Friday 26 February 2010

MuJaHiDiN CyBeR : Pasca Pertama.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.

BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu.


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam sejahtera, Salam Ukhuwah, Salam Muhibah, memohon kepada Allah s.w.t agar saudara dan saudari, di mana pun berada senantiasa di dalam pemiliharan dan rahmat Allah s.w.t.



Maha suci Allah dan pujian itu bagi Allah tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar.”





“Maha suci Tuhan (Allah) Tiada kuasa

makhluk mengatasi kudrat kekuasaan-Nya,

Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana

Arash dengan kerana Esa dan Tunggal,

memiliki segala di atas Arash langit dengan

senang dan mudah demi kerana kemuliaan-

Nya, semua wajah-wajah sujud dan tunduk

kepada Nya.”





“Cukuplah perhitungan ku dengan Tuhan ku

yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain

dihatiku selain daripada Allah, nur

Muhammad S.A.W.”





“Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang

memiliki,Tuhan yang haq. Tuhan yang

benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah,

benar segala janjinya lagi dipercayai.”





“Hamba memohon keampunan kepada Mu

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Ya Allah

Maha Penerima taubat.”





“Ya Allah, selawat dan salam ke atas

penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan

penghulu rahsia bagi segala rahsia,

pembuka (kunci) bagi segala pintu

kemudahan iaitu penghulu kami dan Tuan

kami Nabi Muhammad, Nabi yang

teristimewa dan keluarganya yang suci dan

sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat

Allah dan semua pejuang Nya.”





“Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad.

Selawat Allah ke atasnya beserta salam.”




Alhamdulillah. Syukur kehadrat-Nya. Segala puji hanyalah semata bagi Allah s.w.t. Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahi kepada utusan-Nya Muhammad s.a.w, pembawa risalah Islam yang unggul.


Aku bersaksi, bahawa tiada Tuhan kecuali hanya Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi, bahawa Muhammad s.a.w adalah hamba dan Rasul-Nya.


Waba’du!.


Kini genap setahun (12 Rabiul Awwal 1431H bersamaan 26 Februari 2010 - Jumaat) saya menulis demi Islam yang Ad-Deen. Masa yang terlalu singkat untuk diungkapkan, berlalu begitu pantas meninggalkan apa yang dihadapan dan dibelakangnya, tanpa menoleh lagi ia seolah-olah satu putaran waktu yang terlalu relatif.


Justeru itu, penghasilan dan penerbitan blog ini telah dapat sekurang-kurangnya memenuhi salah satu hasrat yang telah lama mengugah kalbu saya. Segala penyusunan artikel di blog kelolaan saya ini juga mengharapkan dengan sepenuh hati, bahawa ia akan menjadi suatu yang dapat membina inspirasi hakiki, dan menjadi bahan bacaan serta kajian yang bermanfaat bagi generasi kini dan akan datang.


Sesungguhnya, ketika memulai mengarang dan menyusun artikel ini, saya menghadapi beberapa kesukaran, tetapi ia tidaklah mematahkan semangat saya untuk terus berjihad dalam melebarkan lagi dakwah Islam. Kekadangnya pula timbul pula kekusutan buah fikiran untuk mencari dan mentafsirkan Ayat-ayat Allah serta Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat-Nya jika saya tidak mampu untuk menyempurnakan dan membuktikannya, maka saya akan bersandarkan kepada kekuasaan Allah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana yang telah menciptakan makhluk-makhluk-Nya. Begitulah betapa besarnya nikmat dan rahmat Allah s.w.t terhadap sekelian makhluk dan alam jagadraya ini.


Sepertimana yang telah kita semua ketahui, bahawa setiap yang terhasil itu ada khilafnya, maka khilafnya itu perlulah diperbetulkan malahan dipersandarkan kepada yang Haq. Begitu juga dengan penulisan artikel saya ini, kekadangnya dipenuhi dengan emosi tanpa pencaturan yang sempurna sehingga mungkin ada sesetengah pihak yang tidak menyukainya, walaupun pada hakikatnya bahawa kebenaran itu adalah berpihak. Ketidakupayaan itulah juga mengambarkan bahawa saya ini hanyalah makhluk dan hamba-Nya yang penuh dengan khilaf disetiap genap penjuru ruang kehidupan ini.


Terlebih dahulu saya memohon ampun dan taubat saya kepada Allah SWT.


“Tuhan, aku tidak layak masuk syurga-Mu, namun tidak upaya jika Kau campak ke dalam api neraka-Mu. Terima taubatku ya Allah. Ampunkan dosa-dosaku. Hanya Kau Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar” Amin Ya Rabbal Alamin.


Mohon kemaafan ini juga saya panjangkan lagi kepada sekelian para Alim Ulama’, Para Ilmuan Islam, Para Sarjana Islam, Para cerdik pandai Islam, Pihak individu-individu dan Pihak yang berkumpulan di dalam Negara Malaysia ini mahupun yang berada di luar Negara, jika sekiranya segala penulisan saya ini mengandungi sebarang khilaf dalam saya mentafsir atau mengolah ayat-ayat Allah s.w.t serta Hadith-hadith Rasulullah s.a.w.


Ucap terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua yang telah hadir ke laman blog ini samaada saya kenali mahupun yang tidak saya kenali. Malahan ucap terima kasih juga saya panjangkan lagi kepada semua sahabat dan sahabiah saya yang berada di dalam dan luar Negara kerana sudi menghadirkan diri untuk menjamu artikel di blog kelolaan saya ini. Semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua, dan tempatkan kalian semua di kalangan orang-orang yang beriman serta bertaqwa kepada-Nya. Amin.


Akhirkata dari saya, Semoga saudara dan saudari semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dan berguna di dalam laman blog kelolaan saya ini. InsyaAllah.




“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada keresahan dan kesedihan. Kami berlindung kepada-Mu ya Allah dari sifat lemah dan malas. Kami berlindung kepada-Mu ya Allah daripada sifat penakut dan kedekut. Kami berlindung kepada-Mu ya Allah dari beban hutang dan juga tekanan perasaan”


“Ya Allah ya Tuhan kami, akhirnya kami mohon kepada-Mu, jangan Kau bebankan kami dengan dosa-dosa kami ya Allah. Ampunkan dosa ayah dan ibu kami ya Allah. Itulah ayah yang telah banyak berkorban untuk kami. Itulah ibu yang telah mengandung, melahirkan kami dengan penuh penderitaan. Ampunkanlah dosa ayah dan ibu kami yang masih hidup, apatah lagi yang telah pergi.”


“Ampunkan dosa kami sebagai anak, ya Allah. Kiranya selama ini kami pernah menyakiti hati mereka, kami pernah mengguris perasaan mereka, kami pernah menghina mereka, kami pernah mengkhianati mereka, kami pernah mengecewakan mereka. Ya Allah, jangan Kau jadikan dosa itu belenggu di hati kami, penyebab kedukakan kami ya Allah. Lapangkanlah hati ini dengan Kau ampunkan segala dosa-dosa kami.”


“Ampunkan dosa isteri dan anak-anak kami ya Allah. Ampunkan dosa seluruh keluarga kami, abang, kakak, adik, makcik, pakcik kami. Ampunkan sahabat-sahabat kami. Ampunkan jiran tetangga kami. Ampunkan seluruh Muslimin dan Muslimat, ya Allah.”


“Angkatlah kedudukan ummat ini ya Allah. Angkatlah kesedihan ummat ini ya Allah. Jadikan kesedihan ini suatu kebahagiaan. Menangkanlah ummat Muhammad. Hentikanlah segala musibah. Hentikanlah segala bencana menimpa Ummat Muhammad. Menangkanlah Ummat ini ya Allah, atas musuh-musuh kami. Hancurkan musyrikin kuffar. Hancurkan siapa saja ya Allah yang ingin menghancurkan agama-Mu.”


“Ya Allah, menangkan kami di dunia, menangkan kami di akhirat dengan syurga-Mu ya Allah. Muliakan kami di dunia, muliakan kami di akhirat ya Allah.”


“Rabbanaa Aatinaa Firdunyaa Hasanaa Wafir Aahiroti Hasanaa Wakinaa Azabannar, WasallAllah Hualaa Syaidinaa Muhammadin Waalaa Aalihi Wasohbihi Ajmaein. Walhamdulillah Hirrobbal A’lamin.”








Ikhlas dari:

Muhammad Ibnu Nazir.

12 Rabiul Awwal 1431H

www.mujahidincyber@yahoo.com


Wednesday 24 February 2010

Kewafatan Nabi s.a.w.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.


BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan selamat sejahtera.



Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dari-Nya kita dipertemukan kembali bagi mengharungi kehidupan di dunia ini berbekalkan rahmat dan hidayah-Nya.


Allahu Akhbar!,


Allahu Akhbar!,


Allahu Akhbar!.


Apabila bergemanya kalimah suci Allah, maka dunia dan alam jagadraya ini akan menjadi kecil. Setiap perlakuan kita itu juga akan menjadi kecil dan terhenti seketika. Kalimah suci ini juga mengajar agar kita menjadi hamba-Nya yang patuh dan tawadhuk terhadap Allah s.w.t. Begitulah hebatnya kalimah ini, apabila ia dilaungkan, maka segala perbuatan kita termasuk kerja harian kita, beriadah kita, makan dan minum kita, kerjaya kita dan sebagainya akan menjadi kecil kecuali kalimah suci Allahu Akhbar (Allah Maha Besar).


Sebagaimana artikel atau posting saya yang lalu mengenai “Kelahiran Nabi s.a.w”, maka saya akan lanjutkan lagi mengenainya, akan itu bukanlah mengenai salasiah kehidupan Nabi s.a.w, tetapi ia mengenai kewafatan Junjungan Besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Secara ikhlasnya apa yang hendak saya nyatakan di sini, situasi ketika saya menulis artikel ini, saya mengambil masa yang agak lama sehingga beberapa minggu. Ini kerana keadaan sedih saya ketika memperingati Baginda s.a.w sewaktu peristiwa wafatnya itulah membuatkan diri saya terhenti buat beberapa waktu. Kesedihan yang tidak dapat dibendung itulah seakan-akan membuatkan diri saya kaku untuk mengarangkan artikel ini. Pada permulaannya saya ingin memuatkan artikel mengenai perjuangan Rasulullah s.a.w ketika zaman kegemilangan Islam, akan tetapi setelah mengikut apa yang telah saya rancangkan, maka artikel ini saya muatkan juga untuk tatapan bersama. InsyaAllah ada kelapangan waktu dan keizinan dari Allah s.w.t, saya akan cuba muatkan artikel mengenai perjuangan Insan Unggul ini unutk kita ketahui umum.


Saya cuba ringkaskan salasiah kewafatan Baginda s.a.w iaitu selepas Haji Wida’ iaitu haji terakhir Baginda s.a.w bersama umatnya ketika itu. Kurang lebih 2 bulan sekembalinya Nabi s.a.w dari melaksanakan ibadah Haji Perpisahan (Wida’), ia memerintahkan supaya menyiapkan sebuah pasukan besar ke daerah perbatasan Syiria, dengan menyenakan kaum Muhajirin yang mula-mula, termasuk Abu Bakar dan Umar Al-Khataab r.a. Pasukan ini dipimpin oleh Usamah putra Zaid bin Haritsah r.a, iaitu bekas hamba Nabi s.a.w. Nabi s.a.w sendirilah yang menyerahkan bendera kepada Usamah r.a..


Ketika pasukan tersebut sedang bersiap-siap hendak berangkat, tiba-tiba Nabi s.a.w jatuh sakit dan sakitnya semakin parah sehingga akhirnya mereka sepakat untuk menunda keberangkatannya. Pada saat-saat pertama Nabi s.a.w jatuh sakit, demamnya merasa semakin memuncak. Ketika sudah panas dengan menurun, ia memaksakan diri pergi ke masjid untuk mengimami solat. Hal ini dilakukan selama beberapa hari. Namun demikian kerana adanya bisik-bisiknya yang kurang menyenangkan di hati Nabi s.a.w perihal menunjukkan Usamah yang masih terlalu muda untuk memimpin pasukan kaum Muslimin maka dengan terpaksa Nabi s.a.w harus berbicara dan berpesan kepada mereka :


“Wahai kaum Muhajirin! Laksanakanlah keberangkatan Usamah itu, dia sudah sesuai memegang pimpinan, seperti ayahnya dulu juga sesuai memegang pimpinan. Wahai manusia!. Allah telah menyuruh hamba-Nya untuk memilih antara di dunia ini atau di sisi-Nya, maka Aku memilih yang ada di sisi Tuhan. Saudara-saudara Muhajirin!. Hendaklah kamu berbuat baik kepada kaum Anshar dan maafkanlah kesalahan mereka. Pada merekalah aku menyimpan rahsiaku dan mereka telah membeir perlindungan kepadaku.”


Selesai menyampaikan pesanannya itu, Nabi s.a.w pulang ke rumah Aishah. Setibanya di rumah, sakitnya bertambah lagi. Ketika ia hendak bangun mengimami solat, ternyata Baginda s.a.w sudah tidak kuat lagi. Oleh kerana itu ia menyuruh Abu Bakar untuk mengimaminya. Waktu itu Aisyah meminta supaya jangan Abu bakar menjadi imam kerana dia orangnya lembut hati, suaranya lemah dan sering menangis jika membaca ayat-ayat suci Al-Quran, tetapi Nabi s.a.w mengulangi perintahnya Aisyah pun mengajukan keberatan lagi, tetap Nabi s.a.w tetap dalam pendiriannya.


Ketika sakit sudah semakin parah, panas demamnya semakin memuncak, isteri-isteri dan tamu-tamu datang menjenguknya. Melihat keadaan Nabi s.a.w yang demikian itu, Asma’ salah seorang sahabat Maemunah membuatkan semacam minuman sebagai penawar. Ketika Nabi s.a.w dalam keadaan pengsan diminumkanlah ubat tersebut, sehingga panas demamnya menurun. Oleh kerana keadaan Nabi s.a.w sudah beransur pulih, maka pada waktu subuh ia keluar rumah pergi ke Masjid. Ketika Abu Bakar sedang mengimami solat subuh. Mengetahui kehadiran Nabi s.a.w, ia hendak undur tetapi Nabi s.a.w memberi isyarat agar meneruskannya. Selesai solat, lalu Syaidina Abu Bakar pun undur dari tempat solatnya itu untuk memberikan tempat kepada Nabi s.a.w. Kemudian Nabi s.a.w duduk di samping Abu Bakar dan solat sambil duduk di sebelah kanannya. Melihat keadaan seperti itu sahabat-sahabat menyangka bahawa Nabi s.a.w sudah sembuh sepenuhnya.


Selanjutnya Nabi s.a.w pulang ke rumah Aisyah, akan tetapi tenaga Nabi s.a.w bertambah lemah. Aisyah melihat maut sudah semakin menghampiri. Kini Nabi s.a.w dalam sakaratul maut, Baginda s.a.w menghadapkan diri kepada Allah s.w.t lalu berdoa, “Allahumma Ya Allah! Tolonglah aku dalam sakaratul maut ini.”


Beberapa saat kemudian ia menghempuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan isterinya Aisyah. Tepatnya pada hari isnin, 12 Rabiul Awal tahun ke 11 Hijrah dalam usia 63 tahun. Ketika itu keluarga dan sahabat-sahabat dekatnya telah berkumpul di situ. Adapun ucapan-ucapan terakhirnya adalah permohonan ampun dari Allah s.w.t. “Ingatlah selalu akan solatmu. Taubatlah, taubatlah!.”


Allah s.w.t berfirman:

“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?” (Surah Al-Anbiyaa – Ayat 34).


“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.” (Surah Az-Zumar – Ayat 30).


“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).” (Surah Ali-Imraan – Ayat 144).


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla jika mengiginkan rahmat (kasih sayang) terhadap suatu kaum dari para hamba-Nya, maka Dia jemput Nabi-Nya lebih dahulu dari mereka. Jadi itu Dia jadikan lebih dahulu dari mereka. Dan manakala Allah mengiginkan kebinasaan suatu kaum, maka Dia menyiksanya dalam keadaan Nabinya masih hidup. Kemudian mereka gembira kerananya ketika mereka mendustakannya dan membangkang perintah (dakwah)nya. (HR Muslim r.a)


“Sesungguhnya Allah menyuruh seorang hamba-Nya antara dunia dan kehidupan akhirat (di sini Allah), maka si hamba itu memilih kehidupan akhirat.” (Mendengar ini menangislah Abu Bakar r.a) (HR Bukhari r.a).


Anas bin Malik r.a bercerita:

“Terakhir aku melihat Rasulullah s.a.w dalam keadaan membuka kain penutupnya ialah pada hari isnin. Maka kupandang wajahnya seakan-akan lembaran Mushaf. Sementara orang-orang di belakang Abu Bakar, nyaris mereka rebut gelisah. Maka Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada mereka supaya tenang, sedang Abu Bakar menjadi Imamnya. Kemudian dilepaslah kain penutup dan Rasulullah s.a.w wafat di akhir hari tersebut”


Dari Aisyah r.a berkata:

“Allah s.w.t menjemput baginda sementara kepalanya ada dalam pelukanku” (HR Bukhari r.a)


Dari Anas bin Malik r.a berkata:

“Ketika Rasulullah s.a.w ada dalam kepayahan yang mengantarkannya kepada kematian”, Fathimah r.a, berkata ; “Wahai betapa dukacitanya, Maka beliau bertutur: “Tak ada lagi dukacita dan kepayahan yang ditanguh ayahmu setelah hari ini, wahai puteriku. Sesungguhnya telah hadir menemui ayahmu pekara yang pasti dijumpai oleh setiap orang (kematian) hingga hari kiamat!.” (HR Bukhari r.a).


Ibnu Abbas r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tinggal di Mekah selama 13 tahun menerima wahyu. Dan di Madinah 10 tahun. Baginda wafat dalam usia 63 tahun.” (HR Bukhari r.a).


Aisyah r.a berkata:

“Ketika Rasulullah s.a.w wafat, Abu Bakar r.a berada di Madinah, maka bangunlah Umar berkata: “Hallahi Rasulullah tidak meninggal.” Kemudian datanglah Abu Bakar dan menyingkap kain penutup Rasul, lalu menciumnya seraya berkata: “Engkau harum wangi di kala hidup dan mati, Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya, Allah tidak akan mencicipkan kepadamu dua kematian selamanya.”Kemudian Abu Bakar keluar dan berkata: “Wahai orang yang bersumpah demi Allah bahawa Rasulullah tidak wafat” (maksudnya ialah Umar-Penterjemah). Ketika Abu Bakar bicara, Umar duduk diam. Kemudian Abu Bakar mengucap Al-Hamdulillah dan memuji Allah s.w.t. Lalu ia berpidato: “Ketahuilah bahawa barangsiapa menyembah Muhammad, sesungguhnya Muahammad telah wafat. Dan barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Dia hidup tidak akan mati.”


Aisyah r.a berkata:

“Sewaktu sihat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : Tidaklah seorang Nabi dipanggil oleh Allah melainkan ia melihat tempatnya di syurga. Lalu ia disuruh memilih antara dunia dan akhirat. Aisyah melanjutkan : “Maka ketika saat-saat kematian datang kepadanya sementara baginda ada dalam pelukannu, baginda tidak sedar. Setelah itu baginda sedar seraya membelalakkan matanya menatap langit-langit lalu berkata: “Ya Allah engkau temanku paling agung...Aku berkata: Kalau begitu, Baginda tidak memilih kami (tapi memilih kehidupan akhirat). Ia melanjutkan: Maka tahulah aku, itu adalah hadith yang pernah kami dengar dari baginda ketika sihat.” (HR Mutafiq Alaih).


Oleh yang demikian, setelah kita mengetahui mengenai kewafatan Nabi s.a.w ini dengan lebih terperinci, maka dapatlah ditafsirkan bahawa perjuangan Nabi s.a.w terhadap Islam itu terlalu tinggi. Nabi s.a.w telah mengorbankan seluruh masa dan tenaganya adalah semata-mata mengajak agar manusia mentauhidkan Allah s.w.t. Nabi s.a.w tidak pernah mengajar agar umatnya melakukan kemungkaran dan kemaksiatan sepertimana yang telah difitnahkan oleh musuh-musuh Islam. Nabi s.a.w sepanjang hidupnya telah mengajar agar umat manusia melakukan kebaikan dan mengEsakan Allah s.w.t. Tetapi malangnya pada hari ini, ada insan-insan yang sewenang-wenangnya menafikan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sehingga sanggup murtad iaitu keluar dari Islam. Islam itu telah terpahat sejak dari awal penciptaan manusia. Tiada unsur-unsur kenabian yang membawa ajaran Agama Allah selain dari Islam. Pada umumnya sejak Nabi Adam a.s hinggalah ke Nabi Muhammad s.a.w, secara keseluruhannya mereka-mereka (Nabi dan Rasul) membawa risalah Allah s.w.t iaitu agama Islam. Tiada nas-nas yang menunjukkan Nabi-nabi yang terdahulu membawa ajaran agama selain dari Islam, walaupun syariatnya berbeza-beza. Nabi Isa a.s. contohnya, membawa ajaran Islam, tetapi syariatnya berbeza dengan Nabi Muhammad s.a.w, akan itu asasnya sama iaitu mengEsakan Allah s.w.t. Ramai yang terkeliru akan hakikat ini, bahawa ada yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s. itu adalah pembawa ajaran Kristian, akan hakiaktnya ajaran kristian dan Islam itu amat berbeza jika hendak ditamsilkan dengan terperinci. Ini semua adalah propaganda golongan Ahli Kitab yang sengaja membawa risalah yang songsang dan sanggup menafikan ajaran para Nabi dan Rasul.


Jika kita lihat akan sejarah yang terdahulu, golongan yahudi ini adalah golongan yang mengetahui akan kebenaran, tetapi mereka-mereka ini sengaja menafikan sekeras-kerasnya malahan sengaja mengubah kitab-kitab terdahulu untuk kepentingan peribadi dan keturunan mereka. Daripada perbuatan itu pihak Nasrani pula telah diperkotak katikkan oleh golongan Yahudi ini agar mengikut segala ajaran yang telah mereka ini mengubahnya. Maka dengan itu terjadilah kesesatan yang nyata terhadap golongan Nasrani ini, yang secara membabi buta mengikut apa yang telah diubah oleh golongan Yahudi ini. Jika kita lihat ajaran kristian ini telah beberapa kalinya diubah, oleh Pendeta-pendeta Yahudi untuk kepentingan peribadi mereka, sebagai contohnya di Beunes Aires, Argentina, dan di segelintir negara Eropah sejak beberapa tahun yang lalu, segolongan pendeta Yahudi telah mengubah dasar yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka, dan pengubalan terhadap kitab-kitab tersebut telah digunapakai oleh seluruh penganut Kristian. Bukankah itu menunjukkan bahawa golongan penganut agama Kristian ini telah diperkotak katikkan oleh golongan Kufur Yahudi Laknatullah. Sedangkan apa yang telah kita semua ketahui umum, bahawa ajaran Nabi Isa a.s. itu adalah sebenarnya untuk kaum Bani Israil sahaja, bukan untuk kaum yang lain. Tetapi ia telah diubah-ubah bagi memperlihatkan kepada masyarakat penganut Kristian akan kebencian mereka terhadap Nabi Muhammad s.a.w.


Maka dengan itu, Nabi s.a.w adalah Pesuruh Allah s.w.t yang terakhir bagi sekelian umat manusia. Ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda adalah untuk sekelian umat di dunia ini. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang akan disambut oleh sekelian umat Islam tidak beberapa lama lagi, Maka tanamkanlah dalam diri kita untuk mencintai akan Rasulullah s.a.w serta Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya. Janganlah kita melaungkan dengan dendangan lagu dan kibaran bendera semata-mata tanpa tahu akan asas perjuangan Baginda s.a.w. kita bermegah menyambutnya setiap tahun dengan penuh warna-warni, tetapi kita terlalu jahil dan tidak peka akan pengorbanan perjuangan Baginda s.a.w. Sudahkah kita menceritakan akan asas-asas perjuangan Baginda s.a.w itu terhadap generasi kita?. Sudahkah kita menjalankan asas-asas pejuangan Baginda s.a.w itu dalam diri kita?. Inilah persoalan pokok yang perlu kita sematkan dalam diri kita. Jika perjuangan Rasulullah s.a.w itu hanyalah pada kibaran bendera dan majlis-majlis keramaiannya sahaja, maka itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak!, malah sememangnya tidak pernah faham apa yang telah Baginda s.a.w itu bawakan dan tauhidkan dalam hati-hati kita. Sedangkan kita sebenarnya mengetahui akan kebenaran dan keunggulan ajaran Baginda s.a.w terhadap kita hingga ke hari ini. Tanamkanlah rasa kasih dan sayang kita terhadap Baginda s.a.w walaupun kita dihimpit dengan kesukaran. Semaikanlah benih-benih cintanya kita terhadap Rasulullah s.a.w dengan mengikut segala ajaran yang telah dibawa oleh Baginda s.a.w demi untuk mentauhidkan Allah s.w.t.


Allahu Akhbar!.


Allahu Akhbar!.


Allahu Akhbar!.


Tuesday 23 February 2010

Kelahiran Nabi s.a.w.

Oleh : Muhammad Ibnu Nazir.

BismillahirRahmanirRahim. Innal hamda lillahi, nahmaduhu wa nast'inuhu, man yahdihil lahu fala mudhilla lahu, waman yudhlil fala hadiya lahu. Wa asyhadu anla ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu waanna Muhammadan abduhu wa Rasulluhu. Amma ba'du. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan selamat sejahtera.



Beberapa hari lagi, adalah merupakan hari memperingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w (Maulidur Rasul) sebagaimana yang telah kita ketahui, malah hari yang seringkali kita sambut malahan tertunggu-tunggu bagi memperingati kembali sejarah perjuangan Insan unggul ini. Jika kita mengkaji sejarah sebelum kelahiran Nabi s.a.w, kisah tentera bergajah ketika hendak menyerang Kaabah ketika itu sememangnya sinonim dibuah mulut kita amnya. Peristiwa itu adalah satu peristiwa sebagaimana memperingati kembali tentang keadaan umat manusia pada ketika itu diselubungi dengan zaman Jahilliah. Tetapi apabila lahirnya Nabi Muhammad s.a.w di dunia ini telah mengubah segala persepsi tersebut, di mana zaman yang penuh kegelapan itu bertukar menjadi zaman yang penuh gilang gemilang. Malahan sinar cahaya kegemilangan tersebut terpancar dari timur ke barat hingga ke saat ini.


Firman Allah s.w.t:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.” (Surah Al-Fill – Ayat 1-5).


Sebagaimana yang telah kita semua ketahui apabila menjelang beberapa lama perkahwinannya diantara bapa dan ibu Nabi s.a.w iaitu Abdullah dengan Aminah, maka ia tinggal di rumah orang tuanya. Tidak lama kemudian Abdullah berangkat ke Syiria membawa barang dagangan. Dalam perjalanan pulang, Abdullah jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di Yatsrib. Oleh kerana Abdullah Abdullah meninggal pada masa yang relatif muda, tidak banyaklah ia meninggalkan warisan. Ia hanya meninggalkan sebuah rumah, lima ekor unta dan sejumlah kambing serta seorang budak perempuan yang bernama Ummu Aiman.


Mendengar suami yang amat dicintainya itu meninggal dunia, Aminah terkejut dan sedih sekali. Kesedihan itu lebih menekan perasaannya kerana ia dalam keadaan hamil. Hatinya meratap bila ia membayangkan nasib anaknya yang masih dalam kandungannya itu yang bakal lahir sebagai anak yatim. Dengan sabar ia menunggu kelahiran anaknya, kerana setidak-tidaknya anak yang bakal lahir itu kelak akan menjadi palipur lara serta penghibur duka yang selama ini meliputi dirinya.


Akhirnya tibalah saat yang dinanti-nantikan itu, lahirlah bayi Muhammad. Aminah sendiri tidak menduga bahawa pada malam menjelang dinihari, Isnin tarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bertepatan dengan tanggal 20 April 571 Masehi ia akan melahirkan bayi yang dikandungnya itu.


Setelah datuknya iaitu Abdul Muthalib mendengar akan cucunya lahir, maka ia langsung berlari-lari mendatangi rumah Aminah. Diangkatlah bayi yang baru lahir itu, diciumnya, didakapnya, lalu dibawanya ke Kaabah. Ia tawaf setengah berlari mengelilingi Kaabah menggendong bayi yang baru saja lahir itu.


Sekembalinya dari Kaabah, ia berkata kepada menantunya, “Bayi ini akan kuberi nama Muhammad. Aku berharap agar seluruh dunia sampai akhir nanti akan memuji ia (Muhammad)”. Sedangkan ibunya sendiri sudah pula menamai bayinya itu Ahmad. Nama Ahmad ini sudah disebut dalam Taurat dan Injil terdahulu. Kedua nama tersebut, iaitu Muhammad dan Ahmad telah disebut juga di dalam Al-Quranul Karim.


Maka dengan itu, kelahiran Nabi s.a.w di dunia ini membawa rahmat kepada sekelian manusia agar kembali ke landasan yang betul. Tiada nas-nas atau unsur-unsur kebathilan dan keburukan yang di bawa Baginda s.a.w untuk sekelian manusia hingga ke saat ini. Nabi s.a.w mengajar agar umat manusia mentauhidkan Allah s.w.t serta mengembalikan kepercayaan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang terdahulu. Kalau kita perhatikan banyak pengorbanan yang dibawa oleh Rasulullah kepada sekelian manusia, salah satunya adalah Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi di antara Nabi yang boleh memberi syafaat terhadap umatnya ketika di hari kiamat nanti. Itulah yang telah baginda janjikan kepada sekelian umatnya yang patuh terhadap Allah s.w.t. Jika kita ingkar dan tidak mematuhi apa yang telah dibawa oleh baginda serta menafikan sekeras-kerasnya, mana mungkin baginda akan mengenali diri kita malah mana mungkin Baginda akan memberi syafaatnya terhadap kita, jika ketika di dunia dahulu kita sering melupai Baginda dan Allah s.w.t.


Maka dengan itu tanamkanlah rasa kasih dan sayang kita dan seluruh keluarga kita terhadap Junjungan Besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w serta Ahli keluarga Baginda. Carilah buku-buku yang berkenaan dengan Sirah para Anbiyaa dan Sejarah kehidupan Nabi kita Muhammad s.a.w, lalu ceritakanlah kepada generasi kita akan kebenarannya. Janganlah kita pesongkan minda generasi kita dengan pekara-pekara yang berunsurkan Tahyul dan Khurafat. Lihat sahaja generasi sekarang, kanak-kanak yang berumur 5 tahun sudah mengenali akan nama-nama hero animasi dengan begitu terperinci lagi, tetapi sebaliknya kanak-kanak tersebut belum tentu dapat mengingati malah mengenali siapa itu Muhammad s.a.w serta keluarga baginda. Pekara inilah yang amat-amat ditakuti dekad ini. Masyarakatnya lebih mementingkan unsur-unsur keduniaan yang melampau selain dari mengingati sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat Baginda yang terdahulu. Perjuangakanlah apa yang telah Nabi s.a.w amanahkan kepada kita, agar kita berjaya dan diredhai oleh Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat kelak. Allahu Akhbar!.


You May Also Like These Article

Related Posts with Thumbnails