Saturday 17 April 2010

Istilah Zionisme.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.
MyMini Library.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du.



Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir di sini. Semoga dengan kehadiran anda semua menjadikan kita kasih kepada bumi Islam dan khasnya Negara Palestin serta warganya di samping semangat Ukhuwah Islamiah serta Taa’wun (saling tolong menolong) dapat disuburkan lagi. Menjadi harapan saya agar kita semua umat Islam senantiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT dan Baitul Maqdis menjadi milik umat Islam kembali. Amin.



Pintu minda kini telah terbuka….



Ayuh!...



Ekspedisi kita bermula di awal ini…





Apa itu Zionisme?


Zion menjadi tempat suci sejak Nabi daud a.s, yang juga seorang raja, menakluki Bukit Zion yang merupakan benteng pertahanan orang yahudi daripada ancaman kaum Yabus. Nabi Daud a.s tinggal dibenteng itu dan mereka menamakannya sebagai Bandar Daud. (Lihat Samuel II 5 : 7 – 9). Zion lalu dikeramatkan orang yahudi sebagai tempat tinggal Tuhan.


“Indahkanlah suaramu untuk Tuhan Yang menetap di Zion.” (Mazmur 9 : 11).



Zionisme ialah dasar atau gerakan kaum yahudi yang bertujuan menegakkan sebuah Negara yahudi di palestin, iaitu di Bukit Zion dan sekitarnya. Kaum yahudi menganggap Nabi Musa a.s sebagai pemimpin pertama kaum Zionis. Tetapi ironinya, Nabi Musa a.s tidak pernah sekalipun menjejakkan kakinya di sana. Malahan Nabi Musa a.s juga mengajar akan kaumnya supaya mentaati Allah SWT serta mengelakkan permusuhan di antara satu sama mereka.



Persoalannya…



Adakah Zionisme itu sebuah fahaman?




Eksperimen kita kini bermula…



Propaganda Zionisme.


Zionisme membangkitkan fanatik kebangsaan (keyahudian) dan keagamaan dengan mempergunakan cara kekerasan untuk mencapai tujuan tersebut. Jelasnya, mereka berpegang kepada konsep :



“Matlamat Itu Menghalalkan Apa Jua Cara”



Zionisme mengunakan berbagai tipu helah untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan sama sekali penggunaan perkataan “Palestin”. Mereka menggantikannya dengan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan sejarah kaum yahudi di negeri itu. Justeru, nama “Israel” ditabalkan sebagai Negara yang telah mereka diri dan bangunkan.




Oleh kerana Zionisme di Palestin identitinya ialah kekerasan, kezaliman dan kehancuran, kaum Zionis menggunakan nama Israel untuk mengelabui dan mengelirukan orang ramai, bahawa Negara Israel itu tidak akan menggunakan cara-cara yang biasa digunakan oleh kaum Zionis. Sementelahan pula, Israel sendiri berasal dari dua perkataan iaitu “Isra” bererti hamba dan “Ell” bererti Allah, tetapi secara realitinya, tidak ada perbezaan sama sekali antara Israel dengan Zionisme. Malah itu semua adalah sebuah reality propaganda mereka untuk menghalalkan perbuatan jahat mereka.



Jelas, Zionisme juga adalah suaru fahaman perkauman, hegemoni satu bangsa. Zionisme membawa fahaman Rasisme yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul, berbanding dengan bangsa-bangsa lain adalah salah. Sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada penduduk Palestin sekarang ini, mereka juga menganggap bahawa penduduk Islam Palestin adalah penduduk yang cuba mengugat kemahuannya untuk membentuk Negara haram mereka.





Zionisme juga membawa maksud suatu fahaman Pesimis yang percaya bahawa bukan yahudi asalnya ‘Anti-Semistic’ dan orang yahudi (Eropah) harus meninggalkan kampong halaman mereka dan berpindah ke Negara yahudi agar hidup sebagai manusia yang sempurna. Kongres pertama Zionis diadakan pada tahun 1897M dan tahun 1907, di mana organisasi Zionis Dunia telah memilih Palestin sebagai sasaran didirikan Negara yahudi. Begitulah betapa liciknya pencaturan mereka untuk merampas Negara-negara Islam khasnya untuk dijadikan hamba turutan kemahuan mereka.




Persoalan yang bermain diminda…




Bagaimanakah konsep pemerintahan Zionisme?




Eksperimen kita berjalan lagi…




Konsep Pemerintahan Zionisme.


Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas kedua. (Pekara ini telah saya nyatakan dalam posting saya yang lalu). Malah jika ada bangsa yang tinggal dalam Negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik Hegemoni perkauman kerana Zionisme adalah politik hegemoni satu bangsa. Manakala jika terdapat sebarang kritikan di atas dasar mereka ini, mereka akan dianggap musuh dan jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh dikenakan tindakan yang keras seperti dipenjara dan dizalimi.




Undang-undang Kolonial British membolehkan warga Negara di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauaman dan hegemoni satu bangsa ini telah dipenjarakan. Ada yang berbelas-belas tahun lamanya dan yang lebih menyedihkan lagi, ada yang telah digantung mati. Begitulah, betapa kejamnya mereka ini dengan dasar-dasar zionis mereka.



Negara Zionisme ini sentiasa mengunakan agenda keselamatan sebagai dasar utama dalam Negara. Sesiapa yang cuba mengkritik atau apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika ditafsirkan bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan dianggap mengancam keselamatan Negara.



Zionisme mempunyai protocol-protokol yang juga merupakan suatu konspirasi jahat terhadap kemaknusiaan. Protocol bererti penyataan jika diisbatkan kepada para konseptornya, dan bererti laporan yang diterima serta diguna pakai sebagai suatu keputusan jika dikaitkan pada muktamar di Bale, Switzerland, tahun 1897, yang diasaskan oleh Teodor Herzl. Perlu diingati juga, bahawa Teodor Herzl adalah berbangsa yahudi.





Lihatlah saudara-saudari sekelian, mereka sebenarnya telah merancang sejak ratusan dan ribuan tahun dahulu untuk menakluki peradaban manusia serta menghancurkan umat Islam, bagi merealisasikan impian mereka untuk menguasai segenap pelusuk bumi Allah SWT ini dengan dakyah kesesatan mereka.




Persoalannya…




Adakah mereka juga telah membuat fitnah terhadap Para Nabi dan Rasul Allah SWT, serta melanggari segala perintah dan arahan Allah SWT?




Jawapan yang paling tepat… Ya..




Saya akan bawakan bukti yang menyokong jawapan tersebut.




Eksperimen kita bermula lagi…




Semakin jauh Ekspedisi kita, semakin banyak yang kita ketahui...



Secara asasnya banyak yang perlu saya perkatakan di sini untuk perkongsian bersama. Saya akan bawakan kitab “Qabaih Al-Yahud” sebagai rujukan untuk membuktikan bahawa, kaum yahudi tersebut telah membuat fitnah terhadap Para Nabi dan Rasul-Nya serta melanggari perintah serta suruhan Allah SWT.



Di dalam Al-Quran membongkar banyak jenayah kaum yahudi, dahulunya disebut sebagai kaum Bani Israel, sejak zaman diutuskan Nabi-nabi dahulu lagi. Ia bertujuan untuk menjadikan kita lebih faham karenah dan putar belit mereka dan bersedia menghadapi mereka. Berikut saya senaraikan jenayah dan kesalahan kaum yahudi yang terdapat di dalam Al-Quran :




Menuduh Nabi Musa a.s Berpenyakit Kusta Kerana Enggan Mandi Bersama Mereka.


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.” (Surah Al-Ahzab – Ayat 69).




Enggan Beramal Dengan Kitab Taurat, Sehingga Allah Mengangkat Gunung Tursina Untuk Mengikat Perjanjian.


Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):” Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”. (Surah Al-Baqarah – Ayat 93).




Tidak Mahu Beriman, Kecuali Jika Melihat Allah Secara Langsung.


“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 55).



“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: “(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)”. Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).” (Surah Al-Nisaa – Ayat 153).




Mengubah Perintah Allah.


“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa kami ‘; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”. “Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).” (Surah Al-Baqarah – Ayat 58 & 59).




Menuduh Nabi Musa a.s Mempermain-mainkan Mereka ketika Diperintahkan Menyembelih Lembu Betina.


“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)” (Surah Al-Baqarah – Ayat 67).




Menulis Al-Kitab Dengan Tangan Mereka, Lalu Mengatakan Ia Daripada Allah.


“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 79).




Memutarbelitkan Kenyataan Untuk Menyakinkan Bahawa Apa Yang Dibaca Itu Wahyu Yang Asli.


“Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).” (Surah Ali’ Imran – Ayat 78).




Mengubah Firman Allah.


“(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” (Surah Al-Baqarah – Ayat 75).




Menyembah Patung Lembu.


“Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).” (Surah Al-Baqarah – Ayat 51).



“Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 92).




Mengatakan Tangan Allah Terbelenggu.


“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah Al-Maidah – Ayat 64).




Menuduh Allah Fakir.


“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar. “ (Surah Ali’-Imran – Ayat 181).




Menyuruh Nabi Musa a.s Dan Tuhan Berperang Untuk Mereka.


“Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”. (Surah Al-Maidah – Ayat 24).






Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa, kaum yahudi itu sebenarnya kaum yang ingkar terhadap Allah SWT serta pesuruh-Nya. Segala anasir-anasir jahat mereka telah dinyatakan Allah SWT di dalam Al-Quran. Dengan jelasnya mereka telah mengubah segala wahyu Allah untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi apa yang malangnya golongan nasrani adalah golongan yang sering diperbodohkan oleh mereka. Secara umumnya dari apa yang telah semua ketahui, malah telah disepakati bersama, bahawa kaum yahudi telah mempergunakan kaum nasrani untuk menghalalkan kepentingan jahat mereka. Mereka (Yahudi) telah mengubah dengan jelas terhadap kitab-kitab terdahulu dengan hasil tangan-tangan banjingan mereka serta menyeru agar kaum nasrani menuruti segala isi kandungan kitab tersebut yang terang-terang telah di ubah oleh tangan-tangan mereka.




Sandiwara 3 boneka zionis




Maka secara keseluruhannya, begitu ramailah manusia yang menuju jalan kesesatan akibat terpengaruh dengan dakyah yahudi tersebut secara membabi-buta tanpa mengkaji dan merujuk kepada pihak Islam di atas kebenaran kitab-kitab yang telah mereka semua miliki itu. Mereka (yahudi) tidak akan berhenti mendiamkan diri mereka, sehingga umat Islam mengikutinya secara keseluruhan. Mereka (yahudi) menganggap diri mereka bangsa yang terkuat di dunia ini dalam segenap aspek, sehinggakan menganggap bangsa selain dari bangsa yahudi tersebut merupakan bangsa kelas kedua. Mereka megah dan ego dengan apa yang mereka kecapi dan miliki sekarang, tetapi perlu diingati juga sekuat, segagah dan sepandai mana yang mereka miliki itu adalah datang nya dari Allah SWT. Adakah mereka itu orang-orang yang bersyukur?




Ingat!...




Kita dilahirkan ke dunia ini tanpa berpakaian…




Kita juga di hadapan Allah SWT kelak tanpa berpakaian...




Tetapi adakah dengan berpakaian itu dapat menutup segala dosa-dosa kita ketika di dunia dulu?




Berpegang teguhlah kita semua!




Islam pasti akan menang!








Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak berlaku hari kiamat sehingga Muslimin memerangi orang yahudi, maka muslimin membunuh mereka hingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, maka batu dan pohon kayu berkata : “Hai Muslim, hai hamba Allah, ini orang yahudi di belakangku, marilah membunuhnya”, melainkan pohon Gharqad kerana ia daripada pohon orang yahudi”

(Hadith Riwayat Muslim – No. 7523).





AllahuAkbar!


No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails