Thursday, 21 May 2009

Lindungi Dan Hargailah Ia.

Oleh : Muhammad Ibn Nazir.

BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, Salam dan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w , Ahli keluarga Baginda, Sahabat-sahabat dan sahabiahnya serta para pejuang-pejuang mujahid di jalan Allah s.w.t. Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w adalah hamba dan PesuruhNya. Dengan limpah kurnia dan nikmat dariNya, maka lahirnya kita di alam ini dengan begitu sempurna berlandaskan paksi dan iradat dariNya. InsyaAllah.

Manusia memerlukan agama untuk hidup di muka bumi ini, agama yang mana dapat menjamin keredhaan dan kesempurnaan akal dan fikiran bagi mewarisi satu Khalifah yang mentadbir muka bumi ini dengan seadilnya dan sesempurnanya mengikut aturan dan acuan dari agama Allah s.w.t iaitu Islam. Islam telah memberi kita satu pedoman dan ilmuan yang berguna untuk kita guna pakai bagi menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat. Kecenderungan manusia untuk memutarbalikkan atau memesongkan Islam adalah satu golongan yang mana ia disebut sebagai golongan yang kufur, atas sikap itu maka terlahirlah pula manusia-manusia yang berhatikan atau bersultankan iblis dan syaitan laknatullah. Bilamana semua ini terjadi, maka akan sebab itu, manusia sering dipandu arahkan oleh nafsu sarakah yang dikelolakan atau dimercu oleh syaitan laknatullah. Perlu diingati juga bahawa musuh-musuh Allah ini juga berupa manusia yang sering melaungkan satu slogan ‘Athiesme” bagi mewujudkan segenap sanubari pengikutnya untuk tidak mempercayai Maha Pencipta. Bagi pengikut Athiesme inilah sebenarnya diibaratkan sebagai “Duri dalam daging’ atau “Gunting dalam lipatan”, di mana seringkali membuahkan ideologi fahaman acuan Evolusi Darwinisme, Fatalisme, Rasisme, Kolonialisme dan Hinduisme yang menyesatkan segenap penjuru hati-hati manusia. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dengan sejelas-jelasnya kepada kita di permulaan Surah Al-Baqarah bagi mengigatkan akan kita tentang rancangan jahat mereka-mereka yang kufur ini.

“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 6).



Maka jelaslah kepada kita bahawa golongan inilah sebenarnya, golongan yang membawa kerosakan yang mutlak terhadap hati-hati manusia di muka bumi ini. Pekara ini amat ketara sekali bilamana satu perancangan jahat dari pihak-pihak penganut agama syaitan ini membina atau mempropagandakan satu fahaman untuk menyesatkan manusia yang lemah keimanannya. Satu proses yang berjalan dengan begitu lancar tanpa disedari oleh segenap manusia yang seakan-akan masih mencintai kemewahan dan keduniaan, tetapi perlu diingat bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, setiap gerakgeri dan perancangan mereka akan dapat dipatahkan jua oleh golongan Mukmin yang menyintai Maha Esa.

Allah s.w.t Berfirman:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya”. (Surah Al-Mu’minun – Ayat 1 – 11)

Lantaran dengan itu, fahaman agama syaitan ini juga telah mengilhamkan perancangan yang terapi dan tersusun bagi menarik ramai pengikut-pengikutnya melancarkan satu operasi besar-besaran untuk memesongkan akhlaq dan aqidah umat Islam khasnya. Apa yang sebenarnya kita ketahui bahawa memainkan peranan secara halus dari pihak ahli khitab ini dapat dilihat dengan mata kasar kita disegenap penjuru ruang-ruang kehidupan manusia. Cuba kamu lihat di sekitar diri kamu, di pasaraya, di perhentian bas dan teksi, di sekolah, di pengajian tinggi, di taman-taman permainan dan bunga, di tempat kerja, dan di segenap ruang kehidupan harian manusia, pernahkah kamu melihat manusia-manusia berpeleseran, berpasangan, berdua-duaan, bermadu kasih dan sebagainya?. Tentu kamu berasa hairan, semakin banyak operasi-operasi mencegah kemaksiatan, semakin lancarlah aturcara mereka ini, tanpa segan silu pula mereka ini datangnya dari manusia-manusia yang mengaku beragama Islam, sungguh memalukan dan meloyakan lagi, bilamana ada sesetengah ahli keluarga merestui akan tindakan kemaksiatan mereka, atas faktor kedewasaan. Maka dengan itu atas sebab terciptanya rasa taksuf “Cinta” akan manusia selain dari menyintai Rasulullah s.a.w. inilah menjinak-jinakkan diri mereka ke ruang kemaksiatan yang gelap dan sempit.




Lantaran dengan ini, syaitan memainkan peranan yang cukup besar bagi menghasilkan golongan yang kufur ini, ditambahi pula dengan alunan kemewahan keduniaan yang diciptakan oleh syaitan-syaitan berupa manusia untuk melalaikan dan menyesatkan lagi golongan ini. Walaupun pekara ini telah kerapkali atau seringkali diacapkan, diolahkan, diterjemahkan dengan tertil oleh khalifah-khalifah yang menyintai Allah s.w.t kepada mereka untuk memberi kesedaran dan pedoman yang berguna, namun ia seperti ‘Mencurah air di daun keladi”, malah perlakuan itu sering berlaku dan kerap diulanginya lagi. Kemanakah perginya hati-hati manusia yang sering mengigati Maha Agung?.

Allah s.w.t Berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 6 & 7)




Sebagaimana yang kita ketahui bahawa, sering terjadinya kemaksiatan dan kekufuran adalah berpunca dari sikap alpa serta sembrono diri kita terhadap agama Islam. Dengan mengakui dengan lidah dan ucapan tidak memadai jika nas-nas dan paksi Islam itu tidak kita tegak dan pancarkan di dalam sanubari kita. Bukankah Islam mengajar kita tentang kesempurnaan dari segi zahir dan batin. Islam mengajak kita menjauhi segenap lapisan yang cenderung kepada paksi syaitan laknatullah. Islam memakmurkan diri dan generasi kita. Islam memberi kita satu hidayah dan ilmuan yang berguna untuk bekalan di hari pengadilan nanti. Adakah pegangan ini terpahat dalam diri dan hati kita selama ini? Lihat saja sekeliling kamu ramai manusia yang berpeleseran, berpasangan dan berdamba kasih tanpa segan silu pula, berpelukan, berpegangan dan bercumbuan di khalayak orang ramai. Apa yang membimbangkan kita bahawa, golongan yang mengakui diri mereka muslim inilah sebenarnya sering perlakuan begini. Kemanakah akal dan fikiran mereka selama ini?

Sebagai umat yang berpegang teguh kepada KalamNya dan Sunnah Rasulullah s.a.w, maka kamu perlu dan wajib mencegahnya walau dari mana datang sekalipun, bukan sekadar menjengguk dan melihat bagi memuaskan nafsu mata kamu sendiri. Apa yang menyedihkan lagi bahawa mereka-mereka ini juga memainkan peranan untuk meyesatkan lagi mereka dengan membiarkan dan merakamkan segala perlakuan dan adegan asmara berpelukkan mereka. Bukankah itu menunjukkan ceteknya keimanan seseorang itu. Bagi pasangan-pasangan tersebut pula, tanpa segan silu menonjolkan satu budaya songsang yang menyesatkan sehingga sanggup mempertontonkan tubuh mereka di khalayak orang ramai bagi menunjukkan rasa ‘cintanya’ terhadap kekasih dan teman hidup mereka. Ke manakah sifat-sifat muslim yang sejati yang sering mereka laungkan bila mana suatu pekara tentang serangan zionis terhadap palestin. Atau ia satu retorik yang menunjukkan sifat talam dua muka mereka kepada umat Islam yang lain, sedangkan dalam masa yang sama kemaksiatan sering berlegar-legar di segenap diri dan hati mereka.

Gejala-gejala ini terus menular di segenap pelusuk hati-hati manusia yang bertahtakan syaitan, sehingga ia memualkan dan meloyakan hati Mukmin yang teguh keimanannya terhadap Allah. Gejala golongan ‘Penjual Maruah’ inilah yang menyebabkan keruntuhan akhlaq yang begitu ketara sehinggakan ia menular ke tahap yang membimbangkan. Mereka tanpa segan silu melakukan pekara-pekara yang hanya mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan akan akibat dan hukuman yang telah Allah janjikan kelak. Rasa bangga dengan gelaran itu jugalah yang banyak melahirkan generasi yang akan datang begitu sempit dan dilingkari dengan noda dan dosa. Lantaran dengan itu juga, satu proses yang berterusan yang boleh kita lihat di masa ini, di mana pembuangan bayi kian berleluasa sehinggakan mentafsirkan golongan ini adalah salah satu rentetan lipatan sejarah zaman Arab jahilliah lebih 1400 tahun yang lampau. Bila mana akal dan fikiran di letakkan ke bawah, maka tanpa memikirkan akibat dari kesudahan itu, terciptalah golongan anak-anak yang tidak berdosa dibiarkan dan ditinggalkan tidak bernyawa di tempat tempat yang tidak sepatutnya. Banggunlah kamu semua tentang hakikat ini, ia benar-benar memberi impak yang tidak baik terhadap diri dan generasi kamu kelak. Berfikirlah kamu sejenak, apakah yang akan terjadi jika sekiranya bayi-bayi yang murni dan suci itu adalah mungkin orang-orang yang menghidupkan dan menyinarkan bumi ini dengan sinar Islam, dan bayi-bayi tersebutlah yang memberi syafaat terhadap keluarga, masyarakat dan negara kamu, maka alangkah ruginya masa itu, apabila bayi yang disebut itu dilahirkan dengan cara yang baik dan ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya dalam keadaan tidak bernyawa. Fikirkanlah!.

Allah s.w.t Berfirman:
“Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.”
(Surah An-Nisaa’ – Ayat 14)


Kemanakah perginya ‘kekasih’ dari pasangan-pasangan tersebut, adakah ia bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka itu, sedangkan golongan-golongan ‘kekasih hati’ inilah yang sering mereka agung dan banggakan selama ini. Seharusnya golongan ini perlu mendidik dan menasihati pasangan mereka bagi mengelakkan mereka berdua terjerumus ke kancah kemaksiatan yang nyata. Kamu sebagai lelaki yang mempunyai akal dan fikiran yang waras sepatutnya, kamu dahulu mencegah dari terjadinya sesuatu yang mungkar. Bukan hanya membiarkan ia berlaku dan terus berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat diterima akal dan fikiran. Jika kamu menyayangi diri kamu dan mereka-mereka yang bergelar ‘Penjual Maruah’ itu, maka tanamkan sifat kasih dan sayang terhadap sesama muslim, nasihat menasihati, memberi pedoman kepada mereka dan menerangkan tentang azab Allah terhadap perbuatan mungkar tersebut. Kamulah yang paling rapat dengan golongan ini, buahkan satu persahabatan talian silaturrahim yang ukhwah bernaskan Islam dalam setiap genap persahabatan sesama muslim kamu. Janganlah pula kamu sebagai lelaki meneguk air yang telah keruh, wajib kamu hormati akan prinsip-prinsip kelembutan seorang muslimah itu. Islam mengajar kita akan tatasusila dan adab-adab dalam pergaulan sesama manusia. Islam mengajak kita mengenal seluruh bangsa untuk kita mengagungkan Allah dan menyatukan satu umat, bukan untuk menyesatkan dan membawa golongan ‘Hawa’ ini ke kancah kemungkaran.

Oleh itu, tanamkan sifat-sifat dalam diri kamu sebagai lelaki, bahawa setiap muslim itu adalah saudara. Saudara yang membawa generasi Islam itu bersinar berpaksikan ajaran Allah s.w.t. kamu sebagai lelaki seharusnya berfikiran matang dalam merungkaikan segenap persoalan hidup, kamu patut mencontohi junjungan kita Rasulullah s.a.w, di mana, Rasulullah s.a.w, amat menghormati isteri-isterinya dari segenap penjuru kehidupan mereka. Rasulullah s.a.w tidak mengajar kita akan berlaku kasar terhadap kaum wanita, Rasulullah s.a.w mengajak umatnya agar menghormati kaum hawa dari semua sudut, sehinggakan ada Hadith menyatakan bahawa, Rasulullah s.a.w menyeru kepada sahabat-sahabatnya supaya mendampingi isteri-isteri mereka selain dari melakukan ibadah-ibadah terhadap Allah s.w.t. Maka jelaslah kepada kita semua bahawa, peranan kamu semua sebagai lelaki bukan sekadar terhadap diri kamu, tetapi terhadap isteri kamu keluarga kamu, kawan-kawan kamu dan kaum wanita, juga perlu dititik beratkan. Saya tidak memperkecil-kecilkan kemampuan kamu sebagai seorang lelaki, kerana saya adalah dari kaum Adam a.s seperti kamu juga, kita perlu peka terhadap apa yang telah berlaku terhadap kaum hawa (wanita) sejak akhir-akhir yang sedang kita perbincangkan ini. Perlu ditekankan juga adalah soal persaudaraan yang telah lama terjalin di antara kaum lelaki dan perempuan sejak lahirnya Nabi Adam a.s. dan Hawa di muka bumi ini. Allah menganugerahkan kamu dengan pelbagai nikmat untuk kamu sebagai seorang lelaki mendampingi wanita adalah untuk melahirkan satu generasi yang sempurna dan murni, bukan untuk menjerumuskan kamu ke kancah kedukaan dan kenodaan. Cuba lihat ‘pusat’ kamu, ia menunjukkan bahawa kita mempunyai talian persaudaraan yang erat sejak di alam rahim lagi, dengan bertali pusat maka segala makanan, air, oksigen dan sebagainya dapat disalurkan dengan sempurna, bukankah ia menunjukkan betapa utuhnya pertalian kita dengan kaum Hawa sejak kita berada di alam rahim ibu lagi. Cuba kamu bayangkan jika kamu tidak mempunyai saluran tali pusat di antara kamu dengan ibu kamu, iaitu di dalam rahim ibu kamu, apakah yang akan terjadi terhadap tumbesaran aggota kamu, mungkin kecacatan dan kematian akan kamu hadapi. Ini menunjukkan Allah memberi kita syafaat pertalian yang intim terhadap apa yang telah kaum hawa berikan kepada kita, maka pertalian itu dapat dilihat hingga sekarang melalui tanda, iaitu pusat. Allah menganugerahkan kita akal fikiran yang baik, makhluk yang paling sempurna diantara makhluk-makhlukNya yang lain, sehinggakan para malaikat pun tidak dapat menandingi kesempurnaan yang telah Allah berikan kepada kita.





Allah s.w.t Berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir”

(Surah Al-Baqarah – Ayat 30 – 34).

Berfikirlah kamu sejenak, jika perlakuan perzinaan itu berlaku dan datangnya serta diperlakukan ke atas isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, cucu-cucu perempuan kamu, adik-adik perempuan kamu, saudara-saudara sedarah kamu, makcik-makcik kamu, jiran-jiran yang kamu sayangi, sahabat-sahabat seperjuangan kamu dan sebagainya, dapatkah kamu menerima hakikat tersebut bila mana mereka-mereka ini terjerumus kekancah kemaksiatan perzinaan. Lebih malangnya lagi perlakuan itu datangnya bila mana kamu telah tua, dan memerlukan jalinan kasih dan sayang terhadap mereka. Dapatkah kamu berfikir tentang akibat kesan dan impak dari dosa-dosa perlakuan mereka tersebut?.

Kamu mungkin belum terfikir tentang azab yang telah Allah janjikan kepada golongan yang melakukan zina ini, azabnya begitu pedih dan sukar untuk digambarkan oleh akal dan fikiran kita, tetapi janji Allah itu pasti, dan akan datang mengikut ketentuan dariNya. Mungkin azab itu kita terlepas di dunia ini, tetapi azab yang menanti kita lebih dasyat lagi bila mana api-api yang marak itu menyambar kita di neraka kelak. Allah akan membalas setiap kemungkaran dan kebaikan kita walaupun sebesar zarah sekalipun. Allah akan memberi kita ingatan dan pedoman melalui KalamNya untuk kita bertaqwa kepadaNya.

Allah s.w.t Berfirman:
“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!”
(Surah Muhammad – Ayat 15)

Allah s.w.t mengambarkan kepada kita tentang nikmat di syurga, tetapi mengikut akal dan fikiran kita mungkin tidak tercapai akan ciri-ciri syurga tersebut, kerana nikmatnya syurga itu sukar digambarkan dan nyatakan mengikut akal dan fikiran kita selama ini, betapa tingginya nikmat tersebut sehinggakan manusia sukar untuk mentafsirkan dengan mengunakan minda dan akal yang cetek ini. Tetapi dalam masa yang sama Allah mengambarkan keadaan di dalam azab neraka itu adalah mengikut akal dan fikiran yang kita miliki ini, Allah memberi kita gambaran sebenar tentang seksaan-seksaan api neraka itu mengikut akal yang kita miliki, begitu mudah untuk kita gambarkan tentang azab neraka itu berbanding nikmat yang telah Allah kurniakan kepada golongan orang-orang beriman dan bertaqwa kepadaNya iaitu syurga. Maka dengan itu berpeganglah teguh terhadap apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w dan para Anbiya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun terhadap segala dosa-dosa dari makhluknya.

Allah s.w.t Berfirman:
“Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat” (Surah Al-Israa’ – Ayat 25).

Maka dengan itu insaflah kamu seketika tentang apa yang telah kita perbincangkan ini dengan panjang lebar. Bukalah mata hati kamu semua untuk mentauhidkan Islam dengan seikhlasnya. Perjuangkanlah apa yang telah Nabi s.a.w berikan dan pertanggungjawabkan kepada kita semua. Nabi s.a.w membawa risalah Allah s.w.t dengan begitu sukar, penuh dengan dugaan dan rintangan dan dalam masa yang sama nyawa Baginda s.a.w turut terancam semata-mata mahukan kita mengEsakan Allah s.w.t. Allah tidak meminta apa-apa ganjaran dari kamu, tetapi Allah mahukan kamu agar menjadi seorang Mukmin yang teguh keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t. Belajarlah sesuatu yang kamu mungkin agak sukar untuk mempelajarinya dalam masa sesingkat ini, teguhkanlah barisan keimanan kamu dengan sejitu dan seutuhnya, kerana dengan berbekalkan keimanan dan ketakwaan itulah yang menjamin kita ke mercu keredhaanNya. InsyaAllah. Allahu’Akhbar! Allahu’Akhbar! Allahu’Akhbar!.

Friday, 15 May 2009

Aurat Satu Kewajipan.

Oleh : Muhammad Ibn Nazir

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dan Salam Muhibah. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Salam dan Selawat kepada Junjungan kita Rasulullah s.a.w, Ahli keluarga Baginda, Sahabat-sahabat dan Sahabiahnya.

Alhamdulillah, Syukur kehadratNya, mengizinkan saya untuk memuatkan lagi posting dan artikel saya ini. Apa yang telintas di minda saya ini, akan saya lampirkan bersama bagi berkongsi segala coretan ilmiah di arena ini. Terima kasih juga saya panjangkan kepada rakan-rakan siber saya selama ini, yang memberi sokongan terhadap penulisan saya selama ini. Sebenarnya saya tidak berminat memuatkan posting-posting saya ini dengan ideologi-ideologi Politikus, yang mana bagi saya, ia sedikit sebanyak mencalitkan laman blog (http://www.mujahidincyber.blogspot.com/) kelolaan saya ini yang berunsurkan Ilmuan Islam. Perjalananan saya ini akan saya teruskan lagi dengan satu isu yang masih dipertikaikan dan perlu diperjelaskan dengan tertil lagi, satu isu di mana manusia suka membangkitkan pekara-pekara yang jelas dan nyata akan hukum halal dan haramnya. Bagi mereka-mereka di luar sana, bukalah mata hati anda untuk menilai dan memahami akan hakikat “Aurat” itu sendiri. InsyaAllah.



Manusia memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia. Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian. Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk. Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral. Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim serta pakaian tersebut tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan sesiapa yang melihatnya. Begitu juga adab-adab dan cara-cara pemakaian yang sesuai untuk kita dan generasi kita. Islam mengajar kita supaya menutup aurat bukan untuk merendah-rendah identiti kita, malahan untuk kesempurnaan dan keselamatan kita.

Jika kita lihat di negara-negara barat contohnya, mereka menyatakan bahawa membuka aurat itu adalah satu keperluan, malahan itu juga mereka mengangap bahawa tubuh mereka itu sebagai “seni diri” yang patut mereka bangga dan dipertontonkan kepada orang ramai. Tetapi akan hakikat itu, ada sesetengah negara Islam juga yang sering memperjuangakan hakikat akan pendedahan aurat ini di kalangan para pelajar khasnya. Mereka mengetepikan akan hukum-hukum yang jelas dari Allah s.w.t. dengan alasan ia satu tindakan yang menyalahi undang-undang hak-hak asasi manusia. Malah ada sesetengah itu juga menyatakan bahawa tubuh manusia itu suatu yang perlu dipertontonkan kepada khalayak orang ramai tentang kejadian indah yang telah Tuhan berikan kepada mereka. Nauzubillah.



Maka demikian, terciptalah pelbagai jenis pakaian yang meloyakan dan memualkan mata hati kita untuk melihatnya, apa yang menyedihkan kita lagi, ada segelintir khalifah-khalifah Allah s.w.t yang beragama Islam bangga akan hakikat menonjolkan aurat mereka sendiri. Ke manakah akal dan fikiran kita selama ini? Masih relevankah akal dan fikiran kita selama ini tentang hakikat menutup aurat?. Yang haram tetap akan haram sampai hari kiamat, dan yang halal itu tetap akan halal sampai kehari kiamat kelak, tiada nas-nas yang menyatakan bahawa yang haram itu halal dan halal itu haram. Ramai yang mempertikaikan pekara ini, ingin mencari kepastian, sedangkan hakikatnya ia tetap termaktub dan tidak akan diubah walaupun sampai kehari pembalasan nanti. Berpegang teguhlah kita akan KalamNya dan Sunnah Rasulullah s.a.w seerat-eratnya bagi menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat. Sebagai contoh yang kita ambil :

“Jika segumpal lumpur yang bercampur dengan jerami padi yang lembut itu diambil dan digumpalkan, lalu dibalingkan kepada kamu, apa akan rasa sakitkah kamu bila balingan tersebut terkena kepada kamu, tentu tidak berasa sakit, kerana lumpur itu tidak begitu keras dan ia hanyalah sesuatu jisim yang lembut. Tetapi jika lumpur dan jerami tersebut kita gumpalkan lalu dikeringkan di cahaya matahari yang terik, lalu ia menjadi seketul lumpur dan jerami yang keras akan akibat proses pengeringan dari kepanasan tadi, dan dilontarkan kepada kamu, apa yang kamu akan dapat merasainya, tentu kesakitan yang kamu perolehinya”.

Maka apa yang kita dapat dari moral tersebut bahawa, setiap apa yang telah diciptakan Allah s.w.t itu ada kebaikannya dan jika kebaikan itu kita mencampur-adukkan dengan pekara-pekara yang tidak sepatutnya maka, bahana akan menimpa diri kita kelak. Mahukah kita tergolong dalam golongan tersebut?.

Islam datang untuk memakmurkan dan mensejahterakan umat manusia. Islam juga menjadikan manusia bertamadun dan beretika dalam urusan-urusannya. Islam itu untuk mereka yang berakal, orang yang berakal dapat membezakan kebaikan dan keburukan. Islam itu mencerminkan kepada kita banyak garis dan panduan untuk diteladani dan contohi. Apa yang saya hendak berkongsi dengan kamu semua adalah tentang adab-adab dan peraturan yang telah di garis pandukan kepada kita tentang hakikat Aurat itu sendiri yang berkonsepkan dan bercirikan Islam. Bukalah mata hati kamu semua untuk memahami, meneliti dan mentauhidkan apa yang telah digariskan ini. Saya akan lampirkan sedikit gambaran gambar-gambar untuk tatapan kamu semua, agar dapatlah kita bersama-sama berfikir dengan mendalami lagi akan hakikat aurat itu sendiri. Lantaran dari gambar-gambar tersebut sedikit sebanyak dapatlah kita mengambil ikhtibar dan bermuhasabahkan diri kita yang hina ini serta serapkan etika-etika ukhwah pedoman untuk diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita keseluruhannya.

Firman-Nya bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah Al-A'raaf, ayat 31).

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman: Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali pada suami mereka, atau ayah mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau perempuan Muslimat atau hamba sahayanya, atau pelayan-pelayan lelaki yang tiada keinginan( syahwat ) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Janganlah kamu berjalan sambil mengoyangkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi ( gelang kaki ). Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”
(Surah An-Nur – Ayat-31)



Maka jelaslah kepada kita tentang ayat-ayat Al-Quran tersebut, bahawa Islam itu sendiri menghormati dan menjaga akan diri kita dengan begitu baik sekali. Manusia sering terlupa dan alpa dengan konsep etika aurat itu sendiri, ramai masyarakat kita masih tidak peka akan hakikat sebenar aurat itu. Cuba lihat sekeliling kamu, berapa ramaikah di kalangan kita yang menutupi aurat di kala ini?. Adik-adik kamu. Anak-anak kamu, diri kamu, keluarga kamu, kawan-kawan kamu, ibubapa kamu, pemimpin kamu dan sebagainya. Islam telah mengariskan panduan kepada kita untuk menutupi aurat bukan untuk menyalahi prinsip-prinsip hak asasi manusia, tetapi lebih kepada menjamin dan mengelakkan manusia terjerumus ke dalam ruang-ruang kemaksiatan. Menjurus dengan ini, Islam telah mengariskan juga panduan bahawa aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, pergelangan tangan dan kakinya.

Firman Allah s.w.t:
"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah Al-Ahzab - Ayat-59).

Nabi s.a.w bersabda bermaksud:
"Paha itu adalah aurat." (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

“Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda” :
“Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku. (1). Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya untuk memukul orang. (2). Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (pakaian yang terlalu nipis, ketat, terbuka dan pakaian yang merangsangkan hawa nafsu). Dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disasak) bagaikan punuk unta .Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang sangat jauh”.
(Hadis Riwayat Imam Muslim – Hadis 2004, Halaman 117).




Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu sesiapa yang melihatnya. Cuba kita perhatikan di negara kita, berapa banyak orang-orang Islam yang mengakui beragama Islam, tetapi masih lagi mendedahkan aurat mereka. Mereka sering menyatakan bahawa, mereka mengikut peredaran zaman dan fesyen terkini. Ada sesetengah itu juga berpakaian menutupi aurat tetapi, hanya memakai pakaian yang ketat dan mengiyurkan setiap mata yang memandang. Bukankah itu suatu dosa yang nyata, untuk apa kalau hanya menutupi badan tetapi terdedah di tempat yang lain. Islam telah mengariskan panduan untuk manusia, sebagai contoh dan pedoman yang berguna bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan dunia dan di akhirat. Aurat itu bukan satu penindasan terhadap manusia, malahan ia lebih kepada menjamin kesempurnaan dan kesejahteraan serta keselamatan kehidupan manusia itu sendiri.




Jika kita lihat dari sudut yang berbeza, dapat juga kita simpulkan bahawa, faktor pergaulan dan persekitaran itu sedikit sebanyak mengugat konsep aurat itu sendiri. Tetapi Islam telah mengariskan panduan untuk kita, bahawa setiap yang haram itu tetap akan haram hingga ke hari kebangkitan nanti dan setiap yang halal itu tetap dengan konsepnya serta tiada yang perlu diubah dan dimansuhkan dalam apa juga sebab sekalipun. Janganlah kita terikut-ikut dengan budaya luar, hinggakan kita lupa akan hakikat halal dan haram itu sendiri. Berpegang teguhlah kepada Tauhid Islam itu sendiri, bagi menjamin kesempurnaan dan kesejahteraan kita kelak.

Nabi s.a.w bersabda bermaksud:
"Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis Riwayat Abu Daud).

Maka dengan itu jelaslah kepada kita, budaya terikut-ikut itu amat merugikan diri kita kelak. Apa yang membimbangkan kita pada hari ini, ramai sebenarnya pengusaha-pengusaha pakaian yang tidak mengetahui malah tidak peka terhadap garis panduan akan hakikat Aurat. Lebih membimbangkan kita lagi, pengusaha-pengusaha tersebut datangnya dari kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Lihat sahaja sekeliling kita, berapa ramai yang memakai tudung yang singkat dan dilihati juga bahawa tudung tersebut merupakan tudung yang tidak ada nas-nas dan hukum-hukum menutup aurat. Begitu juga dengan pakaian harian yang kita pakai, pakaian yang terlalu ketat, bukankah pakaian yang ketat itu menyusahkan pergerakan kita bilamana memakainya, adakah ia satu trend untuk diri kita?. Mendedahkan dan menonjolkan sesuatu kepada orang ramai dengan rasa bangga apa yang kita miliki. Bukankah itu sesuatu yang tidak baik untuk diri dan Islam itu sendiri. Malahan itu pula, ada sesetengahnya juga bangga dengan berpakaian songsang, serta menyatakan bahawa fesyen itu satu keperluan di zaman globalisasi ini.

Nabi s.a.w bersabda bermaksud:
"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).





Konsep aurat ini diteruskan lagi dengan lebih mendalam, kita baru di permulaan bab, banyak lagi yang perlu saya bicarakan. Bagi pakaian lelaki pula, mereka kadangkala begitu sinonim dengan perilaku dengan kreativiti dan diri mereka sendiri, mereka menganggap bahawa aurat itu suatu yang tidak perlu dititik beratkan dan dipraktikkan, malah ada yang tidak segan silu sanggup menonjolkannya di khalayak orang ramai semata-mata mengejar populariti yang mengasyikkan. Sebagai contoh yang dapat kita lihat, dalam arena sukan dan rekreasi. Ramai di antara mereka yang tidak peka akan hakikat aurat itu sendiri. Ramai yang tidak peka dan prihatin tentang Konsep Islam. Bukankah Islam telah mengariskan panduan untuk kita tentang kesopanan dalam berpakaian serta menutupi aurat secara total. Islam mengajar kita akan hakikat yang utuh bagi mereka yang mentauhidkannya. Lihat sahaja arena sukan di negara kita, pendedahan aurat begitu ketara sekali dan dapat dilihat dengan jelas, soal gangguan fizikal dan kecergasan untuk sesuatu sukan itu menjadi alasan untuk tidak menutupi aurat, tetapi hakikat yang sempit itulah sebenarnya membuatkan Islam itu tercalar.



Jika kita lihat di negara-negara Islam yang lain, bersukan itu tidak semestinya membuka aurat, malah mereka bangga kerana dikurniakan aurat untuk bersukan. Tetapi malangnya di negara kita, menutup aurat itu suatu yang tidak perlu dipraktikkan, malahan ada segelintir pihak yang berwajib sanggup mengaris pandukan bahawa, membuka aurat itu perlu untuk mencapai kemenangan. Akan dengan itu, apa hasil yang kita perolehi hingga sekarang?, adakah kemenangan yang dijanjikan itu muncul tiba? dan apa yang kita perolehi sebelum dan selepas itu?.




Berpakaian mestilah mengikut hukum-hukum yang telah termaktub di dalam nas-nas Islam. Bukan hanya dicedok dari pihak-pihak lain yang entah dari mana datangnya, bagi mengaburi mata hati kita selama ini. Janganlah kita berasa sombong diri dengan pakaian yang kita pakai yang berharga beribu-ribu ringgit, tetapi pakaian yang tersebut tidak mencerminkan sesuatupun tentang aurat itu sendiri. Biarlah berpada-pada dengan kemampuan kita sendiri dan berjimat cermatlah dalam membeli pakaian, kerana jika pakaian yang berharga murah sekalipun tetapi ia berlandaskan paksi Islam, maka kemuliaan itu lebih tinggi dari pakaian kita yang berharga beribu-ribu ringgit tersebut.

Nabi s.a.w bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'ie dan Ibnu Majah).

Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya. Bukankah itu suatu budaya yang songsang dan jauh dari hukum-hukum Islam itu sendiri. Allah s.w.t mengurniakan kita akal dan fikiran untuk berfikir dengan lebih mendalam lagi, pekara-pekara seumpama itu hendaklah kita menolak sejauh-jauhnya dalam diri kita ini. Tetapi malangnya pada hari ini, kita seringkali ditontonkan dengan budaya pakaian yang memualkan. Sehinggakan ia menjadi ikutan dan tarikan diri kita, malah apa yang membinbangkan lagi, budaya tersebut lebih menonjol kepada anak-anak dan adik-adik kita yang tidak tahu tentang hakikat pakaian itu sendiri. Bukankah itu sesuatu yang merugikan diri dan keluarga kita kelak. Pakailah pakaian yang sesuai dengan jantina kita sendiri, bukan hanya mengikut dan mencedok dari budaya barat dan Hinduisme.

Firman Allah s.w.t ;
“Sesungguhnya mereka mendustakan kebenaran, tatkala datang kepada mereka. Nanti akan datang kepada mereka berita apa yang mereka perolokkan”. (Surah Al-Anaam – Ayat-5).

Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera. Oleh yang demikian, perubahan perlu kita laksanakan dengan sempurna sekali. Bukankah Allah telah mengurniakan kita pelbagai nikmat di muka bumi ini, maka carilah sesuatu itu dengan tekun dan sabar, janganlah kita menjadi pengikut-pengikut yang dimurkai Allah s.w.t yang hanya mementingkan diri sendiri.

Nabi s.a.w bersabda bermaksud:
"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih).

Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah s.a.w. Ia juga melambangkan kesucian. Berdasarkan Hadis yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

Baginda bersabda bermaksud:
"Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis Riwayat An-Nasa'ie dan Al-Hakim).




Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan Islam. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim. Malahan jika kita lihat dari sudut yang berbeza pula, tanamkan minat pada diri dan seluruh keluarga kita untuk mendalami tentang hukum-hukum menutup aurat. Bermulalah dari sekarang untuk mengubah dari yang terdedah kepada yang menutup aurat, suburkanlah setiap genap penjuru mata hati kita untuk melakukan yang terbaik untuk generasi yang mendatang. Menutup aurat itu satu pekara yang wajib, yang perlu kita sama-sama laksanakannya dengan baik dan sempurna sekali. Ajarkanlah tentang aurat dan prinsip-prinsip aurat itu bermula dari akar umbi. Sebagai permulaan, belilah dan pakailah pakaian yang menutup aurat di kalangan keluarga kamu, ajarkanlah mereka yang masih kecil itu tentang hukum-hukum menutup aurat. Biarpun ia satu permulaan diusia kecil, tetapi hasil impaknya dapat kita lihat di hari kemudian kelak. Banyak pakaian yang sesuai untuk anak-anak dan adik-adik kamu, dorongkanlah dengan nas-nas Islam, bukan sekadar mengikut trend semata-mata.
Saya akan berikan gambaran kepada kamu semua tentang apa yang kita telah bincangkan sejak dari awal permulaan tadi.

“Jika kamu mempunyai sebuah rumah yang cantik dari daya usaha gigih kamu sendiri, maka rumah kamu itu mempunyai pelbagai perabot dan perkakas barangan elektrik yang begitu mahal sekali, serta di dalam rumah kamu itu disinari dengan lampu-lampu dan hiasan yang begitu menarik. Sehinggakan setiap orang yang mengunjungi rumah kamu itu begitu terpegun dan terpesona akan keindahan dalaman dan luaran rumah kamu itu. Akan tetapi malangnya rumah kamu itu tidak pula dihiasi dengan langsir disegenap penjuru pintu dan tingkap. Maka tidak indahlah rumah kamu itu bila langsir yang merupakan bahan yang menutupi setiap aktiviti diri dan keluarga kamu itu diperlihatkan dengan sewenangnya oleh orang yang melihatnya. Bukankah itu suatu yang indah bertukar menjadi suatu yang lebih menakutkan dan merumitkan pergerakan kamu di dalam rumah tersebut, malahan pula bila terbitnya waktu malam menjelma, maka lebih merisaukan lagi jika ada pekara-pekara yang tidak diingini berlaku, dan setiap genap pergerakan dan kelakuan kamu masa itu mudah dipertontonkan oleh orang yang melihatnya, bukankah itu menunjukkan bahawa langsir itu perlu di setiap ruang tingkap dan pintu rumah kita. Dengan berlangsir, kita dapat melakukan pergerakan dan aktiviti harian kita dengan mudah dan sempurna sekali, malah jika bila malam menjelma, kita akan ditutupi langsir kita tersebut, atas faktor keselamatan.”

Moral yang saya hendak jelaskan kepada kamu bahawa, rumah kamu itu saya ibaratkan sebagai “Diri” kamu sendiri, perhiasan dalaman dan luaran rumah kamu itu juga saya gambarkan sebagai harta yang bernilai di dalam diri kamu itu iaitu “Maruah Diri”. Dan yang terakhir sekali langsir yang saya maksudkan itu adalah “Aurat” kamu yang sering dan wajib kamu hargai, jagai dan kelolaan dengan begitu sempurna dan tertil sekali.

Maka dengan itu setiap apa yang kita hargai dan sempurnakan hari ini, bukanlah sebenarnya untuk diri kamu sendiri, tetapi untuk generasi-generasi kamu yang mendatang. Setiap perlakuan kebaikan yang telah kamu lakukan itu memperlihatkan betapa tekun dan jitunya diri kamu terhadap agama Islam. Runtuhnya sesuatu bangsa itu. Bukanlah bererti runtuhnya ekonomi dan pembangunannya, tetapi runtuhnya Akhlak dan Aqidah itu lebih membimbangkan dan memudaratkan sesebuah bangsa dan negara tersebut. Allahhu'Akhbar!!!.

Monday, 11 May 2009

Pergerakan Pembaharuan Demi Islam.

Oleh : Muhammad Ibn Nazir.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dan Selamat Sejahtera. Segala puji hanyalah semata bagi Allah s.w.t. Selawat dan Salam Sejahtera semoga dilimpahkan kepada utusanNya Muhammad s.a.w, pembawa risalah Islam yang sempurna. Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan kecuali hanya Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi, bahawa Muhammad s.a.w adalah hamba dan RasulNya.

Waba’du!.

Perjalanan ini diteruskan juga dengan keizinan Allah s.w.t, dengan berbekalkan sedikit ilmu di dada, maka wajiblah saya untuk menyampaikan dan menyebarkannya walaupun dengan cara apa sekalipun. InsyaAllah. Ramai yang telah terkeliru dengan hakikat Islam itu sendiri, sehinggakan segala yang telah diharamkan dihalalkan, dan sebaliknya, yang halal itu diharamkan, di atas dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang sempit dan jumud itulah, membuatkan manusia menjadi keruh dan kufur. Patutkah kita sebagai Muslim, membiarkan pekara ini, diperkotak-katikkan oleh orang-orang yang berideologikan penyakit “Wahan”?, masih mampukah kita sebagai KhalifahNya mempertahankan amanah yang telah Allah s.w.t berikan kepada kita?, atau masih berpeluk tubuhkah kita ketika ini?.

Islam adalah satu-satunya agama Allah s.w.t atau peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t untuk manusia, sejak wujudnya manusia di bumi ini sehinggalah sampai hari kiamat. Ia diutuskan melalui Rasul-rasulnya sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah ke Rasul yang terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam surah Ali-Imran – ayat-85:
“Dan siapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama, maka tidak diterima dan di akhirat pula ia tergolong dalam orang-orang yang rugi”.

Dalam surah Al-Maidah - Ayat-75:
“Tidaklah Al-Masih anak Maryam itu melainkan seorang Rasul, Sesuatunya telah berlalulah Rasul-rasul sebelumnya, sedang ibunya seorang perempuan yang benar. Keduanya memakan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami menerangkan kepada mereka beberapa tanda, kemudian perhatikan bagaimana mereka berpaling (dari kebenaran)”

Berdasarkan beberapa ayat Al-Quran tadi difahamkan bahawa Rasul-rasul keseluruhan mereka membawa dan menyampaikan agama Allah kepada manusia, tetapi selepas Rasul-rasul ini kembali kerahmat Allah, maka masyarakat manusia akan meninggal dan menyeleweng dari ajaran Allah itu, sedikit demi sedikit, sehinggalah Allah s.w.t mengutuskan Rasul yang baru untuk membetulkan kembali mereka itu kepada ajaran Allah yang sebenar, iaitu Islam. Kalau mereka kembali maka mereka akan berada di atas kebenaran, tetapi kalau mereka tidak kembali, maka terjadilah satu aliran yang terkeluar dari ajaran Allah atau terkeluarlah mereka dari ajaran Islam yang sebenar.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’aam – Ayat-153.
“Dan bahawa ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah jalanKu dan janganlah kamu ikut jalan-jalan sampingan, kerana ia akan memecah belahkan kamu dari jalanNya yang sebenar. Begitulah diwasiatkan kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa”

Rasulullah s.a.w adalah Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t ke alam ini untuk membetulkan manusia daripada penyelewengan yang telah berlaku di kalangan umat sebelumnya dahulu.

Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran – Ayat-144:
“Dan Muhammad itu tidak lain, hanya seorang rasul, sesungguhnya telah terdahulu beberapa orang rasul sebelumnya. Jika rasul itu mati atau terbunuh, adakah kamu kembali menjadi kafir?. Barangsiapa kembali menjadi kafir, tidaklah dia mendatangkan bahaya kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberikan balasan bagi orang-orang yang bersyukur”

Rasul-rasul yang terdahulu daripada Rasulullah s.a.w adalah penyambung dan perintis (Taqmil dan Tamhid) tapi Rasulullah s.a.w hanya sebagai penyambung (Taqmil) sahaja. Beliau tidak membuat persediaan kepada Rasul-rasul yang akan datang, kerana tidak akan ada Rasul lagi selepasnya. Rasulullah s.a.w adalah sebagai pelengkap atau penyempurna agama Islam seperti sabda Rasulullah s.a.w :

“Umpama aku dan nabi-nabi yang lain, adalah seperti seorang lelaki yang membina sebuah bangunan, dielokkannya dan dicantikkannya, maka orang ramai mengelilingnya dan berkata : kami tidak pernah nampak bangunan yang lebih cantik dari bangunan ini, melainkan seketul bata lagi (yang kurang), maka akulah ditempat bata itu”

Rasulullah adalah seorang Rasul pelengkap dan penyempurna risalah Islam di alam ini. Selepas baginda menyempurnakan tugasnya, maka agama Islam telah pun lengkap.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah – Ayat-3:
“Hari ini Aku Sempurnakan agama untuk kamu, dan Aku lengkapkan nikmatKu ke atas kamu, dan Aku redhalah Islam itu sebagai cara hidup (agama) untuk kamu”

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda ;
“Bahawa sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”

Berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah Al-Maidah dan Hadith tadi, maka difahamkan bahawa kesempurnaan agama dan kesempurnaan akhlak adalah sama. Kesempurnaan agama adalah dengan kesempurnaan akhlak, ia saling berhubungkait dan seiring dengan nas-nas dan paksi-paksinya.




Jika kita lihat dari sudut pandangan yang jauh, Islam itu sendiri membawa erti yang besar dalam pertumbuhan alam semesta ini begitu juga kehidupan manusia. Ia berjalan seiring dengan konsep kehidupan manusia dan Islam itu sendiri. Tapi malangnya hari ini, masih ada lagi insan-insan yang bernama manusia yang mempunyai akal kewarasan begitu sinonim melakukan pekara-pekara yang melampaui jauh dari Islam itu sendiri. Mereka menyangka dan menyifatkan Islam itu hanya berlaku pada kita bilamana waktu tua kita itu telah muncul, akan sebab itu, segala pemahaman itu lantas disangkal sekeras-kerasnya dalam Islam. Bukankah Islam itu membawa kita menuju perubahan yang total dalam kehidupan kita.

Jika kita lihat perubahan ideologi pada masa kini, jelas dan nyata sekali, sebenarnya kita masih lagi meletakkan Islam itu sendiri begitu jauh dari kehidupan kita, tetapi apa yang menyedihkan lagi, apabila ada sesetengahnya menganggap Islam itu hanya di tempat-tempat tertentu untuk dipraktikkan. Nauzubillah.

Renungilah akan etika dan tingkahlaku pada anak-anak dan adik-adik kita sendiri, kebanyakan aktiviti-aktiviti mereka banyak sekali dihidangkan dengan hiburan, buku-buku, multimedia dan sebagainya, yang tidak berunsurkan kesucian Islam. Semakin hari, semakin bercambah akan aktiviti mereka, sehinggakan ada dikalangan mereka yang tidak tahu akan kebenaran dan kebathilan. Oleh yang demikian, maka suburkanlah ilmuan-ilmuan tentang Islam di segenap penjuru ruang hidup mereka. Tanamkanlah unsur-unsur menghormati dan mendalami Islam itu dengan meluas. Kalau kita lihat pada zaman globalisasi ini, banyak buku-buku dan alatan multimedia yang berunsurkan fahaman dari barat dan dicedok sendiri dari para mubaligh-mubaligh yahudi dan kristian, yang menjadi hidangan pembaca khasnya dari golongan muda-mudi yang sukakan akan kebebasan dan hiburan. Maka dengan itu, dapat juga kita menyaksikan perubahan dari segi sikap dan tingkahlaku serta imej pembaca itu sendiri. Dan paling menyedihkan kita lagi, sehingga ada yang sanggup menyatakan bahawa perubahan mengikut peredaran terkini perlu untuk kesejahteraan hidup, dengan meminggirkan Agama Islam itu sendiri.

Dalam Surah Al-Ahqaaf - Ayat-9:
“Katakanlah wahai Muhammad, Tidaklah aku ini mencipta agama baru di antara Rasul-rasul dan aku tidak tahu apa yang akan dikenakan oleh Allah ke atas aku dan kamu, tidaklah aku mengikut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku, tidaklah aku ini melainkan pemberian amaran yang nyata”.



Sebagai contoh ketara yang hendak saya utarakan di sini adalah, soal pemahaman dan penelitian individu terhadap konsep Islam yang hakiki. Saya pernah diajukan soalan oleh rakan saya yang beragama Kristian yang berasal dari timur Malaysia, soalannya berbunyi begini. “Kenapa orang-orang cerdik pandai di negara-negara barat yang bergelar sebagai Professor, Doktor, Jurutera, Arkitek, Sainstis dan sebagainya memeluk agama lain selain dari Islam?”. “Sedangkan agama Islam itu suatu agama yang benar dan ajaran-ajarannya sesuai dengan konteks ilmu pengetahuan, Sains dan kemodenan?”. Lantaran dengan itu, saya bingkas menjawab, mengapa beliau memeluk agama Kristian? Adakah hanya terikut-ikut dari ajaran keluarga mereka atau ikutan dari edaran agama tersebut. Sebenarnya orang-orang barat seperti beliau belum mengenali erti hakikat Islam, mereka hanya mengenali Islam melalui sumber-sumber Orientalis yang sudah tentu memburuk-burukkan Islam, sepatutnya mereka semua perlu melalui proses “Diskusi” yang menyeluruh bagi mengenal dan memahami konsep kesucian Islam itu sendiri. Melalui proses Diskusi inilah ramai di kalangan mereka mulai sedar akan hakikat kebenaran Islam itu sendiri. Sebagai contoh yang saya hendak utarakan diforum ini adalah bekas penyanyi pop British, iaitu Yusuf Islam. Beliau mengkaji semua agama dan akhirnya menemui Islam sebagai agama yang benar. Malahan yang terbaru pula, raja pop dunia, iaitu Mikaeel Jackson. Beliau begitu sinonim dengan bidang hiburan sebagaimana yang kita ketahui juga beliau merupakan seorang yang sering berulang-alik ke masjid untuk mencari kebenaran dalam beragama, sehinggakan Al-Quran itu satu kitab yang sering dibawa ke mana sahaja beliau pergi. Beliau meninggalkan dunia kemasyuran semata-mata untuk mencari keredhaan Illahi. Sebenarnya ramai lagi penganut-penganut agama lain yang menukar kepada agama Islam, tetapi semua itu tidak menjadi halangan untuk mereka berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang beragama selain dari Islam. Lataran dengan itu juga saya diajukan dengan beberapa soalan yang agak tenang saya menjawabnya demi untuk mengetengahkan kebenaran Islam kepada manusia sejagat. Soalan ini diajukan oleh rakan saya yang beragama Kristian kepada saya, ia berbunyi begini. “Tetapi ada orang-orang Islam yang berpindah agama menjadi pemeluk agama kristian?.” Saya mula menanyakan kembali kepada kawan saya tadi, bahawa adakah orang-orang Islam yang memeluk agama Kristian itu terdiri dari sarjana-sarjana Islam? Sehingga saat ini, saya malahan kamu di luar sana yang sedang membaca posting di laman blog (www.MujahidinCyber.blogspot.com) saya ini belum pernah mendengar sarjana-sarjana Islam memeluk agama Kristian. Saya tidak menafikan bahawa ada di kalangan orang-orang Melayu atau beragama Islam yang berpindah ke agama selain dari Islam tetapi, harus kita faham bahawa meraka itu kebanyakkannya orang-orang yang tidak ubah seperti tidak pernah menganut apa-apa agama. Malahan itu pula, pada zahirnya nampak seperti seorang muslim tetapi pada batin atau hakikatnya pula seperti botol-botol plastik yang kosong dan kontang, yang sedihnya pula, botol-botol tersebut tidak punyai penutup, dan mudah diisi dengan pelbagai jenis air dari mana entah datangnya. Nau’zubillah.


Sebenarnya diskusi-diskusi seperti begini perlu bagi setiap yang ingin mencari kebenaran yang hakiki. Tetapi malangnya pada hari ini, soalan-soalan tersebut yang datangnya dari pihak dari agama lain, tidak mudah dijawab, malah jawapannya masih tidak menepati ciri-ciri Syahadah yang mereka perlukan dan cari selama ini, kerana orang-orang Islam pada masa kini (segelintir) masih belum memenuhi ciri-ciri sebagai seorang Mukmin yang sejati.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran - ayat-19:
“Sesungguhnya agama di sisi Allah, ialah Islam. Tiada perselisihan golongan ahli Kitab, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, kerana dengki mendengki sesamanya. Barangsiapa yang kafir akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat bersegera hisabNya”


Kembalilah kita ke pangkal jalan yang lurus dan diredhaiNya. Tanamkan dan suburkanlah kesempurnaan jasmani dan rohaniah anak-anak serta generasi kita dengan ilmuan Islam. Sebagai contoh yang boleh kita ambil, ajarkanlah anak-anak kita yang sedang membesar itu tentang hakikat Islam yang sebenar, belikan mereka buku-buku dan alatan multimedia yang berunsurkan Islam, yang banyak terdapat di pasaran sekarang, janganlah kita begitu jahil dan bakhil terhadapnya, sehinggakan ilmu yang bermanfaat itu kita ketepikan dan mendahului pekara-pekara yang tidak berfaedah. Ingatlah, hidup kita ini umpama seorang petani dan penternak, apa yang kita kerjakan dan usahakan pada hari yang singkat ini, tidak kita nampak akan hasilnya, tetapi jika ia belarutan dan berpanjangan maka, hasil dari apa yang kita usahakan itu amat jelas dan nyata, sehinggakan hasil tersebut boleh menampung dan memberi syafaat kepada keluarga kita, malah seluruh kampung dan seluruh negeri kita kelak, malahan hasilnya itu juga akan dinilai dihari kiamat kelak. Bersabarlah apa juga rintangan untuk mencapai tujuan "Pergerakan pembaharuan Demi Islam". Allahu Akhbar!!!.


Saturday, 2 May 2009

NIBIRU - Satu Evolusi Atheisme.

Oleh : Muhammad Ibn Nazir

Assalammualaikum dan Salam Muhibah. Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah s.a.w, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabat-sahabat serta sahabiahnya. Ucapan ribuan terima kasih saya ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan saya di alam siber mahupun di luar sana, kerana sering memberi dorongan dan galakan kepada saya sehingga terhasilnya suatu karya blog (http://www.mujahidincyber.blogspot.com/) yang berbentuk Ilmiah dan Ilmuan Islam dengan keizinan dariNya.

Saya akan terus menulis dan berkarya sehingga ke akhir hayat saya, serta jika diizinkan Allah s.w.t, blog ini akan menjadi satu generasi yang tiada penghujungnya dan generasi ini juga akan saya terapkan kepada warisan keluarga saya kelak mengikut keredhaan dan keizinan dariNya. Saya berdoa agar anda semua memperolehi sesuatu yang ibrah dan dirahmati serta dikasihi olehNya. Tidak ketinggalan itu juga, izinkan saya mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada anda di luar sana, semoga segala ibadah kerja kita dirahmati dan dilimpahi rezeki dari sumber-sumber yang halal di sisi Allah s.w.t. Rezeki dari punca yang halal, menjadikan sebuah ummah yang jitu dan ukhwah kepada generasi yang mendatang. InsyaAllah.

Firman Allah s.w.t :
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Surah Al-Qasas - Ayat-77).

Perlu diingati juga, saat dan tika ini, artikel saya bukanlah berkisarkan atau berforumkan kepada 'Hari pekerja', tetapi lebih kepada soal Aqidah manusia amnya yang seringkali meruntun jauh, sehinggakan suatu yang termaktub di dalam Al-quran itu diketepikan dengan sewenang-wenangnya. Mengapa?. Sebelum itu, marilah kita bersama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada Ibubapa kita dan pejuang-pejuang mujahid di Jalan Allah s.w.t. Al-Fatihah...

Zaman yang penuh dengan Globalisasi, Fatalisme, Rasisme, Kolonialisme dan fahaman Evolusi Darwinisme mendorong manusia mencari suatu kepastian dan kebenaran berpandukan suatu ibrah yang tulus dan tepat bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian manusia khasnya, dengan berprinsipkan dan berpaksikan sinar Islam yang suci. Namun dengan demikian, ada segelintir khalifahNya yang telah terpesong dan terpengaruh dengan dakyah dan anasir dari pihak-pihak tertentu yang datangnya melalui pendeta-pendeta Ahlil Khitab yang sememangnya untuk memutarbalik serta memesongkan aqidah Muslim sejagat. Namun yang demikian, tidak semudah itu untuk memesongkan setiap mata hati seorang Muslim yang teguh keimanannya kepada Allah s.w.t dengan hanya melampirkan suatu berita atau penjelasan yang sempit dan jumud tanpa membawa suatu bukti yang kukuh dan konkrit berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Akan dengan itu, ada segelintir juga yang masih tercari-cari dan terkapai-kapai, apabila suatu fahaman evolusi pihak Atheisme yang kerap melontarkan fahamannya, sehinggakan sangup mempercayai secara total, walaupun sudah beribu-ribu kali fahaman ini disangkal oleh pihak-pihak yang cintakan Maha Agung.

Tempohari saya terbaca email dari seseorang iaitu mengenai "Nibiru - Bencana alam terbesar-Kiamat-2012". Email dan klip video tersebut telah kerapkali di edarkan dan di sebarkan kepada individu dan group siber tertentu bagi menyatakan suatu berita yang tidak mungkin berlaku mengikut kewarasan akal dan fikiran manusia, jika kita masih berpegang teguh dan jitu akan KalamNya dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Saya akan lampirkan email dan klip video tersebut di bawah dan di akhir perenggan ulasan saya, kemudian saya warnakan email tersebut mengunakan warna merah untuk kamu di luar sana dapat membezakan tentang ulasan dan sebaran dari email tersebut. Semoga dengan paparan ini, dapatlah kita bermuhasabahkan diri kita yang fakir lagi hina ini kepada Allah s.w.t. Bukalah mata hati kamu semua untuk meneliti, menilai dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dari email dan klip video tersebut. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat 10 tanda".

1) Matahari terbit dan muncul dari arah barat.
2) Adanya binatang ajaib yang muncul.

3) Keluarnya Imam Mahdi.
4) Keluarnya Dajjal.
5) Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj.
6) Turunnya Nabiyullah Isa a.s.
7) Keluar asap.
8) Rosaknya Ka'bah (Baitullah).
9) Lenyapnya Al-Quran dari Mushlaf dalam hati.
10)Seluruh manusia di dunia menjadi kafir.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. apabila seorang yang beriman terkena asap tersebut, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam a.s. sampai ke hari Kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja pekara-pekara yang luar biasa. dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan "Ini Adalah Orang kafir".

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul ard ini akan keluar di kota mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu "Ini Adalah Orang Yang Beriman". Apabila tongkat itu di pukul ke dahi orang kafir, maka akan tertulislah "Ini Adalah Orang Kafir".

Turunnya Nabi Isa a.s. di Negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. kemudian Nabi Isa a.s. akan menjalankan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan yang besar. Yakjuj dan makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibanggunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thatatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walaupun setitik.

Rasullullah s.a.w. telah bersabda,
"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan, Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib,
"Akan datang di suatu masa di mana islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut AsmaAllah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu adalah para Ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga, Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat".

Sabda Rasullulah s.a.w,
"Apabila orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain selain dari agama. orang lelaki taat pada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang-orang yang fasik, orang dimuliakan kerana takuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah Tanda-Tanda kiamat"

Sesungguhnya setiap makhluk yang hidup, seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan memiliki tanda-tanda dari akhir kesudahan hidupnya di dunia. Tanda-tanda dekatnya kematian manusia adalah rambut beruban, tua, sakit, lemah dan sebagainya. Begitu juga dengan haiwan, hampir sama dengan manusia. Sedangkan tumbuhan warnanya menguning, kering dan jatuh, lalu hancur. Demikian juga alam semesta memiliki tanda-tanda akhir masanya seperti kehancuran dan kerosakan yang menakutkan. Saa'ah asalnya adalah sebahagian malam atau siang. Dikatakan juga, Saa'at segala sesuatu bererti waktunya hilang dan habis. Dari maknanya ini, maka Saa'ah atau kiamat mengandungi dua, iaitu : Saa'ah khusus bagi setiap makhluk, seperti tanaman binatang dan manusia ketika mati, dan bagi sebuah umat jika datang ajalnya. Itu semua dikatakan telah datang saatnya. Saa'ah umum bagi dunia secara keseluruhan ketika di tiup sangkakala, maka hancurlah segala yang di langit dan di bumi.

Bagaimana dengan kiamat yang sebenarnya?. Tentu saja lebih dahsyat, lebih besar, dan lebih mengerikan. Dan Al-Quran banyak menyebutkan tentang kejadian di hari kiamat. terjadinya kiamat adalah hal yang ghaib, serta merupakan Rukun Iman dan wajib kita mempercayainya. Hanya Allah saja yang mengetahuinya. Tidak satu pun dari makhlukNya mengetahui bila terjadi dan berlakunya kiamat, baik para Nabi mahupun Malaikat.

Allah S.W.T, berfirman:
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengatahuan tentang Hari Kiamat" (Surah Luqman - Ayat-34).

Maka ketika ditanya tentang hal ini, Rasulullah s.a.w. mengembalikannya kepada Allah S.W.T.

"Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari kiamat".
(Surah Fushilat - Ayat-47).

Allah merahsiakan terjadinya hari kiamat, dan menerangkan bahawa kiamat akan datang secara tiba-tiba. Firman Allah s.w.t :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat; "bilakah terjadinya?" katakanlah ; "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah di sisi Allah; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang dilangit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah : "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'Raf - Ayat-187).

Namun demikian, sesungguhnya Allah dengan rahmat-Nya telah menjadikan kiamat memiliki sesuatu yang menunjukkan ke arah itu dan tanda-tanda yang menghantarkannya. Firman Allah s.w.t :

"Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang"
(Surah Muhammad - Ayat-18).

Yang mereka nanti-nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan tuhanmu atau kedatangan sebahagian tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah:

"Tunggulah olehmu sesungguhnya kami pun menunggu (pula)".
(Surah Al-An'Am - Ayat 158).

Oleh yang demikian, tanda-tanda kiamat juga terbahagi kepada dua, iaitu: Tanda-Tanda Besar dan Tanda-Tanda Kecil. Tanda-tanda kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr (arak), berlumba-lumba dalam pembangunan, dan lain-lain. Manakala sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau iaitu sesudahnya. Tanda kiamat besar adalah pekara yang besar yang telah saya nyatakan di awal artikel tadi.

Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata,

"Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Nabi Isa a.s. Sedangkan terbitnya matahari dari barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan kondisi langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat".

Ibnu hajar melanjutkan, "Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat".
(Fathul Bari).

Tanda-Tanda Kiamat Kecil.
Tanda-tanda kiamat kecil terbahagi kepada dua : Pertama, : kejadian yang sudah muncul dan sudah selesai; seperti diutuskan Rasulullah s.a.w, terbunuhnya Uthman bin 'Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman,
Kedua, : kejadian sudah muncul tapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakanya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinaan dan pembunuhan, banyaknya wanita dan lain-lain. Saya lampirkan pada kamu serba sedikit diantara tanda-tanda kiamat kecil untuk diketahui umum :

1) Diutusnya Rasulullah s.a.w.
Jabir r.a. berkata 'adalah Rasulullah s.a.w. Jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda,

"(hati-hati) dengan pagi dan sore kalian". Beliau malanjutkan, "Aku diutus dan hari kiamat seperti ini". Rasulullah s.a.w. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dengan jari tengah".
(HR Muslim).

2) Disia-siakan amanat.
Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi s.a.w berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang arab badwi dan berkata "bila terjadinya kiamat?". Rasulullah s.a.w terus melanjutkan perbicaraannya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah s.a.w. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya". Berkata sebahagian yang lain. 'Rasulullah s.a.w tidak mendengar". setelah Rasulullah s.a.w menyelesaikan perkataan, beliau bertanya, 'Mana yang bertanya tadi tentang kiamat?". Berkata lelaki badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah s.a.w". Rasulullah s.a.w. berkata, "jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya "bagaimana menyia-yiakannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (HR Bukhari).

3) Penggembala Menjadi kaya.
Rasulullah s.a.w ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab:

"Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam pembanggunan". (HR Muslim).

4) Banyaknya gunung yang telah lenyap dari tempatnya.

5) Banyak terjadinya gempa bumi di serata tempat.


6) Banyaknya orang-orang yang fasikh dan tidak beriman menjadi ketua negara.
7) Orang-orang yang baik imannya pada Allah berpegang teguh dan kukuh pada agamanya, kerana sudah tidak ada lagi orang lain yang mahu membantunya.
8) Banyaknya orang bodoh yang rajin beribadat, sehingga mudah dirayu iblis.
9) Adanya orang yang suka membaca Al Quran, tetapi masih fasikh, iaitu meninggalkan solat yang dianggap remeh dan mudah.
10) Al Quran dijual belikan, iaitu membaca jika mendapat keuntungan dan ganjaran.

11) Banyak turunnya hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.

12) Terdapat ramai orang menjadi pemimpin tetapi sukar untuk dipercayai.
13) Banyak para Ulama Shalihin yang meninggal dunia.
14) Banyak anak-anak yang derhakai pada ibu bapa mereka.
15) Terdapat hujan pada musim kemarau.
16) Orang-orang yang dusta dianggap benar. Dan orang-orang yang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
17) Banyaknya pengkhianat yang dipercayai dan orang yang dipercaya dikhianati.
18) Orang lain selain dari keluarga di percayai dan terlalu rapat dalam perhubungan.
19) Setiap negara dan daerah diketuai oleh orang-orang yg munafik.
20) Masjid dan tempat beribadat menjadi tempat perhiasan yang mewah-mewah.
21) Banyaknya hati manusia yang lupa akan Allah.


22) Banyaknya anak-anak luar nikah dari perzinaan.


23) Banyaknya minuman keras (arak).
24) Perdagangan menjadi banyak, dan banyaknya wanita (isteri) yang membantu suaminya dalam menguruskan perdagangan tersebut.
25) Banyaknya orang yang memutuskan talian silaturahim.
26) Banyaknya orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat.
27) Banyaknya orang yang menuntut ilmu tidak kerana agama islam, tetapi dengan maksud memperolehi pangkat dan kedudukan.
28) Banyaknya kaum suami yang mengikut kehendak isterinya derhaka pada ibunya, dekat dengan orang lain tapi jauh dari bapanya.
29) Banyak orang yang dimuliakan kerana takut dan dikhuatirikan keburukannya.

30) Banyaknya pemimpin, penguasa dan pembesar membuat zina.
31) Banyaknya anak-anak kecil menjadi ratu dan pujaan.
32) Ramainya orang yang membunuh sanak saudaranya, tetapi tidak tahu kenapa ia membunuh saudaranya itu.
33) Orang-orang yang rendah dan bodoh dijadikan pangkat.
34) Kitab suci Al Quran dihina dan diremehkan.
35) Agama Islam dianggap orang sebagai sampingan sahaja.
36) Banyaknya orang kawin dijalan-jalan.
37) Dua saudara seayah seibu sama berselisihfaham dan bertentangan.
38) Orang perang memakai opah.


39) Adanya wanita menjadi pemimpin iaitu memegang kekuasaan.
40) Banyaknya orang-orang yang bodoh dan tidak berilmu menjadi pemimpin.
41) Pemimpin atau orang berpangkat tidak menghormati orang bawahannya.
42) Banyaknya orang memikirkan keperluan perut untuk hidup semata-mata, tetapi tidak memikirkan lagi tentang Agama Islamnya.
43) Wanita (isteri) dijadikan kiblat bagi suaminya.


44) Banyaknya para ulama yang dibunuh dengan kejamnya.

45) Para ulama tidak dihargai lagi.
46) Banyaknya harta pusaka yang tidak dibahagi dengan seadil-adilnya.
47) Orang yang kaya dimuliakan kerana harta bendanya.


48) Banyaknya berlaku maksiat dan perjudian.
49) Banyaknya terjadinya kematian secara mendadak.



50) Banyaknya kaum lelaki menyerupai kaum wanita, dan kaum wanita menyerupai kaum lelaki.
51) Al quran hanya untuk permainan sahaja.
52) Anak kecil sama naik mimbar.



53) Banyaknya terjadinya pembunuhan.
54) Banyaknya kaum wanita dari lelaki sehingga 50 kaum wanita hanya 1 orang kaum lelaki.
55) Orang-orang alim sama cenderong pada pemerintah untuk menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal.



56) Banyaknya riba dan rasuah.


57) Banyaknya orang yang rosak hati dan akalnya.
58) Banyaknya orang yang bermegah dan meninggikan banggunan rumahnya.
59) Banyaknya orang yang menjual belikan hukum.
60) Banyaknya orang yang memudahkan masaalah talak (penceraian).

Tanda-tanda kiamat kecil secara umumnya datang lebih dahulu dari tanda-tanda kiamat besar. Tanda-tanda kiamat kecil sebahagiannya sudah terjadi, sebahagiannya sedang terjadi dan sebahagiannya akan terjadi. Tanda-tanda kiamat kecil bersifat biasa dan tanda-tanda kiamat besar bersifat luar biasa. Tanda-tanda kiamat kecil merupakan peringatan agar manusia sedar dan bertaubat, sedangkan kiamat besar jika sudah hadir atau datang, maka tertutuplah segala pintu taubat bagi kita.

Di dalam Al Quran ada menyatakan dan menyebut tentang hari kiamat dengan terperinci dan berbeza-beza, sehingga tidak kurang dari 34 ingatan ayat-ayat dalam Al Quran. Akan tetapi paling banyak ingatannya dalam Al Quran adalah "Yaumul Qiyamah". Di sini saya lampirkan sebahagian dari ayat-ayat Al-quran tersebut tentang wujud dan adanya Hari Kiamat itu adalah seperti berikut. Maka dengan itu marilah kita membaca, meneliti dan memahami ayat-ayat Al Quran tersebut :

1) Surah Al Baqarah ayat 85. 113. 174 dan 212.

2) Surah Ali Imran ayat 55, 77, 161, 180, 185, dan 194.
3) Surah An Nisaa ayat 87, 109, 141, dan 159.
4) Surah Al Maidah ayat 14 dan 36.
5) Surah Al An a'am ayat 12.
6) Surah Al A raaf ayat 32, 167 dan 172.
7) Surah Yunus ayat 60.
8) Surah Hud ayat 60, 98 dan 99.
9) Surah al isra ayat 13, 62, 58 dan 97.
10) Surah Al Khafi ayat 105.
11) Surah Maryam ayat 95.
12) Surah Thaha ayat 100, 101 dan 124.
13) Surah Al Anbiya ayat 47.
14) Surah Al Hajj ayat 9, 17, dan 69.
15) Surah Al Mu'minum ayat 16.
16) Surah Al Furqan ayat 69.
17) Surah Al Qashash ayat 41, 42, 61, 71 dan 72.
18) Surah Al Ankabuut ayat 13 dan 25.
19) Surah Faathir ayat 14.
20) Surah Az Zumar ayat 15, 24, 31, 47, 60, dan 67.
21) Surah Fush-Shilat ayat 40.
22) Surah Asy-Syu'ara ayat 45.
23) Surah Al jatsiyah ayat 17 dan 26.
24) Surah Al Mumtahinah ayat 3.
25) Surah Al mujadilah ayat 7.
26) Surah Al Qalam ayat 39.
27) Surah Al Qiyamah ayat 1 dan 6.

Allah menyebut Hari Kiamat itu dengan berbeza-beza, namun maksudnya adalah sama. Berdasarkan keterangan itulah menunjukkan tentang kejadian yang terjadi pada Hari Kiamat nanti, menjelang seluruh manusia diajukan dalam Sidang Mahkamah Allah di Padang Mahsyar. Bersediakah kita untuk melaluinya? Siapakah kita pada masa itu? semuanya akan terjawap kelak.
Allah s.w.t. telah berjanji akan menghancurkan semua makhluk ciptaanNya pada hari kiamat nanti dan ini merupakan janjiNya yang pasti. Semua makhlukNya akan dihancurkan sama sekali tidak kira samada dia itu malaikat, manusia, jin dan sebagainya. Ini satu lagi bukti yang menunjukkan yang Allah s.w.t. Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Allah s.w.t Berfirman:
"Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan".(Surah Az-Zumar - Ayat 67)

Sebenarnya persoalan ini boleh dijawab dengan mudah menggunakan kata-kata yang digunakan oleh Pencipta kita semua. Allah s.w.t. telah pun menyatakan dalam Surah Adz-Dzariyaat - Ayat 56–58 :

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya".

Sangat jelas dalam ayat tersebut bahawa kita semua diciptakan untuk menyembahNya dan beribadatNya. Dinyatakan juga dengan jelas dalam ayat tersebut bahawa Allah s.w.t. tidak berhajatkan barang sesuatu apa pun dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya malahan Dia sendiri yang mencukupkan keperluan makhluk-makhlukNya.


Berhati-hatilah saudara pengirim email ini dan kamu semua dengan persoalan penyebaran artikel sebegini. Ianya sengaja ditimbulkan bukan untuk mengetahui dan mencari kebenaran, tapi hanya bagi menimbulkan keraguan dan kekeliruan. Sebenarnya terdapat banyak lagi bentuk persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan golongan atheist dan mubaligh-mubaligh agama lain yang cuba menyesatkan umat Islam. Ada yang sesuai dibincangkan secara terbuka dan ada juga yang perlu dibincangkan secara bersemuka. Jika tiada ilmu di dada, maka kita akan menjadi seperti botol air mineral yang kosong yang akan tumbang biar pun hanya di tiup dengan angin yang lembut dari hembusan mulut.
Perkasakanlah ilmu di dada kerana botol air mineral yang penuh berisi, sukar ditumbangkan biarpun angin yang kuat datang bertiup. Semoga penjelasan yang diberikan mengubat keresahan minda yang memikirkan perkara tersebut. Semoga Allah s.w.t. melindungi kita semua dari bala bencana dan fitnah serta semua bentuk kejahatan di sekeliling kita. Insya-Allah. AllahuAkhbar!!!



Saya lampirkan email dan klip video tersebut (di bawah) untuk tatapan umum bagi menilai dan meneliti maksud yang tersirat artikel tersebut.










Fw: Fwd: Fw: NIBIRU 21/12/2012 - Bencana Alam Terbesar.

Ust.Harun Din .. dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamat ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama.... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade masa)

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

lain-lain artikel tentang kiamat...... . ALLAH je mengetahui.. ..

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066... * Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..... aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..



(Diingatkan juga agar kamu membaca segala ulasan dan penjelasan yang telah saya rungkaikan di atas, sebelum membuat segala ulasan kritikan yang sambrono)

You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails