Wednesday 23 June 2010

Obama Kesinambungan Pemimpin Kejahatan Bush.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.



BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.




Amma ba'du.




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.















"Obama Kesinambungan Pemimpin Kejahatan Bush"









Saya tertarik dengan kata-kata Obama ketika memberikan ucapan pada hari ulang tahun Israel yang ke 60, Obama berjanji melarang Iran memiliki senjata nuklear dan menjadikan Al-Quds sebagai ibukota Israel. Menurutnya lagi, ini tidak boleh ditawar dan dirundingkan lagi malahan ia harus dipersetujui oleh semua pihak, baik Palestin mahupun dunia Islam. Obama menambah bahawa kesepakatan dengan rakyat Palestin harus tetap menjaga identiti Israel sebagai Negara yahudi yang memiliki perbatasan aman yang diakui, Israel harus dibela dan Al-Quds menjadi ibukota Israel dan sebagai kota bersatu. Dia menyebut keakraban Amerika Syarikat dengan Israel tidak mungkin dipisahkan. Begitulah akan hakikatnya imej seorang pemimpin dunia yang sombong dan bongkak serta menafikan kewujudan Tuhan dalam mencanang sesuatu pekara dan kehendak. Obama terlupa, bahawa pen, kertas serta dakwat yang ia setiap hari gunakan itu adalah datangnya dari restu Tuhan yang Maha Pengasih serta Maha Penyayang terhadap makhluk-Nya, walaupun ketika itu beliau serta sekutunya sering melemparkan dogma dan fitnah terhadap Allah Azza Wa Jalla. Begitu juga terjadinya dalam Negara kita, ada pemimpin yang sanggup menafikan Tuhan yang menguasai alam semesta ini, serta sanggup membuat andaian sendiri tentang pekara-pekara yang akan datang mengikut kejumudan akal fikirannya tanpa memikirkan Ilmu dan Iman yang telah Allah SWT hidayahkan kepada manusia. Meramalkan Negara akan menjadi muflis 9 tahun akan datang, adalah suatu pekara yang tidak masuk akal dan diterima langsung oleh akal yang waras. Mudah untuk mentafsirkan sesuatu pekara, tanpa merujuk pakai sesuatu maklumat yang betul. Mungkin ia juga berkepentingan peribadi dan organisasi yang tertentu untuk mencapai sesuatu tujuan yang dimaksudkan, sehingga memomokkan Negara dengan satu dakyah yang tidak diterima oleh pemikiran yang glokal. Ironinya sememangnya begitu, bilamana sesuatu pekara itu hendak ditimbulkan bagi menjaga ‘kepentingan’ kocek dan kantong yang saban hari kian susut. Tunggu dan lihat sahaja gelagat-gelagat manusia-manusia ini yang tidak ubah seperti ‘cacing yang kepanasan’.





Adakah dunia ini akan kekal selama-lamanya?




Adakah 9 tahun akan datang kita semua akan mengecapi lagi dunia ini?




WaAllahua’lam.




Bukankah lebih baik, kita memikirkan hal-hal amalan dan ibadah kita dari kita memikirkan kemewahan duniawi yang ada pasang dan surutnya itu. Walaupun apa yang saya gambarkan ini tidak termasuk dalam apa yang akan kita bincangkan ini, tetap ia sedikit sebanyak membuka ruang minda kita agar senantiasa mengigati Allah SWT serta Sunnah Rasulullah SAW, agar kita tidak leka dan alpa dalam menjalani hal-hal kehidupan ini. Setiap hal-hal serta pekara-pekara itu hendaklah dirumus serta dikaji terlebih dahulu sebelum kita mengambilnya sebagai panduan hidup berlandaskan syariat-Nya.





Baiklah, kita berbalik kepada topik yang akan kita sama-sama kongsikan ini.



Obama menyokong Israel hingga menyebut pendiriannya sebagai ‘mukjizat’, sebagaimana Nicolas Sarkozi menyebut hal itu. Di Sidrot, wilayah Israel yang sering dibedil Palestin, Obama menyatakan :




Perhatikan betul-betul kata-kata Obama tersebut.



“Kalau saya menjadi Israel, akan saya hancurkan Gaza.”



Kerananya, dalam wawancara dengan radio Israel, Tespi Livni menyebut kemenangan Obama dengan ucapan,



“Presiden baru Amerika Syarikat ini, Barrack Obama, setuju dengan prinsip-prinsip politik Israel.”



Dewan perwakilan Amerika yang dikuasai Parti Demokrat telah meluluskan resolusi untuk membenarkan Israel mempertahankan hak mereka daripada serangan pejuang Palestin di Gaza dengan majoriti besar 390 berbanding 5. Dewan perwakilan tersebut juga telah diterajui oleh agen-agen yang Pro-Zionis secara keseluruhannya. Peristiwa 9/11 itu juga menjadikan modal untuk menyetujui segala tindakan terhadap Palestin dan dunia Islam khasnya. Bermodalkan itu juga, Obama akan mengikuti jejak langkah Bush untuk menghalalkan segala tindakan kebiadapan Israel. Motif serta visinya tetap sama, selagi White House dikuasai oleh rejim-rejim Zionis. Dalam situasi begini, rakyat Amerika Syarikat adalah yang telah ditipu bulat-bulat serta diperkuda-kudakan oleh Presiden mereka serta kuncu-kuncu zionis yang telah bersarang di sistem pentadbiran Amerika.





Dalam menghadapi konflik Palestin-Israel, Obama meminta kepada Gerakan Islam Hamas agar mengakui syarat-syarat ‘Team” kuartet dan mengiktiraf Israel. Beliau juga berkata bahawa beliau memahami sikap Israel yang hanya mahu membela diri. Pertanyaan-pertanyaan ini sudah cukup kuat untuk membunuh segala harapan kepadanya. Beliau secara terang-terangan telah menghalalkan keganasan sehingga Israel bertambah bongkak dan berani melancarkan bom tercanggih buatan Amerika ke jalur Gaza. Dengan serangan bom tersebut telah menunjukkan kepada dunia bahawa Amerika serta Israel adalah merupakan gabungan kuasa besar dunia yang tidak boleh diperlekehkan oleh mana-mana kuasa lain seperti Russia, Eropah, China, Iran serta Gabungan Negara yang lain. Serangan bom-bom tersebut adalah ujian untuk memastikan sistem persenjataan mereka akan berjalan dengan lancar serta memastikan bahawa penjualan senjata mereka di pasaran gelap akan bertambah maju.





Jurubicara Hamas, Fauzi Barhum, dalam satu siding akhbar, (Jumaat 23/01/2009), menyatakan :


“Kebijakan yang salah inilah yang menjadi sebab utama penderitaan rakyat Palestin. Kebijakan yang salah inilah yang telah mengheret kepada perang yang memusnahkan warga kami di Jalur Gaza.”





Fauzi Barhum menegaskan apa yang dilakukan gerakan tidak lain adalah membela diri dan melindungi kepentingan rakyatnya, yang dihancurkan oleh percaturan Amerika yang salah dan percaturan oleh George W. Bush yang menjadi pemimpin kejahatan dunia.





Pemimpin Hamas menjelaskan :


“Yang harus dilakukan Presiden Obama adalah menunjukkan sikap-sikap positif yang mendukung keadilan isu Palestin, menghentikan kejahatan kolonial Israel, mengakui hak rakyat Palestin dalam membela diri sesuai dengan perjanjian antarabangsa, yang memberi hak kepada bangsa terjajah untuk membela diri dalam menghadapi keganasan apapun.”



Fauzi Barhum menegaskan :


“Malangnya, pernyataan Obama ini boleh dimanfaatkan oleh kolonial Israel bagi melanjutkan misi pembunuhan dan ‘Blockade’ yang sudah dan sedang dipraktikkan terhadap anak bangsa Palestin.”







Jadi, jika tidak ada harapan untuk perubahan yang hak dan adil dalam politik Amerika terhadap Palestin, Iraq dan Arab di era Presiden Obama seperti yang terang-terangan ditegaskannya, maka seharusnya Palestin dan Arab segera bersatu mengubah prioriti dan komitmen nasionalismenya dan bergerak memberi tekanan ke atas pemerintahan Amerika yang baru.



Apakah keganasan Zionis ini tidak cukup untuk membanggunkan dunia Arab dan Islam pada hari ini?




Sampai bila baru mereka akan bangkit dan menyedari tentang pertempuran hakiki antara Islam dan Zionisme ini?




Kenapa mereka masih lagi tidak bersatu padu di bawah bendera panji-panji Islam?







Persoalan ini yang sering bermain diminda kita. Malahan persoalan ini juga yang perlu kita sama-sama terjemahkan bagi mengelakkan ketidak percayaan dunia Islam terhadap saudara-saudaranya sendiri. Kalau dahulunya Bush terlalu agresif terhadap tindakan ketenteraannya di bumi Iraq, Afganistan, Palestin, Sudan serta beberapa Negara Islam yang lain, tetapi berbeza pada ketika pasca pemerintahan Obama, di mana beliau mengunakan pendekatan saraf serta dari dalam tanpa dapat dikesan oleh semua pihak, tetapi misi dan visinya tetap serupa iaitu untuk menjadikan kuasa Amerika-Israel adalah kuasa baru dalam apa yang digelar “New World Order”. Maka kalau dahulunya ‘Perang Dingin’ itu pencetus permusuhan antara Soviet Union dan Amerika sebagai situasi yang meruncingkan, namun ketika ini perang tersebut akan dilancarkan semula tetapi misi dan visinya yang berbeza malahan tajuk serta perwatakannya sahaja yang ditukar.



Anda tahu akan ‘perang’ tersebut?




Apa visi dan misi ‘perang’ tersebut?




Siapa mangsa peperangan tersebut?

















“Perang Anti-Keganasan”






Fikir-fikirkan…









Masanya telah tiba… Sesuatu harus dilakukan…






AllahuAkbar!



No comments:

Post a Comment

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails