Monday 23 August 2010

Kebesaran Dan Kekuasaan Allah SWT : Alam Juga Taat?








Kebesaran Dan Kekuasaan Allah SWT : Alam Juga Taat?

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.









BismillahirRahmanirRahim. “Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan kepada-Nya. Siapa yang ditunjuki Allah tidak ada yang akan menyesatkannya, dan siapa yang disesatkan Allah tidak ada yang dapat menunjukinya. Sesungguhnya sebenar-benar percakapan ialah Kitabullah (Al-Quran). Sebaik-baik petunjuk, sunnah Muhammad SAW. Seburuk-buruk pekara, sesuatu pekara baru yang diada-adakan dalam agama Allah. Setiap pekara baru yang diada-adakan dalam agama adalah Bid’ah. Setiap bid’ah itu pasti menyesatkan dan setiap pekara yang menyesatkan sudah tentu tempat kembalinya ke neraka. Aku mengakui tidak ada Tuhan selain Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad SAW itu sesungguhnya hamba-Nya dan Rasul-Nya.” Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.



Kalau kita mempelajari daripada pelajaran sains Biologi dan sains Fizik, didapati bahawa sel adalah unit kehidupan yang terlalu komplek dan bersaiz kecil, serta didapati juga bahawa tubuh sesuatu benda yang hidup terdiri daripada satu unit sel sahaja, seperti ameba dan berjuta-juta sel dalam tubuh manusia itu sendiri. Maka maksud sebenarnya adalah, sel itu terdiri daripada 90% yang mana kandungannya adalah terdiri daripada air. Tanpa air, sel tidak akan wujud. Air adalah cecair pelarut dan juga cecair yang boleh membentuk ‘Colloid’.



Air Berbentuk Cecair




Bahan-bahan biokimia yang ada dalam sel air bertindak balas melalui molekul-molekul air dan membentuk pelbagai bahan, seperti protein, lemak, asid nuklik dan sebagainya. Perlu diingati juga bahawa molekul-molekul air yang memainkan peranan dalam proses yang komplek ini. Jadi segala sesuatu yang hidup perlu kepada air yang terdiri daripada unsur-unsur hydrogen dan oksigen dengan sifat-sifat khas memproses segala benda yang hidup.



Firman Allah SWT :


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Surah Al-Anbiyaa’ – Ayat 30).



Maka bertepatanlah bahawa apa yang telah disebut dalam Al-quran bahawa Allah SWT menjadi segala yang hidup berasal daripada air. Bukan zat air itu sendiri yang menyokong benda hidup, tetapi sifat-sifat air itu yang melarut molekul-molekul kompleks yang menjadikan mereka berinteraksi dengan mudah dan cepat menyebabkan segala benda hidup membiak dan berkembang dengan sempurna melalui ketentuan Allah SWT.




Saudara-Saudari yang dirahmati Allah SWT.



Proses Perkembangan Kejadian Manusia Melalui Air.





Perhatikan pula pada ayat Al-quran yang berikut ini, betapa besar kekuasaan dan keagungan-Nya terhadap alam ini.



Firman Allah SWT :


Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela” (Surah Fussilat – Ayat 11).



Kalau kita melihat dan perhatikan daripada ayat seperti di atas iaitu “sedang langit itu masih berupa asap” perkataan “asap” itu sebenarnya menghairankan kita, ini adalah kerana ia ada persamaan dengan hakikat kajian astronomi bahawa di langit sebahagian besar kandungannya adalah asap atau debu yang merupakan zarah-zarah atom (nanti saya nyatakan berkenaan dengan atom di perenggan yang lain pula) seperti hydrogen, sub-atomic particles (terdiri daripada proton, neutron, electron, neutrino dan sebagainya), molekul-molekul mudah seperti air, methane, ozone dan sebagainya.



Langit, Memperlihatkan Kewujudan Maha Pencipta.




Saintis moden mengakui bahawa alam semesta ini tidak bermula dengan wujudnya jasad-jasad pepejal, tetapi melalui masa yang lama. Asap dan debu kosmik bercantum dan membentuk segala bintang, planet dengan kuasa tarikan graviti membentuk cakerawala-cakerawala yang banyak dan tersusun. Pada asasnya permulaannya adalah daripada asap. Mungkin kejadian ini bermula selepas letupan “Teori Big Bang” yang telah saya sebut serta kongsikan dalam artikel saya yang lalu. Jika saudara-saudari telah membacanya, saya telah mengolahkan akan kewujudan teori tersebut dengan terperinci dan disepakati oleh semua para saintis moden dekad kini.



Didapati juga bahawa maksud ayat di atas iaitu “: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela”. Adalah bermaksud segala sesuatu dalam alam ini mentaati segala perintah Allah SWT tanpa membantah sedikitpun. Ini bererti Allah SWT memberi segala arahan dan undang-undang alam dan semuanya dipatuhi dengan tepat dan sempurna. Inilah apa yang dikatakan sebagai “Law of Physics” atau peraturan-peraturan alam fizikal seperti graviti, cas-cas positif dan negatif, undang-undang ‘Thermodynamic’ dan sebagainya.



Debu-Debu Kosmik Bertebaran, Siapa Dia yang Mengaturnya?




Semua undang-undang alam semesta ditentukan oleh Allah SWT yang dikenali juga sebagai ‘Sunnatullah’. Segala sesuatu taat kepada ketentuan Allah SWT. Jika ada mana-mana benda yang melanggar peraturan, nescaya akan hancur dan musnahlah alam ini. Ini menunjukkan Allah SWT berkuasa ke atas segala sesuatu. Ini juga sebenarnya memberi jawapan kepada manusia, bahawa alam ini mempunyai Pencipta. Mereka (golongan Aties) berkata bahawa alam ini terlalu kompleks, tidak mungkin ia dicipta, malah segala terjadi secara proses nasib dan kebetulan. Jadi, kata mereka (golongan Aties) alam ini wujud secara kebetulan dan ia juga wujud kerana ia bersifat sudah ada sebelumnya.





Charles Darwin Pengasas Teori Evolusi.




Persoalannya…




Kenapa terdapat undang-undang alam yang begitu tepat pada putarannya serta begitu taat?




“Mereka sebenarnya sukar hendak menjawab”





Adakah ini juga secara kebetulan?





Perhatikan semula…



Jika kita ambil sebiji bola pingpong lalu diletakkan ke dalam sebuah balang kaca, lalu kita tutupinya dengan sehelai kain hitam untuk tidak dapat melihatnya. Lalu beberapa hari yang kemudian kita buka semula kain tersebut, apa yang kita perhatikan ketika itu? Adakah sebiji bola pingpong akan bertukar menjadi sebuah banglo idaman kita yang mempunyai pokok serta diwarnai dengan keindahan warnanya. Tentu mustahil bukan. Ia tidak akan menjadi yang sedemikian rupa. Begitu juga dengan alam ini, ia tidak akan jadi tanpa ada Pencipta.




Persoalannya lagi di sini…




Siapa Dia Pencipta alam ini?




Siapa Dia Pencipta Diri kita (manusia)?




Siapa Dia tuan-tuan dan puan-puan?




Siapa Dia?




“kelihatan masih diam dan membisu”




Kalau kita perhatikan di dalam alam ini terdapat berjuta-juta atom yang tidak terbilang tidak kira di mana kita berada, di bintang yang jauh, di bulan, di planet, di Tesco, di Giant, di reject shop, di taman-taman bunga, di pejabat, di air terjun, di kolam renang, di rumah, di dalam kereta, di atas motosikal, di atas kereta kuda, di atas kereta lembu, dan sebagainya, yang pasti setiap atom hydrogen itu sebenarnya mengikut peraturan dan undang-undang fizik yang sama. Maka ayat “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela” menunjukkan Allah SWT jua yang memberi dan menjadikan alam semesta ini berjalan dengan lancar dan teratur mengikut kehendak-Nya.





Adakah kita sedar akan hakikat ini?





Siapa Dia yang mengatur segala peraturan dan undang-undang medan fizik ini tuan-tuan dan puan-puan?






Siapa Dia?






Allah!






Sekali lagi…






Siapa Dia tuan-tuan dan puan-puan?






Allah!!






“Tak dengarlah…”






“Puasa ye,saya pun puasa juga”






“Apakata kita sama-sama laungkan”





“Sekali lagi tuan-tuan dan puan-puan”






ALLAH !!!






AllahuAkbar!!!






"Maka lenyaplah Teori Evolusi Darwin"...















Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang TAAT...



No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails