Thursday 11 November 2010

Senario 9-11 dan Pearl Habor.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.



BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Ucap terima kasih buat anda yang sering berkunjung di www.mujahidincyber.blogspot.com . Semoga kita semua berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah Ta’ala.



Berdasarkan dan rujukan pada akhbar Britain “New Statesman” pada 12 Disember 2002, wartawan John Pilger telah mengolahkan dalam istilah yang membimbangkan sebagaimana ‘Projek William Kristol untuk Abad Baru Amerika’ telah memutuskan di mana Amerika memerlukan satu “Adegan Pearl Harbor Baru” sebagai helah untuk mencari peluang terhadap penguasaan global. Tema yang dibentangkan oleh Kristol dan rakan-rakan sekutunya ialah sekiranya bencana sedemikian berlaku, ia akan memberi Amerika peluang untuk sekali lagi membanggunkan angkatan tenteranya agar disegani oleh semua kuasa-kuasa dunia.


Pelan Serangan Terhadap Pearl Habor.



Pelan Serangan Terhadap Iraq.



Demikianlah juga iaitu pada 3 Jun 1997, tiga tahun George W. Bush (seingat saya) menjadi presiden dan meletakkan Neo-Konservatif dalam kuasa sekumpulan sekutunya iaitu termasuklah Donald Rumsfeld, Dick Cheney dan Paul Wolfowitz telah menandatangani satu ‘kenyataan prinsip-prinsip’ yang dikeluarkan oleh organisasi ‘Era Kristol’. Maka bermulalah era baru bagi mewujudkan kuasa Radikal Imperialisme yang utuh sebagaimana yang telah mereka rancangkan sejak bertahun-tahun lamanya. Maka Peristiwa pengeboman Pearl Habor adalah satu mentor yang perlu dipandang jauh oleh mereka, bagi mewujudkan situasi yang membolehkan mereka bergerak dengan lebih jauh bagi merealisasikan matlamat jahat mereka. Pandangan Kristol serta kuncu-kuncu rapatnya, mengenai kejadian dan peristiwa tersebut membuatkan mereka begitu yakin di atas segala tindakan mereka. Pearl Habor sebuah tragedi yang menarik bagi Amerika Syarikat untuk menghalalkan segala bentuk persenjataan bagi menentang kuasa-kuasa besar ketika itu yang semakin meningkat naik serta menobatkan peristiwa tersebut sebagai detik bermulanya era kebangkitan ketenteraan Amerika untuk menguasai dunia. Maka selepas peristiwa pengeboman terhadap Pearl Habor, bermulalah detik yang ditunggu untuk mewujudkan satu dominasi baru dalam dunia ketenteraan global.


Serangan Terhadap Pearl Habor.




Serangan 9-11.



Kenyataan tersebut membentangkan satu matlamat untuk membanggunkan kekuatan ketenteraan Amerika agar dapat memburu hegemoni global yang tidak terkekang oleh mana-mana Negara atau Negara-negara yang mungkin berani menolak agenda pemerintahan elit Amerika supaya tidak dapat dipersoalkan satu pengisytiharan matlamat imperial global.




Maka melalui pengkajian dan pengamatan saya, rancangan seterusnya oleh ‘Projek Kristol’ untuk Abad Baru Amerika adalah untuk “Membina Semula Pertahanan Amerika Termasuklah Strategi, Angkatan dan Sumber untuk Satu Abad Baru Berpaksikan Rejim Zionisme”. Apabila membentangkan satu isu atau rancangan untuk Amerika Syarikat menguasai wilayah Teluk dan Negara-negara Islam dengan kekuatan ketenteraan dan semangat propaganda Zionisme, maka tidak kiralah Saddam Hussein (telah kembali) atau pemimpin Islam seumpama dengannya yang berkuasa ataupun tidak, ia perlulah ditewaskan ataupun ‘disalutkan’ dengan fahaman radikal Neo-Konservatif.



Untuk memenuhi impian tersebut, Kristol dan rakan-rakan sekutunya telah membawa Amerika Syarikat agar bersedia untuk berperang di beberapa tempat dalam satu masa di seluruh dunia tidak kiralah berapa tahun yang akan datang kelak. Untuk mencapai kebolehan tersebut, mereka (neo-konservatif) mengisytiharkan bahawa Amerika perlu mengubah ketenteraannya diikuti dengan pengumpulan senjata secara besar-besaran malah mengugut mana-mana Negara yang ingin membantah polisi-polisi jahat mereka. Sungguhpun demikian, mereka (neo-konservatif) menyatakan “Proses perubahan mungkin suatu yang panjang, tanpa peristiwa pemangkin dan dahsyat seperti satu Pearl Harbor baru”. Maka sesuatu kebangkitan perlu diwujudkan, dan mereka harus berkorban. Pilihan tepat untuk memastikan ia terlaksana adalah dengan mewujudkan satu keadaan yang tidak stabil di Amerika Syarikat serta menyebarkan segala bentuk fitnah untuk memburuk-burukkan Arab dan Islam. Pilihan tepat mereka adalah peristiwa 9-11.



Jika dilihat dari peristiwa tragis 11 September 2001 (melalui pengamatan saya) telah menghasilkan satu lagi “Pearl Harbor Baru” yang telah memercikkan satu dendam besar, diikuti dengan “Peperangan terhadap pengganas” yang kemudiannya bertukar melalui pengaruh Neo-Konservatif menjadi peperangan empayar. Dengan bermulanya penaklukan Iraq sebagai sasaran dan kemudian seluruh dunia Arab dan seterusnya Negara-negara Islam yang lain. Ramai orang-orang Amerika dan lain-lain bangsa di dunia ini mempersoalkan sama ada serangan 9-11 dimulakan atau dibiayai oleh Amerika Syarikat ataupun ia ada hubungkaitnya dengan Israel. Ia juga menjadi misteri mempersoalkan adakah ia dilakukan secara sendirian ataupun satu perancangan bersama. Maka, tidak hairanlah jika motif sebenar untuk menjadikan Islam sebagai sasaran mereka telah nyata diperlihatkan setelah berlakunya serangan 9-11 tersebut. Dunia kini diamcam satu lagi wabak fitnah yang berpanjangan yang seringkali dimainkan oleh mereka-mereka yang menjadikan Islam sebagai punca kemusnahan global, walhal seperti yang kita semua ketahui bahawa mereka-mereka itulah (fahaman radikal zionisme) adalah dalang-dalang dalam mencetuskan huru-hara global ini.



Secara umumnya peristiwa 9-11 adalah satu matlamat utama untuk dijadikan punca bagi memboleh dan mengiakan segala tindakan susulan untuk mencetuskan perang besar-besaran terhadap Islam dan global. Malahan denyutan pengeboman Pearl Harbour itu juga merupakan satu titik tolak bagi mereka (neo-konservatif) untuk menjadikannya ‘model’ terancang untuk simpati rakyat Amerika dan masyarakat dunia bagi menyetujui segala tindakan ketenteraan terhadap mana-mana organisasi pengganas. Oleh yang demikian, projek kristol pada Abad Baru ini telah menampakkan hasilnya yang cukup berkesan tanpa melalui jalan yang sukar, sepertimana sebelum-sebelum ini. Inilah motifnya! Dan inilah juga perancangannya! Yang lebih tepat dan dikenali sebagai “Fitnah-Fitnah Di Akhir Zaman”. WaAllahua’lam



Semoga kita semua dilindungi dari fitnah-fitnah yang melata yang sering dimainkan oleh mereka-mereka yang mengelarkan diri sebagai pengikut-pengikut syaitan dan iblis laknatullah. Berdoalah agar kita semua menjadi umat Islam yang kuat bagi mengekang segala dakyah dari musuh-musuh Islam yang datang dari segenap penjuru kehidupan kita. Bangkitlah kita semua! Kuatkan barisan-barisan benteng keimanan! Agar tidak diperlekehkan lagi oleh ‘pencacai-pencacai Iblis dan Syaitan Laknatulllah’. AllahuAkbar!



No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails