Friday, 15 October 2010

Organisasi Parti Peperangan – Siapa Mereka?






Organisasi Parti Peperangan – Siapa Mereka?

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.





BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Dikesempatan dengan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung di laman ini atas dasar mencari sesuatu kepastian dan huraian dari kesinambungan episod-episod saya yang lalu. Diingatkan juga agar anda semua tidak terlalu extreme terhadap apa yang hendak saya kongsikan di ruangan ini. Semoga kita menjadi umat Islam yang kuat dari semua segi dalam kita menjalani dan menghadapi musuh-musuh Islam, samaada yang terlihat mahupun yang tersembunyi. Insya’Allah.


Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Institut Yahudi untuk Hubungan Keselamatan Negara, “The Jewish Institute for National Security Affair” (JINSA), yang telah ditubuhkan oleh sekutu Perle, iaitu Stephen Bryen (seorang berbangsa Yahudi dan sekutu kuat Israel di dalam kumpulan radikal Neo-Konservatif), sejurus sebelum beliau berkhidmat di bawah Perle iaitu ketika di dalam pentadbiran Reagan (ketika Stephen Bryen berkhidmat dengan kerajaan, JINSA dikendalikan oleh isterinya iaitu Shosana).





Peristiwa 11 September 2001, Satu Konspirasi Neo-Konservatif.



Dengan sedikit publisiti, JINSA secara sendirinya telah dapat memperkuatkan pengaruhnya dengan menanam ikatan di dalam koordinasi ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel agar lebih rapat serta mengesa supaya Yahudi Amerika agar mengundi dan membina satu pertahanan yang kuat berpandukan ideologi Yahudi. Membina sokongan di Pentagon adalah satu prioriti yang tinggi serta memerlukan usaha yang berkesinambungan dari pihak atasan Israel dan pihak Yahudi Amerika Syarikat.



Sebagai contoh yang boleh dikongsikan di sini adalah, di bawah satu program yang dipanggil “Hantar seorang Jeneral ke Israel”, maka beratus ribu dollar menerusi sumbangan potongan cukai akan mengalir ke Israel melalui Jeneral dan Laksamana Amerika yang telah bersara. Mereka bertukar-tukar pendapat dan merancang strategi dengan pegawai-pegawai Israel serta mengunjungi tempat-tempat strategik seperti di Golan Hights, Jerusalem, Nablus dan sebagainya. Tempat-tempat yang sedemikian adalah tempat untuk mengrekrut anggota-anggota baru untuk diserapkan kepada pihak yang lebih tinggi di Amerika Syarikat.



Jika dilihat bahawa JINSA pada hari ini adalah salah satu pengerak utama di dalam lingkungan ‘Neo-Konservatif’ yang menguasai polisi di dalam pentadbiran Bush. Bukan sahaja ketika itu Naib presiden Dick Cheney, tetapi Timbalan di bawah Setiausaha Pertahanan Amerika ketika itu (Douglas Feith) telah dikaitkan sebagaimana yang kita lihat dengan keadaan JINSA sebelum perlantikan mereka. JINSA juga merupakan ‘enjin’ bagi mengerakkan propaganda perang terhadap mana-mana Negara yang tidak bersetuju dengan pihak Israel dan Yahudi Amerika dalam setiap sudut yang boleh menidakkan pihak Israel. Segala kecaman dan tindakan yang membahayakan Israel, maka JINSA akan menjalankan tugas dan peranannya untuk memecahbelahkan agensi tertentu yang dikenal pasti.




Dengan itu juga, ini bermakna telah membawa perbincangan dan perkongsian kita tentang peristiwa 11 september 2001 (9/11) dan permulaan peperangan yang lengkap serta licik terhadap Iraq, Afganistan, dan Palestin. Jika dilihat dari sudut yang jauh, peranan JINSA dalam situasi ini adalah yang paling tepat dengan agenda mereka. Maka di kesempatan itu juga, telah membuatkan Paul Wolfowitz yang berkhidmat di bawah pentadbiran Bush, mencanangkan peperangan terhadap apa yang dianggap musuh ketat Israel. Oleh yang demikian, Perle dan Kristol (pekara ini telah kita huraikan berkenaan dengan dua tokoh Neo-Konservatif ini) telah membina generasi ‘hebat’ versi “PARTI PEPERANGAN”. Maka dalam menangani serangan peristiwa 9/11, Perle dan Kristol telah mengirimkan sepucuk ‘surat’ kepada Presiden Amerika (Bush) agar menyokong seruan Wolfowitz yang mengesa perang habis-habisan terhadap Iraq, Iran, Syiria, Afganistan, Palestin dan Hizbullah. Bagi melengkapkan usaha-usaha tersebut, mereka telah memanggil sekumpulan ‘Neo-Konservatif’ sebagai pengendali bersama-sama dengan beberapa fahaman ‘Liberal’ untuk menyertai di dalam menandatangi surat persetujuan peperangan tersebut.




Persoalannya di sini...


Siapakah mereka yang telah menandatangani surat tersebut?


Maka, perkongsian dan perbincangan kita bermula di sini...


Walaupun senarai yang menyertai dan menandatangani surat tersebut merupakan ‘dwipartisan’ dan termasuk beberapa orang yang dikenali dengan falsafah ‘liberal’, apa yang jelas dan konsistennya di sini ialah kebanyakkan orang-orang di dalam senarai itu adalah YAHUDI dan yang bukan Yahudi pula adalah merupakan orang-orang lama dan ahli-ahli Neo-konservatif Amerika. Semua yang menandatangani, mempunyai hubungan rapat dan lama dengan rangkaian keluarga Kristol dan sekutu-sekutu mereka di dalam lingkungan pengaruh yang mengelilingi Richard Perle.


Berikut saya cuba senaraikan nama-nama mereka yang telah bersetuju sebulat suara serta berkomplot untuk menjalankan agenda mereka bagi menghancurkan Islam dan seterusnya menjadikan Yahudi dan Israel sebuah kuasa besar dan berpengaruh di dunia ini.



Gary Bauer.


Gary Bauer


Seorang yang dianggap ‘setelit’ Irving Kristol dan anaknya iaitu William Kristol yang berbangsa Yahudi. Bauer adalah seorang penyokong Israel yang kuat di dalam pergerakan ‘Hak Kristian’ Amerika menerusi kepimpinannya di dalam Majlis Penyelidikan Keluarga. Beliau hanya bertopengkan melalui pergerakkan Kristian bagi memudahkan agenda beliau untuk menjahanamkan Negara-negara Islam yang tidak bersetuju dengan tindakan serta cadangan penubuhan Israel Raya. Beliau juga telah menandatangani surat pengesahan peperangan terhadap Negara Iraq yang berdaulat.



William J. Bennett.


William J. Bennett.



Seorang yang berbangsa Yahudi dan pro-Israel. Kerjayaan Bennett di Washington adalah di bawah naungan keluarga Kristol, bermula dari jawatannya sebagai pengerusi Pembiayaan Negara untuk Kemanusiaan dan kemudian sebagai Setiausaha Pelajaran di bawah Presiden Ronald Reagan dan sebagai ‘maharaja dadah’ di bawah pentadbiran presiden G.W Bush. Bennett adalah seorang pengarah bersama “Think Tank” yang ditaja oleh Kristol yang dikenali sebagai Memperkasa Amerika ditubuhkan pada tahun 1991. Sebagai membalas jasa tajaan Kristol, Bennett telah memberi William Kristol kerja jawatan tertinggi yang pertama di dalam Jabatan Pelajaran Amerika.



Eliot Cohen.


Eliot Cohen.



Seorang Pengarah Pusat Pelajaran Strategik di Sekolah Pengajian Antarabangsa Lanjutan (School of Advanced International Studies – SAIS) yang dekannya adalah bekas timbalan setiausaha pertahanan Paul Wolfowitz, sebelum beliau kembali semula ke Jabatan Pertahanan. Beliau juga adalah penulis sebuah buku yang menumpukan kepada ‘Revolusi Keselamatan Israel’. Manakala beliau juga adalah seorang yang berbangsa Yahudi.




Midge Decter.


Midge Decter.



Isteri kepada tokoh Majlis Hal Ehwal Luar, Norman Podhoretz dan beliau juga merupakan seorang tokoh yang ditonjolkan oleh media-media Amerika. Decter adalah ibu kepada John Podhoretz, timbalan penyunting ‘The Weekly Standard”, manakala penyunting dan penerbit utamanya adalah William Kristol.



Thomas Donnelly.


Thomas Donnelly.



Timbalan Pengarah Projek William Kristol untuk Abad Baru Amerika dan bekas penyunting eksekutif “The National Interest”, satu majalah Neo-Konservatif yang ditubuhkan oleh Irving Kristol. Donnelly adalah seorang koresponden tentera veteran yang telah mendapat pendidikan SAIS, di university John Hopkin, di mana Paul Wolfowitz telah berkhidmat sebagai dekan sebelum kembali ke Jabatan Pertahanan Amerika.




Hillel Fradkin.


Hillel Fradkin.



Seorang berfahaman radikal Zionis yang lantang bersuara dan juga seorang ‘pelajar’ di Insitut Perusahan Amerika dan seorang Profesor tambahan kerajaan di Universiti Georgetown. Fradkin juga merupakan pengarah pusat Shalem Israel di Washington yang menggambarkan institusinya sebagai satu “institut penyelidikan pemikiran sosial Yahudi dan Israel”. Beliau juga berkhidmat sebagai naib presiden kepada pertubuhan Lynde dan Harry Bradley, iaitu sebuah pertubuhan ‘konservatif’ yang telah membekal berjuta-juta dollar untuk membiayai pelbagai kumpulan dan projek pro-Israel (anti-arab dan anti-Islam).




Frank Gaffney.


Frank Gaffney.



Seorang pemain utama di dalam ideologi ‘Perle-Kristol’. Beliau adalah pengarah “Hawkish” di Pusat Polisi Keselamatan Washington. Gaffney sendiri telah berkerjasama dengan Perle di dalam lembaga tersebut. Gaffney juga merupakan bekas pengarah Jawatankuasa Perhubungan Awam Amerika-Israel dan juga bekas setiusaha Tentera Laut. Gaffney juga telah menerima pembiayaan dari pertubuhan Irving kristol. Dalam hal-hal pengambilalihan hartanah di Israel yang sedikit sebanyak mempunyai hubungan rapat dengan Ariel Sharon dan pemimpin Israel selepas itu. Beliau juga merupakan pakar di dalam melatih pelatih-pelatih pro-Israel untuk dimasukkan ke dalam jawatan-jawatan ‘pereka-polisi’ awam di dalam kerajaan serta membekalkan propaganda pro-Israel untuk disebarkan di dalam golongan Republikan dan Konservatif. Gaffney juga seorang penulis yang selalu menjadi sebutan untuk akhbar “Neo-Konservatif” iaitu ‘Washington Times’.




Reuel Marc Gerecht.


Reuel Marc Gerecht.


Seorang bekas pakar di dalam jabatan operasi pengarahan CIA (“Op Hitam”) di Timur Tengah. Penulisan beliau juga telah dikeluarkan di dalam penerbitan yang dikaitkan dengan Kristol seperti ‘The Weekly Standard.’ Beliau juga merupakan seorang anak didik Richard Perle (Mentor Neo-Konservatif).




Michael Joyce.


Michael Joyce.


Beliau tidak begitu dikenali di kalangan orang awam. Beliau yang juga merupakan anak didik Irving Kristol (Mentor Neo-Konservatif). Beliau adalah bekas seorang guru yang telah dinaikkan pangkat menerusi keterlibatannya dengan beberapa pertubuhan yang menaja untuk tujuan pro-Israel, termasuklah Pertubuhan Olin (pembekalan bahan kimia dan senjata). Beliau juga merupakan seorang yang pro-Israel dan anti-Arab serta Anti-Islam.




Donald Kagan.


Donald Kagan.



Seorang ahli sejarah yang berminat di dalam sejarah peperangan dan merupakan seorang penganjur yang mempopularkan kekuatan tentera Amerika di seluruh dunia. Beliau juga merupakan seorang professor klasik dan sejarah di Universiti Yale.




Robert Kagan.


Robert Kagan.



Anak kepada Donald Kagan, yang disebut di atas tadi. Beliau adalah pengarah projek William Kristol untuk Abad Baru Amerika. Seorang madya kanan di Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa dan juga seorang penyunting kepada ‘Weekly Standard” kepunyaan Kristol. Robert Kagan menulis satu ruangan bulanan untuk Washington Post, di mana beliau telah terang-terang menyatakan sokongan beliau terhadap campurtangan luar Amerika serta penulisan-penulisan beliau adalah berbaur pro-Israel.




Charles Krauthammer.


Charles Krauthammer.


Dikenali sebagai ‘pakar cakap’ di televisyen dan juga seorang penulis ruang akhbar sendikit-nasional. Beliau yang telah dilatih sebagai pakar Psikiatri telah menulis dan berkempen tentang hubungan baik antara Amerika dan Israel. Ulasan-ulasan berbisa beliau tentang kepentingan Israel tidak dapat ditandingi oleh semua pihak, termasuklah pemimpin tertinggi Amerika Syarikat.




John Lehman.


John Lehman.


Bekas penasihat Majlis Keselamatan Negara (National Council, NSC) kepada setiausaha ketika itu iaitu Henry Kissinger. Lehman terus berkidmat sebagai Setiausaha Tentera Laut Amerika ketika pentadbiran Ronald Reagan dan sebagai timbalan pengarah Agensi Kawalan dan Pelucutan Senjata Amerika Syarikat, yang di mana beliau berurusan dengan golongan rapat pro-Israel iaitu Poul Wolfowitz dan Richard Perle. Seorang penulis British iaitu Claudia Wright telah mencatatkan bahawa sebelum beliau menjadi Setiausaha Tentera Laut, Lehman dikenali sebagai “think tank” Philadelphia yang dikendalikan oleh penyokong-penyokong Israel-Amerika serta menerajui sebuah syarikat perunding berkeuntungan besar berkaitan dengan perniagaan senjata Israel. Lehman juga seorang ahli di dalam lembaga penasihat untuk Pusat Polisi Keselamatan Israel-Amerika.




Martin Peretz.


Martin Peretz.



Seorang penerbit lantang majalah “New Republican” yang pro-Israel serta dianggap sebagai individu radikal dan liberal. Beliau mengisytiharkan pada edisi 24 september iaitu selepas peristiwa serangan pengganas 9-11, dengan menyatakan: “Kita semuanya orang-orang Israel sekarang”. Beliau juga merupakan seorang sekutu kuat Neo-Konservatif yang telah lama aktif. Peretz juga merupakan seorang tokoh yang lantang bersuara apabila isu-isu Israel dicabuli serta sering menganjurkan program-program serta usaha-usaha bagi kepentingan pihak Israel.




Norman Podhoretz.


Norman Podhoretz.


Seorang ahli majlis hal Ehwal Luar dan seorang tokoh utama di dalam Jawatankuasa Yahudi Amerika cawangan New York dan juga seorang penerbit majalah liberal yang pro-Israel iaitu “Commentary”. Podhoretz juga seorang bekas pengikut fahaman Trotsky yang muncul sebagai pemimpin Neo-Konservatif pro-Israel yang dikaitkan dengan Irving Kristol. Anaknya John Podhoretz adalah rakan sekerja dengan William Kristol sebagai timbalan penyunting “Weekly Standard” yang dibiayai oleh Rupert Murdoch (seorang berbangsa Yahudi dan seorang yang berfahaman Neo-Konservatif).




Stephen J. Solarz.


Stephen J. Solarz.


Bekas ahli dewan Perwakilan, beliau ialah orang yang membuat undang-undang untuk kepentingan Israel. Beliau juga adalah seorang perunding antarabangsa yang sangat berkuasa pada hari ini. Semasa beliau dikongres, beliau telah memainkan peranan yang penting (bersekutu dengan Paul Wolfowitz, yang pada masa itu berkhidmat di dalam pentadbiran Ronald Reagan) di dalam menggulingkan bekas Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos apabila pemimpin Asia itu cuba mempertahankan kedaulatan negaranya dari pihak rejim Amerika.




Vin Weber.


Vin Weber.


Bekas ahli Dewan Perwakilan, beliau adalah seorang penyokong kuat Israel (beliau bukan berbangsa Yahudi). Weber merupakan pengasas bersama Memperkasa Amerika William Kristol dan merupakan penasihat tinggi senator John McCain di dalam kempen presiden pada tahun 2000. Ketika di dalam Dewan Perwakilan, beliau telah membantu mensabotaj usaha untuk kongres melakukan penyiasatan terhadap pengganas Israel pada tahun 1967 ke atas U.S.S Liberty yang telah menyebabkan kematian seramai 34 orang Amerika dan mencederakan 172 yang lain. Weber juga merupakan seorang ahli di dalam Majlis Hal Ehwal Luar.



Dan tokoh yang terakhir sekali yang hendak saya kongsikan bersama-sama di sini adalah Marshall Wittman.



Marshall Wittman.


Marshall Wittman.


Beliau adalah seorang yang berbangsa Yahudi. Beliau adalah pengarah hal-ehwal perundangan Gabungan Kristian yang pro-Israel. Sokongan Wittman kepada konservatif adalah amat kuat dan lantang. Beliau merupakan seorang yang tegas bersuara berkaitan campurtangan Amerika Syarikat di luar Negara dan sering mengunakan kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat bagi pihak Israel. Beliau juga seorang yang mempromosikan agenda Israel di pertubuhan perundangan Amerika Syarikat.


Sungguhpun senarai yang telah saya nyatakan ini tidaklah begitu lengkap dan dipercayai ada lebih ramai lagi pendokong kuat yang menandatangani surat tersebut, tetapi ia sedikit sebanyak memperlihatkan kepada kita bahawa sistem pemerintahan dan pentadbiran Amerika Syarikat sememangnya telah dikuasai oleh bangsa-bangsa Israel (Yahudi) yang majoritinya mempunyai kepentingan peribadi dan berpihak kepada Israel. Maka ketika ini dunia pemerintahan demokrasi yang telah dicanang oleh Amerika Syarikat sebelum ini, adalah satu muslihat untuk memperjuangkan agenda jahat Yahudi bagi meluaskan kepentingan mereka dalam menakluki kuasa-kuasa besar dunia serta seterusnya membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat dunia yang cintakan keamanan sejagat. Begitulah betapa licik dan tersusunnya agenda sulit mereka yang telah dirancang sejak dari dahulu lagi dan diturunkan kepada satu generasi kepada generasi Yahudi yang akan datang sehingga ke hari ini.


Sebagai rumusan yang boleh saya bawakan di sini adalah, ketika pada tahun 17 mac 2003, iaitu sehari sebelum Amerika Syarikat melancarkan perang terhadap Iraq, Kristol (Mentor Konservatif) telah menyatakan di ruang editorial akhbarnya sendiri iaitu “The Weekly Standard” serta yang telah juga ditandatanganinya sendiri yang berbunyi :


“Ternyata, kita bersyukur yang strategi Iraq yang telah lama kita usahakan, telah menjadi polisi kerajaan Amerika Syarikat.” (The Weekly Standard – 17 Mac 2003).


Sehari kemudiannya iaitu pada 18 Mac 2003, apabila perang Amerika-Iraq bermula, akhbar “The Washington Post” telah mengingatkan pembaca-pembaca bertapa kuatnya pengaruh Kristol dalam mendalangi perang di Iraq. Perang tersebut merupakan satu detik yang berharga bagi pihak Neo-Konservatif serta menyebutnya sebagai “PERANG KRISTOL”.



Bagi orang-orang Iraq yang dikepung oleh pihak penjajah serta pihak tentera-tentera Amerika Syarikat dan British yang menyertai dan terkorban di dalam perang tersebut telah dianggap oleh pengikut Neo-Konservatif sebagai “HAIWAN BODOH YANG PERLU DIKORBANKAN”. Sungguhpun begitu, pihak Neo-Konservatif telah mengelirukan masyarakat dunia tentang keburukkan Iraq serta menjadikan Amerika Syarikat sebagai penyelamat keamanan dunia. Ketika itu juga, pihak-pihak Neo-Konservatif telah ketawa terbahak-bahak melihat jutaan manusia berbangsa Arab-Islam telah disembelih dan dibunuh dengan kejam dan tragis sekali. Begitulah agenda jahat yang telah mereka rancangkan demi menjadikan sebuah Negara Israel Raya yang berdaulat sesuai dengan fahaman-fahaman Syaitan yang telah mereka bawakan. InsyaAllah, di episod yang akan datang, saya akan cuba konsikan bersama tentang agenda-agenda jahat pihak Noe-Konservatif yang pro-Israel di dalam laluan situasi sukar untuk menjadikan misi utama mereka berjaya. WaAllahua’lam.




Wednesday, 13 October 2010

Rangkaian Licik Neo-Konservatif.




Rangkaian Licik Neo-Konservatif.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.





BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir bagaikan mutiara Islam yang bersinar di sini. Semoga anda semua berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.



Pada 13 Disember 2002, majalah ‘Counterpunch’ yang diterbitkan oleh seorang penyeleweng Amerika berketurunan Irish iaitu Alexander Cokburn, telah memaparkan satu artikel yang membangkitkan persoalan ‘Pentadbiran Bush Bermuka Dua’ dan membekalkan satu pandangan menarik tentang rangkaian Neo-Konservatif yang akhirnya membawa Amerika ke medan peperangan. Penulis-penulis lain yang terlibat juga adalah seperti Bill Keller dan Kathleen Christisons iaitu pasukan yang digelar sebagai ‘suami-isteri’ serta merupakan bekas penganalisis Agensi Perisik Amerika (CIA). Mereka juga menyebut bahawa Israel bersimpati terhadap orang-orang atasan yang mencipta polisi Neo-Konservatif di dalam pentadbiran Bush. Mereka juga telah menyatakan bahawa ideologi Neo-Konservatif itu adalah sealiran dengan propaganda dan fahaman Persatuan Likud Israel.


Christisons menegaskan berkenaan dengan seorang pro-pemimpin sekutu Neo-Konservatif iaitu Wolfowitz bahawa di dalam majalah New York Times oleh Bill Keller, serta memetik bahawa pengkritik menyatakan seperti berikut :


“Israel melakukan satu tarikan graviti yang kuat terhadap Wolfowitz.”


Paul Wolfowitz Bersama Delagasi



Bill Keller juga menyatakan bahawa Wolfowitz semasa remajanya telah tinggal di Israel bersama-sama bapanya, manakala adik perempuannya telah berkahwin dengan seorang yang berbangsa Yahudi di Israel. Bill Keller tidak keberatan untuk mengakui ketepatan sifat Wolfowitz sebagai “Israel-Centric”. Walaubagaimanapun, Christisons telah mencatatkan serta menyatakan bahawa :


“Keller melalui berbagai cacian untuk menjauhi apa yang beliau pangil ‘talam dua muka menjijikkan’ dan dalam proses itu membuatkan orang tertanya-tanya sampai bila beliau akan membantah.”


Paul Wolfowitz



Maka, fakta tentang ideologi Neo-Konservatif yang menguasai polisi pentadbiran Bush seketika yang lalu adalah jelas. Sungguh pun demikian, banyak media aliran utama di Amerika pada mulanya enggan untuk menegaskan pertalian yang luar biasa dan sekutunya itu, namun setelah didesak, jadilah satu kenyataan yang terang-terang. Media bebas di Amerika juga iaitu seperti ‘American Free Express’ yang berpengkalan di Washington adalah pertama yang berani menyebut peranan penting “NEO-KONSEVATIF” telah selalu diserang sebagai ‘ahli teori konspirasi’ dan juga sebagai ‘Anti-Yahudi’, adalah antara istilah yang selalu digunakan untuk mengelirukan isu dan mengubah perhatian terhadap komplot Israel dan pelobi Amerika. Justeru itu juga, rakyat Amerika telah faham dan berani untuk menyuarakan sesuatu yang pasti berkenaan dengan hak mereka terhadap Negara Amerika berdaulat. Timbulnya pula satu dokongan dan sokongan yang kuat di antara pihak NGO media-media Amerika serta rakyatnya yang berani menyuarakan tentang sistem pentadbiran atasan mereka terhadap polisi-polisi jahat Neo-Konservatif. Namun segala tindakan tersebut telah dapat dipatahkan oleh media-media yang bersetongkol dengan pro-Israel bagi meredakan keadaan yang melanda.



PERANAN KOMUNISME DAN NEO-KONSERVATIF.

Untuk memahami orientasi politik Neo-Konservatif dan agenda mereka, adalah kritikal untuk mengenali bukan hanya peranan penting yang dimainkan pada dekad kini yang diterajui oleh ‘mentornya’ iaitu William Kristol yang disebut sebelumnya, tetapi juga bapa dan ibunya serta rakan-rakan sekutu mereka yang merupakan paksi kepada cerita pembentukan kuasa blok Neo-Konservatif di Amerika. Blok yang diterajui oleh sistem monarki tersebut memperlihatkan agenda-agenda sulit yang tersembunyi yang sememangnya berpihak kepada banjingan-banjingan pro-Israel. Di sinilah juga kelebihannya sekutu-sekutu kuat mereka menjalankan agenda mereka untuk menjadikan Negara Amerika sebuah Negara yang berpemimpinkan fahaman Zionisme.



Walaupun hari ini Kristol merupakan mentor ‘suara’ Neo-Konservatif yang paling dikenali di dalam media, beliau sebenarnya adalah lebih dari itu. Bukan hanya sebagai ketua strategi ‘ahli propaganda’ untuk ideologi Neo-Konservatif, tetapi beliau sebenarnya juga dari keturunan pasukan khas Yahudi yang berkuasa di Amerika iaitu ‘Pengikut Trotsky’. Pengikut Trotsky adalah merupakan salah sebuah pecahan daripada perbincangan sulit antara pemimpin-pemimpin Zionis yang ingin menjadikan fahaman tersebut satu pasukan yang radikal terhadap sesiapa yang membantah terhadap ideologi ‘tukul besi’ mereka. Maka tidak hairanlah saat dan ketika ini, sistem tersebut telah digunapakai oleh beberapa Negara di dunia ini yang berpaksikan propaganda dan fahaman ‘hitam’ Israel.


Menurut majalah mingguan Yahudi Amerika ‘Forward’ kumpulan kecil ‘para intelek New York’ yang kebanyakannya adalah berketurunan Yahudi bekerja di dalam pengaruh Irving kristol yang dikenali juga sebagai ‘Keluarga Neo-Konservatif’. Satu gelaran yang diberikan kepada kumpulan di dalam komplot perang Dingin, berahsia, malahan sebagai satu ‘sel klasik ideologi komunisme’.


Irving Kristol Dan George Bush



Ronald Reagan



Neo-Konservatif bukanlah konservatif traditional Republikan. Kebanyakan mereka pernah menjadi liberal atau Demokrat haluan kiri, ada di antara mereka juga yang pernah menjadi pengikut Marx. Manakala ramai juga yang berketurunan Yahudi dan telah keluar dari Demokrat haluan kiri disebabkan kekerasan Demokrat haluan kiri terhadap pendudukan Israel terhadap tanah Arab selepas tahun 1967 dan kekerasan yang ditunjukkan oleh militan kulit hitam terhadap Yahudi-Amerika dan Israel. Untuk pengetahuan kita semua, Ronald Reagan ialah Presiden Republikan pertama yang telah diundi oleh golongan Neo-Konservatif yang terang-terang pro-Israel.


Karl Marx



Polisi luar pertubuhan Republikan traditional menggambarkan ketakutan terhadap gangguan antarabangsa kepada elit perniagaan, sementara strategi Neo-Konservatif pula menggambarkan semangat perjuangan ideologi oleh Liberal Wilsonian (bekas presiden Amerika Woodrow Wilson) dan bekas Revolusioner Marx, manakala kedua-duanya adalah sama yang mempunyai perasaan komitmen etnik terhadap kebajikan Israel.


Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat Ke 28.



ISRAEL DAN NEO-KONSERVATIF.

Cendiakawan Yahudi-Amerika, Benjamin Ginsberg, telah menceritakan peranan utama keselamatan Israel di dalam pemikiran Neo-Konservatif dan terhadap aktiviti politik mereka pada suku terakhir abad ke 20.


Para intelek Neo-Konservatif Yahudi telah memainkan peranan penting pada tahun 1970an dan 1980an di dalam membina justifikasi terhadap kenaikkan perbelanjaan pertahanan di samping mengaitkan bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel lebih kepada usaha Amerika kepada Soviet Union. Israel telah digambarkan sebagai satu ‘aset strategi’ Amerika yang boleh memainkan peranan penting di dalam mendapatkan perluasan Soviet di Timur Tengah. Ada beberapa peranan tersebut menjadi aktif di dalam (melobi) untuk menaikkan tahap perbelanjaan pertahanan dan memperkuatkan kebolehan pertahanan Amerika melawan apa yang mereka tegaskan sebagai ancaman kepada perluasan ideologi Soviet. Tetapi pada hakikat bahawa ideologi Neo-Konsevatif itu adalah sama dengan Ideologi Komunisme, di mana pemimpin-pemimpinnya juga datangnya dari orang-orang Yahudi. Mereka cuba menjadikan ideologi Komunisme sebagai ‘kambing hitam’ untuk melancarkan lagi agenda mereka untuk menakluki dunia serta melebarkan sayap mereka untuk membina sebuah Negara Israel yang berdaulat.


Bagi mendapatkan wang penbendaharaan (Amerika) untuk Israel, pelobi-pelobi pro-Israel harus menampakkan kepada Amerika, bahawa ‘orang-orang Rusia sedang mara’, (perang psikologi) maka pertahanan perlu bersiap sedia supaya mereka boleh terus menakutkan orang-orang Amerika agar membelanjakan banyak wang untuk pertahanan, yang juga bermakna sokongan terhadap Israel di dalam peperangan tanpa penghujungnya terhadap sesiapa juga. Untuk memastikan bahawa hampir satu pertiga (1/3) dari budget persekutuan disalurkan ke Pentagon dan Israel adalah perlu untuk pelobi pro-Israel menjadikan pekara biasa dengan hak yang ‘gila’. Begitulah juga terjadinya kejadian seumpamanya yang telah mengegarkan dunia khasnya pada 9-11 yang jelas dan terang konsepnya sama bagi memastikan Negara ‘Israel Raya’ terbina dan seterusnya membolehkan dana-dana yang terdapat di Perbendaharaan Amerika dapat di salurkan terus tanpa sekatan dan halangan terhadap ‘pencacai-pencacai Israel’ serta seterusnya juga diserap kepada tabung-tabung di Negara Israel. Begitulah betapa liciknya mereka-mereka ini menjalankan agenda mereka tanpa dapat dikesan dan disedari oleh pemimpin-pemimpin ‘layu’ Amerika yang menerajui Negara mereka. Di sebalik itu juga, imej orang-orang Amerika telah tercalar dengan teruknya di mata dunia akibat kealpaan pemimpin-pemimpin ‘asli’ mereka yang hanya bersuara lantang tetapi tidak berkualiti dalam menjamin keselamatan dan kestabilan Negara mereka.




Satu kajian yang sama terhadap Neo-Konservatif telah dilakukan pada tahun 1986 oleh penulis terkenal Amerika iaitu Gore Vidal. Menjawab dakwaan bahawa beliau (Vidal) adalah ‘anti-semitic’ disebabkan kritikannya ke atas ikatan Neo-Konservatif dan Israel, manakala Vidal telah memanggil Neo-Konservatif sebagai ‘Pecinta Empayar’ dan mendakwa lagi bahawa punyai sebab mengapa bekas pengikut Trotsky sekarang terlalu cintakan kuasa ketenteraan Amerika.


Gore Vidal



Ketika itu Vidal tidak menjangkakan bahawa Neo-Konservatif akan menjadi begitu berkuasa. Vidal terus menjadi pengkritik yang lantang berkenaan Imperialisme Amerika Syarikat dan Israel serta merupakan salah seorang penulis berbangsa Inggeris yang dihormati di dunia pada hari ini. Tidak kira apa sekali pun penghormatan mereka di kalangan golongan ‘para intelik’, elemen Neo-Konservatif merupakan asing (dan kekal begitu) kepada rakyat Amerika. Malahan, pertama kali istilah ‘Neo-Konservatif’ diperkenalkan kepada masyarakat Amerika berbagai rasional negatif telah diperlihatkan oleh mereka tentang ideologi dan fahaman sebenar mereka yang rata-ratanya Pro-Israel.


CIA DAN NEO-KONSERVATIF.

Frances Stonor Saunders dalam “The Cultural Cold War : CIA And The World Arts And Letters” telah mendedahkan bahawa golongan ‘Kristol adalah pemain utamanya dalam CIA’, di mana ia melibatkan satu kumpulan yang dikenali sebagai Kongres untuk ‘Kebebasan Budaya’ sebenarnya telah ditaja oleh CIA. Penulis itu (Frances Stonor Saunders) telah ‘menyiasat’ tanpa jemu di sebalik aktiviti-aktiviti kristol dan rakan-rakannya serta telah mengesahkan bahawa Kristol ‘terhutang budi’ kepada CIA di atas kemahsyuran dan publisitinya yang meluas.



Menurut satu kajian pada tahun 1986 oleh Sidney Blumenthal, seorang wartawan Yahudi-Amerika (The Washington Post) yang kemudiannya menjadi penasihat tertinggi kepada Presiden Bill Clinton iaitu Irving Kristol dikenali sebagai “The Godfather” kepada pergerakan Neo-Konservatif. Salah seorang Protege Kristol, Jude Wanniski yang telah berpisah dari fahaman Neo-Konservatif telah menyatakan bahawa kristol sebagai ‘tangan halimunan’ di belakang pergerakan CIA dan seterunya.


Sidney Blumenthal



Blumenthal menyatakan lagi bahawa kristol boleh dibandingkan dengan ‘Pengaruh yang berkelip seperti pokok krismas apabila dipasang’. Malahan menerusi majalahnya iaitu ‘The National Interest and The Public Interest”, Kristol telah memperluaskan pengaruhnya, bukan sahaja di kalangan orang-orang berpangkat Parti Republikan tetapi dalam arena awam secara keseluruhannya. Semuanya ini dicatatkan sebagai rekod, kenyataannya hari ini, William kristol anak kepada irving Kristol (Godfather) meneruskan legasi keluarga yang menjangkau masa silam kepada kehancuran perjuangan falsafah era Bolshevik dan Perang Dingin antara Amerika dan Soviet Union. William Kristol pula merupakan salah seorang pemikir-pendapat yang paling berkuasa di muka bumi hari ini dan seterunya iaitu CIA.




You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails