Tuesday 9 November 2010

Dalang Konspirasi Media.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.




BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir di sini. Meskipun telah banyak saya kongsikan bersama tentang komplot-komplot Neo-Konservatif yang mengetuai kepimpinan di dalam pentadbiran George W. Bush, namun untuk menghentikannya seketika bagi memberi laluan kepada artikel yang lain adalah agak mustahil dan janggal bagi saya, jika segala konspirasi terancang tersebut tidak didedahkan dan dikongsikan bersama bagi memperlihatkan siapakah dalang-dalang yang sebenar disebalik tirai yang hadir untuk memusnahkan Islam melalui strategi licik dan terancang. Di sini saya cuba memperlihatkan kepada kita semua bahawa kumpulan Neo-Konservatif telah berjaya melaksanakan kejayaan politik yang terulung mereka dengan rakus dan menumbangkan satu demi satu Negara Islam yang saya anggapnya sebagai Negara yang ‘lena di buai mimpi’. Demikianlah jika dilihat dari sudut yang jauh, kealpaan umat Islam kini semakin parah malahan menganggap segala dakyah yang dibawa oleh musuh-musuh Islam itu adalah satu rahmat bagi mereka serta menafikan Hak-Hak yang sepatutnya iaitu Allah Ta’ala. Senario mengagungkan musuh-musuh Islam yang menjijikkan ini telah sedikit sebanyak menular di segenap pelusuk bumi Islam khasnya yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang bersifat ‘dungu’.





Steven Emerson Anti-Arab dan Anti-Islam

Seorang ‘pakar’ keganasan khas yang sering disebut oleh media dan patut diselidik adalah Steven Emerson ( http://www.steveemerson.com/ ) . Dilaporkan beliau seorang yang berbangsa Yahudi, walaupun beliau enggan mengesahkan identitinya secara umum. Pengkritik memanggilnya “Pembenci Orang Arab dan Islam Yang Fanatik”. Seorang penyokong kuat liberal Neo-Konservatif serta sekutu kuat Israel yang dipercayai dan dikagumi. Menurut seorang wartawan bebas, iaitu John Sugg, beliau telah menyatakan aktiviti Steven Emerson dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai pertalian rapat dengan pihak Mossad dan Israel secara tersembunyi dan licik. John Sugg juga menyatakan lagi dalam komentarnya yang bermaksud :



“Jika diteliti dengan lebih mendalam ‘kerjaya’ Steven Emerson merupakan satu serangan berterusan bagi menentang orang Arab dan Islam. Beliau mendapat kemasyhuran pada awal tahun 1990an. Beliau juga menerbitkan buku, menulis rencana, menghasilkan dokumentari dan sering memenangi anugerah. Buku beliau iaitu “The Fall of Pan Am 103” telah menimbulkan kemarahan ‘The Columbia Journalism Review’ yang telah menyatakan pada Julai 1990, bahawa petikan dari beliau (Steven Emerson) mempunyai persamaan yang amat ketara dari segi kandungan dan gaya anti Arab dan anti-Islam. “The Jerusalem Post” (17/09/94) telah menyatakan bahawa Steven Emerson mempunyai ‘hubungan’ rapat dengan perisikan Israel. Beliau juga sebenarnya telah berjuang untuk Likud serta bertungkus-lumus untuk memastikan gagasan Israel Raya terjamin dan disegani diseluruh dunia.” (John Sugg – Wartawan Bebas).



Steven Emerson telah menerima pembiayaan daripada ‘Scaife’ iaitu satu badan yang berpusat di Israel. Manakala seorang komander perisikan Israel berhaluan kanan telah menyatakan di dalam akhbar “The Nation” (15/5/95), dengan lantang menyatakan bahawa Steven Emerson adalah merupakan dalang untuk melobi Kongres Amerika Syarikat untuk menentang usaha damai di Timur Tengah serta mewujudkan satu situasi pincang kepada semua kongres agar memboikot usaha damai tersebut. Maka tidak hairanlah mengapa dalang ini (Steven Emerson) telah merancang sesuatu yang membolehkan setiap usaha perdamai Israel-Palestin gagal. Kegagalan tersebut bukanlah datangnya dari pihak atasan meja rundingan, tetapi melalui saluran media-media yang seringkali dimainkan bagi menunjukkan simpati rakyat Amerika terhadap Israel.



Benard Lewis ‘Datuk’ Kefanatikan Dunia Islam.

Steven Emerson sebenarnya lebih ‘dihormati’ oleh ramai pengikutnya yang terdiri daripada fahaman Neo-Konservatif dan sekutu kuat Israel. Beliau juga merupakan seorang ‘mentor’ bagi salah seorang profesor yang disegani dan dikenali iaitu Profesor Benard Lewis (http://en.wikipedia.org/wiki/Bernard_Lewis ) iaitu dari Universiti Princeton. Prof. Benard Lewis adalah seorang yang berbangsa Yahudi, dan anak beliau merupakan orang yang paling menonjol serta aktif di dalam pertubuhan AIPAC, iaitu pelobi untuk Israel. Benard Lewis telah mempromosikan buku-bukunya yang secara keseluruhannya menjurus kepada serangan orang Arab dan Islam. “What Went Wrong” adalah buku yang telah membangkitkan kemarahan dunia Arab dan Islam tentang kelancangannya dalam membina satu empayar baru untuk menghasut masyarakat dunia tentang kelemahan dan keburukan dunia Arab dan Islam. Beliau juga merupakan suara pergerakan dalam Neo-Konservatif secara rawaknya di dalam propaganda Zionisme di dalam media-media utama Amerika Syarikat.



Di dalam buku-bukunya yang lain, seperti ‘The Arabs in History’ (1950), ‘The Emergence of Modern Turkey’ (1961), ‘Semites and Anti-Semites’ (1986), ‘The Jews of Islam’ (1984), dan ‘Islam and The West’ (1993), Benard Lewis telah menyatakan dalam penulisan buku-bukunya yang sedikit sebanyak telah melihat sebagai patologi yang tidak boleh ‘diubati’ tentang dunia Islam dalam keadaan yang diaibkan. Beliau juga telah memainkan peranannya dengan cukup berkesan melalui serangan media secara berterusan sehinggakan rakyat Amerika menobatkannya sebagai “Datuk Anti-Arab dan Anti-Islam”.



Di sebalik sikap Benar Lewis yang nyata kefanatikannya, maka beliau telah menjadi pemain utama di belakang tabir yang mengasak dasar pentadbiran Bush yang menjurus kepada serangan ke atas Iraq. Pada 5 April 2003, “The New York Times” menggambarkan buku beliau (Benard Lewis) “What Went Wrong” sebagai mempunyai pengaruh penting ke atas pemikiran pentadbiran Bush, khususnya pemikiran Naib Presiden ketika itu iaitu Dick Cheney.



Jared Taylor Radikal Anti-Muslim.

Pada tahap yang lebih rendah dan kurang publisiti, ada elemen-elemen yang telah menyertai elit Neo-Konservatif di dalam melaungkan kebencian anti-Arab dan Anti-Muslim. Sementara ramai orang-orang Amerika yang dipanggil “Orang Kanan Ekstrim” dikelirukan dengan pergerakkan Neo-Konservatif yang mengelilingi William Kristol (Mentor Neo-Konservatif) dan sekutu-sekutu mereka seperti Steven Emerson (telah dinyatakan seperti di atas) dan Benard Lewis (telah juga dinyatakan seperti di atas). Terdapat lebih ramai lagi mereka yang telah menjalankan propaganda Anti-Islam di media-media Amerika seperti Jared Taylor (http://jaredtaylor.org )


Jared Taylor


Beliau adalah penyunting sebuah penerbitan yang dikenali sebagai ‘American Renaissance’ . Jared taylor dipercayai oleh ramai pengkritiknya sebagai satu aset terpenting di dalam CIA. Malahan pengkritik tersebut menyatakan bukan sahaja beliau bekas mahasiswa Universiti Yale, tetapi sebagai satu wadah pengrekrutan CIA. Beliau juga seorang ahli perniagaan yang aktif dan berjaya. Tambahan lagi, sebuah buku yang ditulis oleh beliau iaitu ‘Paved With Good Intentions’ telah menuduh orang-orang berkulit hitam Amerika inferior dibandingkan dengan orang-orang berkulit putih. Beliau telah dipuji di dalam ‘Commentary’ iaitu sebuah wadah suara jawatankuasa Yahudi Amerika Neo-Konservatif serta telah disunting oleh Norman podhoretz (Sekutu Neo-Konservatif) telah dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang dibiayai oleh CIA semenjak tahun 1950an.


Laporan menunjukkan Jared Taylor mempunyai sejarah panjang dalam melawan Arab dan Muslim. Sejak November 1993, hampir satu abad yang lalu iaitu sebelum kecenderungan terhadap anti-Muslim berleluasa di Amerika yang disemarakkan oleh saluran media utama, terutamanya di dalam kebangkitan serangan 9-11, majalah Jared Taylor iaitu ‘American Renaissance’ telah menerbitkan satu artikel yang bertajuk “Kebangkitan Islam Di Amerika” yang mana beliau menegaskan ‘Islam terletak di persimpangan antara bangsa dan immigran’. Beliau juga telah menyatakan dengan begitu pedas dan lantang terhadap Islam dengan menyatakan lagi :


“Islam di dalam keadaan yang berlainan, terletak di persimpangan dua polisi Amerika iaitu hubungan immigrant dan bangsa. Adalah tindakan bodoh mengimpot kumpulan yang fanatik yang bersedia berbunuhan antara satu sama lain dan juga kita kerana konflik di Levent. Tidakkah disedari bahawa perlawanan di Timur Tengah yang disebabkan oleh pertikaian mereka, bukan sahaja di Negara mereka, tetapi di Eropah juga? Mengimpot orang-orang fanatik yang menyembah tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam berkulit hitam adalah satu kebodohan.” (Jared Taylor – American renaissance).


Jared Taylor serta sekutu-sekutunya telah memfitnah orang-orang Arab dan Islam melalui propaganda media-media Amerika dan antarabangsa serta kebenarannya adalah kesan dirasai pada waktu kritikal apabila pelobi Zionis mendapati bahawa adalah penting untuk meletakkan ‘agen’ mereka di dalam kumpulan walaupun kecil tetapi berpengaruh di Amerika.



Individu seperti Steven Emerson, Benard lewis dan Jared Taylor ini telah menggunakan kuasa mereka (Seminimanya) untuk membengkokkan Amerika dan lain-lainnya di Barat supaya berpihak kepada Israel menerusi serangan terhadap Arab dan Muslim. Maka dengan itu juga telah membuktikan kepada matlamat imperial Israel dalam kesatuan dengan Neo-Konservatif yang mendominasi polisi luar Amerika. InsyaAllah untuk diartikel saya yang akan datang, saya akan cuba kongsikan serta ketengahkan tentang konspirasi-konspirasi yang telah direkaciptakan sendiri oleh agen-agen Neo-Konservatif yang berpaksikan Israel terhadap apa yang dikenali sebagai senario membabitkan Islam sebagai agen keganasan bagi merealisasikan impian mereka untuk menubuhkan agenda baru dalam pentadbiran dunia mengikuti kehendak-kehendak Yahudi Laknatullah. WaAllahua’lam.


2 comments:

  1. boleh masukkan Spencer punya nama sekali dalam list http://jihadwatch.org

    ReplyDelete
  2. salam Benrauf.

    BismillahirRahmanirRahim.

    Terima kasih dengan perkongsian yang dikemukakan.

    ReplyDelete

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails