Friday 29 October 2010

Propaganda Evangelis Dan Fundamentalis Neo-Konservatif.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.



BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang hadir bagaikan mutiara Islam di sisi. Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah Ta’ala dari segala musibah dan fitnah-fitnah yang melata disetiap sudut ruang kehidupan kita dekad kini. Banyak yang perlu saya kongsikan dan banyak lagi yang perlu saya perkatakan dengan prolong, apabila isu-isu memfitnah umat Islam yang kian berleluasa sehinggalah ke hari ini. Biarpun perjalanan perkongsian ini sesuatu yang pahit untuk kita semua (umat Islam) hadapi, namun ia sedikit sebanyak memperlihatkan kepada diri kita amnya, tentang bagaimana umat-umat Islam atau lebih senang dikenali dengan ‘saudara-saudara Muslim’ kita ditentang dan diperlakukan dengan begitu kejam tanpa perikemanusiaan oleh golongan manusia yang bernafsukan syaitan dan iblis menindas serta memperkotak-katik sehingga menyebabkan berjuta-juta saudara-saudara kita mati dalam memperjuangkan agama Islam. Jika kanak-kanak mujahid dan mujahadah bermati-matian di medan tempur yang hanya mengunakan sebiji batu kerikil untuk mempertahankan Agama Tauhid Allah Ta’ala, mengapa kita amnya yang hidup dilimpahi dengan kemewahan dan keupayaan ‘yang luar biasa’ tidak sanggup melakukan sesuatu yang boleh membawa kepada keredhaan Allah SWT.


Ingatlah kita semua, bahawa setiap luka, darah yang mengalir, kelaparan, kesengsaraan, kedhaifan, dan seribu satu macam peristiwa ngeri yang menimpa kepada saudara-saudara Islam kita di luar sana yang telah berjihad menegakkan agama Allah Ta’ala tanpa rasa gentar, itu kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT ketika di akhirat nanti. Satu persoalan tentang tanggungjawab kita sebagai saudara-saudara mereka, serta peranan kita ketika di dunia dahulu tentang sumbangan yang telah kita semua hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Tidak kiralah sumbangan dan pengorbanan itu datangnya dari sebuah pena, sebuah kertas yang usang, sebuah puisi, sebuah artikel, sebuah cerpen, sebuah buku dan seribu satu macam bentuk perjuangan. Ini semua adalah saksi dan bukti yang menyatakan serta memperlihatkan diri kita amnya terhadap sokongan perjuangan demi mentauhidkan agama Allah. Maka, jika anda semua belum melakukannya, belum menyebutnya, malah belum mengetahui akannya, bermulalah azam baru dan bertekadlah terhadap masa-masa yang terluang itu untuk memperjuangkan syariat Allah Azza Wajalla. Allahu Akbar!




Apabila bermulanya pemerintah ‘Begin’, Perdana Menteri Likud yang seterusnya telah mengadakan pertalian rapat dengan Evangelis Amerika. Menurut Silverstein dan Scherer :


“Konservatif Kristian telah menyediakan Israel dan khususnya kepada Parti Likud tegar Perdana Menteri Ariel Sharon serta sekutu-sekutu terasnya sehingga ke hari ini dengan sokongan politik terpenting di Amerika Syarikat. Mereka menentang Israel menyerahkan tanah kepada rakyat Palestin dan mendesak pentadbiran Bush agar menutup pejabat Palestin di Amerika Syarikat. Mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kongres GOP dan kumpulan berkuasa di Pentagon yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Pertahanan iaitu Paul Wolfowitz yang digelarkan oleh orang dalam DC sebagai “Kosher Nostra”

“Mereka berusaha untuk menyokong Israel, ironinya, kerana mereka percaya ini akan menjurus kepada kemenangan mutlak Kristian. Bagi mereka, krisis yang berterusan di Timur Tengah telah diramalkan di dalam Bible. Setelah yahudi mendapat semula Tanah Suci, bukan penganut termasuk Yahudi dan Muslim akan terhapus di Armageddon, dan Jesus akan kembali sebagai Messiah untuk membawa pengikutnya ke syurga. Terima kasih kepada hubungan dengan pihak atasan dan aktiviti akar umbi evangelis Kristian, dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah tidak pernah serapat dengan Israel sebagaimana di bawah pentadbiran George W. Bush.” (Silverstein dan Scherer).


Evangelis Kristian khususnya amat keras terhadap Arab dan Orang Islam. Mereka percaya “Arab dan umat Islam dapat dijejaki daripada Ismail, yang bukannya anak kesayangan Ibrahim, yang telah dijanjikan oleh Tuhan dengan tanah dan sumber yang banyak tetapi tidak akan puas dengan apa yang ada. Tidak kira berapa banyak kekayaan yang diterima orang Arab, mereka tidak akan mengenal keamanan spiritual.” Ini adalah satu pandangan sempit dan jumud dari puak pelampau Kristian Evangelis dan perlu untuk saya nyatakan di sini bahawa ini bukan merupakan pandangan biasa penganut Kristian Amerika dan seluruh dunia, seperti yang akan kita semua ketahui. Malahan kenyataan ini juga merupakan satu bentuk propaganda pihak evangelis Kristian untuk menyatakan sokongan penuh terhadap Israel, serta menjadikan Islam sebagai sasaran mereka untuk merealisasikan visi kejam mereka.


Salah seorang daripada pengaruh besar di dalam pentadbiran Bush dan yang telah bekerjasama rapat dengan Christian Right (pekara ini telah kita kongsikan di laman artikel saya yang lalu) adalah Douglas Feith iaitu seorang timbalan kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz. Menyedari akan penerimaan bersungguh-sungguh Likud Israel terhadap fundamentalis, Micheal Lind telah memberikan komen bahawa “sokongan bersungguh-sungguh terhadap Israel oleh Fundamentalis Protestan telah dimanipulasi sejak suku abad oleh ahli politik Israel berhaluan kanan dan sekutu neo-konservatif mareka.”







Ironinya, kumpulan Amerika Yahudi yang ‘liberal’ dan tidak menyokong Israel, tetapi secara terang-terangan menyokong penyelesaian melalui perbincangan dengan Palestin, Maka di situ kelihatan bahwa bahayanya penyekutuan tidak suci di antara evangelis Kristian dan neo-konservatif Yahudi. Rabai Eric Yoffie, ketua “Union of American Hebrew Congregation” telah dipetik sebagai berkata bahawa persepakatan di antara evangelis dan neo-konservatif melihat “sebarang konsesi sebagai ancaman terhadap Israel, dan dengan cara ini, mereka mengukuhkan penyokong kuat di Israel dan Amerika Syarikat.”


Hakikatnya, media Amerika (telah lama menyokong Israel) telah membantu perjuangan Christian Right dan pengikut setianya yang begitu taksub dengan perjuangan ‘Neo-Konservatif’ di Amerika dan sekutunya di Israel.


Sebagai contoh yang hendak saya kongsikan di sini bahawa agak ketara ‘Time’ , iaitu majalah berita mingguan yang diterbitkan oleh ‘AOL-TIME Warner’ media yang dimonopoli, muncul sebagai penyokong utama tentang “hari terakhir” falsafah ‘Dispensationalism’ yang dikenalpasti dengan Televangelis Kristian yang bersekutu dengan klik pemerintahan ‘Neoonservatif’ di dalam pentadbiran Bush.



Di dalam artikel muka hadapan yang disiarkan pada 1 Julai 2002, yang bertajuk “The Bible & The Apocalypse”. Time menyediakan tiga belas muka surat untuk publisiti kepada penganjur ‘akhir zaman’ khususnya evangelis Christian Right yang ‘konservatif’. Tim LaHaye, adalah hero bagi majalah yang selalunya dikaitkan dengan suara bujukan liberal. Secara amnya, didapati bahawa tiga belas muka surat di dalam majalah yang didominasi oleh keluarga Bronfman telah menyiarkan 13 artikel atau ruang tepi atau bahan penerangan yang berlainan dan berilustrasi terang. Banyak usaha yang dilakukan untuk mempromosikan LaHaye. Di dapati, pada permulaan artikel utama telah menaikkan buku terbaru Lahaye, iaitu ‘The Remnant’ sebagai buku ‘terhebat musim panas’ dan meletakkan muka depan buku tersebut di tempat yang mudah dilihat. Manakala di bahagian atas pelbagai muka surat diletakkan ‘fakta’ di dalam kotak yang menyatakan bahawa 36% daripada bancian telah menyokong Israel dan mereka berbuat demikian kerana mempercayai kepada ramalan kitab bahawa “Yahudi mesti menguasai Israel sebelum Christ muncul semula” ataupun 42% berkata mereka “menyokong Israel kerana Yahudi adalah manusia yang dipilih oleh Tuhan” Empat muka surat artikel memberi fokus khas kepada LaHaye. Gambar berwarna LaHaye yang besar dan menarik terpampang di dua muka penuh yang menampakkan kehebatannya, disertai dengan tajuk besar “Bertemu dengan Nabi”. Ini semua adalah satu propaganda pihak Yahudi dan sekutunya yang ingin memperlihatkan kepada dunia bahawa segala urusan dan kekuasaan di bumi ini adalah tertakluk kepada kekuasaan bangsa Yahudi yang bertempat di Israel. Mereka dengan sengaja telah memperlekeh-lekehkan Islam dengan menganggap Islam satu Agama yang perlu mereka terjah dan lenyapkan. Namun usaha-usaha tersebut tidaklah menemui jalan yang mudah daripada apa yang mereka sangkakan sebelum itu. Maka peranan media, adalah agenda utama mereka untuk menyiarkan fitnah terhadap dunia Islam demi merialisasikan matlamat serta misi jahat mereka. Majalah Time itu juga merupakan satu bentuk propaganda media yang sengaja dicipta dan diterbitkan bagi mengalihkan pandangan rakyat Amerika terhadap perjuangan pihak Israel di Timur Tengah. Maka, apa yang dapat dilihat, segala bentuk hasutan dari media itu merupakan senjata yang ampuh bagi mereka demi menjadikan cita-cita mereka menubuhkan semangat “Israel Raya” akan terlaksana.


Meskipun Time ada menyatakan bahawa ahli teologi Yahudi yang tidak berpuas hati dengan hakikat bahawa LaHaye dan ‘Disoensationalist’ yang lain melihat ‘akhir waktu’ sebagai ketika di mana kaum Yahudi mesti menerima Jesus Christ sebagai Messiah. Time telah memberikan penilaian akhir yang kritikal kepada suara utama pelobi pro-Israel. Menurut Time lagi “Apabila orang merasa terpinggir dan diserang, dia akan memanggil semua rakan-rakannya” kata Abraham Foxman, iaitu pengarah nasional “Anti-Defamation League.” Kemudian Time memetik kata-kata Foxman yang bermaksud :


“Saya fikir menjadi urusan kita untuk cuba mengambil hati dan perasaan dan metafizik manusia tentang mengapa mereka menyokong Israel. Ada yang melakukannya kerana kepentingan nasional, ada kerana isu moral, dan ada yang kerana isu teologi. Kita tidak meletakkan ‘standard’ ataupun syarat untuk mendapat sokongan. Jadi ! Christian Right adalah tangan kanan Israel!”


Maka jelaslah di sini, bahawa evangelis dan fundamentalis yang dimainkan oleh pihak Neo-konservatif yang berpaksikan Zionisme telah mengunakan pengaruhnya dengan begitu meluas. Mereka telah dapat menguasai media-media penting di Amerika, serta begitu mudah mendapat sokongan padu dari penyokong-penyokongnya yang terdiri daripada “radikal parti peperangan”. Dengan mengunakan pengaruhnya yang besar terhadap golongan ‘elit’ termasuklah Pentagon dan Pemerintahan Tertinggi Amerika Syarikat, maka pihak Neo-konservatif serta sekutu-sekutunya telah bergerak dengan pantas di belakang institusi pentadbiran Amerika tanpa dapat di kesan. Maka slogan keramat “PEPERANGAN MENENTANG KEGANASAN” merupakan sebahagian daripada pandangan jauh pihak Neo-konservatif SEBELUM terjadinya peristiwa 9-11. WaAllahua’lam.



Tuesday 26 October 2010

Dasar Penubuhan ‘Israel Raya’

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.




BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera buat semua yang bertamu di sini. Seketika yang lalu, akhbar utama Washington menyiarkan secara terang-terangan tentang persepakatan Bush-Sharon, di mana ‘American Free Press’ telah secara terang-terangan menyatakan bahawa dasar Bush merupakan sebahagian daripada rancangan untuk merealisasikan impian Zionis bagi mewujudkan “Israel Raya” (kononnya) yang berdaulat tanpa halangan dari pihak-pihak yang memusuhi segala agenda tersebut.



Ariel Sharon



Menurut laporan akhbar “American Free Press” :


“Bersama-sama kekuasaan fanatik militan Imperial Zionisme, “Big Oil” sedang merancang serangan habis-habisan untuk menguasai blok kekayaan minyak seluruh Timur Tengah. Impian syarikat minyak antarabangsa “Anglo-America” untuk mengenepikan rakan kongsi mereka di “Dinasti Arab” yang dengan kaya minyak serta yang mengawal kawasan perluasan minyak. Raja minyak mahukan minyak untuk diri mereka sahaja. Pada masa sama, fanatik Zionis iaitu Kristian dan Yahudi mengimpikan penghapusan Negara Arab dan mengembangkan sempadan Israel kepada “Israel Raya” yang merangkumi “dari Nile ke Euphrates.” (American Free Press).


Dengan adanya penumpuan kepentingan berasaskan campuran ideologi, keuntungan dan kuasa geopolitik, pihak Zionisme dan Big Oil telah menemui satu kesamaan. Dengan itu, mereka telah merancang dan seterusnya mengusahakan hegemoni Timur Tengah ke atas kekayaan minyak dunia Arab. Kempen menentang Iraq adalah merupakan sebagai satu permulaan dan detik bagi merealisasikan impian dan tujuan misi tersebut. Ketika itu Amerika Syarikat serta sekutunya telah diperlakukan seperti ‘kuda tunggangan’ agar segala matlamat dan misi mereka tercapai demi membentuk suatu kuasa baru yang ampuh dengan memperdayakan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat (telah dikuasai) , Russia (telah ditumbangkan) dan kesatuan Eropah (bakal menguasai).





Hakikat bahawa Negara-negara Arab Timur Tengah yang lain bertegas menentang rancangan serangan ke atas Iraq telah menjadikan mereka sebagai musuh yang perlu diselesaikan segera. Aspirasi lama zionis untuk “Israel Raya” kini hanyalah sebagai memayungi konglomerat minyak untuk merampas kuasa sepenuhnya ke atas minyak Arab, secara mutlak. Langkah pertama adalah dengan menghapuskan Saddam Hussein dan Negara Iraq serta seterusnya mengantikan sistem perlembagaan Negara-negara Arab yang berpaksikan Islam ditukar menjadi Islam Liberalisme dan Sekularisme dengan membuat plot-plot baru memfitnah dan mengaibkan pemimpin-pemimpin Arab yang lantang bersuara seperti Syiria, Jordan, Lebanon, Iran, Palestin dan sekitarnya.


Perlu diingati juga bahawa Iraq hanyalah domino pertama yang dirancang kejatuhannya. Negara Arab yang lain pula bakal akan menyusul selepas itu. Menjatuhkan rejim Arab yang memerintah dengan cara konspirasi dalaman dan kekerasan serta menjadi medan konglomerat minyak untuk mengawal lebihan minyak Timur Tengah adalah misi yang perlu dilakukan bagi mengelakkan lebih ramai musuh-musuh Israel di masa-masa akan datang.


Sememangnya ia telah dirancang dan disengajakan bahawa pentadbiran George W. Bush akan menjadi ‘enjin’ pengerak bagi mencapai matlamat tersebut. Keturunan keluarga yang menjadi sebahagian daripada komplot jahat elit minyak ‘Anglo-America’, Bush sama seperti ayahnya yang telah bersekutu dengan Israel sejak bermulanya komplot perancangan yang teliti bagi menjayakan impian mereka serta seterusnya menjadikan Islam sebagai ‘batu loncatan’ mereka.




Akhbar ‘American Free Press’ telah menyatakan di dalam penerbitan bukunya iaitu ‘Friend in Deed : Inside the U.S-Israel Alliance’, di mana penulisnya berpengkalan di Israel iaitu Dan Raviv dan Yossi Melman menyatakan dalam tulisan mereka dengan jelas mengenai permusuhan dendam yang mendalam keluarga Bush terhadap kerajaan Saddam Hussein ketika itu. Maka dengan itu juga dinyatakan ramai pengikut Republikan telah menyokong cadangan beliau untuk menghapuskan musuh utama mereka serta melebarkan lagi sayap bagi menjadikan impian mereka menubuhkan “Israel-Raya” menjadi kenyataan.


Ketika itu juga, Bush telah berkuasa di Rumah Putih dan mengawal ‘gedung’ senjata ketenteraan Amerika. Israel menyedari bahawa kekuatan ketenteraan Amerika merupakan satu-satunya pekara yang akan dapat memastikan kesinambungan Israel di dalam agenda tersebut serta menjadikan Negara-negara yang anti-Israel sebagai sasaran utama untuk dimusnahkan serta digantikan dengan pemimpin-pemimpin baru yang dilihat sebagai ‘patung boneka’ Zionis. Oleh itu, Bush dan sekutunya di Big Oil merasakan bahawa persepakatan dengan Israel adalah suatu keperluan bagi mereka agar impian tersebut berjaya.



Pengaruh Zionis di dalam hal ehwal Amerika, khususnya di dalam Negara yang dikawal media telah mencapai kemuncak. Tambahan pula, pro-Israel “Christian Right” yang didominasi oleh mereka-mereka seperti Jerry Falwell, Pat Robertson, Tim LaHaye dan lain-lain amat berpengaruh di dalam Parti Republikan, meletakkan tapak GOP Bush mantap di kem Israel. Pada masa yang sama, ironiknya kedudukan Israel tidak pernah sebegitu tidak menentu.


Bagaimanapun, secara kebetulan bagi Israel kejadian 11 September membawa kepada persepakatan yang tidak selesa di antara politik Zionisme dan kekuatan penuh angkatan Big Oil. Sepertimana kata George Freidman, iaitu bekas penganalisis CIA dan penyokong Israel berkenaan 11 September di laman webnya iaitu www.stratfor.com beberapa jam selepas serangan tragik tersebut :


“Pemenang terbesar pada hari ini, sama ada disengajakan ataupun tidak, adalah Israel.” (George Freidman).


George W. Bush telah membawa kekuatan ketenteraan Amerika ke tengah-tengah dunia Arab untuk menubuhkan Konsortium geopolitik, di mana kekuatan ketentaraan Amerika Syarikat boleh digunakan untuk ‘menjinakkan’ Arab dan seterusnya menguasai minyak mereka. Dengan berbuat begitu, Bush memperolehi kekuatan penuh propaganda media yang didominasi pihak Zionis serta menjadikan media-media mereka sebagai agen propaganda bagi menguatkan lagi ideologi mereka menakluki Negara-negara Arab khasnya yang kaya dengan sumber minyaknya yang tidak terbatas.


‘Open Secrets’ iaitu pendedahan dari seorang sarjana Israel, yang juga pengkritik Zionisme, iaitu Israel Shahak secara terus terang mendedahkan dasar luar Israel sebagai menyusahkan kepada keamanan dunia. Shahak mengatakan bahawa adalah mitos bahawa terdapat perbezaan di antara apa yang kononnya “percanggahan” dasar “penentangan” blok Likud dan Labor di mana-mana keduanya menganjurkan perluasan bertujuan menyatukan “Eretz Israel” iaitu negara Imperial yang mengawal keseluruhan Timur Tengah. Pihak Israel tegasnya adalah Negara ketenteraan manakala dasarnya diatur oleh “Fanatik Agama Fundamentalis” yang kini mendominasi ketenteraan Israel dan elit perisikan.



Akhbar “American Free Press” meramalkan bahawa Israel akan menjadi rakan utama di dalam konsortium, berdasarkan pengaruh Israel di Washington dan juga media. Pendudukan Iraq walaupun dengan meletakkan rejim boneka, akan menjadikan ia berkesan di atas perluasan sempadan Israel malahan ia turut menyempurnakan sebahagian besar daripada impian untuk menjadikan sebuah matlamat iaitu “ISRAEL RAYA”.



Tetapi persoalannya di sini.



Apakah harganya kepada rakyat Amerika?



Dan.



Di manakah peranan Kesatuan Negara-negara Islam?



Telah diberitakan.



Bahawa Kesatuan Negara-negara Islam “baru” menjalankan rundingan demi mendapat kata sepakat.



???



Friday 22 October 2010

Penentangan Terhadap Polisi ‘Likudite’.











Penentangan Terhadap Polisi ‘Likudite’.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.







BismillahirRahmanirRahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersua kita kembali dengan izin-Nya. Satu isu yang tidak pernah lekang dan tidak pernah pula untuk dipadamkan, walaupun sejarah telah membuktikan betapa jauh dan panjangnya perjalanan tersebut, namun sukar untuk melupakan peristiwa-peristiwa yang pernah terpalit kepada saudara-saudara kita di bumi Anbiya’ yang diperlakukan dengan begitu tragis dan rakus sekali oleh manusia-manusia yang bertopengkan iblis. Jika pihak Israel laknatullah cuba mewujudkan sebuah Negara haram yang berdaulat dengan konsisi kekejaman dan kerakusan, maka bukan sesuatu yang mustahil untuk umat Islam menentang serta menjadikannya satu wadah perjuangan yang ampuh dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya bagi menidakkan pekara sedemikian itu berlaku.




Maka.




“IF YOU HATE, THEY WIN!”




Perkongsian kita bermula di sini...





Setelah kepimpinan Israel dan sekutu Neo-konservatif mengajak ke arah peperangan, ramai di kalangan orang-orang Amerika dari pelbagai bangsa, kepercayaan dan warna kulit bangun serta bangkit menyatakan penentangan mereka terhadap pencerobohan ke atas Iraq. Semasa perbahasan-perbahasan yang akhirnya membawa Amerika Syarikat menyerang Iraq, Dennis Kucinich (Demokrat-Ohio) muncul sebagai pengkritik kongres yang paling lantang menentang perang terhadap Iraq. Beliau juga mengeluarkan berbagai hujah tentang keburukan menyertai peperangan tersebut serta alasan-alasan yang tidak berasas dan bercanggah dengan semua polisi Amerika sedekad yang lalu. Dalam perbahasan tersebut beliau ada menyatakan kepada sidang dewan kongres yang berbunyi :


“Tindakan ketenteraan satu pihak oleh Amerika Syarikat menentang Iraq adalah tidak patut, tidak wajar dan salah dari segi undang-undang. Tindakan satu pihak oleh Amerika atau dengan kerjasama dari Great Britain akan meletakkan Negara kita di atas lorong berdarah peperangan agresif, pencabulan terhadap ingatan mereka yang berjuang mempertahankan Negara ini. Kewibawaan moral Amerika akan terjejas di seluruh dunia dan akan menyebabkan ketidakstabilan di Teluk Parsi dan kawasan Timur Tengah. Polisi kekerasan adalah tidak wajar kepada mana-mana Negara yang mempunyai tradisi demokratik, apatah lagi bagi Negara yang rakyatnya cintakan kebebasan dan anak-anak mereka berkorban untuk mengekalkan demokrasi tersebut.”


“Persoalannya bukanlah sama ada Amerika mempunyai kuasa ketenteraan untuk memusnahkan Saddam Hussein dan rakyat Iraq. Persoalannya di sini adalah sama ada kita memusnahkan sesuatu yang perlu di dalam Negara ini dengan menyatakan Amerika mempunyai hak untuk berbuat demikian bila-bila masa yang disukainya. Amerika tidak boleh dan tidak patut menjadi polisi dunia. Amerika tidak boleh dan tidak patut mencari kesalahan pemimpin-pemimpin Negara lain. Tidak patut juga Amerika dan orang-orang Amerika digesa berkhidmat untuk kepentingan minyak antarabangsa dan pembekal senjata. Sekiranya Amerika Syarikat memulakan dengan polisi serangan pertama, maka kita akan meletakkan Negara kita dengan bebanan sejarah pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan kita akan kehilangan kehormatan yang hendak kita pegang. Kita bukan rakyat yang suka menjajah, tetapi sebenarnya kita ini telah dijajah oleh pemikiran rejim-rejim pengkhianat Amerika.” (Senator Dennis Kucinich – Demokrat Ohio).



Setelah peperangan bermula, Kucinich tidak mahu berdiam diri, mengelak dari dikatakan menyokong peperangan itu menerusi topeng ‘menyokong tentera’, di mana beliau mengunakan satu pendekatan frasa popular yang telah digunakan untuk menyakinkan orang-orang Amerika supaya menyokong tindakan beraninya. Beliau tidak gentar dengan dakwaan sebagai ‘tidak patriotik’ terhadap Negara dan polisi luar Amerika. Dalam masa yang sama juga media-media pro-Israel dan konservatif telah mengecam beliau dengan begitu hebat sekali. Beliau juga telah memainkan peranannya dengan cukup berkesan sekali, apabila segala kritikan dan tomahan yang dilemparkan kepadanya telah ditepis dengan begitu baik sekali, sebagai mana dengan ucapan dan komen beliau terhadap media-media sekutu Imperialisme Amerika.


“Saya menyokong pasukan tentera. Tetapi!, peperangan ini adalah melanggar undang-undang dan salah. Saya tidak menyokong misi menentang Iraq secara kekerasan. Saya tidak akan mengundi untuk membantu pentadbiran ‘gila’ ini untuk melancarkan perang terhadap Iraq. Peperangan ini membunuh orang serta tentera-tentera kita di sana tanpa bersebab. Peperangan ini juga membunuh orang awam Iraq yang tidak bersalah. Peperangan ini mesti dihentikan. Adalah tidak wajar apabila peperangan ini dilancarkan juga tanpa persetujuan rakyat Amerika. Amerika Syarikat patut keluar dan selamatkan nyawa tentera-tentera Amerika serta rakyat Iraq. Menghentikan peperangan ini dan menyambung semula pemeriksaan senjata boleh menyelamatkan pandangan dunia terhadap Amerika Syarikat. Ancaman terbesar kepada Amerika Syarikat pada masa ini adalah Terrorisme, yang akan dihasilkan oleh peperangan ini. Tetapi apa yang paling utama untuk menjadikan Negara kita bebas darinya, adalah dengan ‘membebaskan’ terlebih dahulu pemikiran pemimpin-pemimpin kita yang telah berkecamuk dengan rejim-rejim ganas parti peperangan.” (Senator Dennis Kucinich – Demokrat Ohio).


Kucinich bukanlah seorang sahaja pegawai awam Amerika yang mengambil pendirian berani menentang peperangan tersebut, tetapi beliau adalah salah seorang yang paling jujur dan berterus terang.


Apabila tentera Amerika melancarkan serbuan terhadap Iraq, seorang ahli Senat Amerika yang paling lama berkidmat juga merupakan bekas pemimpin Senat Demokrat iaitu Sen. Robert Byrd dari West Virginia mengeluarkan kenyataan ‘pedas’ di dalam Dewan Senat, mengistiharkan peperangan itu adalah bercanggah sama sekali dengan polisi Amerika. Beliau juga telah menyatakan :


“Hari ini saya menangis untuk Negara saya!. Saya telah memerhatikan peristiwa-peristiwa sejak kebelakangan ini dengan hati yang sangat-sangat berat. Tiada lagi imej Amerika sebagai sebuah Negara kuat dan penjaga keamanan. Kita mengumumkan satu doktrin baru yang difahami hanya oleh segelintir masyarakat tetapi ditakuti oleh ramai orang. Kita menyatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai hak untuk melancarkan kuasa peperangannya ke arah mana-mana penjuru dunia yang dicurigai dalam usaha memerangi Terrorisme. Kita mengisytiharkan hak itu tanpa keizinan mana-mana badan antarabangsa. Hasilnya dunia kini telah menjadi tempat yang lebih bahaya. Kita telah menunjukkan status kita sebagai kuasa besar dengan KEANGKUHAN. Sejak bilalah kita menjadi satu Negara yang tidak mempedulikan kawan kita? Sejak bilalah kita mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan perintah antarabangsa dengan mengambil pendekatan yang radikal dan secara doktrin dalam menggunakan kekuatan ketenteraan kita? Bagaimanakah boleh kita meninggalkan usaha-usaha diplomatik apabila pergolakan dunia meminta kepada diplomasi?” (Sen. Robert Byrd - West Virginia).



Maka sudah jelas walaupun Neo-konservatif tidak mencerminkan pemikiran kebanyakkan orang-orang Amerika terhadap pujukan-pujukan politik, tetapi mereka mencerminkan satu jenama falsafah tertentu dan tidak boleh diragui berkaitan dengan empayar Parti Peperangan. Adalah wajar untuk memeriksa hakikat sebenar rangkaian Neo-konservatif yang menerajui ‘tuan-tuan’ di dalam jawatan rasmi Washington di bawah pentadbiran Bush.



Penentangan Ketenteraan Terhadap Polisi Bush.

Secara umumnya kepimpinan ketenteraan Amerika tidak bersetuju dengan polisi Neo-konservatif, di atas pencerobohan Negara tersebut ke atas Iraq. Malahan pihak tentera Amerika tidak mahu berperang dan melancarkan perang terhadap Negara tersebut. Mereka merasakan tidak perlu bagi Amerika Syarikat untuk bersengketa dengan Iraq dan berpendapat bahawa peperangan tersebut bertentangan dengan kepentingan Negara Amerika. Pemimpin ketenteraan Amerika memihak kepada peperangan menentang Iraq adalah MITOS yang disebarluaskan oleh rangkaian propaganda Neo-Konservatif pro-Israel di Washington berserta dengan sokongan aktif elemen pro-Israel di media-media semasa Amerika.



Berikutan daripada serangan pengganas 11 September, tajuk berita media utama dan penyampai di rangkaian penyiaran di Amerika Syarikat berulang-ulang kali dan berterusan melaporkan bahawa ‘Pentagon’ sedang malah telah siap sedia untuk menyerang Iraq diketuai oleh Amerika Syarikat, walaupun pada hakikatnya tiada bukti kukuh mengenai ancaman Iraq ataupun penglibatannya di dalam serangan tersebut (dan sehingga ke hari ini, masih tiada bukti ditemui).



Pada persepsi rakyat Amerika ‘sederhana’, peperangan yang diwarwarkan oleh ‘Pentagon’ telah melahirkan imej popular mengenai panglima dan admiral yang dikagumi, yang gagah berani serta pernah berperang dan dianugerahkan pingat dan bersedia untuk berperang untuk ‘menjatuhkan Saddam’.



Hanya satu sahaja masaalah besar dengan laporan di media Amerika. Kebenarannya, pihak tentera tertinggi di Pentagon tidak bersetuju bahawa pencerobohan ke atas Iraq adalah manasabah ataupun perlu. Mereka melihatnya sebagai satu ancaman bencana bagi Amerika syarikat yang akhirnya akan membariskan Amerika Syarikat (berseorangan bersama Israel) menentang keseluruhan Negara Arab dan Islam. Malahan, disebabkan oleh penentangan ketenteraan terhadap peperangan menentang Iraq, muncul komplot tersembunyi untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin tentera Amerika yang menentang penglibatan Amerika Syarikat di dalam perang Iraq. Hakikat ini tersembunyi di dalam laporan panjang lebar yang disiarkan di dalam ‘The Washington Post’ pada 1 ogos 2002. Menurut penulis tersebut iaitu Thomas E. Ricks yang bermaksud :


“Ketika mesyuarat pada 10 julai di ‘Defense Policy Board’ iaitu kumpulan penasihat Pentagon, salah satu tajuk yang dibincangkan adalah tentang bagaimana untuk mengatasi keengganan tentera untuk merancang secara inovatif serangan ke atas Iraq. “Apa yang dibincangkan adalah masalah tentang perkhidmatan,” kata seorang pakar pertahanan yang menyertai mesyuarat tersebut. Kesimpulannya : “Ada yang perlu disingkirkan, terutamanya di dalam Angkatan Tentera.” (The Washington Post, 1 ogos 2002 – Thomas E. Ricks).


Bukanlah kebetulan bahawa Defense Policy Board (DPB) akan menjadi tempat merancang untuk menyingkirkan orang-orang di dalam turus ketenteraan. Walaupun DPB kononnya ‘bebas’, ia tetap juga didominasi pada masa itu (dan pada asasnya masih didominasi) oleh RICHARD PERLE. Walau dia tidak pernah berkhidmat di dalam ketenteraan Amerika Syarikat, beliau telah menjadi kaya raya melalui keuntungan persenjataan bagi pihak kompleks industri ketenteraan Israel dan Richard telah bertahun-tahun mempromosikan pertempuran ketenteraan Amerika bagi mempertahankan kepentingan Israel.


Mengenai konflik berterusan di antara orang awam neo-konservatif pro-Israel dan pemimpin ketenteraan, ‘The Post’ pada 28 julai 2002 telah mencatatkan :


“Walaupun Presiden berulangkali memberikan kenyataan keras tentang Iraq, ramai pegawai kanan tentera A.S berkeras bahawa Presiden Saddam Hussein bukanlah ancaman langsung dan Amerika Syarikat perlu meneruskan dasar mengekang daripada menceroboh Iraq untuk memaksa perubahan kepimpinan di Baghdad. Sokongan ketenteraan untuk mengekang dan kebimbangan akan akibat buruk jika menyerang Iraq, dikongsi juga oleh pegawai kanan Jabatan Negara dan CIA menurut orang-orang yang sudah biasa dengan perbincangan di antara agensi.” (The Washington Post - 28 Julai 2002).


Bagaimanapun, The Post menyatakan lagi :


“Orang awam berpangkat tinggi di Rumah Putih dan Pentagon tidak setuju langsung”


‘Orang awam’ berpangkat tinggi tersebut adalah ‘Penghasut Peperangan’ seperti Perle dan rakan-rakan lama serta sekutu rapatnya di dalam pentadbiran Bush iaitu Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz dan leftenannya iaitu Douglas. The Post juga melaporkan bahawa :


“Pegawai dan pakar yang telah bersara dan masih berhubung dengan pegawai tertinggi bebas untuk bersuara sedangkan yang masih berkhidmat tidak dapat berbuat begitu. Mereka lebih lantang menyokong dasar untuk mengekang dan mempersoalkan keazaman kuat pentadbiran untuk membatalkannya.”


Sebagai contoh yang hendak saya bawa serta kongsikan di sini adalah bekas Setiausaha Negara iaitu Colin Powell. Beliau pernah berkhidmat dua kali ketika perang di Vietnam, pada awalnya ia juga menentang keras terhadap polisi Bush dan sekutunya bersama-sama dengan pegawai ketenteraan menentang peperangan ke atas Iraq. Jeneral Tommy Franks yang akhirnya mengetuai peperangan Amerika menentang Iraq juga menentang pada penglibatannya.





Jeneral Tommy Franks



Dengan desakan peperangan yang semakin hebat, ‘pegawai istana’ yang diketuai oleh Paul Wolfowitz yang sentiasa bersama dengan Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, sedang berusaha untuk membentuk semula Pentagon, menentang pegawai tinggi ketenteraan Amerika yang membantah peperangan perluasan empayar yang tidak perlu dan yang tidak ada kena mengena dengan mempertahankan Amerika.


Paul Wolfowitz.



Meskipun ramai rakyat Amerika di peringkat akar umbi mempercayai bahawa pentadbiran Bush dan Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld menerima sokongan padu pemimpin ketenteraan Amerika, kebenaran adalah sebaliknya. Apabila Bush berkuasa, sokongan daripada keluarga ketenteraan amat teguh, hakikatnya pemimpin tertinggi ketenteraan amat tidak berpuas hati terhadap Rumsfeld dan rakan sekutu Neo-Konservatif seperti Paul Wolfowitz.


Donald Rumsfeld



Profil tentang Rumsfeld yang telah memberi kesedaran, disiarkan di dada Akhbar ‘The Washington Post’ bertarikh 16 Oktober 2002, di mana ia telah membongkar sekurang-kurangnya sebahagian daripada butiran yang tidak banyak diketahui, yang menyelubungi usaha-usaha Rumsfeld dan ‘pengawal istana’ pro-Israel untuk mengambilalih kuasa mutlak Pentagon. Menggambarkan Pentagon sebagai ‘dalam keadaan amat tegang’. Berikut sebagai butiran akhbar yang dinyatakan :


“Ramai pegawai kanan Joint Staff dan di semua cabang ketenteraan menggambarkan Rumsfeld sebagai seorang yang suka memaki dan sukar membuat keputusan, mempercayai hanya sebilangan kecil penasihat rapat dan bersedia untuk mengenepikan pegawai-pegawai yang telah berkhidmat cemerlang selama berpuluh-puluh tahun. Ketidakpuasan itu telah merebak sehinggakan setiausaha ketiga-tiga angkatan (Tentera Darat, Laut dan Udara) dikatakan amat kecewa dengan kurangnya autonomi dan sedang memikirkan untuk berhenti pada penghujung tahun. Ketiga-tiganya mendapati tindakan mereka dikekang oleh Rumsfeld dan mereka yang digelarkan sebagai kumpulan kecil ‘Pegawai Istana’ Rumsfeld, menurut orang dalaman pihak Pentagon.” (‘The Washington Post’ - 16 Oktober 2002).


Sungguhpun akhbar tersebut tidak memberikan butiran nama, identiti “Pegawai Istana”, namun ia bukanlah sesuatu yang misteri. Seorang perunding pertahanan memberitahu akhbar tersebut bahawa ‘tahap kebencian amat ketara’, serta menambah bahawa pada pandangannya, Rumsfeld telah mengundang penentangan yang kronik.


Rumsfeld dan Paul Wolfowitz telah berusaha untuk menghadkan keupayaan pemimpin tertinggi Amerika daripada Kongres, agensi kerajaan dan media dengan menafikan Joint Staff daripada pejabat perhubungan perundangan, peguam dan hal ehwal awam, di mana sebelum itu telah memberikan pemimpin ketenteraan darjah autonomi dengan menyediakan saluran perhubungan terus kepada ahli kongres, ke lain-lain bahagian kerajaan dan juga pihak mudia.


Malahan, kalau apa yang dapat kita semua lihat dan temui bahawa pekara tersebut yang telah dilakukan oleh puak Neo-Konservatif Rumsfeld dan paul Wolfowitz adalah untuk mengasingkan kepimpinan ketenteraan Amerika daripada rakyat Amerika. Ini adalah kerana mereka menyedari bahawa jika semakin ramai rakyat mengetahui bahawa tentara tidak bersetuju dengan peperangan menentang Iraq, rakyat Amerika juga berkemungkinan akan berkongsi pandangan yang sama, sebagaimana kebiasaannya akan lebih mempercayai pandangan pihak ketenteraan. Akhirnya, sebagaimana yang kita semua ketahui, pihak radikal Neo-Konservatif berjaya dan amaran ketenteraan ditolak dan diketepikan serta pandangan sendiri rakyat Amerika dibuang sejauhnya sehinggakan sesuatu yang membuatkan pihak ketenteraan berasa amat meluat terhadap keputusan pihak yang bersetongkol dengan ‘Parti Peperangan'. Maka apa yang terjadinya perang di Iraq tersebut adalah sesuatu yang berada diluar jangkaan rakyat Amerika sendiri yang lazimnya amat mencintai keamanan sejagat. Satu penipuan telah dirancang dengan teliti oleh pihak Neo-Konservatif untuk menjadikan agenda jahat mereka satu matlamat yang mutlak yang perlu dilaksanakan dengan begitu tragis sekali.





Persoalananya di sini,



Adakah Umat Islam sanggup lagi menerima segala fitnah yang menimpa rakyat Iraq untuk kali berikutnya?




Kebangkitan Eropah Menentang Polisi Bush.

Suara-suara utama pergerakkan ‘Neo-Konservatif’ yang melobi pro-Israel telah mula mengasak (dan terus mengasak) kempen yang tidak henti-henti dan tanpa malu dan segan untuk menggalakkan perasaan ‘ANTI-EROPAH’ di kalangan rakyat Amerika. Sebilangan kecil sahaja rakyat Amerika yang mungkin memahami kuasa geopolitik di sebalik kempen tersebut.



Anti-Eropah berlaku pada ketika kerajaan Eropah dan sejumlah besar rakyat Eropah menolak dengan lantang desakan Amerika Syarikat-Israel-Britain untuk berperang menentang Iraq dan menimbulkan persoalan tentang dasar kejam Israel terhadap Palestin. Ini agak mengecewakan pihak Neo-Konservatif serta menganggapnya sebagai satu ancaman yang besar terhadap polisi-polisi mereka.


Kempen Anti-Eropah oleh Neo-Konservatif mencapai kemuncak sehinggakan pada keluaran 13 Februari 2003, ‘The New York Times Review of Books’ iaitu badan ‘liberal’ terkemuka yang terkenal dengan simpatinya kepada Israel, menerbitkan artikel terperinci yang mengariskan serangan Neo-Konservatif ke atas orang-orang Eropah yang mengkritik Israel.


Di dalam artikel yang bertajuk “Anti-Eropah di Amerika”, penulis Timothy Garton Ash telah menghimpunkan senarai penulis Neo-Konservatif yang semakin bertambah yang telah mengalihkan serangan ke Eropah. Mengetuai senarai itu adalah seperti Richard Perle (mentor Neo-Konservatif) yang mendakwa bahawa Eropah telah kehilangan ‘Kompas Moral’. Ini adalah satu propaganda pihak Konservatif untuk menjatuhkan maruah Eropah di mata dunia khasnya.



Sekiranya ada yang gagal untuk memahami mengapa puak Neo-Konservatif memulakan antipasti terhadap Eropah, artikel Timothy Garton Ash telah menerangkan tentang sebab utamanya adalah :


“Timur Tengah merupakan sumber dan juga pemangkin terhadap apa yang dijangka akan meningkatkan perasaan Anti-Amerika oleh Eropah dan melahirkan orang Amerika yang Anti-Eropah.” (Timothy Garton Ash).



Malahan Timothy Garton Ash juga telah menulis dengan menyatakan :


“Anti-Semitisme di Eropah dan kaitannya dengan kritikan Eropah terhadap pemerintahan Sharon, telah menjadi tajuk bagi ulasan anti-Eropah yang paling tajam daripada kolumnis dan ahli politik Amerika yang konservatif. Beberapa pengkritik ini bukan sahaja penyokong kuat Israel tetapi juga ‘pengikut Likudite semulajadi’. Malahan ini menunjukkan satu situasi pincang telah berlaku di dalam pentadbiran Amerika serta sekutu rapatnya yang seringkali mengancam keamanan dunia.” (Timothy Garton Ash).


Timothy Garton Ash


Kini, Negara-negara Eropah iaitu sekutu tradisi Amerika, menentang Amerika Syarikat dan diktator Neo-Konservatif yang membuat dasar, yang kini mengetuai usaha-usaha ke arah imperialisme baru. Ia merupakan formula di mana ramai pengkritik Amerika yang mengkritik puak Neo-Konservatif percaya akan mengakibatkan bencana, bukan sahaja untuk Amerika tetapi juga seluruh dunia. WaAllahua’lam.



You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails