membunuh orang-orang Islam Palestin, walaupun mereka menyuarakan bahawa serangan tersebut adalah untuk membunuh militan-militan pejuang Palestin yang sering menyerang dan menganggu penduduk awam Israel. Pembohongan tersebut telah menyebabkan masyarakat dunia sekali lagi menuding jari ke atas pihak Islam Palestin dan disokong pula oleh Barat dan Amerika Syarikat. Beberapa hari selepas serangan tersebut, pihak Amerika sekali lagi telah menyokong tindakan yahudi tersebut, di mana mereka menyatakan bahawa Israel berhak mempertahankan Negara mereka dari serangan penganas.



Zionis Pengganas Sebenar.




Sebagaimana yang telah kita semua ketahui umum, bahawa penganas tersebut bukanlah dari pihak Islam Palestin, tetapi sebenarnya ia datang dari pihak Israel yang telah menceroboh dan membunuh penduduk awam Palestin dengan begitu kejam sekali. Sekali lagi masyarakat dunia tertipu dengan media-media pihak yahudi yang sering menyokong segala tindakan pihak zionis terhadap pihak Palestin. Serangan tersebut telah mengorbankan ramai jiwa dan dianggarkan sekitar 1.2 bilion dollar pihak Palestin mengalami kerugian. Pihak-pihak media dari barat khasnya telah melaporkan berita-berita yang kurang menyenangkan kepada pihak dunia Islam, di mana mereka hanya melaporkan kemusnahan banggunan dan infrastruktur dari bilangan sebenar kematian pihak Palestin. Sebagaimana yang telah kita semua ketahui, bilangan kematian tersebut sebenarnya telah mencecah berlipat kali ganda dari apa yang telah pihak media laporkan kepada masyarakat dunia.






Pembunuhan Beramai-Ramai Rakyat Islam Palestin





Boneka-Boneka Zionis.



Oleh yang demikian, kita masyarakat Islam sering tertipu dengan dakyah berita dari pihak barat yang di sokong oleh pihak zionis. Mereka terang-terang melaporkan berita-berita yang tidak memuaskan apabila isu-isu Palestin ini diutarakan. Walaupun kita sering terdengar ada sahaja pembunuhan yang telah dilakukan oleh pihak yahudi terhadap masyarakat Islam Palestin pada ketika ini, tetapi berita tersebut sering kali dilaporkan secara tidak adil. Kadangkalanya pihak media melaporkan pihak Israel telah mengalami kerugian yang banyak, tetapi pada hakikatnya merekalah yang telah menyerang pihak Palestin membabi buta dan sepatutnya pihak Palestinlah yang sememangnya mengalami kerugian yang besar berbanding pihak Israel.

Jika ditanya pula atas sebab munasabab, mereka terus menyatakan bahawa mereka hanya mempertahankan Negara dan rakyat mereka dari serangan pihak pengganas Palestin. Tetapi pada hakikatnya, mereka itulah pengganas antarabangsa yang sebenar. Dalam masa yang sama juga, pihak Barat dan Amerika Syarikat seolah-olah menghalal serta menyetujui tujuan serangan mereka, serta menyalahkan pihak Palestin di atas kemusnahan yang menimpa Negara zionis tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa dunia Islam kini telah diserang di setiap sudut. Tujuan mereka adalah satu, iaitu untuk memusnahkan Islam. Oleh itu, kesedaran dalam dunia Islam perlu wujud atas apa yang terjadi kepada saudara-saudara kita di Palestin. Kalaulah Negara Venezuela yang majoritinya beragama Kristian itu telah mengusir duta serta menutup kedutaan Israel di Negara mereka, bagaimana tindakan kita yang sememangnya beragama Islam ini?






Wajarkah kita mendiamkan diri untuk melihat lagi kematian saudara-saudara kita di Palestin?






Hari ini kita sibuk menantikan perlawanan bola sepak Piala Dunia, manakala kita juga telah menconggakkan pasukan mana pilihan kita dan pasukan mana yang akan memenangi gelaran juara dunia, tetapi adakah kita terfikir nasib-nasib saudara kita ketika ini di Negara-negara bergolak seperti di Palestin, Iraq, Afganistan dan sebagainya. Mereka hidup dalam ketakutan dan kebimbangan, dan adakalanya pula mereka terpaksa berlapar berhari-hari akibat kekurangan makanan dan minuman, sehinggakan mereka agak sukar untuk beribadah kepada Allah SWT akibat peperangan yang melanda Negara mereka. Mereka seringkali merintih dan meminta masyarakat dunia agar simpati terhadap nasib-nasib mereka.





Bukankah mereka itu saudara-saudara kita?.





Tetapi amat malanglah di Negara kita, apabila ada pemimpinnya yang mudah mengadaikan Islam dengan wang ringgit. Judi yang terang-terang disebut dalam Al-quran itu adalah pekara yang haram, telah dihalalkan oleh segelintir pemimpin kita yang rata-ratanya beragama Islam. Pekara ini seolah-olah menampakkan kedunguan dan kebodohan mereka akibat kurangnya akal dan Iman dalam meletakkan sesuatu keputusan. Jika pada masa yang sama mereka-mereka ini gah melaungkan sokongan terhadap rakyat Palestin, namun apabila timbulnya pula pekara-pekara halal dan haram, mereka mudah hanyut. Hanyut di bawa arus kemewahan duniawi yang datang sebagai syurga yang cetek. Maka tidak hairanlah Mantan Perdana Menteri kita yang lalu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi turut menyuarakan bantahan terhadap apa yang berlaku ketika ini serta menyelar agar pemimpin tersebut mengkajinya kembali serta mengambil semula keputusan suara rakyat yang majoritinya tidak bersetuju dan menyukai keputusan tersebut. Perlu diingati juga, konsep 1Malaysia itu tidak bermakna kita mengadaikan Islam dengan pekara-pekara yang jelas haram dan ditegah oleh Allah Azza Wajalla. Wallahua’lam.











AllahuAkbar!




Friday 21 May 2010

Wawasan Yahudi Di Bumi Palestin.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
MyMini Library.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.



Amma ba'du.



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera kepada yang hadir di www.MujahidinCyber.blogspot.com .





Ironinya pihak rejim Israel akan terus membina ‘realiti-realiti’ baru di atas wilayah Palestin yang didudukinya supaya jika terpaksa tunduk kepada tekanan antarabangsa sekalipun akan bersetuju dengan ‘Kemerdekaan’ Palestin, ia tidak akan menjejaskan wawasan serta matlamat Israel untuk mengekalkan Baitul Maqdis Barat dan Timur sebagai bandaraya yang disatukan dan Baitul Maqdis sebagai ibu Negara abadi Israel. Tujuan sebenar mereka (zionis) sememangnya telah dirancang dan diaturkan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Manakala pihak barat pula memainkan peranannya yang cukup besar bagi menyokong segala usul yang berkaitan dengan penubuhan Negara rejim zionis.





Sebanyak 77% daripada wilayah Palestin yang dirampas oleh Israel dalam tahun 1948 kini sah menjadi milik Israel apabila PLO yang dilantik mewakili rakyat Palestin (oleh Israel) pada waktu itu menerima Resolusi 181 dan mengiktiraf kedudukan Israel. Ini merupakan satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh pihak PLO ketika itu, di mana rata-rata pemimpinnya merupakan agen atau proIsrael. Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, pihak yahudi yang telah dibantu kewangannya dari barat mula menabur rasuah berjuta-juta dollar kepada pemimpin PLO pada ketika itu untuk membeli atau merasuah bagi menceroboh tanah-tanah Palestin. Matlamat inilah punca bilamana kemewahan itu telah sebati kepada pemimpin-pemimpin PLO pada ketika itu di mana mereka terlupa akan kesannya dalam masa yang panjang. Perancangan teliti ini telah lama diatur dan dijalankan pihak zionis dan sekutunya iaitu Amerika Syarikat serta Barat untuk menubuhkan Negara haram zionis.







Tembok Buatan Israel Dan Amerika Syarikat.



Dari sudut yang lain pula, matlamat Israel itu tetap sama. Jika kita lihat pada hari ini Palestin akan kehilangan sekitar 50% lagi wilayah di tebing barat iaitu 23% daripada Negara Palestin yang asal dengan pembinaan tembok yang melingkari Baitul Maqdis Timur dan di sepanjang wilayah Israel yang terbentuk pada tahun 1949. Pembinaan tembok ini merupakan satu usaha untuk memisahkan bangsa Arab Palestin dengan bangsa Yahudi. Pembinaan tembok ini juga kalau kita mengkajinya adalah bermotifkan rampasan tanah secara haram dan tidak bertamadun. Pihak Israel telah merancang pembinaan tembok ini bersama-sama sekutunya iaitu Britain dan Amerika Syarikat. Maka apabila terbinanya tembok pemisah ini, mereka pula merancang untuk menghapuskan bangsa Palestin sedikit demi sedikit tanpa diketahui umum oleh masyarakat dunia Islam khasnya. Kelicikkan zionis ini adalah merupakan matlamat utama mereka untuk menghancurkan pejuang-pejuang Islam Palestin. Perlu diingati juga, difahamkan bahawa pihak yahudi ketika ini telah merancang untuk membasmi zuriat-zuriat bangsa Palestin dengan meletak serta menyembur racun pada tanaman-tanaman penduduk Palestin. Kesan yang ketara yang diperolehi adalah, pihak wanita Palestin tidak dapat melahirkan anak dan berkemungkinan anak-anak yang dilahirkan itu adalah cacat. Pembasmian etnik ini merupakan pekara yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta telah dirancang oleh pihak yahudi dengan begitu teliti sekali. Pada tahun 2003, penyelidik dari Mesir telah mengesan satu racun yang terdapat pada telur-telur ayam yang diimport dari Israel terdapat racun yang membolehkan ibu-ibu serta wanita sukar mendapatkan zuriat. Pekara ini terjadi kepada penduduk Mesir pada ketika itu yang menetap di sekitar sempadan Gaza.





Skandal Bill Clinton Di Rumah Putih.



Perjanjian Oslo.




Negara Palestin yang terbentuk daripada proses damai tajaan Israel-Amerika Syarikat terdiri daripada tiga bahagian yang terpisah iaitu Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur (dengan kedaulatan yang terbatas). Realitinya, Perjanjian Oslo dan persefahaman yang menyusul selepasnya menyaksikan kelahiran sebuah Negara Palestin yang terpecah-pecah (cantonments). Perjanjian oslo pada ketika itu yang diterajui oleh Presiden Amerika Syarikat iaitu Bill Clinton merupakan satu detik yang memalukan pihak zionis. Ironinya ketika itu Bill Clinton merupakan seorang Presiden Amerika yang berbangsa yahudi. Akibat sikap lembutnya terhadap Palestin serta menafikan hak-hak Israel di Negara Palestin dan memerintahkan tentera Amerika serta NATO untuk melancarkan perang terhadap puak Serb, maka satu konspirasi telah diaturkan oleh zionis untuk menjatuhkan beliau. Semasa perjanjian Oslo tersebut, Bill Clinton telah dihebohkan di seluruh dunia tentang skandal seksnya di dalam Rumah Putih. Perjanjian Oslo tersebut adalah merupakan perjanjian yang berat sebelah, serta memihak kepada Israel. Di mana pihak Israel pada dasarnya masih menerajui pemerintahan bumi Palestin. Perancangan ini telah dibuat secara sulit oleh pihak zionis dan kuncu-kuncunya yang berpusat di Rumah Putih.



Sekutu Israel Dan Amerika Syarikat.



Semenanjung Gaza menjadi sebuah penjara yang besar yang terkepung dari semua arah, termasuk persisiran pantai dan ruang udara yang dikuasai sepenuhnya oleh Israel. Jika kita lihat peta Palestin yang terkini, ia adalah bertepatan, bilamana semenanjung Gaza tersebut adalah sebuat daerah yang tersepit. Lebih malangnya lagi pihak kerajaan Mesir yang bersetongkol dengan Israel tidak membenarkan sempadan mereka dibuka untuk laluan kemanusiaan bagi sampai ke Gaza dan Palestin. Apabila tembok pemisah itu dibina maka Gaza merupakan sebuah daerah yang telah terkepung dari semua sudut, baik darat mahupun udara. Pihak Israel telah melancarkan serangan besar-besaran bagi memastikan Gaza tersebut jatuh kembali ke tangan mereka kelak. Perlu di ingati juga, pejuang-pejuang Islam yang berpusat di Gaza, merupakan pejuang yang kental dari segi Iman dan Takwanya terhadap segala dugaaan dan rintangan. Gaza merupakan satu daerah yang masih dikuasai sepenuhnya oleh pihak Palestin walaupun telah dihujani dengan pelbagai bom-bom buatan zionis dan Amerika Syarikat. Matlamat ini sememangnya telah dirancang oleh yahudi sejak dari awal pembabitannya dalam perang Arab-Israel pada ketika itu untuk menguasai sepenuhnya bumi Arab satu persatu.






Pelarian Palestin Yang Kian Meningkat Hasil Perbuatan Zionis.



Baitul Maqdis kekal sebagai ibu Negara abadi Israel. Meskipun Palestin menpunyai kedaulatan ke atas Haram Al-Syarif (kompleks Masjid Al-Aqsa), namun ia tidak membawa sebarang erti kepada umat Islam. Perlu kita semua ketahui bahawa pelarian Palestin terpaksa melupakan hasrat mereka untuk pulang ke tanah air dan kampong halaman mereka. Israel bertegas tidak akan mengizinkan pelarian pulang, meskipun mereka bersetuju untuk mencapai status muktamad perdamaian berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 242, 338 dan 194 (yang menegaskan hak pelarian Palestin untuk pulang). Perancangan licik ini telah diatur oleh zionis dan barat untuk menghalau keluar warga Palestin dan digantikan dengan bangsa yahudi secara puratanya. Matlamat ini juga merupakan salah satu wawasan mereka untuk menjadikan Negara haram yahudi itu dikuasai penuh oleh bangsa-bangsa banjingan zionis. Jika kita mengkaji pada situasi terkini, didapati juga ada Negara-negara Islam khasnya yang bersetongkol dengan pihak zionis di mana mereka menawarkan pelarian Palestin untuk berhijrah dan menetap di Negara mereka. Usaha ini adalah usaha yang murni yang baik tetapi kesannya terhadap organisasi Negara Palestin itu sebenarnya akan terjejas sedikit demi sedikit apabila warga negaranya kian melupai dan meninggalkan Negara mereka secara beramai-ramai. Maka akan timbullah masaalah baru di mana pertambahan bilangan penduduk yang digelar ‘Pelarian Dunia Ke 3’ yang kian meningkat dari masa ke semasa. Perancangan licik ini telah dimainkan oleh pihak zionis dan dibantu oleh Barat serta Amerika Syarikat untuk membasmi keseluruhan etnik di Palestin.



Oleh yang demikian, tindakan kejam rejim zionis ini mencerminkan kepada masyarakat dunia bahawa pembasmian etnik dan Islam telah berlaku dengan jelas di bumi Palestin. Masyarakat dunia Islam khasnya perlu peka akan pekara tersebut dan perlulah bersatu hati menangganinya dengan bersungguh-sungguh tanpa bantuan dari pihak Barat dan Amerika Syarikat sekalipun. Umat Islam perlulah berdiri teguh di belakang panji-panji Islam yang berpusat di Palestin. Pemimpin-pemimpin Islam juga perlu memainkan peranannya yang cukup berkesan tanpa menghiraukan kuasa-kuasa besar yang sering datang untuk mengancam. Manakala umat Islam perlulah berani menampilkan diri untuk berbuat sesuatu demi mentauhidkan Agama Allah SWT dan saudara-saudara Islam di tanah Palestin.






Bangkitlah kita semua!



Sedarlah kita semua!



Musuh-musuh Islam punyai agenda yang tersendiri!


Janganlah dengan pekara-pekara yang kecil dan remeh kita semua berpecah!. Bediri teguhlah bersama-sama Islam!.







Yakinlah kepada Allah Azza Wa Jalla!



Taatlah Ia!



Ikutlah Sunnah Rasulullah SAW!



Amalkanlah Kalam-Nya!


InsyaAllah!


Kita semua tidak mungkin akan berpecah-belah!








Ingat!


Musuh-musuh Islam itu sebenarnya adalah Pengecut!


Hati mereka sebenarnya telah cerai-berai!


Dalam diri dan hati mereka itu ada kegentaran!



Ingatlah Allah SWT.



Kembalilah kepada Syariat Allah Azza Wa Jalla.

















“Wawasan Yahudi Di Bumi Palestin”






AllahuAkbar!



You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails